7 Kedai Makan Patut Korang Pergi Di Machang Kelantan


Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.

Memandangkan saya ni dilahirkan dan dibesarkan di daerah Machang, tak sah rasanya kalau saya tak kongsikan hal menarik yang ada di sini kan? Jadi, jom saya kongsi kat korang 7 kedai makan yang korang patut singgah kalau sampai di Machang.

1. Poksu Daging Salai Machang

Set Hidangan : Daging salai, ikan kering,sambal belacan & timun

Gerai Pok Su Daging Salai ni memang menjadi lokasi pilihan orang setempat untuk sarapan pagi. Makanan signature yang menjadi tumpuan orang kesini sudah semestinya menu salai resipi original Negeri Sembilan. Rasanya memang sangat sedap dan harganya pun sangat murah.

Harga untuk sepinggan nasi putih daging salai seperti dalam gambar hanyalah RM5 sahaja. Selain dari menu daging, kat sini juga korang boleh dapat Itik salai, Ikan Keli Salai dan Sup Kambing.

Kedai ini dibuka awal selepas subuh sehingga 11.59 am setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu. Untuk pertanyaan korang boleh contact mereka di 01125650932

Alamat : Nasi Sup Kambing Daging Salai, 
Taman Sri Indah, 
18500 Machang, Kelantan

2. Colek Perut Bulat Kedai Kak Jea (Rapunzel)


Orang Kelantan memang suka sangat dengan perut muda/perut bulat. Selain sedap dijadikan menu Air Asam Perut, ia juga sangat sedap dijadikan lauk dalam menu sup lain seperti mee celup atau colek perut. Bukan mudah nak dapat menu colek perut setambun macam ni, nak nak yang ada perut muda/bulat.

Kalau korang teringin nak makan colek perut yang sedap dan banyak seperti dalam gambar kat atas ni, korang boleh ke Kampung Jakar di dalam daerah Machang dimana ada sebuah gerai masakan panas yang ada sediakan menu ni untuk pelanggannya.

Makanan dijamin puas hati dan harga dia serendah RM6 untuk sepinggan colek perut biasa.

Alamat : Kedai Kak Jea Rapunzel, 
Kampung Jakar (Dekat masjid Jakar),
18500 Machang, Kelantan, Malaysia

3. Kak Long Nasi Ayam


Walaupun kedai Kak Long ni berada jauh sedikit dari bandar Machang, pelanggan yang datang cukup ramai sehingga perlu beratur dan menunggu lama untuk mendapat makanan yang di pesan. Tidak hanya orang dine-in di situ, yang take-away pun tak kalah dengan pesanan banyak bungkus setiap orang.


Bukan hanya kerana sedap semata, harga nasi ayam yang Kak Long jual juga agak tak masuk akal bila difikirkan iaitu RM6 untuk satu set. Portion ayam yang diletakkan untuk satu set nasi ayam dia adalah satu per empat (1/4).

Selain dari menu istimewa nasi ayam, mereka juga ada sediakan nasi berlauk ayam goreng. Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari jumaat dari jam 11 tengahari sehingga 4 petang.

Alamat : Bersebelahan dengan bangunan CIndo Antik,
Kg Hutan Kuin, Lebuhraya Machang - Tanah Merah, 
18500 Machang, Kelantan, Malaysia

4. Kedai Roti Canai Padu Pangkal Petai


Berlokasi betul-betul tepi jalan utama Machang-Kuala Krai, Kedai Roti Canai Padu Pangkal Petai ni menjadi tumpuan utama orang ramai untuk menikmati keenakan pelbagai jenis roti canai yang ada.

Kedai ini dibuka 2 kali sehari iaitu untuk santapan pagi dan sebelah petang selepas asar.

Alamat : 
Kg Pangkal Petai,
18500 Machang, Kelantan.

5. Kedai Nasi Ulam Che Ku


Jika di Kota Bharu cukup terkenal dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, kalau korang memandu dari arah Jalan Kota Bharu Ke Kuala Krai, korang boleh singgah di Machang untuk menikmati Nasi Ulam Che Ku untuk makan tengahari korang.


Disini banyak lauk-lauk yang boleh korang pilih termasuk pelbagai jenis ulam-ulaman yang segar. Antara yang boleh diplih ialah kacang botor, timun, terung, bendi, anak jagung, pucuk paku dan banyak lagi.

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari jumaat.

Alamat: RnR, Bukit Belah, 
18500 Machang, Kelantan

6. Kak Mah Sate 3


Bagi penggemar sate, bolehlah datang berkunjung ke 𝐊𝐚𝐀 𝐌𝐚𝐑 π’πšπ­πž πŸ‘ 𝐌𝐚𝐜𝐑𝐚𝐧𝐠. Ada pelbagai jenis sate yang dihidangkan di sini seperti, Sate Ayam, Sate Daging, Sate Kambing, Sate Arnab, Sate Rusa, Sate Landak, Sate Itik dan paling rare adalah Sate Wagyu.

Selain itu ada pelbagai jenis makanan panas lain dan pilihan beberapa makanan di gerai-gerai yang ada di sekitarnya. Ruang makan kat sini pun cukup selesa, ada Indoor (Berhawa Dingin) dan ada Outdoor (Luar Kedai). Tempat Pparkir pun luas dan selesa.

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari selasa dari jam 4petang sehingga 12malam.

Alamat : No.2, Hutan Kuing
Jalan Machang-Tanah Merah,
18500 Machang, Kelantan

7. Kedai Roti Tempayan Sebelah Balai Bomba

Bagi penggemar roti tempayan, korang boleh ke kedai sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan balai bomba machang. Warung ini menyajikan roti tempayan yang lembut, sedap dan boleh dianggap terbaik di Kelantan.

Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya.

Tidak kurang juga dengan kuah pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa. Selain itu, mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis roti nan lain beserta ayam tandoori.

Jadi, itulah 7 buah kedai makan yang saya sangat recommend korang untuk pergi. Kesemua kedai ini saya sendiri pernah pergi dan makan disana dan saya sangat berpuas hati.

Post a Comment

1 Comments

  1. Rindu Kelantan, kalau pi sana memang kenyang sokmo.. lepas ni ke sana, silalah bawa Sis jalan-jalan yaaa Madi..

    ReplyDelete