travel, food and lifestyle blog

Friday, November 15, 2013

[UMUM] Erti Sebenar Sebuah Kejayaan | Murid OKU Dapat Keputusan 5A UPSR

[UMUM] Erti Sebenar Sebuah Kejayaan | Murid OKU Dapat Keputusan 5A UPSR | Subhanallah sebak bagai nak menitis air mata bila tengok foto kat bawah nie. Apa lagi yang seorang ayah inginkan kalau bukan melihat kejayaan anak dan zuriat mereka yang mereka didik dan besarkan dengan hasil titik peluh mereka sendiri.  


SEORANG bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan dengan gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12, yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu kepada ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. Amir, murid Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan. FOTO Syamsi Suhaimi


Terlihat jelas diraut wajah si Ayah, senyuman lebar kegembiraan. Ternyata dalam hatinya terlalu bersyukur kepada Allah. Tambah pula anak si ayah tu bukan dari kalangan kanak-kanak biasa. Cukuplah kejayaan anaknya di sambut sebegitu walaupun tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang bernilai kerana mereka hanyalah dari keluarga yang miskin.

Wa berdoa agar Allah terus memberi kekuatan kepada mereka sekeluarga dan semoga Kecekalan dan kejayaan anak istimewa dan keluarga ini menjadi contoh kepada masyarakat kita. 

.
Share:

9 comments:

  1. alhamdulillah :) tahniah dpt 5A

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga beliau terus sukses dn boleh tolong keluarga suatu hari nanti

      Delete
  2. Harap ade pihak yg sudi menaja anak ini sehingga ke menara gading...syabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan. ringan sikit beban si ayah.. :")

      Delete
  3. nama ayahnya sama dengan nama ayahku :)
    the best ever story UPSR tahun nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. teringat ayah kt kg huhuhu

      Delete
  4. alhamdulilah tahniah , usaha yang berbaloi ,semoga adik itu berjaya hingga ke menara ganding

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. usaha tangga kejayaan.. :)

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive