travel, food and lifestyle blog

Followers

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


Assalamualaikum semua, pekabo ? hehehehe kalinie gua join satu GA yang meletop-letop punyalah. Alang-alang dah dijemput oleh blogger hebat lagi otai AIDA OMAR pemilik blog diarisifroggie . 


Tapi wa memang akuilah yang GA ni memang bukan calang-calang. tengok beraparatus orang yang join. Ha kalau korang nak tahu, kena la klik banner tu pergi tengok sendiri.heheheh . Alang-alang dah masuk tu jangan segan-segan pulak nak join agagaggaga.


Ha ni plak dia punya sponsor-sponsor.

SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan


Amacam meletop-letop tak. Yang sebenarnya nak meletop ni adalah gua.. mana taknya dah final day baru ada masa nk join huhuhu. hope sempat la ye. kat sini wa ada tiga orang yang nak ajak join GA ni. 


sekian terima kasih 
Share:

Juara Fear Factor Malaysia 2013

Ha ni la diorang yang menang Fear Factor Malaysia musim pertama nie.
Dazrin dan Hairulazreen , so pelagi. tabik hormat untuk depa berdua .

#FearFactorMY - Dengan jarak 2.26 meter.. @dazrin88 & @hairulazreen berjaya menjadi JUARA! #TabikHormat

Hairulazreen " ma ,abah pi Mekah "
Dazrin " rezeki lebih untuk anak yatim "
TabikHormat

Tahniah buat diorang yang menang RM200,000,00 tu ye :)



Share:

Etika Menolak Salam Dari Yang Bukan Muhrim


Bersalaman antara bukan muhrim adalah amat dicegah dalam Islam. Jika salam dihulur kepada seseorang dari orang yang bukan muhrim dengannya boleh ditolak dengan cara yang betul. Ini dapat menggambarkan  sesuatu image yang baik kepada seseorang tersebut. 

cara yang betul

Imej yang baik meliputi tingkahlaku termasuklah etika menolak salam yang betul. Ianya penting supaya tidak memalukan pihak yang menghulurkan salam.

Sebagai persediaan awal sebelum pihak bukan muhrim menghulurkan salam, beri tanda isyarat lebih awal. Anda boleh meletakkan tangan di dada atau menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Ia adalah sebagai makluman yang anda tidak boleh berjabat tangan.

Mohon untuk share article ini untuk pengetahuan umum :)






Share:

DOA-DOA UNTUK MERAWAT PENYAKIT KANSER

Alhamdulillah kali nie gua dapat satu petua lagi cara berubat mengikut cara Islam. Cara untuk merawat penyakit kanser. 

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat-sahabat tolong sebarkan dengan menekan butang share yang berwarna biru dibahagian bawah sebelah kanan entry ini kepada ahli keluarga, saudara dan kenalan yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya . Insyaallah

Sumber : Pakar diari hati



Share:

Follower Blog Ke-1000


Assalamualaikum. Apa habaq semua( ceh tetiba terkecek loghat utara plop . hehehhe. Apapon perasaan Gembira tak terhingga bila capaian follower blog ni dah bernilai 1000 angka. huh :P Tahniah untuk diri sendiri dan terima kasih kepada semua follower yang sudi follow blog gua nie. Apapon jom kita terjah siapa follower blog nie yang ke 1000 tu. Cantik ke ?, kacak ke ?, comel ke ?. Ha jom sama-sama kita serang blog dia .
header blog beliau
Blog ni agak menarik perhatian gua sebab warnanya yang agak menyerlah dan simple. 
Tuan empunya blog

Terima kasih bro sebab sudi jadi sebahagian dari penyeri blog nie. :) Apapon Tahniah beribu kali buat bro hahaha. bagi 9 follower yang sebelumnya nantikan entry blog revew korang plak. Insyaallah sedikit masa lagi ye :)


Share:

GBS 2nd Gathering


Tiba masa gua wat kerja jahat dengan memonteng kerja. hahahaha. Gara-gara nak join geng-geng blogger Sengal ni buat Gathering. Maklumla eksited sangat nak jumpa diorang. Walaupon ramai diantara diorang memang aku tak pernah jumpa sebelum nie kan. 

KLCC merupakan tempat kejadian yang diorang pilih untuk kami bersua muka. hukhukhuk. Walaupon masa pertemuan agak lari dari masa yang ditetapkan . Tapi Alhamdulillah. semua dapat berkumpul.

GBS yang hadir
Lelaki Sengal

Pompuan Sengal

Kat sini ada beberapa orang yang tak dapat gua cari URL blog diorang. Mohon datang serang gua lepas ni ye. Eeeerrrkkk. Gua mohon korang pergi blog-blog diorang nie. Kompem korang tak menyesal kalo tegur diorang.

Bila dah berejam kena dera oleh tok ketua kami kat tengah panas. ahahhaah (ayat fitnah mohon jangan saman gua tok) errrkkk. Maka dengan KFC la menjadi hidangan kami sekeluarga. Lepas makan kami buat beberapa aktiviti ringkas . Untuk mengeratkan lagi hubungan kami yang Sengal mengal ni agagagagagagagag

Bila tiba masa nie memang sweet sweet kaw kaw punya. Aktiviti tukar-tukat hadiah. Yang paling sweet bila TeddyBear yang aku beli tu dapat kat MK Syahir iaitu pemilik blog sengal "APAKAH?". Dan gua plak dapat buku ilmiah dari Piraa pemilik blog "Bebising.com". Thank you.


Akhir sekali gua nak cakap satu je. Serius gua tak menyesal ponteng kerja untuk jumpa korang. Hilang segala masalah yang ada. Thank you very much untuk semua. Terutama yang menjemput auwwww. Kbai

Share:

Kotak Bukan Keranda


Sekali imbas kalau tengok dengan siku atau lutut memang nampak macam keranda. Tapi untuk pengetahuan korang ni design kotak terbaru yang gua buat untuk company gua .hehehehe. Tempahan untuk letak parang. (parang aksesori) . panjang dia dalam 12inci je. lengan je muat leh masuk dalam tu huhuhu.

Prototype yang sudah siap
Kenapa ingat barang kemas je ke boleh duduk dalam kotak yang elegen macam nie? Ha skang zaman dah moden. Parang pun menuntut hak dia jugak untuk duduk dalam kotak mahal macam ni agagggaa ( apa la yang aku merepek ni kan) . Produk ni dibuat dengan Kayu Jelutong dan bahagian atasnya diletakkan cermin transparent.

Gambar ketika proses kemasiapan
Proses pembuatannya agak simple, tetapi kualiti produk haruslah dijaga untuk mendapatkan hasil yang cantik dan terbaik.


Share:

Video Johan Ashaari hampir kena Liwat


PESANAN: kepada mana-mana MAMAT dan Minah kepoh yang membaca entry ini , gua mintak tolong baca entry ini sampai habis sebelum menyebarkannya  :P

Siapa tak kenal pelakon berbakat besar Johan Ashaari yang makin meletop-letop kat tv skang ni, tak cukup drama , filem pom meletop jugak (cakap ala-ala deva kepoh) . Kenapa dengan beliau ye. Ayat kontroversi habis. hahha. Ari tu orang dok kepoh sangat pasal dia nak kena liwat nie.



 Siap ada video lagi. Jom kita tengok sapa la yang nak tuuuttt dia . ngeee


Teettt rupa-rupanya dia berlakon da... haish giler seram tengok pelakon yang bertanggungjawab untuk meliwat beliau tu... ahhahaha. memang menjadi la . Apapon drama bersiri Karlos ni memang bagus. Walaupon baru beberapa episod ditayangkan kat tv3, gua dapat agak yang cerita ini memang ada sesuatu yang menarik tentang jalan penceritaannya. 


Share:

Snitch (film)

Pada malam ni gua berpeluang untuk cuci mata dengan menonton wayang di Star Mall Mentakab Pahang. Walaupun pada awalnya , kami ingin menonton cerita lain. Tapi terpaksa dibatalkan kerana cerita tersebut sudah tidak ditayangkan disitu. Jadi kami memilih Filem SNITCH untuk menggantikan cerita tersebut.

                                                                                                                         
Sebuah cerita yang penuh dengan nilai kekeluargaan, yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa yang sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan anak lelakinya dari menerima hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun kerana jenayah narkotik.

Jom lihat trailernya


Cast
Dwayne Johnson as John Matthews
Barry Pepper as Agent Cooper
Jon Bernthal as Daniel James
Melina Kanakaredes as Sylvie Collins
Nadine Velazquez as Analisa
Rafi Gavron as Jason Collins
David Harbour as Jay Price
Benjamin Bratt as Juan Carlos 'El Topo' Pintera
Susan Sarandon as Joanne Keeghan

Sumber : Wikipedia


Share:

Iklan Zalora di Asia


Diantara iklan-iklan ZALORA yang famous. Huh ingatkan kat malaysia je ada iklan Zalora version Jerit-jerit ni. Rupanya sama je semua. ahhahaha. Kalau korang tak percaya try la tengok video-video kat bawah nie.



Iklan ZALORA Malaysia



Iklan ZALORA Singapore



Iklan ZALORA Indonesia



Iklan ZALORA Thailand



Iklan ZALORA Filippines



Iklan ZALORA China



Dan yang ni paling special. try la teka negara mana punya iklan nie.. hakhakhak





Share:

Wishlist at Zalora



Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni teriba je gua rasa gian nak buakak laman web ZALORA nie. ha sapa tak tahu pasal ZALORA ni. "Online Shopping Malaysia" . Yang iklan dia menjerit-jerit mintak kita jangan bagitau sape-sape pasal website dia tu.. huhu..


kadang-kadang pikir, bodoh ke apa kan wt iklan cmtu.. tp bila pikir balik, style gak wt trademark cmtu huhu.


Hahahahah agak style jugak la barang-barang kat sini. Harga pun berpatutan . Tadi masa wa usha-usha memang rambang mata ni. Tapi sempat gak la masuk kan beberapa item kat wishlist. huhu.


Nak beli tak de duit. So masuk wishlist pun jadila hehheehe. pasni kalau dh ada duit, senang sikit.. tak payah susah-susah cari lagi. kan kan kan. Apapon kalau sape-sape ada nak complain pasal Zalora nie, leh la komen kat bawah ni. Mana la tahu Zalora ni pernah mengecewakan pelanggannya ker.. huhu . Sebelum membeli belah kena la survay-survay dulu. iye dok? 





Share:

PETUA TIDUR NABI SAW



Adakah kita tahu, seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk Tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.





1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.


4. Baca 4 Qul  tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan

untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil Wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 


INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN







Share:

Segmen Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com


Assalamualaikum kepada semua, Alhamdulillah walaupon hati agak resah sedikit pada ketika ini, tapi tetap gigih untuk berblogwalking menjenguk blog rakan-rakan blogger. Tertarik untuk join dan support segmen yang bloglist yang dibuat oleh Akupenghibur.com .


Tak rugi rasanya untuk rakan blogger lain untuk join segmen bloglist nie. Segmen yang simple dan boleh beri kepentingan jugak untuk rakan blogger lain. Ini la peluang yang paling baik untuk kita ambil. Lagipon  blog Akupenghibur.com ni bukan calang -calang blog. Pemilik blog juga sangat osem dan mesra.  Bagi yang ingin join segmen ni boleh la klik banner kat atas tu ye. :)






Share:

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala


Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah untuk entry kalini gua rasa nak share something yang rasanya berguna untuk semua orang, terutama untuk orang muslim la. Iaitu petua macamana untuk merawat sakit kepala dalam cara rawatan islam.



1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)


NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Kredit to Pesona Media

Tak rugi rasanya kita ringankan tangan untuk klik button share kt atas tu untuk kongsi info dan ilmu ini dengan member yang lain :)





Share:

Blog Under Construction


Uih dah lama dah rasanya tak update entry. heheheh. biasala busy dengan kerja. dan macam-macam hal peribadi lagi. heheheh. 


Tapi sebenarnya gua tengah dok cari ilham untuk ubahsuai blog nie. Insyaallah doakan yang terbaik ye hehehe :)



Hope korang dapat tunggu la ye hehhe. 
(chewah macam ada je orang yang setia baca blog ni.. adush pengsan)


Share:

Tersenarai Dalam Top 10

Woow macam tak percaya bila dapat tahu yang blog gua ni tersenarai dalam


Hahahahaha. kalau korang pon tak percaya try la usha-usha kat sini  .




Cuba tengok betol tak? hehehe. ha tula. Tadi gua bagitau korang tak nak cayakan. huhu. Kalau nak tengok entry yang gua buat untuk join segmen tu klik sini. Apapun terima kasih buat blogger SYAKIR RAHMAN. Dan tahniah kepada 9 lagi yang tersenarai . 

Ihsan http://shawnrazaleigh.blogspot.com/

Yeeeeeeeeeeeeehaaaaa..
Tengok ni syakir, gua rasa teruja sangat nie. ahahahha thank you very much ya.




Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive