travel, food and lifestyle blog

Tuesday, November 19, 2013

[BERITA] Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Sudah Ditemui | Tidur Rumah Kawan Selepas Misi Mencari Hantu

[MISTERI] Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Sudah Ditemui | Tidur Rumah Kawan Selepas Misi Mencari Hantu | Pihak polis mengesahkan  Izzat Izzudin Husin yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di Villa Nabila telah ditemui awal pagi tadi. Alhamdulillah. Tapi yang peliknya dia bukan ditemui di Villa Nabila iaitu dimana lokasi kejadian yang digembar gemburkan oleh pihak media dan facebooker tetapi, beliau ditemui di Flat Desa Mutiara, jauh dari Villa Nabila. Huh memang misteri giler huhu.

Gambar Hiasan [klik]
Hok aloh la, dah heboh satu malaya dengan kemisterian bagai, tup tap tup tap jumpa kat umah kawan dia. ekekeke.Huh Clishe sangat diorang nie. Tak pasal-pasal Villa Nabila dipersalahkan. 

Menurut sumber,  Izzat Izzudin Husin dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sebelum mereka bersurai.

Izzat Izzudin Husin membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti  Izzat Izzudin Husin kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

Hmmm adakah ini kesan dari filem Highland Tower yang meletop-letop katanya. Bagi wa (mata ke atas, tangan kebahu) paham-paham je la korang ye.

Jom tengok rakaman video di Villa Nabila Johor Bahru yang telah dibuat oleh sekumpulan pelajar sebelum KONONNYA mereka diberitakan hilang di website PENCURIMOVIE.SX [klik]

Rasanya berjaya lah kan Filem Higland Tower tukan. Hingga leh masukkan spirit mencari hantu ke dalam jiwa-jiwa remaja kita. eh kbai.
Apapaon Alhamdulillah syukurlah semua selamat. Apapon cerita kita tolak tepi dulu, yela pening sebab banyak sangat version ceritanya, hahahaa. Yang penting Izzat Izzudin Husin and the gang selamat. 

.
Share:

10 comments:

  1. bila baca berita ni mmg mcm geram jer kan? kesian kpd parent yg susah hati bagai nak rak cari anak nya.

    ReplyDelete
  2. kecoh satu Malaysia .. dia rilek jerr kat rumah kakaknya .. ehamm mcm2 skrg ni ..done klik :)

    ReplyDelete
  3. rumah teman wanita dia. dah sedap la tu

    ReplyDelete
  4. Sekeh kepala budak ni taulah.
    Satu malaysia duk risau , ingatkan kena telan dengan tiang rumah tu.
    Dia boleh buat tak bersalah jeeee , macam bagusss jeee. :D

    ReplyDelete
  5. Beramenanang budak2 loni. Xpasal2 trapik queachmad.com jd tetibo terBOOST, kikikikiki

    ReplyDelete
  6. ida yang memula tataw pasal villa Nabila neh , semangat google carik info sesejak budak2 neh kononnya hilang.. last2 .. ceh jja .. hahaa

    ReplyDelete
  7. diorang ni mmg la buang masa kesian kat mak tue

    ReplyDelete
  8. hadoi. ni kesan filem hantu la nih..

    ReplyDelete
  9. hmm..budak2 ni da besar kot umur 16. tp fikirannya..aduhai.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive