Saturday, November 30, 2013

[BLOGGER] Happy Birthday Ben Ashaari
[BLOGGER] Happy Birthday Ben Ashaari | Tanggal 30 November. Berbintang Scorpio la kan. Ha sama la dengan wa. Cuma wa di tanggal 17 November. hehhehe. Happy Birthday buat Bro +Ben Ashaari . Sapa tak kenal pemilik blog ben ash www.benashaari.com [klik] ni kan.


Keep being awesome, and always take care. Semoga hidup diberkati sekeluarga hendaknya, Insyaallah amin.

Nampak gayanya ramai jugak blogger yang lahir bulan November ni kan, termasuk +Norain Yusoff , +Dik bee , +Mawardi Yunus , +Ben Ashaari dan beberapa orang lagi.

Happy Birthay!!

Tuesday, November 26, 2013

[SUKAN] Rasmi TRW 2014 | Senarai Pegawai dan Pemain TRW 2014
[SUKAN] Rasmi TRW 2014 | Senarai Pegawai dan Pemain TRW 2014


Pegawai Kelantan TRW 2014 :

Pengurus : Azman Ibrahim 
Pen. Pengurus : Wan Badri
Coach : Steve Darby
Asst coach : Hashim Mustapha
Asst coach : Zahasmi Ismail
asst Coach (Gk) : Ismail Chawalit
Fitness Coach : 
Fisio : Zainuddin
Peg. Media : Md Zuki
Peg. Keselamatan : Arif
Kitman : Pok Run

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (Gk)
24. Syazwan Yusoff (Gk)


.
[UMUM] Nak Makan Ke Tak Nak | Gambar iPhone Cake Yang Awesome
[UMUM] Nak Makan Ke Tak Nak | Gambar iPhone Cake Yang Awesome | Wowowo sangat teruja pulak wa dengan design-design kek yang terbaik lah. Kadang-kadang tu sebijik macam yang real. Memandangkan Sekarang dah jadi trend kek birthday adalah berbentuk sesuatu yang si Birthday Girl/Boy suka.

Skang ni wa just nak share beberapa gambar iPhone Cake Yang Awesome. Pergh memang terbaiklah. 

iPhone CupCake

Sumber Gambar laugh2nite.webs.com [klik]

Yang ni  iPhone Cake warna hitam cantikkan?

Sumber Gambar stylegerms.com [klik]

Yang ni pulak  iPhone Cake  warna putih

Sumber Gambar pinkcakebox.com [klik]

Ha. amacam? mengoda tak? Ni agak-agak sampai hati tak nak makan?

[INFO] Tidur dan kafein untuk tubuh cergas | Rahsia Tubuh Cergas
[INFO] Tidur dan kafein untuk tubuh cergas | Rahsia Tubuh Cergas | KOMBINASI tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum.


Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang.
“Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan berasa lebih segar,” katanya.
Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat.
“Membaca hanya dibenarkan jika anda sukar untuk tidur tetapi bukan sebagai rutin sebelum tidur,” katanya.
Sumbe Artikel: kosmo [klik]

Monday, November 25, 2013

[PERIBADI] Penyatuan Dua Hati | Tahniah Zamree Dan Benazir ( Isteri )
[PERIBADI] Penyatuan Dua Hati | Tahniah Zamree Dan Benazir ( Isteri ) | Alhamdulillah Akhirnya terbukti juga dia milikmu. Buktinya dialah Tulang Rusuk Kiri mu. Majlis Akad Nikah berlangsung 17 November ! tarikh yang sangat cantik tu. * kenapa? oh tu adalah tarikh lahir wa :)

Bagai Pinang Dibelah Dua.
Inilah yang orang dok katakan. "Kalau dah Jodoh takkan Kemana" . "Takkan Lari Gunung Yang Di Kejar" .



Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Sahabat perjuangan, Semoga hidup berbahagia hingga ke akhir hayat. Jagalah isterimu dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Jadilah seorang suami yang bahagia dan penuh tanggungjawab. Insyaallah Amin. 

Maaf sebab tak dapat ke majlis perkahwinan korang haritu, apapon terima kasih juga untuk ucapan birthday haritu :")

Saturday, November 23, 2013

[UMUM] Nak Kawan Ke Tak Nak ? | Jenis-Jenis Friend Kat Facebook
[UMUM] Pelik Perangai Kawan Di Facebook | Jenis-Jenis Friend Kat Facebook | Banyak-banyak kawan kat Facebook kita berapa kerat sangat la ka yang bertegur tanya kabar. ada sesetengah tu add kita kemain tapi bila di accept frient request say " Hi " pun tak. Inikan pulak wa nak mengharapkan dia ucap terima kasih. Hmmm. *Motif sangat ko add aku kan. Penyakit sawan ke hape. Ke tak tahu nak guna facebook camner? Akaun aku jumpa pulak ko cari dan tekan butang add kan. huh. * Baling lesung atas kepala.

 Nak Kawan Ke Tak Nak ? | Jenis-Jenis Friend Kat Facebook

Tu dah satu hal, ni ada satu hal lagi. Ketogori berat jugak la nie. 

Ingatkan aku sorang je yang mengalaminya rupanya ramai lagi. malah lebih teruk pun ada hmmm.

 Nak Kawan Ke Tak Nak ? | Jenis-Jenis Friend Kat Facebook

Jangan kata diorang, wa rasa korang pun ada kawan-kawan facebook yang macam nie kan? Tambah pula kawan yang dulunya boleh dikatakan rapat dengan kita. 

Yang satu jenis lagi nie memang agak kurang keberadaban jugak. Kenapa? ha tengok bawah nie.

 Nak Kawan Ke Tak Nak ? | Jenis-Jenis Friend Kat Facebook
Takde angin takde ribut, tup-tup dapat notification dari diorang. Kenapa? tanya khabar kita ker? Huh rupanya tanya nak suh main game yang dia main sebab nak mintak nyawa atau point. * Amboi manyak shantik muka ko. Silap-silap kalau mood wa tak baik button block wa bagi kat ko. haaa. Nampak tak permainan aku disitu. 

Jadi kalau nak berkawan tu biarlah ikhlas. Kawan untuk erat silaturrahim. Bukan semata-mata nak gunakan orang untuk kepentingan. Bila kita dah senang, takde apa-apa hal kena mengena dengan kita, dia dah ibarat takde apa-apa. sekadar penghias dan penambah jumlah bilangan friend dekat friend list kita.

.AWAS   pada diorang-diorang ni. 

.

Friday, November 22, 2013

[ARTIS] Gambar Kediaman Fizo Omar Dan Mawar | Wallpaper Baru Dari KJ Wallpaper
[ARTIS] Gambar Kediaman Fizo Omar Dan Mawar | Wallpaper Baru Dari KJ Wallpaper | Kali ni wa tertarik nak share tentang gambar kediaman pengantin baru kita  Fizo Omar Dan Mawar . Ada beberapa keping gambar renovation rumah mereka memasang wallpaper baru . Jom tengok.

Untuk melihat gambar sesi perbincangan bersama Fizo Omar [klik] dan Mawar Fareeda [klik] bersama KJ Wallpaper [klik]


 Ini adalah hasil selepas pemasangan Wallpaper baru.





Untuk melihat gambar proses pemasangan leh ke KJ Wallpaper [klik]

Hamboi kemain ko ye Fizo hehhe. Mereka menggunakan Korea Wallpaper Dan Customized Wallsticker dari KJ Wallpaper [klik]. Gambar-gambar ni juga adalah dari Facebook KJ Wallpaper [klik] .

[BERITA] Tangan Budak Cedera Hingga Nampak Tulang | Tersepit Pada Besi Basikal
[BERITA] Tangan Budak Cedera Hingga Nampak Tulang | Tersepit Pada Besi Basikal | Kesian Mohd Nur Iman Mohd Zafri, 9, sedang membetulkan rantai basikal sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok dan tersepit di celah besi antara rim dengan rantai basikal itu. * huh berpeluh baca . Tetiba je terbayang-bayang kan.

[BERITA] Tangan Budak Cedera Hingga Nampak Tulang | Tersepit Pada Besi Basikal
Pergelangan Mohd Nur Iman yang tersangkut pada skru brek
“Nur Iman tidak menangis cuma sekali sekala mengerang tahan sakit dan saya cuba untuk mengeluarkan tangannya yang tersepit tetapi tidak berhasil,” kata Mohd Zafri Said (bapa) ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

Menurut kata bapanya sebelum kejadian, anaknya Mohd Nur Iman Mohd Zafri ada menyatakan hasrat mahu mengikut bapanya ke bandar, tetapi dia menyuruhnya meneruskan bermain basikal dengan rakan. Hmm memang benda dah nak jadi kan nak buat macamana. 

Baca Berita Tangan budak cedera hingga nampak tulang [klik] ni di Sinar Harian.

Hmmm, nasib baik cuti sekolah dah mula kan. Semoga adik Mohd Nur Iman Mohd Zafri cepat sembuh .

.

Thursday, November 21, 2013

[HIBURAN] Misteri Villa Nabila Nak Di Filemkan? | MIG nak Filemkan Misteri Villa Nabila
[HIBURAN] Misteri Villa Nabila Nak Di Filemkan? | MIG nak Filemkan Misteri Villa Nabila | Ramai dah yang meneka tentang hal nie. Tak mustahil suatu hari nanti Misteri Villa Nabila [klik]  ni akan difilemkan seperti mana kisah Highland Tower yang dikatakan memungut kutipan jualan tiket sebanyak 3.3 juta hanya dalam masa 12 hari. 

Memang sudah terang yang rakyat malaysia kita nie sangat bertaste akan sesuatu yang misteri dan tahyul. Tak mustahil la Malaysia banyak produce filem Hantu kan.


Nampak gayanya David Teo ni memang nak rebut peluang keemasan tentang Villa Nabila ni sebelum penerbit lain ambil huhuhu.

Kalau Misteri Villa Nabila [klik] ni di filemkan apa pendapat korang?


Ha mereka dah bagi respon kat MIG [klik] tu? korang bila lagi? eehhehe. yang lawak tu ada yang mintak budak-budak misteri tu untuk berlakon hahaha.



.
[KESIHATAN] Penawar HIV Ditemui ? | Pengamal Perubatan Tradisional Dakwa Mampu Ubati Virus HIV
[KESIHATAN] Penawar HIV Ditemui ? | Pengamal Perubatan Tradisional Dakwa Mampu Ubati Virus HIV | Pengamal perubatan tradisional dari Machang, Kelantan * wah kampung wa nie, mendakwa mampu mengubati  HIV dengan kaedah rawatan tradisional. Biar betol? Kalau betol bagusla. memang hebat la kan. sebab perubatan modern pun belum jumpa lagi.


Klik pada video [klik] untuk berita sepenuhnya

MACHANG: Seorang pengamal perubatan tradisional dari Machang, Kelantan mendakwa mampu mengubati  HIV dengan kaedah rawatan tradisional.

Tuan Mohd Tuan Bongsu menjelaskan, hasil kajian dan penyelidikan serta kaedah rawatan yang diperolehi dari tabib cina dan pengamal perubatan tradisional lain, beliau mencipta ramuan tradisional dan menghasilkan ubat herba yang boleh menjadi penawar kepada penyakit HIV dan AIDS.

Katanya, kisah ini bermula lebih 10 tahun lalu, apabila salah seorang ahli keluarganya mengidap HIV kerana penagihan dadah.

Bermula di  situ beliau mula mencipta ubat tersebut dan setelah tiga tahun, akhirnya pesakit tersebut menunjukan hasil dan bebas dari HIV setelah pemeriksaan darah dijalankan.

Sumber Berita: astroawani [klik]

.
[DAKWAH] “Syahid yang tertangguh” | Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki
[DAKWAH] “Syahid yang tertangguh”Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.


Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.


Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.



Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam



Al-Fatihah
[BERITA] Umpama Memperoleh Nyawa Kedua | Suami Isteri Terlepas Tali Gantung


[BERITA] Umpama Memperoleh Nyawa Kedua | Suami Isteri Terlepas Tali Gantung | Inilah bahayanya kalau terlibat dengan dadah nie. Tak kira la membeli atau yang mengedar. Kalau si penagih pula berhadapan dengan penyakit dan kesan dari dadah tu sendiri, manakala si pengedar pula menunggu hukuman gantung.

Nur Shamimi (kanan, depan) dan Mohd Khairu Azani (kanan, belakang) keluar sambil dikawal ketat anggota polis.
Macam contoh pasangan suami isteri nie. Nasib baik terlepas hukuman mati selepas bebas tuduhan mengedar dadah jenis metamphetamine, Ogos lalu. 

"Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 27, dan Nur Shamimi Rohaimee, 23, didakwa memiliki 42.22 gram dadah itu di sebuah rumah di alamat Kampung Gaung Belukar, Pendek di sini, jam 2.50 pagi, 17 Ogos.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10, jika sabit kesalahan." 


Nak kaya cepat, sanggup ambil risiko macam nie. Last meringkuk dala penjara seumur hidup. 

.

Wednesday, November 20, 2013

[TRAVEL] Hutan Paya Bakau di Jeti Semeling dan Sungai Merbok | Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia
[TRAVEL] Hutan Paya Bakau di Jeti Semeling dan Sungai Merbok | Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia | Perjalanan kami diteruskan Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] . Perjalanan seterusnya membawa kami ke Jeti Semeling dan Sungai Merbok. Dengar kata nak naik bot laju ni.

*Wah feeling TITANIC la lepas nie. ekekeke.


Sungai Merbok dikatakan kaya dengan sejarah dan mempunyai sejarah gemilang sebagai sebuah entrepot abad ke-5 hingga ke-13, di mana pelayar Cina dan India yang memanggil tempat ini sebagai "Suvarna Dwipa" bermaksud "Golden Peninsular". 

*Wow.. memang lagi excited la nak naik bot pasni kan.

Apa yang menarik tentang Sungai Merbok adalah kehidupan di dalamnya dan dikerumuni haiwan kecil yang dilindungi oleh habitat semula jadi ini seperti : Ketam, serangga, ikan, reptilia, udang dan banyak lagi.

Nelayan sedang menjalankan aktiviti harian mereka di sekitar Sungai Merbok
Apa yang bestnya, Pokok bakau di kawasan ini dianggap sebagai antara spesies yang paling kaya di dunia. Dan merupakan hutan simpan paya bakau paling besar di Malaysia.

Sungai Merbok yang kelihatan tenang ini mempunyai dalam 30 spesies bakau, 80 spesies burung dan 50 spesies ikan dan kerang.

Dengar cerita terdapat dua pulau legenda di sini iaitu, Pulau Tiga dan Pulau Tok Kunyit yang dipercayai menjadi sarang legenda "Raja Bersiong" dan "buaya putih". hahahha. Betul ker?

*Hmmm, memang cukup misterila bila terdengar tentang cerita-cerita tentang mitos ni bagai. 


Perjalanan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] memang sangat mengujakan, hijau tenang je memang mendamaikan. Memang buat kita terpegun. Kat Kuala Lumpur mana ada cam ni beb. Dulu pernah ke Geopark Langkawi. Ingatkan kat sana je ada Paya Bakau cam nie. Rupanya kat Sungai Petani ni pun ada. Huhu.


Sepanjang perjalanan kami merentasi Sungai Merbok ni dengan menaiki bot laju, bermacam-macam cerita dan sejarah yang dah kami dengar dari Goki pemandu pelancong kami. eh hehhehe. Memang benar, Sungai Merbok ni banyak dikaitkan dengan sejarah dan mitos zaman-zaman dahulu. 

Goki [Kadaram Bujang Valley] seorang yang sangat mesra dan suka senyum :)

Kalau nak tahu lebih lanjut leh cuba baca  PENINGGALAN SEJARAH DI SG MERBOK [klik]


Brader-brader yang sentiasa memastikan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] sentiasa dalam keadaan selamat semasa menaiki bot laju. Tabik spring kat diorang. ekekekeke Thank you semua.


Disebabkan hujan lebat dan cuaca yang tak mengizinkan kami terpaksa berpatah balik ke Jeti Semeling. Hmmm. Terasa rugilah sikit sebab tak puas lagi rasanya naik bot laju tu ekekekeke. Tak sempat nak berfeeling-feeling TITANIC eh.


*Apa yang bestnya dengan pokok bakau nie ye? Selain membekalkan oksigen untuk kehidupan dibumi Allah, Bakau juga terkenal sebagai satu aset perlindungan terhadap Tsunami dengan sistem akar yang besar ia berkesan untuk melesapkan tenaga ombak.  Subhanallah.

Kayu bakau juga memiliki kegunaan yang baik sebagai bahan bangunan, kayu bakar [klik], dan terutama sebagai bahan pembuat arang [klik]. Kulit kayu menghasilkan tanin [klik] yang digunakan sebagai bahan penyamak.

Satu lagi kegunaan kayu bakau, adalah untuk bahan kertas. Kayu bakau biasa dicincang dengan mesin potong menghasilkan serpihan kayu / wood chips. Menurut sesetengah sumber, jenis kertas yang dibuat dari kayu bakau adalah termasuk kertas yang berkualiti tinggi.

Sempat posing depan Gok membakar arang kayu bakau.
Kegunaan dari Hutan Bakau yang paling besar adalah sebagai penyeimbang ekologis dan sumber (langsung atau tidak langsung) pendapatan masyarakat berdekatan. Jadi dah tugas kita lah rasanya menjaga anugerah Allah yang tak ternilai nie.

[BERITA] Pelajar 13 Tahun Dirogol Dalam Rumah Nenek | Dirogol Teman Lelaki Facebook
[BERITA] Pelajar 13 Tahun Dirogol Dalam Rumah Nenek | Dirogol Teman Lelaki Facebook | Hmmm (sambil geleng-geleng kepala) masih kecik lagi kot. Tapi lu lakan bila nafsu dah menguasai diri kan. Perempuan plak cepat pulak baligh kan. Eh apa kaitan. ekekeke.

Baru sebulan kenal lelaki kat facebook dah boleh tidur sekali kan. Bawah umur lagi tu. Kes rogol la jawabnya kan. 

 Pelajar 13 Tahun Dirogol Dalam Rumah Nenek | Dirogol Teman Lelaki Facebook
Gambar Hiasan
“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” kata Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed

Yang lelaki pulak baru umur 15 tahun, hmm acaner tu? dua-dua kecik lagi kot kan. Mangsa dikatakan tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain. Hmm tak mustahil lah kan. kebanyakan kes-kes macam ni berlaku bila diorang tinggal jauh dari Ibu dan Ayah. Tambah pulak duduk dengan datuk atau nenek. 

Baca Berita Penuh di Sinar Harian [klik]

Pernah jugak dulu terjadi kat sekolah menengah wa. seusia dengan wa. Kantoi buat maksiat dengan orang kampung. Padahal kat umah tu ada nenek dia. Katanya siap bawak member lagi ekekeke. giler punya kerja. Bila dah kantoi ha faham-faham la, kena belasah habis la si lelaki. Yang pompuan tu dengar kata kena penampo huhu. Wallahualam.

Hmm, mintak dijauhkan. 
.
[INFO] Jangan Cukur Misai | Movember Change The Face Of Men's Health
[INFO] Jangan Cukur MisaiMovember Change The Face Of Men's Health | Ha agak bercelaru sikit tajuk entry kali ni kan. Apa kes dengan November nie kan? Kata Blogger +Shawn Razaleigh [klik] , November ni special untuk lelaki. Special for what wei? Bulan untuk menghargai dan memperingati lelaki tentang sesuatu katanya. Sesuatu tentang apa kan? Sesuatu yang dipanggil Movember. Wah apatu? 

Movember (satu perkataan singkatan daripada misai dan "November " is an annual, month-long event involving the growing of moustaches during the month of November to raise awareness of men's health issues seperti kanser prostat dan kanser lain lelaki  dan yang berkaitan . Movember Foundation menjalankan acara amal Movember , housed at Movember.com . Matlamat Movember adalah untuk "change the face of men's health."

Movember Change The Face Of Men's Health

Sumber Gambar lotrproject.com [klik]

Dengan menggalakkan lelaki untuk terlibatd an menyokong kempen Movember ini , Movember bertujuan untuk meningkatkan pengesanan awal kanser , diagnosis dan rawatan yang berkesan, dan akhirnya mengurangkan jumlah kematian akibat penyakit-penyakit berkaitan. Bagaimana tu eh? Takkan dengan berkempen. Tak cukur misai janggut penyakit boleh pulih?

Tak cukur misai selama sebulan. Agak-agak leh ker? ehehhe. Ni baru tak sampai seminggu.
Ada caranya. Selain mendapat tahunan pemeriksaan , Movember Foundation menggalakkan lelaki untuk mengetahui tentang sejarah keluarga [jika ada yang terlibat dengan kanser], dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Hamm, agak-agak berkesan ker? Buktinya Sejak tahun 2004, Movember Foundation telah menjalankan kempen Movember untuk meningkatkan kesedaran dan dana untuk isu-isu kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan kemurungan, di Australia dan New Zealand

Pada tahun 2007, Movember telah dilancarkan di Ireland , Kanada , Republik Czech , Denmark , El SalvadorSepanyol , United Kingdom , Afrika Selatan , Taiwan dan Amerika Syarikat. Ia telah merebak dari Australia ke Afrika Selatan, Eropah, dan Amerika Utara.

In 2010, Movember merged with the testicular cancer event Tacheback. Pada tahun 2011, Kanada merupakan penyumbang terbesar kepada Movember charities of any nation . 

Pada tahun 2012,Movember tersenarai dalam sebagai salah satu daripada 100 NGO atas ( pertubuhan bukan kerajaan) di dunia.

Sumber Wikipedia [klik]

Waaa slama nie banyak kempen-kempen untuk wanita je. Tak sangka untuk lelaki pun ada ye. So, apa kesedaran kita tentang semua nie? korang sokong tak kempen nie? hehehe.

.

Tuesday, November 19, 2013

[BERITA] Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Sudah Ditemui | Tidur Rumah Kawan Selepas Misi Mencari Hantu
Gambar Hiasan [klik]

[MISTERI] Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Sudah Ditemui | Tidur Rumah Kawan Selepas Misi Mencari Hantu | Pihak polis mengesahkan  Izzat Izzudin Husin yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di Villa Nabila telah ditemui awal pagi tadi. Alhamdulillah. Tapi yang peliknya dia bukan ditemui di Villa Nabila iaitu dimana lokasi kejadian yang digembar gemburkan oleh pihak media dan facebooker tetapi, beliau ditemui di Flat Desa Mutiara, jauh dari Villa Nabila. Huh memang misteri giler huhu.

Hok aloh la, dah heboh satu malaya dengan kemisterian bagai, tup tap tup tap jumpa kat umah kawan dia. ekekeke.Huh Clishe sangat diorang nie. Tak pasal-pasal Villa Nabila dipersalahkan. 

Menurut sumber,  Izzat Izzudin Husin dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sebelum mereka bersurai.

Izzat Izzudin Husin membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti  Izzat Izzudin Husin kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

Hmmm adakah ini kesan dari filem Highland Tower yang meletop-letop katanya. Bagi wa (mata ke atas, tangan kebahu) paham-paham je la korang ye.

Jom tengok rakaman video di Villa Nabila Johor Bahru yang telah dibuat oleh sekumpulan pelajar sebelum KONONNYA mereka diberitakan hilang di website PENCURIMOVIE.SX [klik]

Rasanya berjaya lah kan Filem Higland Tower tukan. Hingga leh masukkan spirit mencari hantu ke dalam jiwa-jiwa remaja kita. eh kbai.
Apapaon Alhamdulillah syukurlah semua selamat. Apapon cerita kita tolak tepi dulu, yela pening sebab banyak sangat version ceritanya, hahahaa. Yang penting Izzat Izzudin Husin and the gang selamat. 

[TRAVEL] Harga Berpatutan Service Terbaik | Hotel Sungai Petani Inn, Kedah
[TRAVEL] Harga Berpatutan Service TerbaikHotel Sungai Petani Inn, KedahKemana agaknya nak menginap kalau ke Sungai Petani ya? Ada port best tak ? Agak-agak ada tak ? of course la ada kan. Kalau ada kat mana ye? Lol. meh wa bawak korang ke tempat tersebut.

"Welcome to a new standard of distinction Amanpura Hotel Sungai Petani. The hotel have been transformed several times and now have been given a new look with an accommodation up till 114 room to spare, which include, 48 Superior Room, 58 Deluxe Room, 7 Junior Suite and 1 Royal Suite.

We are now ready to offer the best quality services being delivered to the guests with the commitment of our staff and management to become the leading hotel services and management in Sungai Petani, Kedah. " _Hotel Sungai Petani Inn [klik]

Tapi untuk pengetahuan korang nama Hotel Aman Pura kini sudah kembali ke nama asal iaitu Hotel Sungai Petani Inn atas sebab-sebab tertentu.

Ha jangan salah sangka pulak, ni bukan bilik yang wa menginap bersama geng Santai Travel Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia 2013 [klik]. Hahhaaha. Ni bilik VIP Suite. Taraf Royale la kan. Gitu.

Ni adalah senarai bilik dan rates yang ada di Hotel Sungai Petani Inn nie:

Untuk lihat gambar bilik dan info mengenai bilik yang ada korang boleh ke Hotel Sungai Petani Inn Accomodation [klik] . *maklumat \ info harga di website masih belum diupdate.

Kat sini wa berkongsi bilik Deluxe dengan Mk Syahir admin blog fuh.my [klik] .

Bilik Deluxe yang kami menginap ni memang cukup selesa dan best, memang lengkap dan yang paling penting ada snack "coklat snickers" wow. Sory Mk Syahir, wa lapar wa makan dulu. ekekekeke

Selain daripada perkhidmatan penginapan, hotel ini juga menyediakan sebuah coffee house yang boleh menampung 100 hingga 150 tetamu pada satu-satu masa. Hotel Sungai Petani Inn juga mempunyai highly prestige ballrooms and halls untuk persidangan, seminar, mesyuarat dan kemudahan bankuet. Huh memang mewah habis la kan.

Untuk info lebih lanjut mengenai kemudani han berkaitan Event, Meeting, Seminar & Convention yang ada korang boleh kHotel Sungai Petani Inn  MEETINGevents & seminar .

Bagi tujuan rekreasi, Hotel Sungai Petani Inn mempunyai dua kolam renang yang diperuntukkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak bersama-sama dengan gimnasium. Wow . tough lagi bergaya la wa lepasni kan, tambah pulak pakai  [NIKE] AS ACADEMY WVN SHORTS yang ada jual kat Zalora Malaysia [klik] wow seksi habis. ehehhe.

Kemudahan dan service kat Hotel Sungai Petani Inn ni bukan hanya habis sampai kat situ je. Hotel Sungai Petani Inn juga ada menawarkan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan.

Let our team of expert plan that special day for you, tailored accordingly to your requirement. Rest assured, we, at the Amanpura Hotel Sungai Petani,Kedah, promise you a fairy tale wedding, be it, intimate or lavish._Hotel Sungai Petani Inn [klik]

Dengar kata, tak lama lagi diorang nak bagi hadiah pakage berbulan madu di oversea, bagi pasangan yang guna perkhidmatan wedding diorang. Ha lecun lahkan . Pada sapa-sapa yang nak kawin tu leh la segera pergi book. Nanti berpeluang la nak berbulan madu kat Bali ke, Phuket ke kan. Woah. ni rasa macam nak kawin cepat-cepat nie. ekekeke.

Ha memang berbaloi dan murah giler kot. Bukan untuk majlis perkahwinan Melayu je tau. Untuk Chinese, Indian dan Western pun ada. Kalau tak percaya jom tengok info lanjut kat Hotel Sungai Petani Inn Wedding [klik] 

Dan ada banyak lagi facilities yang menunggu anda di Hotel Sungai Petani Inn . Kalau korang nak tahu kena pergi sendiri la kan. Kalau nak cerita semua memang 2,3 entry la kan eekkeke


Group Foto bersama Pengurusan Tertinggi Hotel Sungai Petani Inn bersama Santai Travel Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia
Ok apa korang tunggu lagi? Kalau ke Sungai Petani tu leh la ke Hotel Sungai Petani Inn ni, Insyaallah berpuas hati. Yang paling penting staff-staff dia yang sangat mesra dan memang terbaik. Double thumb up wa bagi. Cayalah. So, untuk terus berhubung dengan pihak Hotel Sungai Petani Inn. Korang boleh ke Hotel Sungai Petani Inn Contact [klik]


[BERITA] Villa Nabila: Hanya Seorang Tak Pulang
[BERITA] Villa Nabila: Hanya Seorang Tak Pulang | Heboh dah satu Malaysia tentang kehilangan sekumpulan remaja yang masuk ke Villa Nabila. Pengesahan telah dibuat bukan 23 REMAJA HILANG DI VILLA NABILA [klik] tetapi hanya seorang.

Seorang anggota polis memasang pita bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan villa di Jalan Skudai, semalam . Gambar kecil, remaja hilang seperti disiarkan dalam Facebook Polis Johor.
JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.

Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.

Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.

“Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila,” katanya.

Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.

Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Pelbagai versi kehilangan

Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.

Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.

Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.

“Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai,” katanya.
Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.

Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.

Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.

“Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.

“Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa),” katanya.

Villa Nabila lokasi misteri

Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.

Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu.
Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.

Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.

Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.

“Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.

“Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur.
Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu,” katanya.

Orang ramai teruja tinjau lokasi

Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.

Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.

Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.

Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.

Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk.

.

Monday, November 18, 2013

[AGAMA] Hukum Lelaki berseluar ketat | Ustaz Azhar Idrus
[AGAMA] Hukum Lelaki berseluar ketat | Ustaz Azhar Idrus | Tertarik dengan satu Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus (Original) tentang Hukum seorang lelaki memakai seluar ketat.

Klik image untuk lebih jelas
Korang perasan tak soalan dia? Lelaki memakai seluar jean ketat menyerupai wanita? wa terpinga-pinga? Sepatutnya wanita la menyerupai lelaki bila memakai seluar jean, malahan melebih-lebih plak kan dengan jean ketat nya. huhu Itu dah ternyata, sekarang Wanita lagi banyak berseluar ketat dari lelaki hehhehe.

Memandangkan semakin ramai remaja-remaja lelaki di luar sana yang suka berseluar ketat. apa komen anda semua :) 

Artikel Berkaitan : Muslimah memang tak guna | 9 Sebab

.
[MISTERI] 23 REMAJA HILANG DI VILLA NABILA NOV 2013 | Kisah  Misteri VILLA NABILA
[MISTERI] 23 REMAJA HILANG DI VILLA NABILA NOV 2013 | Kisah  Misteri VILLA NABILA | Kenapa dengan Villa Nabila ? Ada apa dengan Villa Nabila ? Kenapa orang dok heboh sangat dengan Villa Nabila nie? 

Wa tahu pun selepas terbaca satu status dari blogger Ben Ashaari. Baca kat bawah nie.


Baca status memang dah nak hooray dah. Tapi bila baca komen-komen kat bawah status tu hmmmm. kenapa mereka komen sebegitu? Ada apa sebenarnya kat Villa Nabila nie? Kes apa yang dah berlaku kat Villa Nabila nie? Tetiba bulu roma aku meremang (krikk ..krikk.. krikkk .. suasana sunyi bunyi cengkerik). 

Bila di minta bantuan en google. Nah ini pulak hasilnya.

Villa Nabila sekarang
Huh rumah tinggallan rupanya, patut la komen-komen misteri je kan. huh. seriau. Tapi mesti ada kisah disebaliknya kan tentang Villa Nabila ni?  Siapa Pemilik Villa Nabila nie? Kenapa rumah semegah Villa Nabila ni di biarkan terabai? 


Ok kalau nak tahu mengenai misteri Villa Nabila nie leh baca artikel  Misteri Villa Nabila Akhirnya Terungkai [klik] ni.

Ok ni pula ada satu blog yang hanya ada satu artikel mengenai Villa Nabila nie villanabilla.blogspot.com [klik]

Tapi apa kesnya yang terbaru tentang misteri Villa Nabila ni? Kecoh cerita sampai 23 orang budak hilang dalam Villa Nabila nie? Nak tahu lebih lanjut tentang Misteri dan update tentang kehilangan 23 orang budak nie kat Villa Nabila leh baca kat Misteri 23 orang Hilang Di Villa Nabila 16 Nov 2013 [klik] .


Hun nampak sangat wa sangat ketinggalan, tak tahu apa-apa kan. so sekarang lengkaplah kajian wa keatas Villa Nabila ni huhu . Ok abang Ben Ashaari [klik] nampak gayanya takdela orang nak join kontes yang abang Ben buat lepas nie. huhu

Laporan harian metro, hanya seorang je yang hilang. bukan 23 kan huhu. walahualam

.
[HIBURAN] Keputusan Final Juara Akademi Fantasia | Faizul Juara Konsert Minggu Akhir AF 2013
[HIBURAN] Keputusan Final Juara Akademi Fantasia | Faizul Juara Konsert Minggu Akhir AF 2013Berikut adalah keputusan konsert minggu akhir Akademi Fantasia (AF 2013) yang telah berlangsung di Stadium Negara Kuala Lumpur pada Ahad, 17 November jam 9 malam.

Sumber [klik]
Tahniah kepada Faizul kerana telah dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 2013.

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013
Untuk melihat gambar-gambar sekitar persembahan final  pelajar-pelajar AF 2013 ni boleh ke www.rotikaya.com [klik]


[BERITA] Kat Sekolah Pun Boleh | Bimbang Lewat Datang Bulan

[BERITA] Kat Sekolah Pun Boleh | Bimbang Lewat Datang Bulan | Adoyai macam ni pun ada ka? memang bertanggung jawab betol la kekasih dia ni ekkeke. 

Gambar Hiasan | Sumber Gambar [klik]
SABAK BERNAM – Kegelisahan seorang pelajar tingkatan dua yang lewat datang bulan akhirnya membongkar rahsia hubungan intimnya bersama teman lelaki yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, perbuatan terkutuk mangsa itu terbongkar selepas teman lelakinya menghantar pesanan melalui aplikasi mudah alih WeChat kepada tunang bapa saudara perempuan terbabit.

Menurutnya, suspek mengenali rapat tunang bapa saudara mangsa telah memaklumkan kekasihnya itu bimbang apabila tidak didatangi haid dan meminta bantuan serta pandangan wanita terbabit.

"Bagaimanapun, bapa saudara pelajar perempuan itu terbaca perbualan yang dihantar suspek, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai hubungan mereka," katanya. 

Noor Mushar berkata, difahamkan pasangan itu sudah melakukan hubungan seks sebanyak lima kali sejak mereka bercinta tiga tahun lalu.

Katanya, kali terakhir suspek dan teman wanitanya melakukan kegiatan tidak bermoral itu kira-kira jam 11.30 tengah hari pada 24 Oktober lalu semasa kedua-duanya berada di asrama sekolah.

"Suspek menghantar SMS kepada mangsa dan kemudiannya mereka berjumpa di sebuah kelas yang tidak digunakan.

“Mereka sempat berbual sebelum suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di atas meja kelas itu dengan kerelaan mangsa,” katanya.

Katanya, sebaik saja suspek dan mangsa melepaskan nafsu masing-masing, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu terus menuju ke surau sekolah berkenaan.

“Mangsa mengakui dia tidak pernah dipaksa atau dikasari suspek untuk melakukan hubungan seks sebanyak lima kali di tempat yang sama,” katanya.

Menurutnya, satu laporan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berhubung aktiviti tidak bermoral anaknya itu pada Jumaat lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

Sunday, November 17, 2013

[LAGU] Penjelasan Amar Tentang Rakaman Lagu Parodi Islamik | Video Macam Cantik Jer Macam Comel Jer (Full Version)
[LAGU] Penjelasan Amar Tentang Rakaman Lagu Parodi Islamik | Video Macam Cantik Jer Macam Comel Jer (Full Version) | Fenomena awek legoland dengan mata yang cantik dah menjadi-jadi. Makin menjadi-jadi hahahaha. "Syasha suka mata syasha. Macam cantik je, macam comel je" eh kbai. 



AMAR: Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya lah saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik "MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER"(Ilham video Awek Legoland). Ini disebabkan selepas saya upload video lagu ini versi nyanyian saya bersama piano solo minggu lps, byk stesen radio yang meminta saya merakamkannya secara penuh untuk dimainkan di radio mereka. Motivasi sy utk siapkan lagu ini secara full recording juga adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Ramai yang tak henti2 inbox saya dan suruh saya rakamankan lagu ini. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa anda semua. Apa yang penting, jom kita ambil manfaat daripada lagu ini dan marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat-Nya yang tak terhitung banyaknya. Untuk info lanjut sila layari www.amar.com.my [klik] Liriknya di sini:-

MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER

PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

RAP:

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa.

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA


Lagu & penerbit: AMAR
Lirik: Magictawau Alif (Magician Sabah)
Senikata rap: AMAR
Senikata tema: Syasya Solero
Susunan muzik, piano, string & pad: AMAR
Gitar: Along Exist
Drum: Ujang Exist
Bass: Kelly
Studio: Ada Exist Studio
Mixing & mastering: Along Exist
Hak cipta: AMAR MAGICAL CONSULTANT AND TRAINING (www.amar.com.my)

***Penghargaan istimewa juga kpd Page2 ternama dan berpengaruh yg pernah mempromosi atau memberi sokongan kpd lagu ini sehingga meletup iaitu:- Oh! Media [klik]