travel, food and lifestyle blog

Followers

CABARAN DI ESCAPE ROOM | #TSDayOut SEPTEMBER 2014

EscapeRoom

CABARAN DI ESCAPE ROOM | #TSDayOut SEPTEMBER 2014 | Pertama kali berpeluang menyertai pengalaman bersama rakan blogger di #TSDayOut anjuran Tourism Selangor . Untuk pengetahuan koran, event #TSDayOut ni bukan pertama kali diadakan, malah dikatakan hampir setiap bulan dengan aktiviti yang berbeza. *wow terbaiklah Tourism Selangor ni. Dan untuk kali ini, ia telah membawa kami ke ESCAPE ROOM, Bukit Tinggi Klang.

Signboard EscapeRoom Klang
Signboard EscapeRoom
MY difahamkan bahwa, ini adalah buat pertama kali  #TSDayOut melakukan indoor-bound game. Dan ianya adalah jauh berbeza dari #TSDayOut  yang lepas. 

Bersama rakan blogger Khai, Penaberkala dan MahaMahu
Bersama rakan blogger Khai, Penaberkala dan MahaMahu
Permainan penyelesaian teka-teki ini merupakan salah satu permainan yang memerlukan penggunaan IQ yang sangat tinggi. Dan ianya sudah mula mendapat tempat dan popular di beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat, Hungary, Romania, Singapura, China, Taiwan, Sepanyol dan Hong Kong. 

Kaunter Utama Urusan
Dan Malaysia juga telah menerima bahang fenomena ini semenjak tahun lepas (2013) dengan pembukaan outlet pertama ESCAPE ROOM di eCurve. Dan ianya mula merebak ke enam lokasi lain di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menjadikan outlet ESCAPE ROOM di Berjaya Times Square Kuala Lumpur menjadi ESCAPE ROOM terbesar setakat ini.

Mr Victor Lo Pengasas EscapeRoom Malaysia
Mr Victor Lo Pengasas EscapeRoom Malaysia
Sebelum permainan mula mencabar kami, kami telah diperkenalkan dengan orang kuat ESCAPE ROOM iaitu Mr Victor Lo merangkap Pengasas Escape Room Malaysia. Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah permainan ESCAPE ROOM dan rule-rule yang perlu kita patuhi setelah jam permulaan dihidupkan.

APA ITU ESCAPE ROOM !!!

ESCAPE ROOM  merupakan satu bentuk permainan simulasi teka-teki di mana para peserta terdiri daripada 2 orang sehingga 8 orang akan dikunci di dalam sebuah bilik dengan senario tertentu mengikut tema masing-masing. Setiap pasukan perlu untuk menyelesaikan pelbagai jenis teka-teki dengan berpandukan seluruh elemen yang terdapat di dalam bilik tersebut untuk cuba lepaskan diri dalam hanya tempoh masa 45 minit sahaja. 

Sebagai contoh, Outlet Klang mempunyai tujuh bilik bermula dengan ‘Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom’, the movie inspired ‘Taken’ room, Kung Fu, The Abandon Factory, Prison Break (TV drama of the same name), The Mysterious Room and the haunting Slaughter House. Semua bilik-bilik yang ditawarkan mempunyai kesukaran yang berbeza-beza dari penarafan tiga bintang hingga ke lima bintang.

CABARAN ESCAPE ROOM !!!

ESCAPE ROOM Bukit Tinggi Klang
Antara tema game yang ada dan kami pilih
Dan kumpulan kami telah memilih ‘Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom’ sebagai cabaran pertama kami di ESCAPE ROOM Bukit Tinggi Klang ini. Dan ianya telah diberi taraf kesukaran 4 bintang. 

Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom
Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom
Dan kesukarannya memang mencabar kami, dan ianya cukup-cukup mencabar. Disini kita perlu meletakkan diri kita sebagai seorang doktor atau seseorang yang biasa dengan suasana hospital dan peralatannya. *ayoooo, seram sangat bila main tangan jatuh atas kepala ni. heyyy jatuh la tempat lain.

Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom
Pencarian klu untuk kod kunci
Sehinggakan, untuk meyelesaikan salah satu masalah, kami terpaksa meneka jenis ubat yang sepatutnya dipadankan dengan penyakit-penyakit yang diberi *pergh nak kering dah otak ni, nasib baik ingat lagi apa yang belajar masa zaman belajar dulu.

Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom
Cubaan membuka kod rahsia
Walaupun perjalanan kami meyelesaikan masalah agak lancar. Tapi kekangan masa telah menyebabkan kami tewas untuk cabaran di Bilik Pembedahan nie.*takpe cabaran kedua ada.

Tewas untuk cabaran pertama ESCAPE ROOM
Tewas untuk cabaran pertama ESCAPE ROOM
Tanpa membuang masa, kami telah memilih The Abandon Factory sebagai cabaran kami yang ke dua. Dan ia pula mengesahkan perjalanan sekumpulan manusia yang terperangkap didalam sebuah bangunan yang mempunyai bom aktif. * silap langkah meletop bom. eh huhu. Seperti biasa, jika kami tidak dapat menyelesaikan semua petunjuk yang diberi maka bom akan meletup dalam masa 45 minit.

The Abandon Factory
The Abandon Factory 
Dengan berbekalkan pengalaman dari permainan pertama kami, kami cuba memahami apa yang sedang dan akan berlaku dalam permainan kedua ini. Dan iannya berhasil, kami telah dapat menyelesaikan semua masalah dengan jayanya. Dan masa yang telah kami ambil hanya 35 minit sahaja. *belajar dari kesilapan lalu.

Dan kami telah mendapat tempat ke dua untuk keseluruhan. *tahniah :)

HADIAH UNTUK PESERTA #TSDAYOUT !!!

Group Foto ESCAPE ROOM
Group Foto
Apa yang bestnya Tourism Selangor telah memberi hadiah wang tunai bernilai RM 150.00 untuk enam pemenang kontes Foto Instagram manakala tiga pemenang bagi kategori penyertaan blog akan menerima RM 1,000, RM 500 dan RM 300, masing-masing (yang akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak).

Apapon terima kasih kepada Tourism Selangor kerana sudi menjadikan saya sebagai salah seorang dari peserta #TSDayOut SEPTEMBER 2014 ini. Terima kasih juga kepada pihak ESCAPE ROOM Bukit Tinggi Klang untuk cabaran yang sangat awesome ini. *pasti akan kembali dengan rakan-rakan lain.

 _________________________

Escape Room 
Malaysia’s First Real Escape Game

Harga: 
Normal: RM 36.00
Offpeak*: RM 32.00
Weekend: RM 36.00
Public Holiday: RM 36.00

* Offpeak (Before 05:00 pm)

6 Outlet yang boleh korang akses untuk book.

Petaling Jaya
Lot 2-01A, 2nd Floor, eCurve, 
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603-7732 9198
Email: info_pj@escaperoom.com.my

Klang
No. 111-1, 1st Floor, 
Jalan Mahogani 5, Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor.
Tel: +603-3323 2213
Email: info_klang@escaperoom.com.my

Puchong
Unit 2, 3 & 4, Level 3, Block K, Setiawalk Mall, 
Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 
47160 Selangor Darul Ehsan
Tel: 1700 816 218
Email: info_puchong@escaperoom.com.my

Kuala Lumpur
07-96, 7th Floor, Entertainment Podium, 
Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur.
Tel: +6016-217 8393
Email: info_kl@escaperoom.com.my

Johor Bahru
L4-029, Sutera Mall, 
No.1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, 
Taman Sutera Utama, 
81300 Skudai, Johor Bahru.
Tel: +6010-510 0931
Email: info_johor@escaperoom.com.my

Penang
Lot 3-13B, 1st Avenue, 182, 
Jalan Magazine, 10300 Penang.
Tel: +6042615571
Email: info_penang@escaperoom.com.my

Email:
 info@escaperoom.com.my

Tel: 03-7725 1921

Silalah datang sendiri dan rasai kelainannya, serius sangat berbaloi. Kalau banyak duit boleh jadikan ia sebagai hobi yang sihat untuk anak-anak. :)

Share:

STUDIO FOTOSHOOT TERBAIK DAN MURAH DI SELANGOR | CLORA STUDIO

STUDIO FOTOSHOOT TERBAIK DAN MURAH DI SELANGOR | CLORA STUDIO | Pertama kali MY masuk studio untuk ambil gambar, mula-mula rasa macam keliru untuk pilih service studio mana yang bagus. Bukan bagus je, yang penting jugak harga yang berbaloi. 

Sehinggalah ada seorang kawan rekemenkan kami untuk ke Clora Studio [klik] yang beroperasi di Studio Voxscape , Bandar Mahkota Cheras.

Baju raya tajaan QamelAyopCreation
Fotoshoot ini bertujuan untuk BloggerRaya2014 yang lepas. Alhamdulillah, korang boleh tengok sendiri antara foto yang telah diambil oleh Clora Studio nie. Kalau korang tak pandai untuk pose. Jangan risau, jurukamera akan membantu.
Baju Raya Tajaan HijrahCouture
Ginilah gayanya kalau dilahirkan bukan untuk bergaya, *ibarat kayu hhaaha. Tapi cubalah pose semampu boleh kan., *eh kbai. Jadi, inilah hasilnya photoshoot di Clora Studio, memang terbaik hasil kerja Clora Studio ni. Apa yang lebih terkejut ialah harga yang sangat murah. *ohoiii nak mai lagi lah, fotoshoot gambar keluarga pulak.

CLORA STUDIO PAKAGE FOTOGRAFI TERBAIK 

Kalau korang tercari - cari pakej gambar perkahwinan terbaik , haa ini adalah jawapannya. Dah banyak sebenarnya hasil Clora Studio ni dan rata - ratanya semua berpuas hati sebab gambarnya memang terbaik . Bukan setakat gambar yer, rakaman video pun ada juga.

pakej gambar perkahwinan terbaik
Pernah tengok pementasan teater Projek Kahwin [klik] lakonan Izzue Islam dan Hanez Suraya di Istana Budaya? Clora Studio telah menjadi photographer rasmi diorang tau. 

Pementasan Teater Projek Kahwin
Jadi, bagi MY, Clora Studio ni bukan calang-calang tau, dah ramai artis pernah menggunakan khidmat terbaik dari diorang. *korang pulak bila lagi?

Apapun kalau korang nak cari tempat photoshoot studio murah , tempat photoshoot konvo, tempat photoshoot studio terbaik , MY cadangkan Clora Studio dan Voxscape . Sebelum ke sana, pastikan korang buat temu janji dulu yer , *nanti pergi tak ada orang pulak kehkehkeh. Terima kasih Clora Studio dan Voxscape atas hasil kerja yang menarik ini.

*info :


Jangan terkeliru ye, Clora Studio merangkap sebagai photographer manakala Voxscape adalah nama studio fotografi mereka.

Untuk maklumat lanjut boleh ke :

Contact : 0124250544


Entry ini adalah khas untuk BloggerRaya2014. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menaja dan menjayakan #BloggerRaya2014.

Share:

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015 | Minggu lepas MY berpeluang menghadiri majlis menandatangani perjanjian Duta dan Jurucakap kepada jenama terkenal XES Shoes. Majlis ini telah berlansung di cawangan Kedai XES Shoes di Glenmarine, Shah Alam. 

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Bersama media sosial Blogger_ foto Nisa Kay
Untuk pengetahuan korang, XES Shoes telah menjadi OFFICIAL FOOTWEAR untuk Miss Global International Malaysia 2014 yang telah berlangsung pada Ogos yang lepas. Para finalis bertuah yang berjaya menarik perhatian juri melalui personaliti dan kecantikan telah dipilih untuk menjadi Duta kepada jenama XES Shoes . Peserta yang telah menjadi Miss XES Elegant 2014/2015 adalah Mico Pun Chiew Yoek.*tahniah diucapkan.

Ms Mico Pun Duta XES Shoes 2014

Inilah dia Ms XES Elegan yang telah di nobatkan di Majlis Miss Global International Malaysia 2014, Ms Mico Pun. *cantik dan menarik orangnya.

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Ms Mico bersama Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd -Mr Simpson Wong
Ms Mico bersama Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd -Mr Simon telah menandatangani kontrak selama setahun bersama XES bermula Oktober 1, 2014 hingga September 3,2015 sebagai duta produk XES.

Dalam menjadi Duta XES beliau juga mendapat kelebihan seperti mendapatkan bekalan bulanan kasut dan beg bernilai RM3, 600.00 nilai produk dari XES dalam tempoh setahun. Beliau juga akan mendapat bayaran dengan RM3, 900.00 untuk kempen pelbagai iklan cetak dan RM1, 000.00 bagi setiap kempen iklan TV dan penampilan yang bertindak bahawa dia bekerja pada dengan XES. Untuk klip video, duta itu akan menerima RM1, 500.00 sepanjang tempoh kontrak.

Setiap penampilan dan fesyen khas persembahan yang dibuat oleh Miss XES Elegant dalam apa-apa peristiwa masa hadapan hendaklah juga menyumbang beliau setiap acara yang dihadiri. *wallaweh, tahniah .

Biodata Duta XES Shoes 2014-2015 Ms Mico Pun 

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015

· Stage Name: Mico Pun
· Age: 22 years old
· Date of Birth: 1st March 1992
· Place of Birth: Johor Bahru
· Facebook: xiaomi2505 [klik]
· Instagram: Xiaomi_mimi
· Language: Chinese, English
· Special Talent: Belly Dance

Encik Simpson Wong, pengarah urusan Pemasaran Shellys, sangat teruja untuk melamar Mico untuk menjadi Duta dan mengharapkan kerjasama untuk bekerja dengan sempurna seperti yang dirancang untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. 

Pelbagai Design Terkini XES Shoes

Apa yang menariknya dengan XES Shoes Brand ni, ia merupakan barangan berkualiti buatan Malaysia. Dan harganya sangat mampu milik dan selalu ada promotion yang ramai yang tak akan lepaskan peluang.

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Kasut Lelaki
DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Kasut Wanita
Pelbagai pilihan jenis kasut untuk lelaki dan wanita, tidak kira usia. Semuanya boleh korang miliki di XES Shoes outlet yang berhampiran. Apa yang penting adalah kualiti dan harganya yang sangat memuaskan.

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Bag Wanita
Selain dari pilihan kasut yang pelbagai. XES juga ada mengeluarkan barangan seperti bag tangan wanita. Semestinya design bag tangan yang sangat bergaya dan pelbagai.

Hadiah XES Shoes Untuk Blogger

Apa yang mengujakan MY adalah apabila kehadiran kami diraikan oleh XES Shoes dengan memberi peluang untuk kami memilih 1 item jenama XES untuk dibawa balik. *woah,apa lagi serbu lakan. Ya ini merupakan hadiah dan penghargaan mereka untuk kami.

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Pencarian bermula
DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Nannie dan Cik Lily bersama bag pilihan mereka
DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
proses cuba-cuba
DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Geng blogger lelaki dengan item yang dipilih
DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Proses pakaging barang dipilih
Sekali lagi ucapan “Terima Kasih tak terhingga buat Sabrina, Mr Simpson Wong, dan XES ” atas hadiah ini. Dan tak lupa pada blogger  Nannie Isa .

DUTA DAN JURUCAKAP XES SHOES 2014-2015
Bersama geng blogger yang hadir
Kalau korang pun salah seorang pengguna jenama XES Shoes, jom kongsikan gambar korang bersama jenama XES Shoes ni di Instagram, Twitter dan Facebook dengan #XesShoes #XesBarand.

Share:

#MyCyberSale Menawarkan Diskaun Pembelian Sehingga 90%

#MyCyberSale Menawarkan Diskaun Pembelian Sehingga 90% | Berita baik MY nak kongsikan bersama korang-korang kat luar sana yang giler shopping online tu. *ha kenapa? Tunggu la nak cerita la ni. 

Kerajaan telah menganjurkan jualan dalam talian yang diberi nama #MyCyberSale tak lama lagi. *mohon bersabar. Apa yang bestnya #MyCyberSale ni, merupakan anjuran kerajaan yang pertama di dunia .*wallaweh hebat. Dan ia bukan suatu perkara main-main kerana #MyCyberSale menjanjikan tawaran diskaun sehingga 90 peratus kepada pembeli. *pergh shopping sakan la MY lepas nie.

LAZADA ANTARA PERUNCIT YANG TERLIBAT DENGAN #MyCyberSale


Apa yang bestnya, Lazada Malaysia [klik] juga merupakan antara penjual online yang turut serta dalam jualan siber besar-besaran ini dan menjanjikan potongan harga yang hebat khas untuk pembeli di talian. *hurmmm, banyak dah barang yang MY aim kat LAZADA ni. Sapa yang tak kenal dengan LAZADA ni? Dah cukup femes dengan service dan produk yang berkualiti dari gedung online.


Lazada Malaysia akan menawarkan potongan harga terbaik serta promosi hebat untuk pelbagai jenis barangan kesukaan korang termasuklah dari jenis barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik, kamera, komputer, telefon bimbit dan tab, jam tangan dan fashion, bag dan travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi.*okay dah boleh mula usha-usha barang nak beli dah.

Kalau korang dah bersedia, silakan untuk survay-survay dulu barang apa yang korang berkenan di #MYCyberSale on Lazada [klik]. *eh eh eh Sabar dulu, pembeli dalam talian akan bermula pada 29 September hingga 1 Oktober.

Korang berpeluang untuk meninjau setiap tawaran di Laman Web #MYCyberSale [klik] apabila promosi jualan bermula pada 29 September hingga 1 Oktober nanti.

So apa lagi, jom shopping oyeah.


Share:

MAJLIS PEYAMPAIAN HADIAH MINUM DAN MENANG JUS MANGGA PRAN


MAJLIS PEYAMPAIAN HADIAH MINUM DAN MENANG JUS MANGGA PRAN | Semalam MY telah dijemput untuk bersama meraikan majlis peyampaian hadiah untuk contest minum dan menang yang telah dianjurkan oleh JUS MANGGA PRAN beberapa bulan yang lepas. *pergh sangat memberi effect kepada pengecutan bahagian perut nie. haha. Orang lain yang masuk bertanding, kita pulak yang lebih kan.

Jus Mangga Pran
Kita hanya mampu duduk diam-diam je kat meja makan. Mampu memerhati dari jauh wajah-wajah gembira pemenang-pemenang kontes tu. *waaaaa kalah diperingkat saringan. eh huhu.

JENAMA PRAN SETANDING JENAMA TERKENAL

Untuk pengetahuan korang, Jenama PRAN ini adalah berasal dari BANGLADESH dan telah mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM. *tak perlu was-was lagi. Dan telah banyak dieksport ke negara tertentu kerana permintaan yang sangat tinggi di peringkat global. Kalau korang perasan, Jenama PRAN ni khususnya JUS MANGGA PRAN telah bersaing dan sudah setanding jenama-jenama hebat yang ada di Malaysia ni. Memang mudah untuk MY katakan, kenapa mereka mudah menambat hati rakyat Malaysia? Ya sudah semestinya kerana kualiti dan kelazatan rasa Jus aslinya.

Pelbagai Jenis Jus Keluaran Pran
Pelbagai Jenis Jus Keluaran Pran
Selain dari JUS MANGGA PRAN yang sedang viral. Pelbagai jenis jus lain juga dikeluarkan oleh Jenama PRAN ini khusus untuk peminat-peminat rasa jus asli mereka. Bagi MY selain dari JUS MANGGA PRAN yang sangat hebat, JUS EPAL PRAN juga akan menjadi kegilaan MY bila ke kedai runcit. *kenapa? Sudah semestinya kerana rasanya yang sangat asli dan pekat.

PRAN Junior Juice
PRAN Junior Juice
Selain dari pelbagai saiz botol, mereka juga ada mengeluarkan jus kegemaran ini dalam bentuk pakaging kotak. Dan apa yang istimewanya, pack PRAN JUNIOR juga ada dipasarkan sesuai untuk anak-anak kecil. *alahai comelnya.

Biskut
*jangan terkejut. Selain dari Jus yang sedap. Mereka juga ada mengeluarkan pelbagai jenis makanan lain seperti gula-gula, biskut dan lain-lain.

Serbuk masakan
Apa yang membuatkan MY teruja. Serbuk masakan untuk memasak pun mereka ada keluarkan. *wallaweh memang terbaiklah. Ini semua untuk pengguna yang setia dengan jenama PRAN


Untuk mereka tertanya-tanya dimana boleh mendapatkan produk PRAN ini. Korang boleh lah dapatkan produk-produk ini di kedai-kedai runcit dan pasaraya ternama seperti, Tesco, Aeon Big, Sogo, Preto, SegiFresh dan Jaya Grocer. 

PEMENANG HADIAH MINUM DAN MENANG JUS MANGGA PRAN

Majlis penyampaian hadiah telah bermula sekitar lepas makan tengahari, semua pemenang mingguan yang terpilih  memenangi hadiah berupa wang tunai RM100 tunai dan di samping hadiah-hadiah utama.

Pemenang Mingguan_ Foto Potia
 *eh kita pun ada la. Gimik je lebih tu, sebenarnya MY hanya wakil blogger DkNa untuk pemenang hadiah mingguan. Ramai jugak dikalangan Geng Kelab Blogger Ben Ashaari menang untuk hadiah mingguan. Mr. Ujang pun menang dapat seratus. Dahla dapat seratus, dapat lagi cabutan bertuah hamper besar. *ini tidak adil. ahahhahaha. Gurau je.

Pemenang ketiga_ Foto Potia
3 hadiah tempat ketiga berupa hamper, hadiah tempat kedua berupa smart Phone (Lenovo) dan Oppo dan hadiah utamanya berupa TV Sony 42'inchi. Semua hadiah di sampaikan oleh pengarah eksekutif bahagian pemasaran PRAN. 

Pemenang TV Sony 42'inchi
--------------------------------------------
Kelab Blogger Ben Ashaari
Info lanjut mengenai peraduan minium dan menang jus mangga PRAN serta lain-lain info mengenai pruduk keluaran PRAN boleh rujuk Fan Page Facebook JUS MANGGA PRAN [klik] atau di instagram "Jusmanggapran" atau terus boleh berhubung di talian : 016-553 0491.

Share:

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA CLASSIQUE

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA CLASSIQUE | Semalam(20/09/2014), MY berpeluang ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk meyaksikan persembahan hebat Koir Kebangsaan Malaysia (Classique) (KKM). Konsert Koir Kebangsaan Malaysia ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 20-21 September 2014.

Pentas Utama Persembahan Koir Kebangsaan Malaysia
Pentas Utama Persembahan Koir Kebangsaan Malaysia_ Foto dikbee.com
MENGENAI CLASSIQUE

Classique memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu berlandaskan Klasik Melayu seperti lagu-lagu asli melayu, inang, joget, keroncong serta zapin, dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu-lagu dari era renaissance hingga ke era romantik sekaligus mencabar kreativiti KKM sejajar dengan ulangtahun penubuhannya yang ke-22 pada tahun ini.

Koir Kebangsaan Malaysia
Barisan VVIP dan Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia_ Foto dikbee.com
LAGU KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA CLASSIQUE 2014

Konsert ini menampilkan 22 buah lagu dan menampilkan seramai 40 orang ahli Koir Kebangsaan Malaysia . 

Penampilan lagu Klasik Barat- Koir Kebangsaan Malaysia
Penampilan lagu Klasik Barat_ Foto dikbee.com
Persembahan Hebat  Susanna Or Via Sortite ( Le Nozze Di Figaro)_ Foto dikbee.com
Persembahan Solo_ Foto dikbee.com
Lagu-lagu klasikal barat dipersembahkan dalam Segmen 1. Lagu yang dialunkan ialah Funiculi,Funicula; Weep You No More; Sad Fountains; Il Est Bel Et Bon, Les Filles De Cadix; Brautgesang: Susanna Or Via Sortite ( Le Nozze Di Figaro), Dall'oriente L'astro Del Giorno (Ermione-Act I); Matona Mia Cara, Shivering Chorus (King Arthur); Neighbour's Chorus(La Jolie Parfumeuse).

Penampilan lagu Klasik Melayu- Koir Kebangsaan Malaysia
Penampilan lagu Klasik Melayu_ Foto silanceblogz.com
Penampilan lagu Klasik Melayu_ Foto azmanisma.com

Lagu Klasik Melayu pula dipersembahkan pada Segmen 2. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Puteri Ledang, Dia Datang, Jalak Lenteng dan Joget Hitam Manis, Sayang di sayang, Bentan Telani, Medley Masri Manis dan Inang Tua, Ketawalah Lagi, Zapin Malam Pengantin, Joget Secawan Kopi dan Joget Lambak.

LATAR BELAKANG KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA 

Koir Kebangsaan Malaysia
Koir Kebangsaan Malaysia_ Foto dikbee.com
Koir Kebangsaan Malaysia merupakan koir bertaraf nasional. Ianya telah ditubuhkan pada bulan Mei 1991 dan kini terletak di bawah naugan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dengan pentadbirannya di urus oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Pengurusan Koir Kebangsaan dilengkapi oleh seorang pengurus [Tunku Marina Tunku Dato' Zubir], jurulatih vokal [SyafinazSelamat], konduktori [Amri Zain] dan pemain piano [Mohd Fairuz Zamani]. Koir Kebangsaan Malaysia kini mempunyai keanggotaan seramai 80 orang ahli yang terdiri daripada kanak-kanak berbakat berusia 7 tahun hingga ke ahli dewasa yang berusia 50 tahun. Latar belakang ahlinya adalah pelbagai, pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti, ahli-ahli persatuan bukan kerajaan serta golongan professional. Dalam kata lain, di luar pentas pementasan, ahli-ahli Koir Kebangsaan terdiri daripada pelbagai latar belakang yang disatukan melalui rasa cinta kepada muzik dan nyanyian berbentuk koir.

--------------------------------------------

Bagai dirasuk bila dengar suara-suara yang sangat harmoni dan merdu di dalam Auditorium semalam. Ia seolah mengajak kitaorang ni bersama-sama menyanyi *uhuks walaupun suara kita tak sedap kan. Apapon tahniah MY ucapkan kepada Pasukan Koir Kebangsaan Malaysia untuk persembahan yang sangat terbaik semalam. 

media koir kebangsaan malaysia classique
Media team_ Foto fauziaryaan.com
Terima kasih MY nak ucapkan kepada Cik Paris Ashiqin, Destination Malaysia [klik] kerana menjemput kami bersama-sama untuk merasai pengalaman dan menghayati sendiri persembahan hebat Koir Kebangsaan Malaysia ini dan tak lupa pada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara kerana menerima kehadiran kami sepanjang majlis berlangsung.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive