travel, food and lifestyle blog

Monday, April 22, 2013

[TRAVEL] Bercuti di Teluk Batik | Destinasi Pelancongan Popular di Perak

[TRAVEL] Bercuti di Teluk Batik | Destinasi Pelancongan Popular di Perak | Pengembaraan ke kenduri di Sabak Bernam [klik] tidak berakhir begitu sahaja bila kami mula merancang untuk ke Teluk Batik [klik]. Perancangan pada awalnya ingin ke menara condong teluk intan [klik] tidak menjadi kerana ada masalah. Walaupun terasa amat frust sebab tak dapat pergi ke menara condong teluk intan itu, tapi hati masih boleh dipujuk dengan rangcangan untuk mandi pantai iaitu di Teluk Batik.


Perjalanan kami memang mengasyikkan dengan suasana permandangan yang sangat indah dan permai, tambahpula kami melalui kawasan sawah padi. Disaat itu juga terbayangkan kampung halaman di Kelantan. Memang dapat rasa sedikit-sebanyak suasana kampung di Kelantan. Sempat lagi kami berhenti seketika untuk menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH ini.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. (surah ali Imran 190-191)


Terasa teruja bila sampai di Teluk Batik iaitu kawasan pantai berdekatan dengan bukit. Bukan senang untuk kita dapat melihat suasana begini selain dari Langkawi dan beberapa tempat peranginan lain di Malaysia ini. Suasana yang sangat meriah kerana hari tersebut adalah hujung minggu iaitu hari Ahad. Memang ramai orang yang datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga. Kami tidak membazirkan peluang untuk menaiki "banana boat" . Woah satu pengalaman yang mengasyikkan bersama mereka hehehe.


Alhamdulillah, perjalanan ke Teluk Batik memang sangat menyeronokkan dan kami berpuas hati bila dapat bercuti disini, walaupun hanya memakan masa separuh hari, tetapi banyak aktiviti-aktiviti kami sempat lakukan.

.



Share:

7 comments:

  1. dah lama tak pergi teluk batik, dulu masa kecik abah bawak, last sekali masa tu pergi dating dengan wife, sekarang rasanya nak bawak anaklah pulak

    ReplyDelete
  2. jauhnye berjimba... best ke teluk batik tuh? tak pernah sampai agi..ekkekekee

    ReplyDelete
  3. bestnya...pernah naik banana boat dkt PD then skit dada sbb ada kawan jatuh atas badan saya..mahaha.. air masuk banyak gler dalam hidung

    ReplyDelete
  4. Lama xke Teluk Batik ni, pasti byk perubahan.
    Jauh perjalanan luas pandangan...badan pun letih tapi hati girang :)

    ReplyDelete
  5. xpenah pon lg g teluk batik tuh -.-
    ppe pon lo jenjln ngan member2 mmg siryesly siuuukkkk! haha

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive