travel, food and lifestyle blog

Monday, March 11, 2013

PETUA TIDUR NABI SAW



Adakah kita tahu, seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk Tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.





1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.


4. Baca 4 Qul  tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan

untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil Wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 


INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN







Share:

19 comments:

  1. petua sangat bagus nih.. tapi selalu terlelap terus tak sempat buat.. insha Allah, kuatkan usaha untuk beramal.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, xpe kalau niat ada.. insyaallah

      Delete
  2. tiap2 sunnah Nabi SAW pasti ada kejayaan.. amal dan yakin atasnya.. insyaALLAH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bro.. setuju sangat.... insyaallah

      Delete
  3. entri yg menarik bro...:) thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagus ni.. Harap dapat mengamalkan.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Entri yang sungguh menarik dan penuh dgn panduan.
    Terima kasih... Teruskan dgn entri sebaik ini, saya follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam bro.. terima kasih..... :)

      Delete
  6. salam.. alhamdulilah entry yg sangat berguna nie boleh amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... insyaallah.. sama2lah kita ye

      Delete
  7. nice sharing bro!!jom amalkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan.... ahahaaha gua tgok lu tido mmg penuh dengan sunnah :p

      Delete
  8. Salam ;). Terbaik entry nih! ingat-mengingat!

    ReplyDelete
  9. thanks bro...ilmu yg sangat berguna.... boleh dijadikan panduan utk semua.....

    ReplyDelete
  10. tq for info..nanti akan buat bro..hehehe

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive