Friday, December 13, 2013

Sukarelawan Projek Iqra | HIMPUNAN BESAR BLOGGER MALAYSIA 2013

Sukarelawan Projek Iqra

Sukarelawan Projek Iqra | HIMPUNAN BESAR BLOGGER MALAYSIA 2013 | Dah lama dah rasanya keinginan untuk membantu orang kurang berkemampuan especially dari golongan kanak-kanak yatim piatu. Tapi bukan daya diri wa untuk menderma beratus-ratus mahupun beribu-ribu.

Bak kata orang membantu bukan hanya dri wang ringgit, tapi banyak benda. Rasanya korang sendiri tahu. Dan sekarang wa teringin nak mempunyai satu group blogger yang sependapat dengan wa. *Nak tolong mereka-mereka seperti ini. Menjadi sukarelawan untuk membantu mereka dalam apa-apa program.

Wa harap ramai lagi blogger kat luar sana mempunyai niat macam wa. Bukan diperlukan wang ringgit sahaja, jika mampu memberi waktu kita hanya beberapa ketika untuk turun padang menjadi sukarelawan untuk program mereka pun dah memadai.

Jadi nilah peluang baik kita, sempena HIMPUNAN BESAR BLOGGER MALAYSIA 2013 [klik] kat mines nie. Projek Iqra' ada membuka booth untuk mencari para blogger untuk mendaftar menjadi sukarelawan mereka.

Sukarelawan Projek Iqra

Saya dah mendaftar sebagai sukarelawan Projek Iqra'. Anda bila lagi, jom membantu menyumbangkan apa yang terdaya kepada mereka yang memerlukan. Insyaallah usaha kita tak sia-sia. 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Jom daftar jadi sukarelawan Projek Iqra' di www.projekiqra.com [klik]

Rujuk website www.projekiqra.com [klik] untuk maklumat lanjut dan aktiviti-aktiviti sukarelawan Projek Iqra di facebook  ProjekIqra [klik].

.

7 comments:

  1. alhamdulillah..harap lepas nie ramai lagi blogger yang boleh tampil menjadi sukarelawan...alangkah seronoknya kalau saya juga dpat join..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah, rasa nak join jugak je... :)

    ReplyDelete
  3. ingat macam nak pegi tapi kesihatan tak mengizinkan :'(

    ReplyDelete
  4. Kawan kawan blogger boleh membantu kami di projek iqra sebagai sahabat blogger iqra.
    Kesudian utk berkongsi dengan pembaca blog kalian juga satu bentuk amal kebaikan yg besar nilainya disisi Allah.

    Tak dapat berjumla kami empat mata di event ini, belum ada rezeki, tak mengapa. Singah2 websitebkami yg masih banyak yg perlu diperbaikipengisianya : www.projekiqra.com

    Utk yg datang ke event nanti, singgah la booth kami (#booth 68)

    Wassalam

    Suhaimi Abdul Manan
    Koordinator
    PROJEK IQRA'

    ReplyDelete
  5. Hmm . . Baru terbaca entri ni harini . Nak book tiket dah lewat :"(

    ReplyDelete
  6. Mulia saranan di atas tu. Sama-samalah beramai-ramai menyahut seruan sebegitu. Insyaallah.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas sokongan :)

    ReplyDelete

Created By Sora Templates