[BERITA] Gangguan air 14 jam di 16 kawasan | Gangguan Bekalan Air Bermula 8 Pagi Hingga 10 Malam Selasa Ini

[BERITA] Gangguan air 14 jam di 16 kawasan | Gangguan Bekalan Air Bermula 8 Pagi Hingga 10 Malam Selasa Ini 

Raub: Sebanyak 16 kawasan di daerah ini dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam, Selasa ini.

Kawasan terbabit ialah FELDA Krau, Taman Lee Man, Ibu pejabat Polis Daerah Raub, Jalan Tan Tiong, Bukit Do, bandar Raub, Tanjung Gadong, Taman Bukit Koman, Sempalit dan Taman Emas. 

Selain itu, Tan Sri Raub, Taman Sempalit Baru, Taman Amalia, Taman Kenanga, Taman Kurnia Jaya dan sepanjang Jalan Lipis sehingga Gali Estet. 

Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) daerah Azeri Abdul Aziz berkata, gangguan bekalan air bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam.


Menurutnya, gangguan itu disebabkan kerja pembersihan tangki mendapan fasa satu di Loji Air Sungai Bilut Raub.

Sumber Berita

Post a Comment

1 Comments

  1. Harap tiada yg buat majlislah pada waktu tu, nasib baik selasa.. klu jumaat, sabtu atau ahad pasti susah.. :)

    ReplyDelete