Saturday, November 28, 2020

Bosan Dengan Sabun Cuci Tangan Biasa? Tukar ke "Plash Foaming Handwash"



Siapa sangka Covid-19 mampu menghuru harakan seluruh dunia. Berapa ratus ribu orang telah menjadi mangsa. Jadi, sekarang kita kena terima dan biasa dengan norma baru untuk mengelakkan kita juga menjadi mangsa pandemik Covid -19 ni. Sejujurnya, norma baru ni telah banyak merubah kehidupan seharian kita. Tak kiralah kita berada pada darjat yang mana! Kesihatan harus diutamakan untuk meneruskan hidup dengan baik.


Selain perlu untuk sentiasa memakai topeng muka ketika berada di tempat awam, kita juga dinasihatkan oleh pakar kesihatan untuk lebih kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun untuk mengelakkan kita dijangkiti oleh bakteria yang merbahaya. Paling tidak ia dapat membantu mengurangkan risiko terkena jangkitan virus ini sekaligus dalam masa yang sama membantu satu sama lain dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19.

Sabun Cuci Tangan

Setiap orang sudah semestinya ada pilihan jenis sabun masing-masing kan? Memandangkan saya ni jenis yang complicated dan terlalu jauh berfikir, banyak persoalan bermain difikiran! Apa jenis sabun yang korang gunakan? Adakah ia berkesan membunuh bakteria merbahaya? Sabun tu bagus ke untuk kulit kita? Adakah ianya berbaloi dan boleh memberi penjimatan kepada korang? Tak kan sekali beli tak sampai berapa hari dah habis; dan banyak lagi la persoalannya. Bila dah terlalu kerap nak guna mesti akan terfikir-fikir jugak kan. 

Selepas diteliti dan ditimbang itu ini dan atas cadangan beberapa kenalan, saya mencuba sabun jenis "foaming handwash". Orang kata sabun jenis ni lebih bagus dan menjimatkan. Jadi tak salah la nak cuba guna dulu kan?

Sabun jenis foam ni memang agak berbeza sikit tau, texture dia sudah semestinya lebih lembut sebab ianya adalah texture foam (buih). Jadi bila guna, untuk bilas pun tak memerlukan air yang banyak. Jadi terjawab la persoalan saya kan? Kalau guna sabun dari jenis foaming handwash ni, ianya bukan sahaja dapat membantu membersihkan tangan kita dari bakteria merbahaya, malah turut memberi penjimatan dari segi penggunaan kuantiti sabun supaya , dan sekaligus dapat mengelakkan pembaziran air untuk bilas.

Plash Foaming Handwash AFY Haniff

Jadi, alang-alang dah bercerita mengenai sabun cuci tangan ni; jom saya kongsikan foaming handwash yang saya gunakan sekarang iaiti "Plash Foaming Handwash". Produk ni keluaran jenama AFY Haniff iaitu sebuah syarikat 100% bumiputera. Satu jenama yang tidak asing dan cukup terkenal dalam penghasilan produk organik yang berkualiti tinggi. Sejujurnya saya juga merupakan pengguna setia beberapa produk mereka yang lain termasuk Serai Wangi Insects Repellent (SWiPEL) , D'menc Fabric Freshener  dan beberapa lagi produk mereka yang lain.


Apa yang bestnya, Pencuci Tangan Plash AFY Haniff ni hadir dalam dua variasi haruman iaitu Fresh Aloe dan Sweet Sakura. Dua-dua memang mengancam, tapi kalau disuruh untuk pilih satu saya akan memilih Sweet Sakura. Bau dia memang soft dan mendamaikan. 


Dari segi saiz pula, ia didatangkan juga dalam 2 pilihan iaitu 400ml dan 200ml. Memandangkan saya ni suka travel dan perlu untuk check in hotel, saya beli kedua-dua saiz yang mana untuk 400ml tu saya letak untuk kegunaan dirumah, untuk saiz 400ml ni ia boleh menghasilkan lebih 500 kali cucian tangan tanpa isian semula tau. Manakala untuk yang bersaiz 200ml pula saya simpan dalam toiletries travel  bag saya. Jadi, walaupun saya travel kemana pun saya tak perlu risau dan ia akan sentiasa bersama saya. hehe

Untuk pengetahuan korang, Pencuci Tangan Plash AFY Haniff mengandungi bahan antibakteria yang selamat pada kulit dan mampu membunuh 99.99% kuman pada tangan. Selain itu, produk ini juga mengandungi agen pembuihan yang mampu bertindak menanggalkan kotoran dan minyak mengandungi ekstrak lidah buaya (aloe vera) sebagai pelembap tangan.


Paling penting, pencuci tangan ini bebas dari bahan merbahaya seperti Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan. Lebih meyakinkan, ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HACCP serta menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Jadi ianya juga sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Bagi yang tertanya-tanya kat mana nak beli produk ni, ianya ada dijual di pelbagai pasaraya utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Selain di pasaraya-pasaraya, korang juga boleh buat pembelian secara online, seperti di platform Lazada, Shopee dan Yezza.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian online ataupun produk-produk yang lain, korang boleh layari pautan-pautan dibawah ni;

Laman web rasmi : www.afyhaniff.com

1 comment: