travel, food and lifestyle blog

Thursday, April 25, 2013

Mines Downtown Night Bazaar | Bazar Larut Malam

Mines Downtown Night Bazaar | Bazar Larut Malam | Jika dikampung biasanya malam-malam takde keje kita ke pasar malam. Tapi bila di bandar ni, orang dah tak layan sangat dah pasar-pasar malam nie, sebab orang kat bandar ni semuanya tidur lambat. Begitulah permainannya kalau nak diceritakan. Ini memang betol, bukan wa cakap kosong hehehehe.

Jika dulu Uptown Cheras, Uptown Shah Alam selalu jadi buah mulut orang, tapi skang tak payah pergi jauh-jauh, dekat mines ni je dah ada down town. Memang dekat giler la dengan UPM kan.

Mines Downtown Night Bazaar
Mines Resort City
43300 Seri Kembangan, Selangor

Macam wa bagitau tadi la. Downtown nie mula beroperasi pukul 10 malam dan tutup pukul 2 pagi. Maklumlahkan orang kat bandar ni memang suka keluar shopping malam-malam. erkkk ahahhaha. Yela barang-barang murah. Konsep dia sama juga dengan pasar malam. Tapi ia dibuka setiap hari. 

Kali ni wa saja je bawak member wa ni jalan-jalan sambil nak pekena burger bakar kat sini. Sekali kedai tu dah tutup da, memang melepas la nak makan burger bakar. Hmmm, memang tak ada rezeki orang kata. Tapi sempat jugak wa beli sehelai seluar slack. Mana la taukan kot-kot dapat interview kerja. Seluar slack lama wa dah tercabut zip. wawawawa. 


Share:

2 comments:

  1. tang mana eh down town mines nie? dulu time gua study area upm tu boleh dikatakan mines nie rumah kedua tapi tak tahu pulak ada down town.. org bandar memang suka merayaap memalam.. suasana malam dekat bandar tersangatlah meriah :P walaupun gua tidur awal..

    ReplyDelete
  2. owh ade downtown rupanya dekat mines...sebab tak pernah pergi situ malam2..

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive