BINTANG SYURGA | MAYA KARIN DI SWITZERLAND


BINTANG SYURGA |  MAYA KARIN DI SWITZERLAND | Siapa yang tidak kenal akan anak kacukan Jerman-Melayu yang jelita yang bernama Maya Karin. Lagu “BINTANG SYURGA” nyanyian Maya Karin yang muncul sebagai hadiah kepada peminat-peminat setia beliau ini telah didendangkan oleh Maya Karin sendiri di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker. Maya Karin telah dijemput untuk menjadi tetamu istimewa di Radio Television Suisse, Switzerland di program Bastian Barker sendiri dan mereka telah berduet bersama dan menyanyikan beberapa buah lagu dan salah satunya adalah “Bintang Syurga”. Maya Karin telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Switzerland dan mereka menyukai akan alunan suara Maya Karin yang gemersik itu.

“BINTANG SYURGA” ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K. dan Audi Mok. Lagu yang berentak ‘pop dance’ ini berbeza daripada lagu-lagu beliau yang sebelum ini yang kebanyakkannya berentakkan balada. Lagu ini juga mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi dan menari bersama. Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan lagu ini dalam mood yang segar dan ceria.

Bagi yang ingin menjadikan BINTANG SYURGA sebagai nada dering, anda boleh ikuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*316903# dan tekan call/send, ataupun layari www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*191895# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>1800303 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*467354# dan tekan call/send, ataupun layari www.u.com.my .

Post a Comment

0 Comments