Sunday, November 29, 2020

Emas Kelantan ; Serial Berat VS Gram


Sejak dari dulu, emas memberi nilai kepada pemiliknya & menjadi sumber kekayaan yang sangat didambakan oleh semua orang. Emas sentiasa menjadi matawang utama global, objek untuk perhiasan dan pelaburan. Adakah korang tahu bahawa emas adalah salah satu daripada beberapa barang yang boleh mengekalkan nilainya semasa kemelesetan ekonomi? Secara tidak lansung, ianya menjadi bahan yang sangat unik dan ia memainkan peranan yang penting di dalam kesejahteraan kewangan korang.

Simpanan Emas

Perkara penting yang anda perlu tahu adalah hal berkaitan dengan turun naik nilai emas, ianya berlaku dalam jangka masa yang pendek. Akan tetapi, dalam tempoh jangka masa panjang, nilai emas meningkat secara stabil dan berkemungkinan memberikan simpanan anda pulangan yang lebih tinggi.

Dari tahun 2000-2019, nilai emas telah meningkat secara purata sebanyak 8.91% setahun (MYR).

Cara Ukur Ketulinan Emas


Ketulenan emas diukur dalam bentuk karat (gold karat). Sistem karat mengukur ketulenan emas berdasarkan berapa bahagian emas daripada 24 bahagian.

Nak senang faham, saya bagi contoh mudah. Katakan anda ada rantai emas seberat 20 gram. Jika kesemua 20 gram tersebut adalah emas (tiada campuran logam lain) maka ketulenan emas itu adalah 20 karat.

Jika rantai emas tersebut terdiri daripada 15 gram emas dan campur 5 gram logam lain, maka ketulenan rantai tersebut adalah 15 karat (sebab 15 bahagian sahaja adalah emas). Kenapa nak campur logam lain? Biasanya hal ini adalah untuk meningkatkan kekerasan rantai tersebut.

Ukuran Berat Emas Kelantan Diukur Dengan Menggunakan Rial Berat


Bagi negeri lain di Malaysia, kebiasaannya akan menggunakan nilai timbangan berat gram dalam proses jual beli. Berbeza di pantai timur, khususnya di Kelantan mereka lebih biasa menggunakan ukuran rial untuk menentukan harga emas semasa. Jadi, jangan terkejut atau pelik jika korang pergi ke kedai emas di Kelantan kalau tiba-tiba harga tinggi lebih 2 x ganda. Untuk tidak mengelirukan korang, jom kita study tentang rial berat ni.

Serial berat = 2.72gram

Contoh harga emas harini = RM224/gram
Serial berat = Rm224 x 2.72 = RM609.28

Jangan terkejut bila anda ke kelantan dan bertanya berapa harga emas harini, tuan kedai menjawab RM609.28. Hari RM609.28 itu bukan untuk segram emas, tetapi ianya adalah untuk 2.72gram atau bersamaan dengan serial berat.

Alang-alang harga tengah turun sekarang ni. Boleh la kita mula belajar sedikit sebanyak tentang kepentingan dalam pelaburan emas ni. Apa yang saya nampak, wanita Kelantan termasuk keluarga saya sendiri memang tak suka pada emas yang campur-campur ni. Apa yang menjadi faktor pembelian mereka adalah bertujuan untuk pelaburan emas untuk masa depan. Nak jual semula nanti dah tak dapat harga tinggi kalau emas campur. Biasanya emas 916 jadi pilihan.

1 comment: