travel, food and lifestyle blog

Tuesday, February 11, 2014

Kelas Rakyat Di Rumah AT-TAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG | Sukarelawan Anak Yatim

Kelas Rakyat Di Rumah AT-TAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG
Kelas Rakyat Di Rumah AT-TAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG
Kelas Rakyat Di Rumah AT-TAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG | Sukarelawan Anak Yatim | Kami bukan bijak seperti seorang cikgu, kami tak secekap seorang pensyarah, tapi kami hanya seorang insan yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk mendekati dan bersama mereka-mereka yang memerlukan.

Kelas Rakyat Di Rumah AT-TAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG | Sukarelawan Anak Yatim
sahabat sukarelawan yang bersama-sama MY
Alhamdulillah, dengan nikmat iman dan nikmat Islam yang Allah berikan kepada kami, mampu kami korbankan sedikit masa rehat kami untuk bersama-sama mereka di  Rumah AT-TAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG. *alhamdulillah

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cukup dengan hadith berikut sebagai pembakar semangat:

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani)

SubhanALLAH, sungguh mulia bagi yang menjadi pembela anak-anak yatim. Mereka akan mendampingi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pada hari akhirat nanti dengan dampingan yang sangat rapat. Bukankah ini menjadi harapan kita?

Bila bersama-sama mereka, banyak kita akan faham tentang dunia. *kenapa kita terpanggil untuk mendampingi mereka? . Kerana kita insan terpilih * insyaallah Mereka bukan seperti kita, lahir dengan kasih sayang ibu dan ayah. Apa mereka tahu hanya mampu melihat dan bertanya apa erti kasih sayang itu. Apa ertinya seorang ibu dan ayah untuk seseorang seperti mereka? *Allahuakbar, sungguh kuat dan tabah hati mereka.

Apa yang MY perasan jika bersama mereka. Mereka suka bertanya. Dan pertanyaan mereka adalah soalan yang pelik dan berani. *mungkin perasaan ingin tahu yang kuat . Dimana tempat mereka nak menumpang kasih? dimana tempat mereka nak berkongsi masalah? kalau bukan pada kami, itupun hanya seminggu sekali berjumpa.

Ada seorang sahabat juga berkongsi pengalaman bila bersama mereka. Jom baca di ceritashawn.blogspot.com [klik]


Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.”

Apapun cuba lakukanlah seikhlas mungkin, berikanlah semampu mungkin Insyaallah ada ganjarannya di sisi Allah.

Bagi mereka yang ingin bersama-sama kami menjadi sukarelawan boleh la like Facebook Projek Iqra [klik] untuk update aktiviti terkini.


Share:

12 comments:

  1. Tahniah atas usaha tuan dan rakan-rakan. Semoga di rahmati Allah.

    ReplyDelete
  2. Well done! An effort that needs spreading to more people!

    ReplyDelete
  3. Well done! An effort that needs to spread to more people.

    ReplyDelete
  4. Well done! An effort that needs spreading to more people!

    ReplyDelete
  5. dekat ja ngan rumah aku.. tp xpegi pon... huhu..

    ReplyDelete
  6. Wow, terbaik! InsyaAllah nanti nak join jugak :)

    ReplyDelete
  7. Aktiviti yang baik.....saya tabik!!!

    ReplyDelete
  8. Hundai MATRIX, tahun 2009 cuma RM31,000.00. Low mileage, we accept trade in... welcome... WhatsApp/sms/call me NOW. TQ... Abdullah....0102221606

    ReplyDelete
  9. Hundai MATRIX, tahun 2009 cuma RM31,000.00. Low mileage, we accept trade in... welcome... WhatsApp/sms/call me NOW. TQ.

    ReplyDelete
  10. Tuisyen rumah ke rumah.... sms (only sms please). 0182104386...

    ReplyDelete
  11. Tuisyen rumah ke rumah.... sms (only sms please). 0182104386...

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive