travel, food and lifestyle blog

Followers

Rumah Sewa Area Kajang | Bilik Sewa Fully Furnished

Rumah Sewa Area Kajang | Bilik Sewa Fully Furnished | Sedang mencari house mate lelaki. Rumah di area Kajang. Kemasukan segera. Oct 2013 / november 2013.



Sumber Gambar

Sri Ria Apartments
Jalan Pasir Emas 4, Taman Sepakat Indah, 43000 Kaj, 43000, Selangor, Malaysia.

Untuk info lebih lanjut boleh hubungi saya di email mawardiyunus@gmail.com

.
Share:

Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013) | PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA

Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013) | PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA | Wa baru hari ni berpeluang ke KUD2013 ni, sambutan memang menggalakkan. Wa ingat KUD 2013 Putrajaya ni biasa-biasa je. Tapi bila dah sampai sana perghh juling mata tengok orang ramai sangat huhu. Walaupun hari ni dah last day, hmmm orang memang berpusu-pusu datang.


Banyak gerai makanan yang disediakan mengikut juadah tradisi negeri-negeri masing-masing di Malaysia ni. Jus pilih nak makan apa. Semua ada. Eh..eh.. patin masak tempoyak pun ada di Gerai KUD 2013 Pahang.

Bukan orang je banyak. Aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur pun boleh tahan .

AKTIVITI KUD 2013


Selain dari aktiviti-aktiviti diatas ni pertandingan pun banyak. 


So Sempat wa beli Nasi Dagang Terengganu ni di Gerai KUD 2013 Terengganu. So. apa lagi, belum sempat lagi korang nak terjah ke sana hehehe.

.

Share:

Ketiak Dan Celah Kangkang Legam | Ada Yang Ambil Berat

Ketiak Dan Celah Kangkang Legam | Ada Yang Ambil Berat | Iklan Di Shout Box | Untungla kan bila ada yang ambil berat. (erkkk tetiba rasa macam aku tak mampu nak habiskan ayat nie sebab nak tergelak) . 

Sekarang ni kalau nak berbisnes mana- mana pun boleh. Hahahahaha. Macam-macam produk. Macam-macam cara. Dan ini pulak salah satu darinya.

Ketiak Dan Celah Kangkang Legam | Ada Yang Ambil Berat

Hamboi kemain lagi dia kan, bila masa ketiak dan celah kangkang aku ni legam? Huh. Ada je yang nak kena penampo sat agi ni kan. Tengok apa komen diorang? 

Ketiak Dan Celah Kangkang Legam | Ada Yang Ambil Berat

Kemain masing-masing dok komen.

Ketiak Dan Celah Kangkang Legam | Ada Yang Ambil Berat

Sah-sah sorang-sorang baca status tu mesti tengok ketiak diorang masing-masing kan. ahahahahah kantoi. So pastikan Ketiak Dan Celah Kangkang anda bersih dan putih hahaha. 

Ketiak Dan Celah Kangkang Legam | Ada Yang Ambil Berat

Motiff kan. Tetiba je aku terfikir, apa la sejarah silam orang yang buat produk nie. hahahaha.

.


Share:

Makan Pulut Durian | Pulut Duye Kelantan

Makan Pulut Durian | Pulut Duye Kelantan | Dah berapa tahun agaknya aku tak sentuk pulut durian semenjak atuk aku meninggal. Kalau dulu arwah ada, selalu je aku makan . Tapi sekarang dah tak ada. Rezeki aku nak sambut umur baru dapat makan pulut durian . Memang tak pernah terpikir di minda aku akan boleh makan pulut durian tanbahan pula kat KL ni.

Antara ramuan pulut durian. 
Pulut, Santan, gula,gula melaka dan sudah semestinya Durian

Bila sudah dimasak. hahah
Tak ada lah pulut durian mana kena masak. just pulut je yang kna masak.


makan dulu ye


berapa senduk?


nampak je sikit tapi hakikatnya... ahhahah

cuba kira berapa ulas dia makan.hahahah
apapon thanks to Peja sebab belanja aku PULUT DUYE hahah. sedap der, sampai x leh tidur aku balik kolej. haha


p/s : sila tinggalkan komen dan pendapat anda selepas membacanya . terima kasih ;)



mutiara kata:

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian


Share:

Aku dah Matured ?

Aku dah Matured ? | Dari dulu orang asyik dok cakap aku ni berperangai macam budak-budak. Skang bila aku dah ubah penampilan aku, ramai kata aku dah nampak makin matured. huhu. Aku pun tak tahu yang mana satu lebih sesuai untuk diri aku MATANG atau TAK MATANG. ;)


Tapi aku harus terima kenyataan yang usia aku makin meningkat dan aku perlu berubah kearah yang lebih baik. Biarlah masa aje yang menentu segalanya. Yang penting aku tak HIPOKRIT pada diri dan semua orang ;)


Matang itu dari segi apa ya dan tak matang itu pula dari pandangan mana? huhu

Persoalannya mampukan aku menjadi seperti DIA?


Tapi yang sejujurnya aku berbangga menjadi diri aku. hehe.
Sori Kamal gua curi style rambut ko.walaupun tak berapa nak menjadi. heheheh

p/s : sila tinggalkan komen dan pendapat anda selepas membacanya . terima kasih ;)


mutiara kata :

Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

Share:

[MOTIVASI] Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan | Zikir,Solat Dan Berkata Baik

[MOTIVASI]Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan | Zikir,Solat Dan Berkata Baik | ALLAHUAKBAR ! Sepotong buah yang terdedah pabila diuji dengan bacaan ayat Quran bertahan lama kesegarannya. Bunyi yang terhasil daripada bacaan Quran telah mengubah molekul air dalam sesuatu jisim kepada molekul air yang lebih baik dan kuat, yang terkadang tak dapat dijelaskan melalui sains.


Bunyi bacaan Quran yang terhasil menggetarkan 75% molekul air dalam otak manusia dan menjadi penyembuhan dan terapi yang sihat. Organ otak yang mengawal sistem manusia membuatkan seluruh sistem dikawal baik.

■ Ketahanan sel-sel darah manusia (penyembuhan kepada cancer).
■ Menghidupkan sel-sel manusia melawan pelbagai penyakit (tercipta medan elektromagnet di sekitar setiap sel).
■ Getaran bunyi bacaan Quran memberi >90% ketenangan jiwa - makanan rohani.
■ Bila sel-sel sihat, aqal pun menjadi cerdik, hati turut tenang dan akan melahirkan akhlak yang baik. InsyaAllah.
■ Lontaran bacaan Quran dengan kefahaman memberi kekuatan yang berbeza. Wallahua'lam. Sumber

Baca - Faham - Amal. Share


Share:

Gambar Samsung GALAXY Note 3 | Samsung Reality And Rumors

Gambar Samsung GALAXY Note 3 | Samsung Reality And Rumors |  Wow 5.7″ Super AMOLED screen with 1080 x 1920 pixels agak-agak besar mana tu? Oh ok sama besar dengan model Samsung GALAXY Note 2. Kalau dulu ura-ura khabar angin model Samsung GALAXY Note 3 ni akan keluar dengan 6.3" screen. 


Apa yang hebatnya dengan model Samsung GALAXY Note 3 ni? Mesti ada sesuatu baru dan berbeza untuk pengguna-pengguna dia kan. so apa lagi jom tengok spesifikasi Samsung GALAXY Note 3 ni.

,

Gambar Samsung GALAXY Note 3 


Kalau nak tengok banyak gambar lagi sila ke Samsung Galaxy Note 3 pictures .



Share:

[TIPS] 8 Tips Membeli Buah Durian Yang Terbaik | Cara Beli Buah Durian Yang Elok

[TIPS] 8 Tips Membeli Buah Durian Yang TerbaikCara Beli Buah Durian Yang Elok | Kalau nak beli mesti la nak yang elok kan. Tambah-tambah pula benda yang nak dibeli tu adalah makanan. Kalau sebelum ni wa ada buat satu entry pasal Cara Beli Buah Tembikai Yang Elok . Kali ni wa nak sahre 8 Tips Membeli Buah Durian Yang Terbaik .

Buah Durian
Durian_ Sumber Gambar

MY share ni bukan sebab apa, kalau dapat durian yang terbaik kompem  kalau buat Durian Crepe [klik] pun mesti Durian Crepe yang terbaik heheehe.


Untuk mengelakkan ditipu, boleh cuba 8 tips di bawah ni.



1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus. 

3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam. Nasihat kepada anda jangan cium lebih-lebih nanti luka pulak hidung anda yang cantik dan mancung tu 

4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.

Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.

Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

6. Tengok tangkai buah
Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa 

7. Perhatikan bontot durian
Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.

8. Kupas dan rasa buah semasa beli
Inilah paling senang. Suruh aje penjual tu buka durian untuk elakkan tertipu. Kalau rasa tak sedap takyah beli dan cari kedai yang lain.

_Sumber 

Selamat mencuba dan jangan lupa "SHARE" dengan member-member.

.


Share:

Segmen Simple & Mudah | Segmen by Yumida

Segmen Simple & Mudah Segmen by Yumida | Dah lama rasanya blog MawardiYunus ni tak join segmen kan. So dalam dok sibuk berblogwalking tadi, tertarik pulak dengan poster meow meow nie. kikiki

Segmen Simple & Mudah |  Segmen by Yumida

Segmen Simple & Mudah ni dari http://umikasum.blogspot.com . Segmen ni memang betul-betul simple dan mudah. Tak buat entry pun boleh. Nak buat entry pun boleh. huh macamana tu? hehehehe. Kalau rasa nak join silala ke blog umikasum.blogspot.com . Insyaallah kalau ada rezeki kita. Tarikh tamat Segmen Simple & Mudah ni adalah 21 September 2013. Masih sempat lagi tu. Jom join ramai-ramai.

.
Share:

Restoran Romantis di Kuala Lumpur | ROMANTIKA D'AMOR di FLORA KAFE

Restoran Romantis di Kuala Lumpur | Oh My EnglishROMANTIKA D'AMOR di FLORA KAFE | Hiasannya seolah-olah kembali ke dunia Vantage ala English. Penuh dengan hiasan bunga dan seolah-olah berada di dalam sebuah taman yang indah. (Wallaweh ayat wa)



Tapi jangan terkejut jika semua hidangan dan menu makanan di Flora Kafe adalah tradisi makanan Melayu. Nyumm, nyum, asyik makan makanan orang putih jekan kalau keluar dengan yang tersayang. Kenapa tidak masakan tradisional melayu seperti ni? 

Menu Ikan
Menu Sayur dan Daging
Menu Lontong
Pengat Pisang Untuk Pencuci Mulut
Tak menyesal untuk merasa suasana indah dan makanan lazat kat Flora Kafe ni.


Terbukti dengan habisnya makan-makanan wa. Licin pinggan kikiki.

Bagi pasangan kekasih ataupun suami isteri sesuailah ke sini. Tidak salah rasanya berbelanja lebih sedikit di Flora Kafe untuk orang yang tersayang. Terutama bagi si suami untuk suprise wedding anniversary gifts mereka . Woah So sweet.


With Manager Flora Kafe
Manager yang sangat peramah dan baik hati, sentiasa dekat dengan customer. Suasana retoran yang sepatutnya sunyi dengan suasana penuh romantik bertukar kepada riuh rendah dengan hadirnya kami-kami ke sini heheehe. Nasib baik tak ada pasangan sedang makan, kalau tak kompem-komperm musnahkan mood romantik  diorang hahaha.



Sambutan Birthday Kak Fiza dan Najeeb. 

Thanks too owner restaurant 03-21618010 / 017-3024112 (Mell) dan semua yang turut hadir Ben Ashaari sekeluarga, Bro Ahsan sekeluarga, Kak Fiza sekeluarga, KakSue dan Abang Eddy, Ujang sekeluarga, Bro Aswadi sekeluarga, Mieyza, Najeeb , Mk Syahir, Qaseh, Nijam dan  Yanty yang sudi menjemput wa ke sini.

.
Share:

Kenangan Jadi Budak Hostel | Review Filem Lagenda Budak Hostel

Kenangan Jadi Budak Hostel | Review Filem Lagenda Budak Hostel | Tersasul sebutannya kepada sebutan tajuk Filem Lagenda Budak Setan, seharusnya ia adalah Filem Lagenda Budak Hostel, iaitu filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG). Walaupun tajuknya seakan sama tapi Filem Lagenda Budak Hostel terbitan MIG ini menampilkan jalan cerita yang berbeza dan menghiburkan.


Poster Filem Lagenda Budak Hostel
Poster Filem Lagenda Budak Hostel

PUT and KODAN are close friend in a boarding school. They are famous for their mischievous tricks and most respected seniors in the school hostel. Every day, they both will bully whoever they want. One thing that makes them legendary is that they are never get caught. Not even from CIKGU ANGAH, the strict warden of their hostel. PUT and KODAN are enemies with Aeron, who also a student in that hostel. PUT and KODAN are also likes to bully KICAP and BALLON, their juniors. 

CIKGU ANGAH has a beautiful daughter name SEROJA. PUT and KODAN have a crush on her and immediately competing with each other. They both enter the ‘Head Student Election’ just to win S

Walaupun ramai orang kata yang aku boleh download Filem Lagenda Budak Hostel full movie ni kat internet je. Tapi wa tetap nak tengok Filem Lagenda Budak Hostel ni kat panggung dengan member-member blogger. Rasanya tu lagi memberi makna kot kan. yela lagi syok kalau dapat tengok dan gelak ramai-ramai. So dah tak ada tempat lain dah  GSC, Alamanda la mana lagi heheh.

Gambar Filem Lagenda Budak Hostel
kredit gambar  cinema.com.my

Serius gelak sakan wa dalam panggung GSC, Alamanda. Memang menggamit kenangan. Mana taknya, teringat zaman-zaman sekolah jadi budak hostel dulu. Tapi agak sikit kecewa. Banyak juga part-part dan pengalaman wajib bagi budak hostel yang diorang tak buat, sebagai contoh cara budak hostel sambut birthday. hahhaha. Bab mak cik karipap tu dah ada dah, makan megi dalam baldi hahahaha. memang kenangan semua tu.

Apapon thank you MkSyahir, Shawn, Yanty, Qaseh and Mierza sebab sudi bersama-sama kembali ke masa zaman-zaman sekolah dulu. kui kui kui.








Share:

Jom Travel ke Pulau Perhentian | Travelmate September 2013

Jom Travel ke Pulau Perhentian | Travelmate September 2013 | Suka travel, berangan nak travel, tapi tak ada pengalaman dan kawan? Rasanya ni peluang korang. Member wa tengah cari teman untuk travel bersama ke Pulau Perhentian eptember 2013 ni . Sebelum ni beliau gemar travel senririan, dan sekarang beliau nak cuba mencari kelainan dengan mencari travelmate untuk trip beliau seterusnya.


Lokasi : Pulau Perhentian ( 3day 2night )
Date : 26-28 September 2013
Budget : > RM 400
 ( hotel + returnboat+snorkeling trip = under budget)

Sumber gambar Google
Kalau ada yang berminat nak join leh la contact Hairul Azhar 0193787746 . Atau leh ke facebook dan email beliau di hairul_azhar86@yahoo.com.

.



Share:

Ashton Kutcher “Jobs” Movie | Kisah Benar Seorang Yang Telah Mengubah Dunia

Ashton Kutcher “Jobs” Movie | Kisah Benar Seorang Yang Telah Mengubah Dunia | Sudah dua tahun berlalu, kematian Steve Jobs. Kini American biographical drama film berdasarkan kehidupan Steve Jobs, dari tahun 1974 hingga ke pengenalan iPod di tahun 2001 telah diterbitkan.  Dibintangi oleh pelakon berbakat Ashton Kutcher, sebagai Steve Jobs menjadikan filem ini seolah-olah hidup. 

Poster Filem Jobs
Poster Filem Jobs
Jobs is a 2013 American biographical drama film based on the life of Steve Jobs, from 1974 while a student at Reed College to the introduction of theiPod in 2001. It is directed by Joshua Michael Stern, written by Matt Whiteley, and produced by Mark Hulme. Jobs also has two cinematographers: Russell Carpenter for scenes shot in the United States and Aseem Bajaj for scenes shot in India. Steve Jobs is portrayed by Ashton Kutcher, with Josh Gad as Apple Computer's (now Apple Inc.) co-founder Steve Wozniak.From Wikipedia


“Some see what’s possible, others change what’s possible.”

.
Share:

The chance to be a furniture designer | Furniture Design And Making

The chance to be a furniture designer | Furniture Design And Making | Peluang keemasan kepada sesiapa yang mempunyai latarbelakang rekabentuk dan arkitek. Peluang menjadi seorang Furniture designer. Latihan secara percuma, malah ditanggung 100%.


A programme for young designers and fresh graduates that offers industrial skills training and knowledge in furniture design to enhance employability in the wood-based industry. 

Training fees are fully sponsored by MTIB. This includes accommodation, transport and monthly allowances (RM 500.00/month

Intake : October 2013 

Duration : 2 month (full time) 

Further enquiry please contact : Siti Aishah Abu Bakar 

Tel 03-31492924/ email - aishah@mtib.gov.my/aishah.saab@gmail.com 

Jom SHARE
Share:

Jenayah Di Halalkan | Review Filem The Purge

Jenayah Di Halalkan | Review Filem The Purge | Pada tahun 2022, segala jenis jenayah dialu-alukan dan halal oleh kerajaan untuk seketika dalam setahun. Sebuah filem yang cukup psyco bagi wa. 

Jenayah Di Halalkan | Review Filem The Purge

The Purge is a 2013 American science fiction thriller film directed and written by James DeMonaco. Starring Ethan Hawke and Lena Headey, the film is set in the year 2022 when the United States has become "a nation reborn", with crime and unemployment rates hitting an all-time low, due to the government having instituted an annual 12-hour period called "the Purge" during which all criminal activity (including murder, theft and rape) becomes legal. The only rules during the Purge are that government officials of "ranking 10 or higher" must remain unharmed and usage of weaponry above "Class 4" (such as WMDs) is forbidden. The Purge is designed to act as a catharsis for the American people, so that they may vent all negative emotions and repressed urges however and on whoever they desire.wikipedia

MawardiYunus | Sangat tidak sesuai untuk tontonan umum, pastikan anda tidak mengandung dan tiada masalah jantung. Bagi wa Filem The Purge ini adalah filem yang mengarut. Rasanya kalau korang tak tengok pun takpe kot. huhu.

.
Share:

Sunnah Yang Ditinggalkan | Sunnah Rasulullah

Sunnah Yang Ditinggalkan | Sunnah Rasulullah | Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat).

Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ.
Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’.
Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi.
Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka.
Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
—————————————————————
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua.
Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.
Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah.
Wallahu’alam….
Sumber: ZAKRI ALI

Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap Ajaran Yahudi Pula Jadi Ikutan
Share:

[FILEM] Review Filem Elysium | Kehidupan Tahun 2154

[FILEM] Review Filem Elysium | Kehidupan Tahun 2154 | Bumi semakin nazak. Yang miskin terus merana dibumi, manakala yang kaya hidup abadi sejahtera di langit ( Elysium ). Filem American science fiction action-thriller ini merupakan filem gambaran kehidupan dunia pada masa hadapan iaitu pada tahun 2154 .

In 2154, two classes of people exist: the very wealthy, who live on a luxurious space station called Elysium and the poor, who live on an overpopulated, devastated Earth. While residents on Earth are policed by ruthless robots, Elysian citizens live in comfort and regularly use man-sized medical devices called Med-Bays to keep them free of disease.

Poster Filem Elysium

Elysium is a 2013 American science fiction action-thriller film written, co-produced and directed by Neill Blomkamp and starring Matt Damon and Jodie Foster. It was released on August 9, 2013 in both conventional and IMAX Digital theaters

The film takes place on both a ravaged Earth and a luxurious space habitat called Elysium. It explores political and sociological themes such as immigration, transhumanism, health care and class issuesWikipedia

Elysium
Elysium
Mawardiyunus | Siapa kata Filem Elysium ni tak best ? Bagi wa Filem Elysium ni cukup menarik untuk ditonton. Walaupun ianya sebuah science fiction, tapi nilai kemanusiaan yang ada dalam Filem Elysium cukup wa kagumi. Nilai persahabatan, nilai pengorbanan yang mereka terapkan dalam watak-watak didalam Filem Elysium ini memang kuat. Jalan cerita yang kreatif dan simple. Penuh dengan aksi dan wa boleh katakan Filem Elysium ni juga antara filem pilihan wa untuk tahun 2013 ni.

Share:

[IKLAN] Pelbagai Jenis Kek Dalam Botol | All In Jar Brand

[IKLAN] Pelbagai Jenis Kek Dalam Botol | All In Jar Brand | All in jar ialah sebuah brand yang berkonsepkan "kek dalam botol" yang diketengahkan daripada hasil idea dua anak muda yang mempunyai minat mendalam dalam dunia "baking". Semua resepi adalah homemade dari mereka sendiri. Terdapat juga kek-kek yang boleh di tempah mengikut design dan kemahuan pelanggan


Pelbagai jenis kek dalam botol yang boleh didapati dari All In Jar Brand antaranya adalah Red Velvet, Walnut Brownies, Pavlova, Vanilla Fruity dan banyak lagi. Selain itu "All in jar" juga menjual Kek Batik 3 perisa iaitu Almond, Oreo dan Choc Chip serta Choc Chip Bread & Butter Pudding.


Kek dari All In Jar Brand ini sesuai untuk di jadikan sebagai hadiah kepada seseorang yang istimewa ataupun buah tangan ketika menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai.

Untuk menempah dan memdapatkan info yang lebih lanjut mengenai Pelbagai Jenis Kek Dalam Botol dari All In Jar Brand, anda boleh terus sms ke number 01126605933/0173486200 atau layari instagram mereka, allinjarhr untuk melihat gambar-gambar kek dan hasil tangan mereka dan terus menempah dengan gembira hati.


MawardiYunus.com | Ini serius, wa dah rasa Red VelvetWalnut Brownies dari All In Jar Brand ni, memang sedap. Double thumb up untuk All In Jar Brand berbaloi kalau beli. Jaminan kualiti yang terbaik. Psssttt. Kek Walnut Brownies memang terbaik.

.
Share:

20 Sen Yang Tersirat | Harga Minyak Naik 20 Sen Mulai Tengah Malam Ini (3/9/13)

20 Sen Yang Tersirat | Harga Minyak Naik 20 Sen Mulai Tengah Malam Ini (3/9/13) | Bermula dari petang semalam 2/9/2013, rakyat Malaysia dah mula heboh tentang kenaikan harga minyak? Sehinggakan apa yang hanya dikatakan sebagai khabar angin tu menjadi raliti malam semalam.

Kenapa panik sangat Harga Minyak nak naik?? 20 sen je pun!! (kata mereka)

Tapi sedarkah korang wahai rakyat Malaysia. Apakah dan siapakah sebenarnya En. Minyak itu??? Kenapa kita perlu takut kalau harganya naik? Cuba tengok sini.

20 Sen Yang Tersirat | Harga Minyak Naik 20 Sen Mulai Tengah Malam Ini (3/9/13)

The Domino Effect is a chain reaction that occurs when a small change causes a similar change nearby, which then causes another similar change, and so on in linear sequence - wikipedia

Ha ada paham kah? Nanti nak pergi beli breakfast jangan la marah makcik-makcik yang meniaga tu kalau makanan mahal. Sejak dari dulu lagi. Kalau minyak naik je, automatik barang lain pun naik harganya, terutama makanan. " harga minyak dah naik adik oiii " kata makcik peniaga nasik lemak itu. Tetiba aku teringat zaman aku blajar dulu, masa tu pun minyak naik jugak. Bila ditanya kenapa makanan mahal sangat, ha tu la jawapan-jawapan bagi peniaga-peniaga makanan.

So, bagi yang dah rasa kaya sangat tukan. Cubalah sesekali pandang ke bawah. Tengok pada golongan rakyat berpendapatan rendah. Mungkin bagi korang RM0.20 tu amat sedikit. Tapi hakikatnya, ada sesuatu yang tersirat. Terima kasih buat korang kerana memahami.
Share:

Rumah Terbuka Blogger 2013 | Open House Blogger

Rumah Terbuka Blogger 2013 | Open House Blogger | Sebulan Raya di bulan Syawal di Malaysia ibarat meriahnya sebulan Puasa di bulan Ramadhan. Begitulah perumpamaan yang sesuai agaknya untuk tabiat umat islam di Malaysia ni.

Jadi ada beberapa orang Blogger sempat menjemput wa untuk memeriahkan majlis Open House diorang. Siapa? Open House Blogger YantyOpen House Blogger Marqis CarenoOpen House Blogger Mierza dan Open House Blogger PariPariPutih.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebasRumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan.
Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu,CinaIndia dan lain-lain turut dijemput.
Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia.
Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. 

Rumah Terbuka Blogger 2013 | Open House Blogger

Open House Blogger Yanty adalah Open House Blogger yang pertama wa join. Dekat je, kat Putrajaya ni jugak. Hidangan juadah raya yang menyelerakan dari keluarga anak jati Penang ni.  

---------------------------------------------------------------

Open House Blogger Mierza pulak jemputan kedua yang wa pergi. Pergi pun merempit dengan blogger Najeeb. Juadah Spageti dan meehon sup. Nak balik dapat coklat dari langkawi. wiuwiuwiu. orang dapat duit raya, kita pulak dapat coklat kan. hehehe . Tq Mierza

---------------------------------------------------------------

Ni pulak Open House Blogger Marqis Careno. Rumah dia kat Cheras, wa dan blogger Najeeb tumpang Ben Ashaari je ke sana. Sampai-sampai je Blogger Ujang dah ada kat sana.

Rumah Terbuka Blogger 2013 | Open House Blogger

Blogger Marqis Careno ni wa baru je kenal. Abang Ben Ashaari la kenalkan. Juadah spagetinya memang sedap. Tambah berkali-kali tak gitu Najeeb. Yang specialnya dapat makan kek lapis original dari Sarawak. Pergggh jilat jari.

---------------------------------------------------------------

Rasanya ni last Open House Blogger yang wa pergi kot. Ha siapa?? Siapa lagi kalau buykan Open House Blogger PariPariPutih.

Rumah Terbuka Blogger 2013 | Open House Blogger

Ke Open House PariPariPutih ni pulak wa pergi dengan Blogger KakiSembang. Tumpang beliau je. hehehe. Makanan wajib, Chicken roasted, Fruite Punch dan Spageti. huhuhu

Rumah Terbuka Blogger 2013 | Open House Blogger

So macam biasala, kalau tak senget bukan keluarga Blogger PariPariPutih la kan. huhu.

Apapon terima kasih kepada yang sudi jemput. Tahun depan jangan segan silu jemput lagi. Kalau diamati betol-betol dalam gambar, badan wa dah makin kembang. wowowoww. tidakkkkkkkk.




Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive