travel, food and lifestyle blog

Followers

Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014 | Pelayaran Singkat Bersama Star Cruise Libra


Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014 | Pelayaran Singkat Bersama Star Cruise Libra | Star Cruise Libra menjadi tuan rumah untuk majlis gilang gemilang “Malam Anugerah Ejen Pelancongan 2013-2014″ untuk mengiktiraf ejen pelancongan Malaysia yang menyumbang tahap tertinggi sokongan kepada syarikat perkapalan terkemuka itu sejak dari tahun 2013 lagi.


Lebih dari 30 wakil-wakil ejen pelancongan menghadiri acara tersebut di mana ejen-ejen pelancongan yang berpangkalan di Malaysia dan  telah dianugerahkan pingat dan cek berdasarkan jumlah sokongan perniagaan cemerlang mereka kepada Star Cruise pada tahun 2013.


Program ini juga bertujuan untuk menghargai peranan industri perdagangan pelancongan dalam mendekati dan menggalakkan pelanggan untuk berlayar dengan Starcruise dalam suasana eklusif dan menikmati permandangan yang mengujakan.


ASIA CATHAY TRAVEL SDN BHD memenangi Anugerah TOP 10 BEST PERFORMANCE AGENT AWARD 2013,VACATION HUB TRAVEL & TOURS SDN BHD memenangi Anugerah BEST PRODUCT MANAGER manakala AIRLINK TRAVEL& TOURS SDN BHD pula memenangi Anugerah MILLION DOLLARS AWARD 2013.

Untuk info anugerah seterusnya boleh rujuk di Trek Selebriti [klik]





Gambar telah diambil dengan menggunakan Kamera Sony Alpha 5000 [klik]


Share:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz DiHormati Orang Bukan Islam | Cara Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Disegani


YB Tuan Guru sempat menunjukkan kitab yang dibaca oleh beliau sepanjang berehat di wad HUSM, Kubang Kerian sewaktu dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus
Tuan Guru Nik Abdul Aziz DiHormati Orang Bukan Islam | Cara Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Disegani | Siapa tak kenal pemimpin dan ulama hebat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat? Bukan sahaja disegani oleh kita yang beragama Islam, tetapi menjadi contoh dan idol kepimpinan kepada mereka yang bukan beragama islam.


Sumber Gambar dan info Nik Abdul Aziz Nik Mat's Fan Page [klik]
Tuan Guru mula dikhabarkan berehat di dalam wad HUSM bermula hari Isnin lepas dan dijangka keluar tidak lama lagi. Selain Ustaz Azhar Idrus . Turut mengambil peluang menziarahi tuan guru di hospital adalah pasangan bahagia Fizo Omar dan isteri beliau Mawar.

Sumber gambar : Fizo Omar's Fan Page [klik]
Menziarahi tokoh ulama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang saya hormati.semoga tok guru cepat sembuh dan sama sama lah kita berdoa keatas kesihatan beliau.ameen_ FizoOmar

Share:

Pakej Pelayaran Muslim Murah | Pelancaran Pakej Pelayaran StarCruises Bersama Pak Nil

Datuk Aznil Hj Nawawi
Pakej Pelayaran Muslim Murah | Pelancaran Pakej Pelayaran StarCruises Bersama Pak Nil | Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatan beliau sebagai penggiat seni.


Menurut Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.

“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,” 
kata Cooper Huang.

Ditanya mengenai pakej percutian bersama Pak Nil yang akan diadakan pada bulan April ini, beliau menambah bahawa Pak Nil merupakan seorang ikon di Malaysia. Buat mereka yang bakal mengikuti pakej ini pada bulan April nanti, program khas telah dirancang khusus untuk peminat Pak Nil. Selain itu mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Sementara itu menurut Datuk Aznil Hj Nawawi, orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini. 

“Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu kapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”
katanya.

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya pada tahun lepas.
Sambutan hebat daripada peminat yang telah menyertai pelayaran bersama Pak Nil pada 2013 [klik] lepas memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6 April – 9 April 2014 ini.

Diantara Pakej Percutian Starcruises bersama Pak Nil

Kalau berminat boleh terus hantar email kepada saya di mawardiyunus@gmail.com untuk proses booking. cepat tempat adalah sangat terhad. *giler murah. bila lagi nak dapat peluang naik Cruise dengan harga camni.

Share:

Welcoming Party Untuk Sahabat Indonesia | Jalin Persahabatan Anak Muda Malaysia Indonesia


Kedatangan kami dijemput sambut oleh wakil sahabat dari Indonesia
Welcoming Party Untuk Sahabat Indonesia | Jalin Persahabatan Anak Muda Malaysia Indonesia | Pada Sabtu lepas MY telah dijemput bersama beberapa orang sahabat media untuk menghadiri satu majlis "welcoming party" untuk menyambut kedatangan para mahasiswa dan anak muda dari Indonesia. 


Majlis ini telah di adakan di The Loaf Cafe , Pavillion Kuala Lumpur. *terima kasih kerana sudi menjemput MY ke majlis ini . Majlis yang ringkas dan penuh pengisian ini diadakan adalah untuk menjalinkan dan memperkukuhkan lagi persahabatan antara anak muda Malaysia dan Indonesia khususnya. * Insyaallah


*wah besar sungguh cita-cita kami ya. Jika dilihat pada konteks yang lebih mendalam dan lebih jauh, kita Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak perkara yang perlu di kongsi. Bukan sekadar pada sesuatu yang dapat dilihat sekarang. Tapi Ilmu itu juga perkara yang paling penting. Berkongsi ilmu sebagai sahabat dan jiran di Asian ini. 

boleh duduk semeja untuk berkongsi idea.
Buat apa kita menjadi bangsa yang berdendam * jika dulunya pernah berlaku beberapa krisis Malaysia Indonesia. Lebih baik kita gunakan kelebihan yang masing-masing kita ada untuk membawa negara kita lebih maju ke hadapan. *betol tak?. Walau pun itu adalah satu cita-cita yang sangat tinggi, tetapi itulah sebaiknya. Insyaallah.

Jejaka Malaysia Indonesia
Berbincang tentang hal keusahawanan.
Sahabat Malaysia Indenesia
Jadi terima kasih sekali lagi kami mengucapkan kepada sahabat dari Indonesia untuk majlis yang awesome ini . Insyaallah jika ada waktu dan jodoh kita, bisa kita ketemu lagi.

Sempat berselfie untuk kenangan menggunakan monopod telefon pintar [klik]
Image taken by #SonyAlpha5000 . For more info SonyAlpha5000 [klik]



Share:

Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera

Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera
Disebalik tabir penggunaan monopod

Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera | Semalam sempat menghadiri satu majlis yang dianjurkan untuk persahabatan kami anak muda dari Malaysia dan Indonesia. * okay chop.. MY taknak cerita mengenai even itu tapi apa yang menjadi tumpuan ketika tu. * tunggu story event after this entry ya :P

Sangat teruja dengan budaya mengambil gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai #selfie [klik]. Fenomena itu sudah tersebar dipelusuk dunia ada mungkin huhu. Ianya mungkin terjadi setelah popularnya laman sosial Instagram yang mana fokusnya untuk perkongsian gambar. Begitu juga dengan MY .

Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera
cubaan menggunakan monopod pada kamera sony alpha 5000
Mungkin mudah untuk mengambil gambar selfie bila keadaannya kita hanya seorang. tapi bagaimana kalau ramai? mungkin tidak muat kan. Tangankita pula limit, tidak boleh di extend lagi huhu. Jadi monopod telah dicipta dan telah menjadi trend masa kini. Bukan sahaja boleh memegang handphone sepertimana asal terciptanya monopod ni. Ia juga mampu memegang kamera yang kecil.*mampu nk letak DSR kan. mau patah 3 monopod tu ahhaha.

Cubaan menggunakan monopod pada kamera telah kami uji dengan Kamera Sony Alpha 5000 [klik]. *hasilnya seperti foto diatas. Jangan silap. bukan kamera handpone sahaja mampu untuk merakan foto selfie ya. Dengan kelebihan teknologi sekarang kamera baru keluaran #sony ini juga mampu memberi foto selfie berkualiti untuk anda dan teman-teman.

Bila kami beraksi selfie di sekitar pavillion, ternyata ia menjadi tarikan dan mengundang banyak pertanyaan dari pengunjung-pengunjung sekitar. *excuse me, dimana saya boleh beli monopod ni?. Haha, jawapannya itu bukan milikku, dan ia milik teman-teman dari Indonesia. 

Banyak kegunaanya monopod ini, bukan sahaja untuk selfie. Tetapi juga untuk mengambil gambar di tempat tinggi  dan sempit, pendek cerita tempat yang tidak mampu untuk tangan kita capai. Ok sekian haha



Share:

Masuk Tv Lagi | Penggambaran Program Inovasi




Masuk Tv Lagi | Penggambaran Program Inovasi | Pada 2 MEI 2012 lepas (ha dah berjaman dah cerita nie) aku terlibat dengan pengambaran untuk projek INOVASI dengan TV2. Pengambaran ni dilakukan di sekitar Fakulti RekaBentuk Dan SeniBina ,UPM.


Scene pertama adalah untuk lakaran idea ( sketches ).

Kalau korang perasan untuk scene ni ramai orang kat belakang  sebab, pada masa ni Fakulti aku sedang mengadakan temuduga untuk pengambilan pelajar baru untuk sesi 2012/2013.


Scene seterusnya adalah untuk proses model making, perghhh. ni memang meletihkan. Tambahan plak produk yang perlu aku demo tu perlu masuk bengkel besi, ha, apa lagi main api la, welding segala. hahahaha.


Dan scene akhir adalah sesi perbentangan produk inovasi :)

Sebenarnya produk yang MY present ni bukan produk MY. Tapi tolong present untuk senior. Tahniah untuk beliau. *dan dan kena paksa mcm aku buat kan

Program TV ni  adalah  Digista Teens [klik] . Nak tengok video mohon klik  Digista Teens [klik] .

Share:

Majlis Pelancaran Kamera Sony Alpha 5000

Sony Alpha 5000 Press Release
Sony Alpha 5000
Majlis Pelancaran Kamera Sony Alpha 5000 | Baru-baru nie MY telah menghadiri majlis pelancaran kamera Sony iaitu Sony Alpha 5000 [klik] di Carcosa Sri Negara , Kuala Lumpur.


Turut memeriahkan majlis adalah  Manging Director Sony sendiri iaitu , Mr. Kikuo Okura, dan Head of Digital Imaging , Mr. Ishida Masahiko.


SONY MD – Kikuo Okura
Head of Digital Imaging – Ishida Masahiko
Sony cuba memperkenalkan the world’s lightest interchangeable-lens digital camera [klik], with built in Wi-Fi and NFC. *wow sangat mengujakan Sony Alpha 5000 [klik] hanya bersaiz sebesar tapak tangan, tetapi mampu merakam imej setanding kamera DSLR.

Sempat lagi Selfie
Untuk prngetahuan korang kamera Sony Alpha 5000 ni memang sesuai untuk kaki selfie.



Apa yang bestnya semasa kami berada dalam event ni adalah aktiviti mengambil gambar kreatif dengan Sony Alpha 5000. Siapa yang berjaya untuk mengambil gambar yang terbaik dan memenui kretiria diorang akan berjaya bawa pulang kamera Sony Alpha 5000. *maknanya dia akan menjadi pemilik sulung kamera Sony Alpha 5000 kat Malaysia nie.


Hoah siapa la agaknya yang menang ya? * aku? erkkk bukan

So bagi sesiapa yang sedang mencari kamera tu, rasanya Sony Alpha 5000 [klik] ni adalah pilihan yang okay , sebab, dia kecil tapi mampu merakam image setanding kamera DSLR. *pegh hebatkan.  Semua gambar kat atas telah diambil dengan menggunakan kamera Sony Alpha 5000 [klik] ni la. *hebatkan

Baca kat di Sony Alpha 5000 [klik] mengenai kamera ni . Serius , sangat berbaloi digunakan terutama untuk yang baru-baru berjinak dalam bidang fotografi ni. Kalau nak travel [klik] pon tak perlu nak usung kamera besar kesana kemari. cukup dengan kamera yang kecil tu, kerana MY yakin Sony Alpha 5000 [klik] mampu menjadi teman travel yang setia :).

Share:

Kuih Jatuh Bangun | Makanan Masyarakat Bugis Tawau


Kuih Jatuh Bangun
Kuih Jatuh Bangun | Makanan Masyarakat Bugis Tawau | Ingatkan negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang [klik] je ada kuih yang pelik-pelik namanya. Rupanya di Tawau ni jugak ada. Kuih Jatuh Bangun *lorh apa yang jatuh ? apa yang bangaun? ha kuih ni amat popular di kalangan masyarakat Bugis Tawau, Sabah.*rasanya macamana? hmmm sudah semestinya la menjilat jari kan.

*amboi cukup memotivasikan diri nama kuih dia kan.

"Setelah jatuh, bangun lah teman akrabnya. Hatta manusia yang mati, bangunnya juga  di akhirat kelak. Bangun itu dimaksudkan di sini adalah islah, iaitu usaha untuk membaik pulih semula kerosakan yang telah melanda diri kita"

*eh apa wa melalut ni kan. erkk hahahaha apapon itula hakikatnya. yang penting kalau korang ke Tawau, korang kena la rasa.

Share:

H12 Media Ads | Jana Wang Dengan Mudah Melalui Blog

H12 Media Ads
H12 Media Ads | Jana Wang Dengan Mudah Melalui Blog | Memandangkan dah berapa tahun MY guna nuffnang, tapi sebarang hasil pun tak de, so skang MY mencuba nasib beralih kepada H12 Media. H12 Media kini semakin menjadi pilihan di kalangan blogger. Sekarang dah banyak blog menggunakan banner iklan daripada H12 Media.*kenapa mereka memilih H12 Media?

Mesti ramai yang belum mengetahui konsep iklan ini. Ianya berkonsepkan Cost Per Milion (CPM). Iklan jenis ini tidak memerlukan pengunjung untuk klik banner tersebut, cuma sekadar pengunjung tengok sahaja iklan itu. Senang cerita, pengunjung datang je ke blog anda..anda akan akan dapat duit. *sangat mudah tak perlu menunggu lama nak dapatkan income. Nak tunggu iklan yang perlu klik banner dulu baru dapat duit, memang lambat la nak masuk duit.

Yang istimewa iklan H12 media ini, ianya dibayar dalam mata wang USD. 1USD +- RM 3. Contohnya anda dapat 10USD. Bila di convert dalam Ringgit Malaysia, anda akan dapat RM30. *pembayarannya juga cepat. Dalam masa sehari pun anda dah boleh dapat duit anda. Cash out paling minimun 5USD. Anda perlu akaun paypal kerana pembayaran dibuat melalui akaun paypal. Pembukaan akaun paypal anda boleh rujuk kat SINI.

CARA DAFTAR H12 MEDIA


1. Klik Url H12 Media Ads [klik] ini.
2. Isi form selengkapnya, pastikan emel adalah betul.
3. Check emel anda untuk pengesahan.
4. Login akaun H12 Media Ads dan pilih menu "Web Sites"
5. Klik "Add New Site", pastekan URL blog anda di ruang yang disediakan.
6. Untuk soalan "Choose Site Ownership Verification Method" tersebut, pilih "Add a meta tag into your website"
7. Copy meta tag H12 Media Ads dan paste kan di template blog anda. Paste selepas kod < head>
8. Tick button "Accept Rule" dan klik Verify.
9. Anda harus menunggu selama 24 jam untuk pengesahan.
10. Selepas website anda disahkan, klik menu "Banner Tags" dan pilih mana-mana jenis iklan dan paste kan coding di blog anda. Selesai


Majoriti yang membuat pemohonan H12 Media Ads [klik] akan diterima. Wah masyuk kan.*so apa lagi. Jom daftar H12 Media Ads [klik].

Share:

Petik Buah Strawberi di Kebun Strawberi | Genting Strawberry Leisure Farms

Bersama Sahabat Media
Petik Buah Strawberi di Kebun Strawberry | Genting Strawberry Leisure Farms | Kali ni MY nak bawak korang jalan-jalan ke Genting Strawberry Leisure Farms. *wah kat Genting pom ada Strawberry Farms ke?  Meskipun ia terletak di Bandar Gohtong Jaya, iaitu di Genting Highlands, tapi kawasan ini adalah milik Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan ini adalah ladang strawberry yang terbesar di Malaysia dan sudah semestinya yang pertama di Genting Highlands.

laluan untuk pengunjung merasai pengalaman memetik buah strawberry sendiri

Kat sini bukan hanya terdapat kebun strawberry je, terdapat juga beberapa tarikan  lain seperti lavender farm, vegetable farm, organic bean sprout, mushroom farm, kafetaria dan beberapa booth yang turut menjual produk strawberry. Bagi korang yang duduk kat KL nie, lepas ni tak payah la susah-susah nak pergi  ke Cameron Highlands semata-mata nak memetik buah strawberry kan, kat sini pun ada.

Buah strawberry yang sangat fresh
Tak silap MY, harga untuk memetik dan membeli strawberi ni adalah RM6 100gram. Kami tak beli, sebab kami dijemput untuk liputan media, so dapat petik free la. Jadi apa lagi, petik satu masuk mulut, petik dua masuk dalam plastic box yang kami dapat. *hahaha aci dop?. Ada yang manis, ada yang masam. Much more better dari Cameron Highlands? Yang tu MY tak tahu sebab MY tak pernah pergi Cameron Highland huhu . 

Hasil daripada petikan MY hahah. selebihnya dah selamat ke dalam perut. eh kbai

Untuk keterangan lanjut korang leh lah singgah ke website dia mereka www.gentingstrawberry.com [klik]  atau boleh ke facebook Genting-Strawberry-Leisure-Farms [klik] atau terus berkunjung ke alamat dibawah nie.

Genting Strawberry Leisure Farms Sdn Bhd
No 1, Lot 3707, Jalan Jati 2
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur
Tel: +603 6100 1121 / 6100 1152


Share:

Catatan 16 Februari 2014 | Cerita Sukarelawan Putra Perdana Rumah Anakyatim At-Taqwa


Bersama-sama mereka-mereka yang comel-comel, sampai diriku pom terasa kecomelan. eh kbai


Catatan 16 Februari 2014 | Cerita Sukarelawan Putra Perdana Rumah Anakyatim At-Taqwa | Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk MY bersama-sama mereka lagi, adik-adik di Rumah At-Taqwa. Sudah semestinya lain hari, lain ceritanya.

Ada tetamu khas dari Jepun
*Tadaaaaa perkenalkan gadis dari negara matahari terbit HIROMI MAEDA, dan HUANG CHUN TIEN(DEBBY) dari Taiwan. Merupakan pelajar pertukaran dari Universiti Malaya. Mengambil peluang bersama-sama kami dengan adik-adik di Rumah At-Taqwa. *U guys can speak malay? boley sikit-sikit. hahaha

Aiman budak yang suka bertanya
Jika minggu lepas blogger Shawn Razaligh [klik] yang jaga dia. Hari ni MY pulak berpeluang merasai pengalaman hebat *eh ahahahaha. Betol kata Dr. Shawn Razaleigh, sel-sel otak mereka sedang berhubung [klik] hebat. *macam-macam soalan aku kena tadi. wuwu. Nasib baik berkat mulut lazerku ini semua soalan aku jawab dengan kompiden je. *eh walaupun dah berpeluh-peluh basah seluar dalam hahah. Lorh kbai. lalalalala.

Barisan sukarelawan-sukarelawan At-Taqwa


Share:

Senarai Pemenang Kontes U-Blogger




Senarai  Pemenang Kontes U-Blogger | Alhamdulillah akhirnya sampai jugak masa untuk MY umumkan pemenang Kontes U-Blogger yang telah berlansung sepanjang bulan Disember 2013 lepas. Fuh berpeluh MY pilih pemenang. Memandangkan  pemenang ramai peserta Kontes U-Blogger telah memberikan jawapan yang betul. MY terpaksa menggunakan kiraan random menggunakan random.org dan pilihan bertuah dari MY.

 Jadi kat bawah ni adalah nama mereka yang bertuah, bersama hadiah yang mereka menang.








*Kepada semua pemenang Kontes U-Blogger ni sila tuntut hadiah anda dengan penaja dalam masa 2 minggu dari sekarang. Selepas tempoh 2 minggu, hadiah anda akan dikira tidak valid. 

*Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang aduan bantahan tidak akan dilayan.

Pada yang tak bertuah tu jangan sedih, nanti kalau ada masa MY  akan buat kontes lagi ya. :) Apapon MY nak mohon maaf banyak-banyak sebab buat korang menunggu lama.



.



Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive