travel, food and lifestyle blog

Saturday, September 13, 2014

APLIKASI MENJEJAKI PENCURI TELEFON BIMBIT ANDA


APLIKASI MENJEJAKI PENCURI TELEFON BIMBIT ANDA | Siapa yang tak menggelabah bila aset penting seperti telefon bimbit hilang. Tambah pula dicuri atau diambil oleh orang yang tak dikenali.


Pada masa tu apa yang mampu kita buat? Jika kes sebegini terjadi, peluang untuk dapatkan balik telefon tersebut adalah sangat-sangat tipis. Tapi korang jangan risau. Di zaman berteknologi tinggi ni, ada satu aplikasi di android yang akan membantu korang untuk mencari semula telefon yang dicuri.

Sebenarnya terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menjejaki semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi tu bagi MY sukar digunakan. Terbaru MY terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif untuk MENJEJAKI PENCURI TELEFON BIMBIT ANDA dari blog siakapkeli.com *apps apa tu?

LockWatch
Aplikasi LOCKWATCH merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri telefon bimbit anda. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan menggunakan kamera hadapan untuk mengambil gambar si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah dan dihantar terus bersama detail dan lokasi si pencuri ke email anda.

Review dari pengguna 4.5 bintang
BAGAIMANA APLIKASI LOCKWATCH BERFUNGSI

1. Telefon anda hilang atau dicuri.

2. Pencuri buka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah.

3. LOCKWATCH akan mengambil gambar pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.

4. LOCKWATCH dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.

Email yang dihantar oleh aplikasi LOCKWATCH
MY sudah cuba aplikasi LOCKWATCH ni, dan ternyata ianya berkesan.*pergh memang terbaiklah Berikut adalah contoh emel MY terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah.

Jadi apa tunggu lagi, jom pakat download aplikasi LOCKWATCH dan install di telefon bimbit korang. Kalau dah dapat gambar orang yang curi telefon kita tu apa lagi? Boleh pergi ketuk rumah diaa bagi salam la kan. *eh, tupun kalau berani. Kalau tak, serahkan aja pada pihak polis, biarkan mereka selesaikan.

Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar. Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. So, kalau inginkan lebih security, *tak salah untuk melaburkan sedikit wang kita kan. Kalau telefon tak dapat balik pun, paling tidak, kita boleh tahu sapa yang curi telefon kita. So, apa lagi report polis lah. hehe


Share:

12 comments:

  1. eh..betul ke nie..boleh la install..kot2 ler terjadi kat saya...

    ReplyDelete
  2. Perlu ada untuk memudahkan mereka yang tangan panjang ini.

    ReplyDelete
  3. boleh ke guna jika hp yang da lama kena curi ?

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya. kalau pencuri tu terus g kedai telefon n format.. ade fungsi ke aplikasi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama soalan saya ....

      Delete
  5. Cm mne nk dpt kn aplikasi n??
    Kt playstor xde pon

    ReplyDelete
  6. Phone aq pun dh install bnde ni.dh 6hri hlg kena curi hp s6edge+. Tp org tu x on phone pun..maybe dh kena wipe kt boot menu so apps ni jd xde mkna ga.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hpn awak yang hilang tu dapat detect tak???

      Delete
    2. Haha x dpt..org tu xon pun phone tu. Mgkn dy ade cara lain utk format fon tu blk mcm baru..

      Delete
    3. Haha x dpt..org tu xon pun phone tu. Mgkn dy ade cara lain utk format fon tu blk mcm baru..

      Delete
    4. TIDURLAH J5PRIME. Masa kita sudah tamat,kinikau sudah bersama tuan baru.dan Aku sentiasa merinduišŸ˜”

      Delete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive