travel, food and lifestyle blog

Friday, September 20, 2013

[TIPS] 8 Tips Membeli Buah Durian Yang Terbaik | Cara Beli Buah Durian Yang Elok

[TIPS] 8 Tips Membeli Buah Durian Yang TerbaikCara Beli Buah Durian Yang Elok | Kalau nak beli mesti la nak yang elok kan. Tambah-tambah pula benda yang nak dibeli tu adalah makanan. Kalau sebelum ni wa ada buat satu entry pasal Cara Beli Buah Tembikai Yang Elok . Kali ni wa nak sahre 8 Tips Membeli Buah Durian Yang Terbaik .

Buah Durian
Durian_ Sumber Gambar

MY share ni bukan sebab apa, kalau dapat durian yang terbaik kompem  kalau buat Durian Crepe [klik] pun mesti Durian Crepe yang terbaik heheehe.


Untuk mengelakkan ditipu, boleh cuba 8 tips di bawah ni.



1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus. 

3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam. Nasihat kepada anda jangan cium lebih-lebih nanti luka pulak hidung anda yang cantik dan mancung tu 

4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.

Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan.

Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

6. Tengok tangkai buah
Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa 

7. Perhatikan bontot durian
Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.

8. Kupas dan rasa buah semasa beli
Inilah paling senang. Suruh aje penjual tu buka durian untuk elakkan tertipu. Kalau rasa tak sedap takyah beli dan cari kedai yang lain.

_Sumber 

Selamat mencuba dan jangan lupa "SHARE" dengan member-member.

.


Share:

11 comments:

  1. nice sharing bro..selalu gua angkat borong dengan orang kenal je kat kg..kalau buah xelok dia mai hantaq lagi 1 raga..hehehe

    ReplyDelete
  2. bontot durian pon kene tengok?? ekk.. mkn duri nnti.. hihi.. ok, dah tau cmne nk beli durin yg sedap.. :)

    ReplyDelete
  3. hehehehe... peberet... lama tak makan ni... rindu lak..

    ReplyDelete
  4. fuh febret zaza gila2 ni.. :)

    ReplyDelete
  5. Saya serahkan semuanya kepada ayah, cukuplah saya makan seulas saja. *on diet*

    ReplyDelete
  6. Buah kegemaran.. selalu kalau beli ade yg isi nipis ngan isi keras.. peniaga pun pandai belah tang yg elok je.. hampeh..

    ReplyDelete
  7. fuui.. bace je dah boleh bayangkan durian jenis ape yang bagus.. terliurlah pulak.. kiki

    ReplyDelete
  8. petua yang bagus, lebih lebih ni musim durian balik

    ReplyDelete
  9. Baru lepas musim durian di penang ni...puas hati tahun ni makan :)

    ReplyDelete
  10. beli 32 biji durian...saiz sederhana dan kecil utk 4 org...dalam satu jam dah abis...penjual yg tolong bukak

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive