travel, food and lifestyle blog

Followers

Blogger Master Chef | Che Mat Gebu

Blogger Master Chef | Che Mat Gebu | Sape sini suka main masak-masak? Eh eh silap soalan. siapa sini suka memasak ? hehe. Agak-agak sedap ke korang mask? amboi banyak betol songeh wa dok tanya-tanya. Macam la wa ni pandai masak kan. ha tapi sekarang ni tak risaulah sebab ada Master chef di sini hehehe . Siapa..siapa..?

http://www.tiffinbiru.com/
Korang kena terjah blog ni. Giler terbaik,memang terbaik. Bila buka je blog ni. Memang meracau-racau nafsu makan wa. uhuks. Rasanya Blog dia dah cukup dikenali di alam maya ni kan. Wa je yang lambat sikit. Pasni kalau dok bujang leh la cuba resepi-resepi Che mat Gebu ni heheheh.

Tengok ni. Takhabis-habis dia dok sebut suka dengan nama wa.. Klasik katanya. huhu. 



Wa berharap sangat nak rasa semua masakan dari air tangan si pemilik  http://www.tiffinbiru.com/  ni. Agak-agak boleh tercapai tak? 

p/s: tetiba terlintas nak buat entry pasal ni bila si Zain dalam program Master Chef buat hal semalam huhu.

Share:

CoconutShake Putrajaya

CoconutShake Putrajaya | Bila dah berjalan kesana-kemari tak henti-henti.Perut yang kosong pun mula berkeroncong. Eh eh, tetiba bersusun ayat plak wa kali ni.hahahha. Sebelum Mk hantar wa balik ke presint 9. Kami singgah di sebuah restoran di Putrajaya ni yang menyediakan Nasi ayam sebagai Menu utama. Ingin mencuba Nasi ayam Dara, Nasi ayam Duda yang kami dapat.. ahhahaha. Ini kerana ayam dara dah kekurangan di abad ini.. eh eh. apa yang wa menngarut ni. heehe

Gambar CoconutShake Putrajaya
tengok tu, syok je dia minum coconutshake tu.
Wa sebenarnya bukan nak membebel pasal ayam, tapi pasal minuman yang special yang wa minum kat sini. PERGHHH, rasanya nila coconut shake yang paling sedap wa minum sehayat wa. Memang terbaik. Bila di minum, terasa isi buah kelapa yang dimesin tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar dan membuatkan kita dapat nikmati isi buah kelapanya yang agak manis-manis tu. Wa tak mampu nak cerita lebih -lebih kerana lagi elok korang pergi rasainya sendiri. Dan sekarang wa tak puas, dan ingin menikmatinya lagi. Mengidam dowh.





Share:

Sape edit Tamplet blog MawardiYunus?

Dah lama rasanya blog ni berubah wajah, pasti korang tertanya-tanya siapakah gerangannya itu yang makeup blog ni kan. menarik kan, Simple dan ringan bila di buka. Semuanya dilakukan atas kehendak wa. memang terbaik.

Korang nak kenal dia tak? Ha.. korang nak kenal ke tak nak kenal ke, tu wa tak kesah sebab wa nak bagitau gak. Blog dia sungguh awesome. memang menarik dan hebat. Susun atur dan graphic kat blog dia memang menarik setiap mata yang memandang. Kenapa tak caya? cer tengok sini.


Amacam ??? masih tak caye ker? kalau tak caya jugak pergila blog dia sendiri.

So ape lagi, leh la tanya2 beliau camner nak suh beliau edit templet blog anda , Insyaallah murah. Jadi ape tunggu lagi. terjah la blog beliau sekarang.





Share:

Suasana zaman lampau di Jalan Pasar, Pudu

Suasana zaman lampau di Jalan Pasar, Pudu | Nostalgia Lama | Alhamdulillah, kali ni wa berpeluang ke Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. Kali ni bukan bersama-sama sahabat blogger, tapi wa bersama sahabat lama a.k.a sahabat karib wa. Singgah disini pun selepas kami selesai menghadiri temuduga wa di Batu Caves. " Singgah nak survey TV untuk main Game " Katanya.

suasana kedai menjual ikan hiasan
Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. 

Pasar Basah dan Pasar untuk semua jenis barangan murah, terutamanya akuarium dan peralatan elektronik di sepanjang Jalan Pasar di kawasan Pudu.

Kawasan di sekitar Jalan Pasar juga mempunyai banyak kedai-kedai menjual goldfishes dan ikan akuarium yang lain serta peralatan akuarium (penapis air, lampu, makanan dan lain-lain) .

Disini rasanya syurga bagi mereka yang sukakan hobi memelihara ikan. Macam-macam boleh dapat kat sini. Agak teruja juga bila dapat merasai suasana jual- beli disini, memang terasa lain dari tempat lain. Rasanya seperti kembali ke zaman-zaman 80-90an dulu huhu. tak tahu la kenapa tetiba boleh rasa macam tu huhu. apa la yang agaknya tengah berlegar-legar kat fikiran nie.



Share:

Santai bersama blogger otai ben_ashaari, mksyahir, queachmad dan najeeb_edward


Perggh, perasaan teruja untuk menonton IRON MAN 3 membuak-buak, tambahan pula bila dapat peluang menonton bersama 3orang blogger hebat queachmadmksyahirnajeeb_edward dan ben_ashaari. Walaupun seat kami terpisah jauh antara satu sama lain, tapi ia tidak mematahkan semangat wa untuk menikmati cerita tu habis-habisan heheehe. Boleh dikatakan wa menonton movie tu hanya ditemani perut kosong. 


Amat berbaloi walaupun agak terkilan tak dapat menonton 3D. Kalau tak silap cerita tu mengambil masa 2 jam lebih. Dan sambutannya amat dan teramatlah bagus. Nak masuk hall pun kena beratur panjang erkkkk. Sangat meriah GSC ALAMANDA malam semalam. 

Lepas menonton, apelagikan. Of coz la mencari makanan untuk mengalas perut yang tak dialas sejak dari tengahari. 

Share:

Buah Durian Belanda mampu ubati penyakit Kanser | Buah Cegah Penyakit


Buah Durian Belanda Mampu Ubati Penyakit KanserBuah Cegah Penyakit Durian Belanda atau Soursop, atau orang kelantan panggil durian sayur. Buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo.


Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'.

Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda

Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Fakta yang membingungkankan adalah: 

Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.
Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?

Jawabnya adalah :
Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.
Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian.

Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar.

Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon.
Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti.
Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi.
Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan.Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976.
Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser.
Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy:
New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini.
Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan.
Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi





Share:

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Peluang yang wa rasa sapa-sapa pun tak boleh lepaskan peluang.Apa dia? join segmen yang Fuh.My buat. Wa rasa memang terlebih berbaloi-baloi oii. Tambahan plak bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni. errkk boleh macam tu.. Rasanya boleh la kot heheh.

 
Klik banner untuk ke segmen

Fuh.My | "Hari ni Dr Fuh nak buka satu peluang terbaik untuk blogger-blogger tak kira lah blogger baru mahupun blogger lama mengembangkan lagi pengaruh blog dan meningkatkan trafik. Peluang apa? yaa. Peluang untuk masuk dalam bloglist fuh.my selama sebulan untuk bulan Mei nanti."

Kenapa wa rasa kita mesti ada dalam bloglist fuh.my? kenapa. Kenapa. Kenapa?

-Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
-Google Page Rank 3
-Backlink berkualiti dari fuh.my
-Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
-Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)

Ha , jadi apa lagi. jangan lengahkan peluang anda . Ini lah masanya untuk kita bersama-sama terus berjaya dalam bidang blogging ni. Errrkk. Benda banik macam ni wa tak segan nak kongsi. Cepat-cepat share dengan kawan-kawan blogger yang lain. 
Tarikh tutup adalah pada jam 12:00 tengah hari 30 April 2013.


Share:

Mines Downtown Night Bazaar | Bazar Larut Malam

Mines Downtown Night Bazaar | Bazar Larut Malam | Jika dikampung biasanya malam-malam takde keje kita ke pasar malam. Tapi bila di bandar ni, orang dah tak layan sangat dah pasar-pasar malam nie, sebab orang kat bandar ni semuanya tidur lambat. Begitulah permainannya kalau nak diceritakan. Ini memang betol, bukan wa cakap kosong hehehehe.

Jika dulu Uptown Cheras, Uptown Shah Alam selalu jadi buah mulut orang, tapi skang tak payah pergi jauh-jauh, dekat mines ni je dah ada down town. Memang dekat giler la dengan UPM kan.

Mines Downtown Night Bazaar
Mines Resort City
43300 Seri Kembangan, Selangor

Macam wa bagitau tadi la. Downtown nie mula beroperasi pukul 10 malam dan tutup pukul 2 pagi. Maklumlahkan orang kat bandar ni memang suka keluar shopping malam-malam. erkkk ahahhaha. Yela barang-barang murah. Konsep dia sama juga dengan pasar malam. Tapi ia dibuka setiap hari. 

Kali ni wa saja je bawak member wa ni jalan-jalan sambil nak pekena burger bakar kat sini. Sekali kedai tu dah tutup da, memang melepas la nak makan burger bakar. Hmmm, memang tak ada rezeki orang kata. Tapi sempat jugak wa beli sehelai seluar slack. Mana la taukan kot-kot dapat interview kerja. Seluar slack lama wa dah tercabut zip. wawawawa. 


Share:

Air cetek di Air Terjun FRIM, Kepong | FRIM

Air cetek di Air Terjun FRIM, Kepong | FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ) membuka  peluang kepada kita yang gemarkan alam sekitar untuk mempelajari lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama bersantai di persekitaran yang tidak tercemar. Selain daripada itu, FRIM boleh dijadikan tapak untuk pelbagai aktiviti seperti hari keluarga, perkhemahan, dan lain-lain lagi. 

Kehadiran kami warga blogger ke sini dengan tujuan untuk menikmati keindahan alam semulajadi memang berbaloi-baloi. Dengan kemudahan yang disediakan (tandas baru siap) amat menyenangkan hati sapa-sapa yang selalu ada masalah untuk berhajat. hihihi.


Tapi agak kecewa sedikit bila paras airnya haya sampai di bahagian betis wa aja. huhu . Malas nak naik tinggi-tinggi. Kami berfikiran positif, mungkin ini salah satu dari sistem keselamatan yang FRIM buat supaya tiada kes lemas di sini =.= 


Tapi , itu tidak mematahkan semangat kami untuk bersuka ria di sini. 
( erkkk dah macam hape wa tengok diorang ni kan wakakakaak )


Apapon terima kasih FRIM untuk pengalaman ini, kami akan simpan dalam hati. Tapi rasanya ada lagi yang wa tak puas hati. Apa pasal nak masuk kena bayo hah? Huh.. Sampai satu kete kena RM8. pui pui. Mengalahkan nak masuk rumah hantu kat Genting Highland. haahahaha..

p/s: apapon hargai alam sekitar kita. 



Share:

April edition Giveaway by dysha sahhir

Hi, hasil dari berblogwalking malam ni. Wa ada jumpa satu blog yang awesome . Tersangat awesome punyalah. Penuh dengan doodle-doodle yang sangat menarik perhatian wa. Memang terbaik. Apa yang terbaeknya ? Ha kalau korang nak tahu, dia ada buat Giveaway . Ha apa lagi ini dah satu peluang baik kan.



Jom lah sama-sama join. Pada yang nak join tu sila lah klik kat banner kat atas tu ye. Tak rugi kalau mencuba nasib. Mana tahu tuah kita kan. Kalau korang nak tahu 10 pemenang yang dia cari. ha. Agak-agak peluang cerah tak? ngeeee. Apapun setiap Giveaway mesti ada syarat-syaratnya kan. So silalah ke blog dysha sahhir untuk maklumat lebih lanjut . heheehe.

p/s : hadiah-hadiahnya pun cukup menarik tau. jom -jom pakat join.



Share:

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih


Alhamdulillah bersua kembali  :). Rasanya dah lama wa tak join segmen . Kali ni berpeluang la nak join walaupun lambat sikit kan. Segmen kali nie dari blogger Pari-pari Putih . Jom lah sama-sama follow wa ke segmen ini, Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih


Klik banner kalau nak join sekali ye.

Tarikh tutup 04 May 2013. so yang mana tak join lagi tu sila-sila lah ye. Tak rugi benda free. Lagipun boleh membantu trafik blog Insyaallah. Bila lagikan. :) Selamat bersegmen semua .




Share:

[PERIBADI] Aku Tak Pandai Berenang

[PERIBADI] Aku Tak Pandai Berenang | Alkisahnya bila nampak kolem renang, berkobar-kobar semangat nak berendam . Tapi satu je masalah yang wa hadapi selama ini. Apa? Ha sebenarnya wa tak pandai berenang [klik] wawawawa. Mohon jangan gelak beramai-ramai.


Tapi bila wa dapat tahu kolam renang tersebut airnya paras dada wa. ha boleh la turun. Lagipon ada pasukan sorak yang support wa dari atas. agagagaga. Oklah sekadar tenggelam timbul, tenggelam timbul. hahahha. Dah tak tahu berenang nak buat macamana lagi kan. tengok ajelah diorang yang pro-pro mandi. Sikit-sikit lipat situ, sikit-sikit lipat sini. aii jeles nye la kan. Perasaan macam nak pergi buat report polis je sebab diorang dok mengganggu air yang tenang . eh eh. apa-apa je la kan. 


Bila dah lama sangat dalam air tu, tak tau nak buat apa, maka terjadilah satu sukan air yang masih belum ada kat mana-mana negara lagi mahupun dalam sukan OLIMPIK [klik]. Nak tahu apa? ni ha, acara seratus meter lari dalam air. hahahaha. 


Apapon wa nekad nak belajar berenang. Yela skill berenang nikan memang penting dalam masa-masa kecemasan. Lagipon kata orang , aktiviti berenag dalam air ni boleh sembuhkan penyakit semput. Betul ke? hahaha

.
Share:

Demam Gwiyomi

Apa yang diorang dok bising-bising sangat pasai gwiyomi nie? sejenis makanan kah? ke kereta keluaran terbaru proton kah? eh Ternyata semua tekaan wa salah sama sekali. rupa-rupanya gwiyomi nie:

From Wikipedia, the free encyclopedia | The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song (귀요미 송), is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013. It was inspired by a gesture from a member of a South Korean boy group, BtoB named Jung Ilhoon. The gesture is called 'Gwiyomi Player', which became an Internet meme in October 2012 followed by its first appearance on a South Korean variety show under SBS MTV named MTV Diary. The gesture has also inspired many Asian netizens to upload their own versions onto the internet.

Ha amacam paham tak? kalau tak pahampun buat-buat la faham ye. wawawawawa. Ha kalau tak paham gak tengok video bawah nie. hehe



kalau korang nak tengok banyak lagi yang mengarut-ngarut tahap pecah perut tu kat YouTube. Memang demam la ini kali. Dengar kata BOBO si budak pemes tu pon nak buat gwiyomi gak. erkkkkk. sebelum dia buat wa pon nak wat jugak la. wakakakka. giler semput.


Mohon jangan kutuk. itu hanya sekadar senaman dalam kolam wawawawawa. larikkk laju-laju.

Artikel berkaitan: Fenomena Wechat





Share:

[TRAVEL] Bercuti di Teluk Batik | Destinasi Pelancongan Popular di Perak

[TRAVEL] Bercuti di Teluk Batik | Destinasi Pelancongan Popular di Perak | Pengembaraan ke kenduri di Sabak Bernam [klik] tidak berakhir begitu sahaja bila kami mula merancang untuk ke Teluk Batik [klik]. Perancangan pada awalnya ingin ke menara condong teluk intan [klik] tidak menjadi kerana ada masalah. Walaupun terasa amat frust sebab tak dapat pergi ke menara condong teluk intan itu, tapi hati masih boleh dipujuk dengan rangcangan untuk mandi pantai iaitu di Teluk Batik.


Perjalanan kami memang mengasyikkan dengan suasana permandangan yang sangat indah dan permai, tambahpula kami melalui kawasan sawah padi. Disaat itu juga terbayangkan kampung halaman di Kelantan. Memang dapat rasa sedikit-sebanyak suasana kampung di Kelantan. Sempat lagi kami berhenti seketika untuk menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH ini.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. (surah ali Imran 190-191)


Terasa teruja bila sampai di Teluk Batik iaitu kawasan pantai berdekatan dengan bukit. Bukan senang untuk kita dapat melihat suasana begini selain dari Langkawi dan beberapa tempat peranginan lain di Malaysia ini. Suasana yang sangat meriah kerana hari tersebut adalah hujung minggu iaitu hari Ahad. Memang ramai orang yang datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga. Kami tidak membazirkan peluang untuk menaiki "banana boat" . Woah satu pengalaman yang mengasyikkan bersama mereka hehehe.


Alhamdulillah, perjalanan ke Teluk Batik memang sangat menyeronokkan dan kami berpuas hati bila dapat bercuti disini, walaupun hanya memakan masa separuh hari, tetapi banyak aktiviti-aktiviti kami sempat lakukan.

.



Share:

Kenduri di Sabak Bernam | Makan angin

Kenduri di Sabak Bernam | Makan Angin | Walaupun banyak dugaan yang berlaku pada minggu sebelum wa berhenti kerja tu ,sempat juga la wa ambil kesempatan tu untuk keluar berfoya-foya bersama-sama rakan sekursus kat wisdec dulu hehehe. Biasalah nak buang masalah jauh-jauh. Kalau dok fikir je memang boleh jadi gila.

Kami membawa diri dengan rombongan ke Sabak Bernam untuk menghadiri kenduri kakak kepada sahabat kami. Huh memang berpeluh jugak la dalam kereta, jauh tu memang agak jauh jugak lah, rasanya dekat 3 jam perjalanan. 

Sampai je sana orang dah siap-siap kemas khemah dah hehehehe. Nasib baik ada je lauk yang diorang simpan khas untuk kami agagaggaga (khas ke huhu) apapon Alhamdulillah boleh makan. Yang penting dapat berjumpa kembali geng-geng kami. Yela dah hampir 3 bulan berpisah kan. (errkkk rasa macam lama sangat dah). Alhamdulillah makanan pun sedap. siap dapat makan kek pengantin lagitu. Best


Ha kalau tak bergambar dengan pengantin memang tak sah la kan. itu dah perkara wajib kalau pergi ke kenduri orang kahwin. Kami apelagi, dengan kesengetan dan kesengalan kami. ha macam ni la jadinya, huru hara rumah tu. heheheh. 


Lepas ke rumah pengantin kami terus ke rumah tumpangan dekat area-area situ jugak. Plan kami untuk stay sana untuk malam ni, sebab kalau nak balik hari agak letih. Lagipon dah malam. Dan yang penting esok ada la lagi planning kami nak meronda-ronda pergi Makan Angin. Alang-alang datang dari jauh.


Lepas check in, mandi, solat dan bersiap-siap untuk keluar Makan Angin. Sampai ke teluk intan kami pergi huhu. Sempat jugaklah singgah di funfair kat situ. walaupon suram je keadaan dia tapi satu port kedai ni meriah je dengan manusia-manusia main tikam nombor ( erkkk berjudikah??? sah berjudi). Paling terkejut bila kami ada lihat telatah budak kecik (melayu) dalam lingkungan umur 6-8 tahun sedang berjudi sama. errrkk. tapi malang, nombor yang dia tikam tak pernah kena hinggalah duit dia habis. agaggaga. Memang gelak aja la kami bila tengok telatah dia ketika nombor yang ditikam tak kena. Kadang-kadang sedih jugak rasa dalam hati ni. Haish mana la mak bapak dia. Kecik-kecik dah pandai jadi macam tu. Bila dah besar nanti macamana la agaknya. 

Apapon tu satu pengalaman yang mungkin Allah nak dedahkan kat wa tentang kehidupan manusia di luar sana yang wa belum tahu lagi .




Share:

[BLOGGER] Keriangan di Kota Keriangan Genting Highland | Destinasi Paling Popular di Pahang

[BLOGGER] Keriangan di Kota Keriangan Genting Highland | Destinasi Paling Popular di Pahang | Wah wah wah riang ria di hari sabtu. Hujung minggu yang amat ceria bersama keluarga baru blogger Pari-Pari Putih [klik]  . Walaupun ni kali pertama wa join group diorang, tapi hakikatnya terasa seperti dah berkurun kenal. Walaupun pada awal-awalnya malu-malu tikus. Ini semua salah MK Syahir [klik] sebab kenalkan wa dengan keluarga blogger ni .. Erkkk boleh camtu. hahahaha. Apapon terima kasih buat beliau
.
makan karipap berinti di rumah Pari-Pari Putih
Pada awalnya kami beramai-ramai bermalam di teratak mewah Pari-Pari Putih [klik]Alhamdulillah disambut dengan baik lagi meriah dengan karipap berinti kesukaan Mk. Walaupun perut lapar mengenangkan janji mereka untuk pergi makan Burger bakar . Tapi jiwa tersiksa lagi merana kedai dah tutup. (mana taknya dh dekat pukul 2 pagi kami pergi ahhahaah.


Pada keesokan paginya , semua dikejutkan awal-awal lagi untuk bersiap sebab apa plan besar punya . heheeh. Kemana kami ye? yeah kami ingin mengegarkan kota keriangan GENTING HIGHLAND [klik]. Alhamdulillah tiket dapat dibeli hanya RM60 termasuk pakage segala bagai. Walaupun ada je anasir-anasir luar cuba menggoda kami untuk guna perkhidmatan cekik leher diorang tu. So tepat jam 10 pagi maka bas pun bergeraklah. Tapi tak semudah itu, sebab ada masalah dengan seorang pakcik yang suka naik bas tak tengok tempat duduk. Pastu tak nak ngaku salah. haisss. nasib baik kami semua cukup tempat duduk. kalau tak silap-silap kena siku.. ( haish tak baik , pakciktu dah tua ) . tapi agak heran la bila pakcik setua tu naik genting kan. Nak main permainan tu semua?? mau gugur jantung. haish.. apapon lupakan pasal pakciktu ye ahhah.


Bila dah sampai , tau-tau jela kan, hujung minggu, memang ramai la manusia-manusia yang mengambil peluang kesini untuk berhibur. termasuklah kami ni. hahahha. Ber ziq zaq la barisan tiap-tiap game tu ha. Tak sampai ke puncak lagi dah kena beratur. Yela kan kalau tak beratur alamaknya tak naik la Cablecar tu.


Ini antara moment kesengalan kami di puncak sana heheheh. Dah rasa macam family day dah pulak. Walaupun baru sehari jumpa diorang nie. Meriah sakan kami ye heheeh. 


Antara game yang sempat kami serang, walaupun beratur berjela-jela panjangnya. huh memang habis masa camtu je la . Nak wat camner tak naik rugi. Bayar mahal woooo. Tapi benda alah turun naik tu wa tak naik. Memang mengaku kalah awal-awal la.

Apapon Gathering ni memang meriah dengan kehadiran lebih dari 10 orang blogger yang hebat-hebat malah dari latar belakng yang berbeza semua. Dan yang paling penting terima kasih buat Pari-Pari Putih [klik] sudi terima wa di dalam keluarga blogger ni. Thank You very much. Korang semua memang sempoi habis la. 
I Love You All

credit picture to Pari-Pari Putih [klik] , MK Syahir [klik]



Share:

Meeting with Amar Asyraf

Meeting with Amar Asyraf | Haloo haloo haloo sedarkah bil elektrik rumah anda meningkat secara mendadak-dadak? errrkkkk.. lupakan hal itu. Gua sebenarnya bukan nak citer pasal bil elektrik ke hape. tapi nak kongsi dengan korang pengalaman jumpa dengan pelakon yang makin menenpa nama di arena seni tanah air kita ni.

Sape tak tengok citer  "Setia Hujung Nyawa" . Nak tahu sape ? 

with Amar Asyraf
Neno neno neno.. korang tak payah tanyala camner wa leh jumpa Amar Asyraf kan. Ada la halnya tu. kikikikiki. Kalau korang nak meet Amar Asyraf boleh je. follow la tweet dia dan lagi senang follow fans club Amar Asyraf . Nanti apa-apa event ke apa ke korang akan dapat information. Tak payah la rasanya wa nak puji-puji dia baik. sebab dia memang cool baik dan tak sombong, mudah buat kawan. kikikiki


Sempat jugak wa mintak Autograf ngan dia. Tapi bukan untuk wa..Dah tu untuk sape ye? hahahaha.


Ha .cer tengok nama sape tu.. Hahahahah seorang blogger pemes . Hahahaaha. Untung la dia kan. dapat autograf  "Lots of love" lagi tu. haa.  kikikiki.

Okay sape nak autograf lagi sila beratur. Okay dah macam retis plak gua nie. ok bye bye huhu.





Share:

REVIEW FILEM LANGGAR

FILEM LANGGAR | Ha apa Langgar-langgar ni ? kes langgar lari ker? ke langgar lembu? lembu tak apa-apa ker? eh apa yang wa melalut nie.. errrkkkk.

kesian en lembu tu kena langgar. eh eh eh
Tengok tak pasal-pasal wa dah melalut ke tempat lain. Wa bukan nak citer pasal lembu kena langgar ke haper. Tapi wa baru je habis tengok filem aksi melayu terbaru kat panggung memandangkan hari ni tiket murah. Movie yang wa tengok ni rasanya bukan calang-calang kerana dibintangi oleh ramai bintang filem hebat. Jalan cerita yang agak menarik walaupun some part dalam filem tu ada persamaan sedikit dengan KL Gangster. Walaupun begitu, olahan cerita nya memang menarik dan sangat kreatif.




"Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya.

Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka. Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara."



OFFICIAL MOVIE TEASER



Kepada mereka yang meminati filem melayu, dan masih belum kepanggung untuk menonton Filem LANGGAR ni, boleh la berbuat demikian .



Share:

Fenomena WeChat | Android Application



Fenomena WeChat | Android Application | Bila semua orang pakat dok mengumpat pasal WeChat nie, wa pun nak tahu jugak amende la wechat nikan. uih siap ada iklan kt TV lagi tu kan. Siap Lisa Surihani dan Sam lagi .. kelas betol wechat ni. So pe tunggu lagi. Lisa dah guna wechat, wa pun nak guna jugak la.

Ha tengok si Lisa tu. berkali-kali wechat ngan wa. Wa saja tak nak layan. kikikiki
Sory lisa im busy hokey. eh eh..errkkk boleh macam tu.. kikiki

Ha ni pulak gelagat para blogger dok melayan WeChat nie.


Apr 14, 2013 | fenomena wechat by mawardiyunus on Keek.com

Ha apa lagi shake..shake..shake.. la... Mana tahu terdetect weChat orang yang kamu suka.. awwww.
Nila salah satu specialnya WeChat nie. 




Kita boleh add orang tanpa bagi no fon kat seseorang tu. Misalnya dengan cara shake mcm dalam video tu atau dengan add by ID atau scan QR Code macam kat bawah nie.

scan untuk Wechat dengan wa 


Ha apa lagi scan la kalau nak WeChat ngan wa. hehehehe.



 Memandangkan Whatssapps dah nak menamatkan riwayat percuma dia. Pasni habislah kena pulau la kau Whatsapps. Agagagagagag. Sekarang kami milik WeChat. yeay. Jadi apa lagi. Jom install dan bersosial dengan wechat heheeh. Jangan risau ia bukan hanya tertumpu kepada pengguna android sahaja.





Apapon selamat ber wechat semua :)




Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive