travel, food and lifestyle blog

Friday, November 15, 2013

[BERITA] 3 Gambar Peniaga Pasar Malam Maut Ditembak Depan Rumah | Kes Tembak Di Bachok

[BERITA] 3 Gambar Peniaga Pasar Malam Maut Ditembak Depan Rumah | Kes Tembak Di Bachok | Lagi kes tembak di Kelantan. Mangsa meninggal di tempat kejadian .  Takziah kepada keluarga arwah. Al-fatihah.


BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.

Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SumberBerita [klik] 2013/11/15




.
Share:

4 comments:

  1. blog ni dah jd blog retweet berita ke abg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sementara waktu bro.. isu peribadi malam baru leh wt entry

      Delete
  2. Innalillah.. semakin banyak tragedi tembak menembak sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. ni jalan nak ke pantai bachok ni.. fuu.. sebelum ni dekat melawi.. 2 orang tetak seorang tua hingga berdarah .. hampir pengsan.. tempat tu memang keras.. tu dulu sempadan thailand.. memang jenis orang sane bila geram dengan seseorang main senjata je..

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive