travel, food and lifestyle blog

Monday, February 17, 2014

Petik Buah Strawberi di Kebun Strawberi | Genting Strawberry Leisure Farms

Bersama Sahabat Media
Petik Buah Strawberi di Kebun Strawberry | Genting Strawberry Leisure Farms | Kali ni MY nak bawak korang jalan-jalan ke Genting Strawberry Leisure Farms. *wah kat Genting pom ada Strawberry Farms ke?  Meskipun ia terletak di Bandar Gohtong Jaya, iaitu di Genting Highlands, tapi kawasan ini adalah milik Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan ini adalah ladang strawberry yang terbesar di Malaysia dan sudah semestinya yang pertama di Genting Highlands.

laluan untuk pengunjung merasai pengalaman memetik buah strawberry sendiri

Kat sini bukan hanya terdapat kebun strawberry je, terdapat juga beberapa tarikan  lain seperti lavender farm, vegetable farm, organic bean sprout, mushroom farm, kafetaria dan beberapa booth yang turut menjual produk strawberry. Bagi korang yang duduk kat KL nie, lepas ni tak payah la susah-susah nak pergi  ke Cameron Highlands semata-mata nak memetik buah strawberry kan, kat sini pun ada.

Buah strawberry yang sangat fresh
Tak silap MY, harga untuk memetik dan membeli strawberi ni adalah RM6 100gram. Kami tak beli, sebab kami dijemput untuk liputan media, so dapat petik free la. Jadi apa lagi, petik satu masuk mulut, petik dua masuk dalam plastic box yang kami dapat. *hahaha aci dop?. Ada yang manis, ada yang masam. Much more better dari Cameron Highlands? Yang tu MY tak tahu sebab MY tak pernah pergi Cameron Highland huhu . 

Hasil daripada petikan MY hahah. selebihnya dah selamat ke dalam perut. eh kbai

Untuk keterangan lanjut korang leh lah singgah ke website dia mereka www.gentingstrawberry.com [klik]  atau boleh ke facebook Genting-Strawberry-Leisure-Farms [klik] atau terus berkunjung ke alamat dibawah nie.

Genting Strawberry Leisure Farms Sdn Bhd
No 1, Lot 3707, Jalan Jati 2
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur
Tel: +603 6100 1121 / 6100 1152


Share:

7 comments:

  1. Ada bawa famili pergi tempoh hari.

    ReplyDelete
  2. syok ni dapat petik turus makan fresh2

    ReplyDelete
  3. pandai bro tangkap gambar hehe nice bro....

    jom singgah http://syokbah.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Sahabat media yg pakai tshirt putih tue..ada blog jugak ker?
    kalau ada..bagi url blog dia.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

    ReplyDelete
  6. Hi, after reading this remarkable piece of writing i am
    as well glad to share my familiarity here with mates.

    ReplyDelete
  7. certainly like your web site however you have to check the spelling on quite a few oof your posts.
    Many of them are rife with spelling problems and I to find it very troublesome to inform the truth ten again I will definitely
    come back again.

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive