Kenduri di Sabak Bernam | Makan angin

Kenduri di Sabak Bernam | Makan Angin | Walaupun banyak dugaan yang berlaku pada minggu sebelum wa berhenti kerja tu ,sempat juga la wa ambil kesempatan tu untuk keluar berfoya-foya bersama-sama rakan sekursus kat wisdec dulu hehehe. Biasalah nak buang masalah jauh-jauh. Kalau dok fikir je memang boleh jadi gila.

Kami membawa diri dengan rombongan ke Sabak Bernam untuk menghadiri kenduri kakak kepada sahabat kami. Huh memang berpeluh jugak la dalam kereta, jauh tu memang agak jauh jugak lah, rasanya dekat 3 jam perjalanan.

Sampai je sana orang dah siap-siap kemas khemah dah hehehehe. Nasib baik ada je lauk yang diorang simpan khas untuk kami agagaggaga (khas ke huhu) apapon Alhamdulillah boleh makan. Yang penting dapat berjumpa kembali geng-geng kami. Yela dah hampir 3 bulan berpisah kan. (errkkk rasa macam lama sangat dah). Alhamdulillah makanan pun sedap. siap dapat makan kek pengantin lagitu. Best

Ha kalau tak bergambar dengan pengantin memang tak sah la kan. itu dah perkara wajib kalau pergi ke kenduri orang kahwin. Kami apelagi, dengan kesengetan dan kesengalan kami. ha macam ni la jadinya, huru hara rumah tu. heheheh.

Lepas ke rumah pengantin kami terus ke rumah tumpangan dekat area-area situ jugak. Plan kami untuk stay sana untuk malam ni, sebab kalau nak balik hari agak letih. Lagipon dah malam. Dan yang penting esok ada la lagi planning kami nak meronda-ronda pergi Makan Angin. Alang-alang datang dari jauh.

Lepas check in, mandi, solat dan bersiap-siap untuk keluar Makan Angin. Sampai ke teluk intan kami pergi huhu. Sempat jugaklah singgah di funfair kat situ. walaupon suram je keadaan dia tapi satu port kedai ni meriah je dengan manusia-manusia main tikam nombor ( erkkk berjudikah??? sah berjudi). Paling terkejut bila kami ada lihat telatah budak kecik (melayu) dalam lingkungan umur 6-8 tahun sedang berjudi sama. errrkk. tapi malang, nombor yang dia tikam tak pernah kena hinggalah duit dia habis. agaggaga. Memang gelak aja la kami bila tengok telatah dia ketika nombor yang ditikam tak kena. Kadang-kadang sedih jugak rasa dalam hati ni. Haish mana la mak bapak dia. Kecik-kecik dah pandai jadi macam tu. Bila dah besar nanti macamana la agaknya. 

Apapon tu satu pengalaman yang mungkin Allah nak dedahkan kat wa tentang kehidupan manusia di luar sana yang wa belum tahu lagi .



Post a Comment

6 Comments

  1. Jauh perjalanan, luas pandangan...pelbagai ragam. Perut kenyang, badan letih...hehe

    p/s: Sabak Bernam kat Parit berapa tu?

    ReplyDelete
  2. wah!!!..bestnya jlan2x ngan kawan2x...jalinkan ukhuwah~

    ReplyDelete
  3. mcm best ja.. :D
    kalau saya ada gak, mesti lagi bez,ehe, guro je

    ReplyDelete
  4. smoga cepat kawen mawardi.. muka tengah hensem.. jadi cari bini cepat sket.. :D

    tahniah semua.. :)

    ReplyDelete