travel, food and lifestyle blog

Sunday, December 22, 2013

Barisan Artis Popular Malaysia Indonesia Jayakan Konsert Amal | Konsert Destini 2013


Barisan Artis Popular Malaysia Indonesia Jayakan Konsert Amal | Konsert Destini 2013 | Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM 2 juta pada Konsert Destini yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2 malam lepas. (20 dan 21 Disember 2013)

Seramai sembilan orang artis terkenal telah membuat persembahan pada konsert malam tadi iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah,dan Pasha (Ungu).


Pembukaan tirai yang hebat oleh Dayang Nurfaizah dengan lagu "Dayang sayang kamu".


Persembahan diteruskan dengan Adira dan duet bersama Hafiz menerusi lagu mereka "Ombak RIndu" [klik]


Persembahan solo Hafiz tidak kurang hebatnya dengan lagu memukau beliau "Bahagiamu Deritaku" [klik]


Artis bersuara lantang kita Jacklyn Victor pun ada memeriahkan Konsert Amal nie. *Pergh meremang bulu roma beb.


Suasana yang hangat dibakarkan lagi dengan persembahan rock hebat dari Awie. Giler berapi-api pentas habaq hang. * Ini serius aku tak tipu .huhu


Okay sekarang giliran artis hebat Indonesia, Rossa. Lagu medley yang mantap dan mengujakan.


Woah, kehadiran duetnya Pasha (UNGGU) memang dinanti-nantikan seluruh penonton. Gandingan yang memang mantap.


Pasha menjayakan lagu duet beliau dan Rossa "Terlanjur Cinta" [klik] secara solo.


Persembahan bertenaga dari Lagenda Rock tanahair, Amy Search. *pergh memang terbaiklah


Persembahan yang ditunggu-tunggu oleh penonton dari artis bersuara emas negara kita, Dato Siti Nurhaliza. Persembahan yang tidak mengecewakan.


Gandingan Dato Siti Nurhaliza dengan Hafiz "Muara Hati" [klik]

Objektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Dalam memberi ruang untuk menyalurkan bantuan serta merapatkan jaringan YDAB dengan pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan orang persendirian, Konsert Destini memberi tawaran pakej-pakej tajaan serta pulangan tajaan seperti Platinum (RM100,000 dan ke atas), Diamond (RM80,000 – RM99,000), Gold (RM30,000 – RM79,000), Silver (RM10,000 – 29,000) dan Tajaan Terbuka atau Persendirian (tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM10,000).

Tiket-tiket untuk menonton konsert ini adalah berharga RM1000, RM500, RM300, RM200, RM80 dan RM30

Kredit gambar trekselebriti.com [klik]

.

Share:

2 comments:


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive