travel, food and lifestyle blog

Followers

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Kontest akan berlansung sehingga 1130 pm 31 Disember 2013

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
      *sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML




4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Instagram

Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 



>> SENARAI TERKINI PESERTA KONTES U-BLOGGER<<


Share:

Bercuti di Atas Air | Agropelancongan Chalet Terapung


[TRAVEL] Agropelancongan Chalet Terapung Merbok | Chalet Terapung Hutan Paya Bakau | Mencari Damai Yang Tenang . *Di mana tu? Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok adalah jawapannya, di sini merupakan sebuah destinasi agropelancongan yang unik dan cantik dengan berlatar belakangkan panorama hutan paya bakau Sungai Merbok. * woah sangat asyik sekali.


Perjalanan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] diteruskan ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok. Perjalanan darat 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang dan 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.

Kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] ke sini adalah untuk makan malam sambil berpeluang melihat sendiri suasana sekitar Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini.


Pelbagai kemudahan ada di Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini.


Kedatangan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] disambut meriah oleh penduduk kampung. Menandakan kedatangan kami tersangatlah dialu-alukan.


Sebahagian dari  Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] yang turut serta.


Kelihatan Laluan Utama untuk ke Chalet Terapung.


Banyak aktiviti menarik yang boleh di buat di sini termasuk memancing, menyusuri Sungai Merbok [klik], melawat Kampung Nelayan, melawat Tanjung Dawai, Melawat Pantai merdeka, dan berkelah di Lata Tupah. Untuk info dan gambar yang lebih lanjut boleh ke chaletterapungaktiviti [klik] .


Ini adalah antara gambar yang wa sempat ambil mengenai suasana penginapan Chalet Terapung tersebut. Memang cukup selesa dan lengkap. Untuk info dan gambar yang lebih lanjut boleh ke chaletterapungpenginapan [klik].


Temuramah media bersama pengurus Chalet Terapung.


Kehadiran Pak Long, iaitu penulis sebenar lirik lagu "Cinta Pantai Merdeka". *Sangat teruja. Beliau sangat ramah dengan peminat.


Sempat wa mengambil peluang yang ada untuk bergambar kenangan dengan beliau, selama nie tahu menyanyi je lagu "Cinta Pantai Merdeka" yang dianggap mempunyai spirit yang tersendiri tu. tapi sekarang berpeluang pula bersemuka dengan pencipta liriknya.

Untuk maklumat lanjut tentang Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini bolehlah ke website mereka iaitu chaletterapung.weebly.com [klik]

.

Share:

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa | Your Complete Tropical Holiday Destination

The Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa | Your Complete Tropical Holiday Destination | Ha mana destinasi wa seterusnya untuk penhujung tahun 2013 ni ? Tempat nya memang grand habis habaq hang! Memang tak pernah bermimpi pun nak jejak kaki ke sini. *Kat mana tu? Jom folow wa ke Bagan Lalang,  Sepang.

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa terbentang dari Pantai Sepang, hampir satu kilometer ke dalam perairan terlindung di Selat Melaka dengan 392 villa laut yang mewah yang membentuk pokok sawit. Dengan kesan minimum kepada alam sekitar dan disebut-sebut untuk menjadi hotel "eco-friendly sea-hotel" yang pertama di dunia. Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa adalah "5 star haven of peace", sesuai untuk eco-advanture, sukan air tidak bermotor, family-friendly fun atau untuk hanya berehat dan menenangkan fikiran. 


Tidak mengabaikan kualiti, pernah memenangi anugerah "sea villas", mereka menawarkan penginapan mewah, luas yang mempunyai gabungan tradisi dan moden dalam reka bentuk bahagian dalamnya. Mudah dikunjungi pelancong kerana The Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),


"Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa reveals the soul of its destination with the warmth of Malaysian welcome and the sophistication of service showcasing culinary arts in authentic local delicacies"
Villas
"A leader in providing luxurious comfort, the Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa is a recipient of the CNBC Best Property Award and Best Interior Award 2008. Perfect bedding, featuring downy pillows, rich sheets and soft comforters, each sea villa is equipped with a flat screen TV with multiple satellite channels, IDD telephone and voice messaging, video-on-demand library, wired high-speed broadband internet service, safe deposit box, hair dryer, coffee & tea making facilities, fully stocked mini bar, 24-hour in-room dining, iron and ironing board."_ www.goldenpalmtree.com/villas [klik]

Culinary
"Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa boasts of the same array of local delicacies and international favourites. Dining in wonderful settings, whether in-room, Stimbot, Perahu, Sepoi-Sepoi, Bila-Bila, Hang Sang Lou or snacks at either one of our bars - Buloh Bar, & Selat Bar, we offer the very best in Asian and Continental cuisine. Explore a whole new world of tantalizing flavours which will swirl and linger in your mind as an attraction worth returning to. Enjoy a variety of authentic Malay-style barbequed-fish, old-fashioned dining, Chinese-style seafood fondue, authentic Sichuan cuisine and western style cuisines developed since the colonial days."www.goldenpalmtree.com/culinary [klik]

Escapade Adventure
"Spend your days enjoying exciting non-motorised water sports, test your skills in a variety of exhilarating beach sports, explore Malaysia’s eco adventure by canoe, along an extensive stretch of mangrove forest or trek the hinterlands and take a canopy walk. Alternatively, just relax under an umbrella and allow the sea breeze to caress your sun kissed skin."_ www.goldenpalmtree.com/escapadeadventure [klik]

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa is undergoing a rebranding exercise that will result in facilities upgrades and name change to AVANI Sepang 
GoldCoast Resort.

From 15th October 2013 - 15th January 2014, we will be uplifting our facilities including Lobby Area & Main Club House, thereby within this timeframe
these areas may be out of service. However, alternative check-in & dining venues will be provided for our guests. Since we are not conducting any structural
changes, it will have minor noise implication to our in house guests.

Please contact us at info@goldenpalmtree.com or call +603 3182 3600 for further information.
Share:

Proboscis Monkey Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014 | Visit Malaysia 2014

Proboscis Monkey Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014 | Visit Malaysia 2014
"The nose of a male proboscis monkey can exceed 3.9 inches (10 centimeters), and is thought to woo females"

"Proboscis Monkey" Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014 | Visit Malaysia 2014 | Ini la kalau korang nak tahu spesies monyet yang dilindungi "Proboscis Monkey" telah diiktiraf menjadi maskot untuk tahun melawat malaysia 2014 .

Proboscis Monkey Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014 | Visit Malaysia 2014

"The proboscis monkey (Nasalis larvatus) or long-nosed monkey, known as the bekantan in Malay, is a reddish-brown arboreal Old World monkey that isendemic to the south-east Asian island of Borneo. It belongs in the monotypic genus Nasalis, although the pig-tailed langur has traditionally also been included in this genus – a treatment still preferred by some.

The monkey also goes by the Malay name monyet belanda ("Dutch monkey"), or even orang belanda ("Dutchman"), as Indonesians remarked that the Dutchcolonisers often had similarly large bellies and noses.

This species of monkey is easily identifiable because of its unusually large nose." _ Wikipedia [klik]


Apa kata sahabat media kita pula  mengenai Proboscis Monkey ni.

Proboscis Monkey Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014 | Visit Malaysia 2014

Proboscis Monkey Maskot Tahun Melawat Malaysia 2014 | Visit Malaysia 2014

Abaikan sesetengah tuduhan tak berasas mereka kepada Proboscis Monkey . Kesian beliau ekekek.


.


Share:

Seni Makeup Mata ala Disnet Princess Yang Memukau | Solekan mata

Frozen
Seni Makeup Mata ala Disnet Princess Yang Memukau | Solekan Mata | Pergh sangat menarik dan memang cantik. Kreatif betol diorang ni kan. Jom tengok makeup yang seterusnya.

Princess and the Pea
Cinderella
The Frog Princess
Kickass
Share:

BINTANG SYURGA | MAYA KARIN DI SWITZERLAND


BINTANG SYURGA |  MAYA KARIN DI SWITZERLAND

BINTANG SYURGA |  MAYA KARIN DI SWITZERLAND | Siapa yang tidak kenal akan anak kacukan Jerman-Melayu yang jelita yang bernama Maya Karin. Lagu “BINTANG SYURGA” nyanyian Maya Karin yang muncul sebagai hadiah kepada peminat-peminat setia beliau ini telah didendangkan oleh Maya Karin sendiri di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker. Maya Karin telah dijemput untuk menjadi tetamu istimewa di Radio Television Suisse, Switzerland di program Bastian Barker sendiri dan mereka telah berduet bersama dan menyanyikan beberapa buah lagu dan salah satunya adalah “Bintang Syurga”. Maya Karin telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Switzerland dan mereka menyukai akan alunan suara Maya Karin yang gemersik itu.

BINTANG SYURGA |  MAYA KARIN DI SWITZERLAND

“BINTANG SYURGA” ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K. dan Audi Mok. Lagu yang berentak ‘pop dance’ ini berbeza daripada lagu-lagu beliau yang sebelum ini yang kebanyakkannya berentakkan balada. Lagu ini juga mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi dan menari bersama. Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan lagu ini dalam mood yang segar dan ceria.

BINTANG SYURGA |  MAYA KARIN DI SWITZERLAND

Bagi yang ingin menjadikan BINTANG SYURGA sebagai nada dering, anda boleh ikuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*316903# dan tekan call/send, ataupun layari www.musicunlimited.com.my [klik]. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*191895# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari www.thecube.my [klik]. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>1800303 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari ct.digi.com.my [klik]. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*467354# dan tekan call/send, ataupun layari www.u.com.my [klik].

Kredit kepada trekselebriti.com [klik]
.
Share:

FESTARI 2013 Membawa Satu Kelainan | Festival Tari Malaysia 2013 (FESTARI)



Festival Tari Malaysia 2013 (FESTARI)

FESTARI 2013 Membawa Satu Kelainan | Festival Tari Malaysia 2013 (FESTARI) | Malam kemuncak Festival Tari Malaysia 2013 (FESTARI) yang berlangsung pada 7 Disember lalu di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyaksikan kumpulan Anak Dalam Gading dari Sarawak menjuarai kategori Tradisional manakala Stop Reverse Crew dari Melaka bagi kategori Moden.

Festival Tari Malaysia 2013 (FESTARI)



Kumpulan Anak Dalam Gading dari Sarawak


Stop Reverse Crew dari Melaka

Kedua kumpulan itu masing-masing memenangi wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penyertaan. FESTARI anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan disokong Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sejak 1992 pada kali ini dipecahkan kepada dua kategori moden dan tradisional.






Sebelum ke pentas akhir, persaingan kategori tradisional terlebih dulu menyaksikan lapan kumpulan bersaing pada 5 Disember lalu manakala lapan kumpulan lagi bersaing dalam kategori moden pada 6 Disember. Lokasi kedua-dua acara itu turut diadakan di Auditorium DBKL.

Acara FESTARI 2013 juga dimeriahkan dengan persembahan Noraniza Idris, One Nation Emcees dan kumpulan tarian terkenal, Wakaka Crew. Tak ketinggalan persembahan daripada ASWARA Dance Company, kumpulan Kesenian JKKN Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan KL dan Selangor.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, berkata pihaknya amat menggalakkan karyawan seni tempatan untuk terus berkarya dan bereksprimen di samping membantu memberi nilai tambah terhadap penciptaan kreativiti sejajar arus pemodenan dunia.

"FESTARI kali ini membawa satu kelainan dengan memberi peluang kepada generasi muda untuk menyerlahkan bakat bukan saja dalam bidang tradisional seperti kelazimannya malah memberi peluang untuk mendedahkan bakat dalam genre tarian moden seperti Street Dance, Hip Hop, Ballet, Kontemporari, Jazz, Line Dance, Tap, Bally, Lyrical Dance dan banyak lagi genre tari moden lain yang bersesuaian," katanya.

Kredit kepada trekselebriti.com [klik].
Share:

Menonton Lawak Ke Der 3 di ESCAPE!


Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 yang sedang dipentaskan bermula hari Rabu lepas, 4 Disember 2013, dan akan berakhir pada 8 Disember 2013, iaitu Ahad ini, di Istana Budaya 

Selain Harith Iskander, dan Nabil sebagai hos, kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim [klik] berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Pergh terbaik habis wei. Memang best giler!!! 

Kejap-kejap !! Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik !! ha... macamana tu?  Nak tau best ke tak best kenalah tengok. Kalau tak memang tak terjawab la soalan tu heheh.

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3.  Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok.

Tapi jangan risau, Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! So, tak payah terburu-buru dan risau sampai nak pengsan la ye hehehe.

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom.

Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari! Erkkk RM 5000 weiii.. Giler ko tak nak. tapi bagaimana caranya pulakkan?



Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013,pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau [klik] setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888.

Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Nak tahu tau lebih? Layari laman web ESCAPE [klik]


Apa itu ESCAPE


ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat. 

Pilih sahaja yang mana anda mahu. 

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi. 

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua. 

Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. 

Kelebihan ESCAPE

• Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua 

- Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com [klik] sekarang.

Share:

Aaron Aziz sangat bersyukur Atas Hijrah Diyana | Isteri Aron Aziz Sudah Bertudung

Aaron Aziz sangat bersyukur Atas Hijrah Diyana | Isteri Aron Aziz Sudah Bertudung

Aaron Aziz sangat bersyukur Atas Hijrah Diyana | Isteri Aron Aziz Sudah Bertudung | Alhamdulillah dan Tahniah kepada Diyana Khalik, isteri kepada Aaron Aziz yang dah buat keputusan untuk berhijab selepas pulang dari Hong Kong. Aaron aziz kata dia sangat bersyukur atas hijrah Diyana & berharap lepas ni anak-anaknya pun ikut langkah yang sama. * Insyaallah amin

Sumber gambar MIG Online [klik]
Share:

Siapakah Encik Mimpi | Acoustic Performance & Fan Gathering Encik Mimpi

Siapakah Encik Mimpi | Acoustic Performance & Fan Gathering Encik Mimpi

Siapakah Encik Mimpi | Acoustic Performance & Fan Gathering Encik Mimpi | Siapa tak kenal Encik Mimpi. *eh siapa dia eh? huhu . Kalaulah korang layan cerita Playboy Itu Suami Aku . Kalau lah kan. Ha bukan nak citer pasal citer Playboy Itu Suami Aku tu. Tapi pasal lagu tema dia "Rindukanlah". 

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu Dan Ku Ingin Harapan Hatimu . eh eh ternyanyi plop ekekeke


Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)_ Encik Mimpi [klik]


Menurut sumber Encik Mimpi ni dulunya seorang Blogger. Dan beliau femous sebab aktif cipta lagu di YouTube. *Whatttt Blogger? . Ya ternyata dia seorang blogger. Ni blognya encikmimpi.blogspot.com [klik]

Siapakah Encik Mimpi | Acoustic Performance & Fan Gathering Encik Mimpi

Jadi pada 23 Desember 2013 lepas Encik Mimpi telah mengadakan Acoustic Performance & Fan Gathering Encik Mimpi  yang ditaja oleh penaja superwhite cllagen-stokist kl, hijab by us, heyho wear dan dreemers club. Sesi bertemu peminat ha. Maklumla orang dah famouskan. *Tahniah bro, lagu Rindukanlah tu memang berhantu

Siapakah Encik Mimpi | Acoustic Performance & Fan Gathering Encik Mimpi

Ha kang dah kena serbu dengan peminat kan. *mesra sangat-sangat En Mimpi ni dengan peminat dia

Jom layan lagu Rindukanlah ( OST Playboy Itu Suami Aku )


Ha misteri tak?.. misteri tak? pakai topeng lagi En Mimpi kita. So, biarlah peminat-peminat dia teka siapa sebenarnya Encik Mimpi nie. 


So terus bermimpilah korang ye. ekekekke

Pandangan dari seorang peminat Encik Mimpi tentangnya.

just yg aku nk share...ENCIK MIMPI A.K.A em ..hihi...
respek..:)
masa fan gathering tu adalah.. fans gurl nk salam ni...
tp...die xleh terima di tolak secara sopan...
alhamdulillah:) harap2 em terus maju dan agama no1 dalam hidup :)


Kredit Gambar CikMya [klik]





Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive