CABARAN DI ESCAPE ROOM | #TSDayOut SEPTEMBER 2014


CABARAN DI ESCAPE ROOM | #TSDayOut SEPTEMBER 2014 | Pertama kali berpeluang menyertai pengalaman bersama rakan blogger di #TSDayOut anjuran Tourism Selangor . Untuk pengetahuan koran, event #TSDayOut ni bukan pertama kali diadakan, malah dikatakan hampir setiap bulan dengan aktiviti yang berbeza. *wow terbaiklah Tourism Selangor ni. Dan untuk kali ini, ia telah membawa kami ke ESCAPE ROOM, Bukit Tinggi Klang.

MY difahamkan bahwa, ini adalah buat pertama kali  #TSDayOut melakukan indoor-bound game. Dan ianya adalah jauh berbeza dari #TSDayOut  yang lepas. 

Permainan penyelesaian teka-teki ini merupakan salah satu permainan yang memerlukan penggunaan IQ yang sangat tinggi. Dan ianya sudah mula mendapat tempat dan popular di beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat, Hungary, Romania, Singapura, China, Taiwan, Sepanyol dan Hong Kong. 

Dan Malaysia juga telah menerima bahang fenomena ini semenjak tahun lepas (2013) dengan pembukaan outlet pertama ESCAPE ROOM di eCurve. Dan ianya mula merebak ke enam lokasi lain di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menjadikan outlet ESCAPE ROOM di Berjaya Times Square Kuala Lumpur menjadi ESCAPE ROOM terbesar setakat ini.

Sebelum permainan mula mencabar kami, kami telah diperkenalkan dengan orang kuat ESCAPE ROOM iaitu Mr Victor Lo merangkap Pengasas Escape Room Malaysia. Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah permainan ESCAPE ROOM dan rule-rule yang perlu kita patuhi setelah jam permulaan dihidupkan.

APA ITU ESCAPE ROOM !!!

ESCAPE ROOM  merupakan satu bentuk permainan simulasi teka-teki di mana para peserta terdiri daripada 2 orang sehingga 8 orang akan dikunci di dalam sebuah bilik dengan senario tertentu mengikut tema masing-masing. Setiap pasukan perlu untuk menyelesaikan pelbagai jenis teka-teki dengan berpandukan seluruh elemen yang terdapat di dalam bilik tersebut untuk cuba lepaskan diri dalam hanya tempoh masa 45 minit sahaja. 

Sebagai contoh, Outlet Klang mempunyai tujuh bilik bermula dengan ‘Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom’, the movie inspired ‘Taken’ room, Kung Fu, The Abandon Factory, Prison Break (TV drama of the same name), The Mysterious Room and the haunting Slaughter House. Semua bilik-bilik yang ditawarkan mempunyai kesukaran yang berbeza-beza dari penarafan tiga bintang hingga ke lima bintang.

CABARAN ESCAPE ROOM !!!

Dan kumpulan kami telah memilih ‘Surgery Room – The Secret of Dr. Malcom’ sebagai cabaran pertama kami di ESCAPE ROOM Bukit Tinggi Klang ini. Dan ianya telah diberi taraf kesukaran 4 bintang. 

Dan kesukarannya memang mencabar kami, dan ianya cukup-cukup mencabar. Disini kita perlu meletakkan diri kita sebagai seorang doktor atau seseorang yang biasa dengan suasana hospital dan peralatannya. *ayoooo, seram sangat bila main tangan jatuh atas kepala ni. heyyy jatuh la tempat lain.

Sehinggakan, untuk meyelesaikan salah satu masalah, kami terpaksa meneka jenis ubat yang sepatutnya dipadankan dengan penyakit-penyakit yang diberi *pergh nak kering dah otak ni, nasib baik ingat lagi apa yang belajar masa zaman belajar dulu.

Walaupun perjalanan kami meyelesaikan masalah agak lancar. Tapi kekangan masa telah menyebabkan kami tewas untuk cabaran di Bilik Pembedahan nie.*takpe cabaran kedua ada.

Tanpa membuang masa, kami telah memilih The Abandon Factory sebagai cabaran kami yang ke dua. Dan ia pula mengesahkan perjalanan sekumpulan manusia yang terperangkap didalam sebuah bangunan yang mempunyai bom aktif. * silap langkah meletop bom. eh huhu. Seperti biasa, jika kami tidak dapat menyelesaikan semua petunjuk yang diberi maka bom akan meletup dalam masa 45 minit.
Dengan berbekalkan pengalaman dari permainan pertama kami, kami cuba memahami apa yang sedang dan akan berlaku dalam permainan kedua ini. Dan iannya berhasil, kami telah dapat menyelesaikan semua masalah dengan jayanya. Dan masa yang telah kami ambil hanya 35 minit sahaja. *belajar dari kesilapan lalu.

Dan kami telah mendapat tempat ke dua untuk keseluruhan. *tahniah :)

HADIAH UNTUK PESERTA #TSDAYOUT !!!

Apa yang bestnya Tourism Selangor telah memberi hadiah wang tunai bernilai RM 150.00 untuk enam pemenang kontes Foto Instagram manakala tiga pemenang bagi kategori penyertaan blog akan menerima RM 1,000, RM 500 dan RM 300, masing-masing (yang akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak).

Apapon terima kasih kepada Tourism Selangor kerana sudi menjadikan saya sebagai salah seorang dari peserta #TSDayOut SEPTEMBER 2014 ini. Terima kasih juga kepada pihak ESCAPE ROOM Bukit Tinggi Klang untuk cabaran yang sangat awesome ini. *pasti akan kembali dengan rakan-rakan lain.

 _________________________

Escape Room 
Malaysia’s First Real Escape Game

Harga: 
Normal: RM 36.00
Offpeak*: RM 32.00
Weekend: RM 36.00
Public Holiday: RM 36.00

* Offpeak (Before 05:00 pm)

6 Outlet yang boleh korang akses untuk book.

Petaling Jaya
Lot 2-01A, 2nd Floor, eCurve, 
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603-7732 9198

Klang
No. 111-1, 1st Floor, 
Jalan Mahogani 5, Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor.
Tel: +603-3323 2213

Puchong
Unit 2, 3 & 4, Level 3, Block K, Setiawalk Mall, 
Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 
47160 Selangor Darul Ehsan
Tel: 1700 816 218

Kuala Lumpur
07-96, 7th Floor, Entertainment Podium, 
Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur.
Tel: +6016-217 8393

Johor Bahru
L4-029, Sutera Mall, 
No.1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, 
Taman Sutera Utama, 
81300 Skudai, Johor Bahru.
Tel: +6010-510 0931

Penang
Lot 3-13B, 1st Avenue, 182, 
Jalan Magazine, 10300 Penang.
Tel: +6042615571

Email:

Tel: 03-7725 1921

Silalah datang sendiri dan rasai kelainannya, serius sangat berbaloi. Kalau banyak duit boleh jadikan ia sebagai hobi yang sihat untuk anak-anak. :)

Post a Comment

2 Comments

  1. memang ada plan nak mencuba game terbaru escape room ni... nampak menarik dan mencabar minda gitteww...

    ReplyDelete