travel, food and lifestyle blog

Thursday, September 04, 2014

MENIKMATI KEINDAHAN TANJUNG PIAI | PENGHUJUNG BENUA ASIA

MENIKMATI KEINDAHAN TANJUNG PIAI | PENGHUJUNG BENUA ASIA | Tidak pernah terfikir untuk ke tempat yang mana digelar tanah paling selatan di benua Asia . Dan ia adalah TANJUNG PIAI, yang mana terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Untuk pengetahuan korang, TANJUNG PIAI terletak kira-kira 75 kilometer dari Bandar Raya Johor Bahru. *teruja seketika

PENGHUJUNG BENUA ASIA
Untuk sampai ke sini, jika perjalanan korang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, susur keluar ke Simpang Renggam menuju ke Benut. Teruskan perjalanan ke Pontian, kemudian ke Kukup. Setelah sampai di Kukup, ikut arah papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai. Perkhidmatan teksi boleh didapati dari stesen bas Pontian.

DISEBALIK NAMA TANJUNG PIAI

TANJUNG PIAI dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai pokok paku piai. Hutan bakau yang luas di sini dahulunya telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Hutan bakau ini membentuk koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dengan tanah lembap Sungai Pulai.

pelantar yang dibina menganjur ke laut Selat Melaka
Keseluruhan kawasan Taman Negara Tanjung Piai meliputi 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar kawasan tanah lembut dan berlumpur. Terdapat hampir 30 spesis tumbuhan bakau di sini. Di sini dikatakan terdapat lima spesies burung air dan tujuh spesies burung pantai.

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI

TANJUNG PIAI diisytiharkan sebagai Taman Negara memandangkan di sini terdapat kekayaan khazanah alam semula jadi iaitu hutan, hutan paya bakau serta pelbagai spesies flora dan fauna. Taman ini juga menjadi tempat kediaman pelbagai jenis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.

Wetlands International-Malaysia
Sebelum diisytiharkan sebagai Taman Negara, TANJUNG PIAI adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan. TANJUNG PIAI telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. Kajiselidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai dan digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.

TANJUNG PIAI TITIK PENGHUJUNG BENUA ASIA

TANJUNG PIAI TITIK PENGHUJUNG BENUA ASIA
Terdapat laluan untuk pelawat menuju ke destinasi yang mesti dikunjungi, iaitu pelantar yang dibina menganjur ke laut Selat Melaka. Di pelantar ini dibina sebuah mercu tanda berbentuk bumi bagi menggambarkan bahawa di sinilah titik paling hujung di Benua Asia.

TANJUNG PIAI TITIK PENGHUJUNG BENUA ASIA
Foto oleh www.kaio.my

Share:

3 comments:

  1. Wow...bestnya Mawardi. Too bad Ellie tak dapat ikut. Nyaman tempat ni

    ReplyDelete
  2. Bagus bagus ! Sungguh mendalam kajiannya

    ReplyDelete
  3. Belum sampai lagi tetapi ia mempunyai fakta yang menarik.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive