travel, food and lifestyle blog

Followers

Nasi Goreng Terbaik Citarasa Thai | Restoran Q Thai Halal Restaurant in Cyberjaya MALAYSIA

Berbuka Puasa Dengan Nasi Goreng Terbaik Citarasa Thai | Restoran Q Thai Halal Restaurant in Cyberjaya MALAYSIA | Sedar tak sedar dah masuk Ramadhan ke 23 dah untuk tahun 1434 Hijriah ni. Kemana pula destinasi berbuka wa untuk kali ni ya ? Memandangkan dah lama tak makan masakan panas seperti nasi goreng (rasanya memang dah sebulan lebih kot). So, kita cubalah masakan panas di sebuah restoran di Cyberjaya ni.


Amacam, tergoda tak? Wa order Nasi Goreng Nenas, Blogger Shawn pulak order Nasi Goreng Daging, dan kami order Garlic Butter "Sotong" sebagai tambahan. Sangat berbaloi-baloi dan sedap. Harganya juga berpatutan. Cuma biasalah waktu puasa ni lambat la sikit order sampai bila orang dah ramai. Tambah pula kami sampai 5 minit je lagi untuk berbuka. 

Tapi kat mana restorant ni ye? Restoran apa? Ha ni la wa nak citer. Restorant ni berkongsepkan ala THAI. Nama pun dah Restoran Q Thai . Tapi jangan risau sebab ditanggung Halal.

klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas



The Street Mall,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor,
Malaysia


Terima kasih buat Blogger Shawn, sebab sudi beriftar dengan wa. Walaupun planning sebenar tak menjadi. So its ok lah huhu.

.






Share:

Bagaimana Wanita Datang Haid Ingin Mendapat Kelebihan Malam Al-Qadr | Cara Mendapat Malam Lailatul Qadar

Bagaimana Wanita Datang Haid Ingin Mendapat Kelebihan Malam Al-Qadr | Cara Mendapat Malam Lailatul Qadar | Penerangan ringkas tentang kemusykilan kaun hawa bila datangnya haid ketika tibanya 10 malam terakhir ramadhan.


Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas | Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arabلَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al-Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.



Semoga dengan penerangan serba rinkas dari video ni dapat memberi pencerahan keatas kemusykilan kaum wanita :)


p/s: Tidak digalakkan memakan pil untuk mengelakkan haid untuk mengejar Lailatul Qadar. 
Share:

Macamana Rasa Sebenar Kek Red Velvet ? | Rahsia Kek Red Velvet


Macamana Rasa Sebenar Kek Red Velvet ? |  Rahsia Kek Red Velvet | Macamana la agaknya rasa Kek Red Velvet ni kan? Ye la teringin jugak nak tahu. Bukak facebook orang dok citer pasal Kek Red Velvet. Bukak blog pun citer pasal Kek Red Velvet . Apa kes nye ni kan. Kemain lagi kan. Tapi kalau tengok gambar memang menyelerakan pun Kek Red Velvet ni. So, sekali lagi wa nak tanya. Macamana la rasanya kan?

Sumber Gambar
From Wikipedia, the free encyclopediaRed velvet cake is a cake with either a dark red, bright red or red-brown color. It's traditionally prepared as a layer cake topped with cream cheese or cooked roux icing. The reddish color is achieved by adding beetroot or red food coloring.
Common ingredients include buttermilk, butter, and flour for the cake and cocoabeetroot or red food coloring for the color. The amount of cocoa used varies in different recipes. Cream cheese frosting and buttercream frosting are most commonly used.

Makin tengok gambar-gambar Kek Red Velvet ni kat google, makin kemuncak pulak nafsu nak tahu macamana la rasanya si  Red Velvet ni. Korang pernah rasa? Macamana la rasa si  Red Velvet ni ye?


Okay, kelmarin ternampak kek ni dijual di bazar ramadhan UNITEN tu. Hmmm ni la peluang aku nak tahu macamana rasanya si Red Velvet ni kan. Tanpa fikir panjang wa beli. ok agak mahal gakla kan RM12 satu. Okay takpe memandangkan nak rasa punya pasal kan.

Balik simpan dalam peti dulu, kang lepas terawih leh la rasakan si Red Velvet ni. Bukak bekas tu, klik klik klik 2,3 angle untuk entry ni, wa ambik sudu ngap. erkkkk. Macam ni ke rasa Kek Red Velvet ni? Mohon pencerahan. Ni Kek Red Velvet ke kek pisang berwarna velvet?? Mohon pencerahan. Ke memang macam tu rasa dia. kalau macam tu la rasa dia, sah-sah la Kek Red Velvet bukan taste aku. Tapi kenapa orang pakat dok kata Kek Red Velvet ni sedap?? kenapa! kenapa! Ke orang yang buat kek tu yang tak pandai buat? . Mohon pencerahan sapa-sapa pernah makan Kek Red Velvet ni.

.

Share:

Sudah Di Takdirkan Kau Pergi Dulu | Kau Sahabatku Kau teman Sejati

Sudah Di Takdirkan Kau Pergi Dulu | Kau Sahabatku Kau teman Sejati | Banyoknyo jaso mu ko aku jak. Tok sempat aku nak balas, mu gi dulu. Tapi aku redha, terima. Tok seko, baru jupok. Tapi arini mu tak dok doh. Terimo kasih banyok-banyok atas jaso mu selamo ni. Payoh doh aku nak cari sain supo mu. Dale senyap pun mu banyok jaso dengan aku. 


Terimo kasih banyok-banyok jak. Moga Roh mu tenang disana bersama yang terpilih.  


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan, sedih rasanya hati ini bila mngenangkan kau sahabatku kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti, senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami, memori indah kita bersama terus bersemadi, kau sahabatku kau teman sejati.

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu, di saat kau masih diperlukan, Tuhan lebih menyayangi dirimu, ku pasrah diatas kehendak yang Esa.

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia, tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu, sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini, walau ku tahu kau tiada di sisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu, selagi roh masih di jasad hidup diteruskan, sedih rasa hati ini mengenangkan dikau, bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana, setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan, moga di sana kau bersama para solehin, ku sahabatku kau teman sejati.


Al- Fatihah buat sahabatku YUHAIZZAT YUSUF yang dah kembali ke rahmatullah.
.


Share:

Tonton Filem Lakonan Sendiri Di GSC Alamanda | Review Filem The Wolverine

Tonton Filem Lakonan Sendiri Di GSC Alamanda | Review Filem The Wolverine | Dah lama menunggu kemunculan American-Australian superhero filem The Wolverine, yang mengisahkan karaktor Wolverine dari  Marvel Comics . Watak Logan / Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman memang sangat memberi kesan kepada filem The Wolverine ni. 

Tonton Filem Lakonan Sendiri Di GSC Alamanda | Review Filem The Wolverine

Kembara Wolvorine kali ni ke Tokyo, Japan menjadikan hero kita kali ini mutan Samurai yang hebat. Jalan cerita yang menarik dan sangat padat dengan aksi yang mengujakan si penonton.


Wa tonton filem The Wolverine ni kat Alamanda dengan blogger BenAshaari.com . Berdua ajelah memandangkan blogger-blogger lain busy,almaklumlah raya dah bakal tiba tak lama lagi. Sangat tenang menonton tanpa kesesakan orang dalam panggung. Orang ramai semua pergi shopping raya la kot. huhu. Bagi wa filem The Wolverine ni memang superb dan berbaloi untuk di tonton. 


Jap-jap, depa dok cakap yang wa ni Wolverine . Huh ahahhahaha nak gelak pun ada kan. Kan best kalau betol. Habis semua wa cakar-cakar jer. Ha mampu? Pastu sapa pun tak nak kawan ngan wa. hahahaha. Jadi bersyukur lah dengan diri sendiri. 






Share:

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya! | Raya dah makin dekat, apa-apa pun belum beli lagi. Takde duit? ha ni ada peluang baik punya untuk korang-korang yang ada blog. Duit raya sehingga RM1,500 ringgit untuk dimenangi. Ha bukan calang-calang contest ni.


Bukan susah pun kan just teka je syiling kat bawah ni ada berapa .



Bismillahirahmanirrahim wa teka RM 89.95


Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam. Selepas pada itu penyertaan akan di rijek bulat-bulat tanpa sebarang notis!!


Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi 
Tempat pertama – Wang tunai RM500 
Tempat Kedua – Wang tunai RM300 
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100 
Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50 
Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30 
Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20 
Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10 50 
Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10 

Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup
Share:

Mahalnya Baju Melayu | Shopping Baju Raya Di Alamanda

Mahalnya Baju Melayu | Shopping Baju Raya Di Alamanda | Baju Raya 3 dan 4 tahun lepas masih elok macam baru beli je. Jadi bermakna tahun ni rasanya tak beli lagi la Baju Melayu. Ye la nak beli banyak-banyak atau yang baru wat pe kalau yang lama masih elok dan boleh dipakai kan?

Tapi bila dok tengok status-status member kat Facebook ni shopping raya kat Kuala Lumpur ni teringin jugak nak merasa suasananya. Hmmm maklum la tahun ni baru first time ada duit sendiri kan.


Jadi dengan tidak relanya, macam biasa lah wa berjalan seorang diri ke Alamanda, (bukan semata-mata nak shopping raya). Tujuannya nak tengok wayang dengan bro Ben Ashaari. Tersampai awal la pulakkan. So apa lagi berjalan-jalan sambil ambil mood-mood shopping raya orang lain la kan hahahaha. Dah tahu perkara ni akan berlaku. so dalam poket ada RM20 je. hahhahaha. Kang kalau wat keluar duit tu, memang haru la jawab dia.


Memandangkan ada jualan Aidilfitri di sebelah luar tu, wa usha-usha jugakkan mana tahu ada baju yang berkenan di hati. Tapi ternyata iman wa masih kuat. Wa dapat tempis segala bisikan-bisikan pujuk raju supaya wa beli baju raya tahun ni. Sebab apa?? satu baju takde design yang wa suka. Yang kedua, bapak giler mahal!!! huh tak payah beli la. 


Tapi hati masih terpujuk untuk ke PARKSON untuk menghabiskan sisa masa yang ada sebelum menonton. Perghh. 2x5 habaq hang. "Ni nak jual kat menteri-menteri je ke hape??". Mentang-mentang kat sini kawasan pekerja awam kerajaan kan. huh. Ok nekad betol-betol dalam hati, jangan membazir untuk sesuatu yang tak perlu. 


Ok kalau beli ni rasanya tak membazir kot, sebab kompom akan habis heheehe.

Atas nasihat wa, Alamanda bukan tempat yang sesuai untuk shopping raya. Eh kbai.

.

Share:

Colek Ayam Dan Colek Kerang Yang Superb | D'Sedap Sengoti, Cyberjaya

Colek Ayam Dan Colek Kerang Yang Superb | D'Sedap Sengoti, Cyberjaya | Berapa hari dah aku dok sebut-sebut mengidam nak makan Kerang Rebus. Akhirnya termakbul gak hahaha. Lepas terawih aritu, member wa ajak ke Restoran D'Sedap Sengoti di Cyberjaya


Suasana  Restoran D'Sedap Sengoti, Cyberjaya yang agak besar dan sangat selesa. Pengunjung boleh memilih untuk duduk diluar atau di dalam restoran. Layanan yang begitu mesra dan cepat.


Kerang rebus yang wa idam-idamkan selama ni dah ada depan mata bersama colek buatan sendiri oleh pengusaha Restoran D'Sedap Sengoti, Cyberjaya.


Colek Ayam, pergh meleleh habaq hang. Memang terbaik, sedap bro melimpah pinggan.


Kalau dah makan air pun kena la ada sekali kan. Kang tak pasal-pasal tercekik nnti tak sempat nk buat entry ahhaahhaa. Air wa Bandung Cincau tu. HUh Dah macam minum dalam bekas letak kuih raya dah rasanya huhu.


Kat sini banyak menu makanan lagi ada , kalau nak tahu leh mai sendiri . hahhahaha

Terima kasih guys sebab sudi belanja makan. Fuhhh... kenyang sampai ke sahur hahahaha. Memang tak payah sahur dah.

.


Share:

Blog Yang Banyak Membantu PageView | Top Referring Sites Blog Mawardi Yunus |

Blog Yang Banyak Membantu PageView | Top Referring Sites Blog Mawardi Yunus | Alhamdulillah, sejak mengenali mereka yang dah lama dan arif dalam dunia blog ni. Blog wa makin hari makin kehadapan walaupun masih dalam serba kekurangan. Sepertimana yang kita tahu, berblog ni jangan sorang-sorang. Sekuarang-kurangnya ada kawan blogger lain untuk support dan berkongsi masalah.

Disini ada beberapa blog yang banyak membantu PageView blog wa ni. 

klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


-----------------------------------------------------------------



Merupakan blog MASAKAN yang sangat terkenal, yang mana PV nya sudah mencecah lebih  27964000 ++ hingga ke hari ini.

-----------------------------------------------------------------



Blog ini pula adalah blog POLITIK dan ISU SEMASA yang tidak kurang hebatnya, yang mana PV nya sudah mencecah lebih  2425000 ++ hingga ke hari ini.

-----------------------------------------------------------------



Siapa yang tak kenal blogger hebat Ben Ashaahri ni kan? Seorang bapa dan suami yang penyayang. Blognya lebih fokus kepada PARENTAL. Blog beliau memiliki 26810 orang follower dan 11842500 PV sehingga kini.

-----------------------------------------------------------------



Fuh, dah makin melekat di mulut-mulut rakyat malaysia. Merupakan blogger gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita untuk menjadikan blognya sebagai Blog Informasi terbaik di Malaysia. Tak mustahil dengan semangat yang beliau miliki dan kini fuh.my sudah berada pada kedudukan 181 di Malaysia.

Terima kasih buat diorang yang sudi letakkan Blog mawardiyunus.com dalam bloglist diorang.
.
Share:

Iftar Bersama kelab Blogger Ben Ashaari Ramadhan 1434 Hijriah | Majlis Berbuka Puasa Anjuran Malaysia Tourism Center (MaTiC)

Iftar Bersama kelab Blogger Ben Ashaari Ramadhan 1434 Hijriah | Majlis Berbuka Puasa Anjuran Malaysia Tourism Center (MaTiC) | Tak pernah terfikir nak join majlis iftar sebegini, cukuplah beli kat bazar dan tapau balik makan kat umah kan. huhu. Tapi kali ni rasa cukup bertuah la dapat bersama Bersama kelab Blogger Ben Ashaari berbuka Majlis Berbuka Puasa Anjuran Malaysia Tourism Center (MaTiC).



Majlis Iftar ni berlansung di Padang Lanai, Saloma Bistro , Ampang pada 24 Julai 2013 iaitu pada Ramadhan ke 15.Wa bersama beberapa rakan blogger lain telah dapat jemputan dari blogger Ben Ashaari.


Hari ni juga boleh dikatakan menjadi sejarah jugak la bila dapat pegang dan dukung si budak bambam ni (Qhaliff Iman anak kepada Blogger Ben Ashaari) sapa tak kenal kan. Hahahhaha.



Kami mula berkumpul 5.30 petang di Putrajaya, memandagkan semua bekerja pada hari tu. 


Majlis agak meriah dengan kehadiran ramai orang dan blogger-blogger terkenal .


Makanannya dihidangkan ala Buffet Ramadhan pun memang terbaik. 


Mana taknya kalau dimasak oleh chef terkenal Chef Ismail iaitu pemilik Restoran Rebung dan juga chef terkenal di Malaysia dan antarabangsa. Makan la selagi boleh kan. Takde orang nak halang pun. Tambah pulak free hahhaha.


Lepas makan wa pergila  solat di tempat yang disediakan. Lepas tu ada persembahan nasyid dari beberapa kumpulan termasuk dari kumpulan nasyid terkenal Rabbani. Pada masa yang sama juga majlis sumbangan kepada anak yatim pon dilangsungkan. Agak sebak jugak la hati ni bila diorang dendangkan lagu raya M.Nasir sambil meraikan anak-anak yatim .





Antara blogger kelab Blogger Ben Ashaari yang turut hadir +MK Syahir, UjangKaksu+Que Achmad+Que Achmad+Yan Ty, Qaseh+fizafantagiro .

Credit gambar: Qaseh, BenAshaari, Yanty






Share:

Iftar Bersama Je's Family | 11 Ramadhan 1434 Hijriah | Part II

Iftar Bersama Je's Family | 11 Ramadhan 1434 Hijriah | Part II | Sangat meriah berbuka puasa dengan depa nie. Mau leh bising orang rumah sebelah kalau lama-lama. hahahaha. Tapi diorang pun rasanya redha je dengan kitaorang huhu.


Selesai berbuka puasa je, semua bersiap-siap nak ke surau untuk sembahyang Isyak dan Tarawih. Enjoy-enjoy jugak, Tarawih pun kena gak hehehe. 

Kemain cam ustz sorang-sorang huhu
Bertarawih disini berbeza dimana-mana surau atau masjid yang wa pernah sembanhyang tarawih, kerana kat sini majoriti 80% orang asing. Macam-macam gelagat dan cara sembahyang wa leh lihat. Iya la kan ikut Mazhab masing-masing.


Selesai tarawih, sampai je umah "toooo dio" geng pompuan melawo habis. Fotoshoot pra-raya katanya. huh. Layankan ajela kan hehehehe. Iyela, bila lagi nak ketemu kan. entah bertemu lagi atau tidak. Bila depan kamera, macam-macam ragam dan cerita la diorang ni kan.


Tapi pada malam tersebut Pari-pari putih ada menunggu kehadiran seseorang. Ha nak tahu siapa yang special yang nak datang tu? 


Ha ni la orangnya. Admin kakisembang.com .Planning nya nak bersahur bersama, tapi atas hal yang tak dapat dielakkan. Beliau datang awal sebab nak hantar member dia kat Shah Alam. Alhamdulillah bertambah lagi sorang anak beranak Je's Family kan hahahaha. Bukan calang-calang orang ni. 

Apapon terima kasih buat semua yang datang dan sudi menjemput wa. 

--------------------------------------------------------
Blogger Perempuan






--------------------------------------------------------
Blogger Lelaki






Insyaallah plan nak beraya bersama kat segamat nanti semua dapat join. Amin.

.
Share:

Iftar Bersama Je's Family | 11 Ramadhan 1434 Hijriah

Iftar Bersama Je's Family | 11 Ramadhan 1434 Hijriah | Ni rasanya pertama kali dalam hidup aku berbuka puasa bersama-sama mereka yang bergelar blogger. Sejak kenal mereka ni, hidup aku lebih ceria. Rasa macam adik beradik dah semua. (sambil kesat air mata). wah ayat yang sangat touching kau hehhehe.

Bersama Manager Je's Family

Dari pertama kali berjumpa , kami Beriang Ria di Keriangan di Kota Keriangan Genting Highland , Berenang di kolam Bersama-sama, membuatkan wa rasa sesuatu bila bersama mereka. Dan memberi peluang lagi untuk join gathering mereka Mandi-Manda di Air Terjun FRIM, Kepong . Dan bermula dari situ la wa mula aktif untuk join semua gathering yang diorang buat. Dan yang terbaru mestilah berbuka puasa bersama diorang.


Tengok la telatah kitaorang masa sebelum berbuka tu. Ada yang sempat berblog lagi tu sementara menunggu geng-geng perempuan memasak juadah berbuka. Lelaki tolong gak, tolong tengok ajela kan . Aaggagaagag (gelak kejam)

Apa agaknya juadah yang kami makan untuk waktu berbuka ye? Ha mestilah special punya.


Ha.. wa bagi gambar separuh je. tak boleh bagi gambar penuh. Nanti ada yang batal posa . huhu Maklum la juadahnya amat sedap yang menyelerakan. Ni pun baru beberapa kerat. Banyak lagi juadah yang tak sempat nak di tembak-tembak dengan kamera. hehhee. Antara juadah yang ada Chicken Rosted (kalah kenny rogers habaq hang), Daging Kerutuk (ala Kelantan), Fruit Punch (koktail), Char Kue Teow Kak Jemah. Dan makanan sampingan ada kek, dan Domino Pizza. 

Konsep Iftar yang kami buat ni ala Port Luck. maksudnya semua dtang mesti bawak juadah masing-masing. ha. best. So kami geng lelaki mesti nak cara senang je kan. Singgah KLFestival City cari bahan untuk buat koktail. hahahha. Menu simple, bukan dan campak-campak je. Tu pun blogger Iffah yang tolong buat. Kami geng laki semua memberatkan punggung di atas sofa hahhaha. 

Banyak lagi rasanya wa nak story pasal gathering Je's Family kali ni. so silalah ke Part II. kang tulis entry panjang-panjang kang korang tak nak baca pulop. huhu

.


Share:

Tips Rawatan Demam Selsema Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak | Bahan Semulajadi Untuk Rawatan Demam Dan Selesema

Tips Rawatan Demam Selsema Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak | Bahan Semulajadi Untuk Rawatan Demam Dan SelesemaAntara perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat kali pertama. Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Ibu bapa mana yang senang  melihat bayi mereka dalam keadaan begitu kan, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh para ibu lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.


"Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya." 

Memandangkan ubat-ubatan hospital kurang sesuai untuk bayi kat sini wa ada nak share Tips Rawatan Demam Selsema Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak Dengan Bahan Semulajadi, 


Tips rawatan demam selsema bagi bayi & kanak2 dengan bahan semulajadi: 

Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). 
Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.
Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak
Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak-kanak. 
Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yang bersesuaian apabila anak-anak dijangkiti demam selsema.
 Selamat mencuba ibu.


Share:

Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik | Cara Beli Tembikai Yang Bagus

Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik | Cara Beli Buah Tembikai Yang Elok | Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Buah Tembikai
Buah Tembikai_ Sumber Gambar

Kata orang Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu.



Jadi petuanya, PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.


CARA YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :


CARA YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI


CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :


1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin

2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya

3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah

4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih

6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.


Maklumat tambahan mengenai Buah Tembikai: Di KELANTAN buah Tembikai dikenali sebagai Timun Cina.


.
Share:

Senarai Pakej Berbuka Puasa dan Buffet Ramadhan di Johor Bahru | Buffet Berbuka Puasa Popular 2013 / 1434 Hijriah

Senarai Pakej Berbuka Puasa dan Buffet Ramadhan di Johor Bahru | Buffet Berbuka Puasa Popular 2013 / 1434 Hijriah | Sekarang wa nak kongsi Senarai Pakej Berbuka Puasa dan Buffet Ramadhan di Johor Bahru. Iaitu di bahagian selatan semenanjung.

---------------------------------------------------------

Restoran Malay Village


Ramadhan Special Buffet
Dewasa RM35 nett
Kanak-kanak RM19 nett
Untuk tempahan :017 7337 303 / 07 2211 221

---------------------------------------------------------

Seri Mutiara


Bingkisan Rasa Mutiara

Dewasa RM80++
Kanak-kanak RM50++

Beli 4 Percuma1
(Sah dari 9 - 15 Julai 2013) 

Harga Promosi sebelum 9 Julai 2013: 
Dewasa RM80 nett
Untuk tempahan : 07 330 0300 ext: 0379 / 0381

---------------------------------------------------------

Pulai Spring Resort


Bufet ala Bazar

Dewasa RM69++
Kanak-kanak RM35++
Beli 9 Percuma 1

Harga Promosi 17 Jun - 3 Julai 2013: 
Diskaun 15%
Untuk tempahan : 07 521 2121

---------------------------------------------------------

Mutiara Johor Bahru


Harga 
Dewasa : RM80nett/seorang
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM50nett/seorang

Mutiara Johor Bahru
Jalan Dato Sulaiman
Taman Century
KB No. 779
80990 Johor Bahru
Johor, Malaysia

Telefon : +607 330 0300
Fax : +607 331 8884

---------------------------------------------------------

KSL Hotel & Resort, Johor Bahru


Nur Ramadhan

Dewasa RM78++
Kanak-kanak RM30++

Beli 10 Percuma 1

Harga Promosi sehingga 30 Jun 2013:
Diskaun 20%
Untuk tempahan :07 288 2688 / 07 288 2999 / 07 288 2666

---------------------------------------------------------

GoodHope Hotel Skudai, Johor Bahru


Bufet Ramadan

Dewasa RM48++
Kanak-kanak RM28++

Beli 10 Percuma 1
(Bermula 1 Julai - 5 Ogos 2013) 

Harga Promosi sehingga 30 Jun 2013:
Dewasa RM38++
Untuk tempahan :07 557 2828

---------------------------------------------------------

Grand BlueWave Hotel Johor Bahru


Selera Rakyat Malaysia

Dewasa RM68++
Kanak-kanak RM35++
Warga Emas RM48++

Harga Promosi sebelum 30 Jun 2013:
RM58++
Untuk tempahan : 07 221 6666
---------------------------------------------------------

Hotel Sentral, Johor Bahru


Nostalgia Selera Kampung

Dewasa RM45 nett
Kanak-kanak RM25 nett
Beli 10 Percuma 2

Harga Promosi sebelum 7 Julai 2013:
RM35 nett
Untuk tempahan : 07 222 7788
Shaiful: 6012 988 3710
Laili: 6012 315 3880
---------------------------------------------------------

Hotel Selesa, Pasir Gudang


Warna-Warni Ramadan

Dewasa RM60 nett
Kanak-kanak RM30 nett

Harga Promosi 23 Mei -15 Jun 2013: 
Dewasa RM35 nett
Kanak-kanak RM18 nett
(Sah hanya pada 10 Julai 2013) 

Harga Promosi 23 Mei - 15 Jun 2013:
Dewasa RM40 nett
Kanak-kanak RM20 nett
(Sah bermula 10 hingga 15 Julai 2013) 

Harga Promosi 16 Jun - 7 Julai 2013:
Dewasa RM50 nett
Kanak-kanak RM25 nett
(Sah bermula 10 hingga 7 Ogos 2013)
Untuk tempahan : 07 251 8899

---------------------------------------------------------

Hotel New York


Ramadhan Promotion 2013

Dewasa : RM60.00++
Kanak-Kanak : RM30.00++
For Reservation : 07 - 331 1588
Address: 22 Jalan Dato' Abdullah Tahir, 80300, Johor Bahru, Johor Darul Takzim

---------------------------------------------------------

Myra Bistro M Suites Hotel, Johor Bahru


Ramadan Nostalgia

Dewasa RM72++
Kanak-kanak RM30++

Untuk tempahan : 07 221 1000 
---------------------------------------------------------

Le Grandeur Palm Resort, Senai


Gulai Kawah

Dewasa RM66+
Kanak-kanak RM33+

Untuk tempahan : 07 599 6000 ext: 8705

---------------------------------------------------------

Ponderosa Golf & Country Club, Johor Bahru


Tradisi Warisan Ibunda

Dewasa RM63 nett

Harga Promosi 12 - 16 Julai 2013:
Dewasa RM50 nett
Untuk tempahan :019 790 8857 (Hani) 019 758 8781 (Wan)
019 758 8784 (Ayu) 019 758 8911 (Zam)

---------------------------------------------------------

Kapten Steamboat & Grill, Johor Bahru



Untuk tempahan : 07 331 1588
Alamat: 8-01 & 10-01 Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johore Bahru, Johor
Hubungi: 017-7111792/019-7710765

Isnin – Khamis: Dewasa – RM28 nett
Jumaat – Ahad: Dewasa – RM32 nett

Setiap hari:
Warga Emas – RM20 nett
Kanak-kanak – RM15 nett

**10% deposit for reservation**
---------------------------------------------------------

Suria City Hotel, Johor Bahru


Aneka Selera Suria

Dewasa RM48 nett
Kanak-kanak RM25 nett

Beli 10 Percuma 1

Harga Promosi sehingga 30 Jun 2013:
Dewasa RM38 nett
Untuk tempahan :07 223 1791 / 07 223 1792
---------------------------------------------------------

Tanjong Puteri Golf Resort


Dewasa RM55++
Kanak-kanak RM33++
Untuk tempahan : 07 259 6136 / 07 259 6132
---------------------------------------------------------

Restoran Anjung Warisan


Buka Puasa Buffet Ramadan 2013

(Masakan Ala Kampung) 
Dewasa RM28 nett
Kanak-kanak RM14 nett
Untuk tempahan : 019 7500 784 / 019 7500 785 / 012 7164 238 / 012 7654 129

---------------------------------------------------------

Checkers Cafe Silka Johor Bahru

Waktu Tempahan: 9 Julai – 6 Ogos 2013
Tempat: Checkers Café
Masa: 6.00 pm - 10.00 pm
Harga: RM65.00 nett- dewasa |RM40.00 nett- Kanak-kanak

Alamat
Silka Johor Bahru
Lot 101375, Jalan Masai Lama
Mukim Plentong, 81750 Johor Bahru, Malaysia

Sebarang pertanyaan, hubungi sahaja talian tertera :-
Telefon: +607 360 1000
Fax: +607 360 5000
---------------------------------------------------------

Amansari Residence Resort
Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor, Malaysia.

Dewasa - RM60.00nett/seorang
Kanak-kanak - RM35nett/seorang

Hubungi terus talian tertera :-
Tel: +607-381 7070 
Fax: +607-388 0707
---------------------------------------------------------

Alibaba Karaoke

B17, 18, Giant Hypermarket Tampoi,
Lot 54, Jalan Skudai, Tampoi, 
81200 Johor Bahru, Malaysia

Dewasa - RM25nett + 1jam karaoke
Kanak-kanak - RM15 + 1jam karaoke

Sekira anda ingin membuat tempahan awal dan ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian :-
En Azli - 019-7904940
En Kamal - 017-7046696
En Hardy - 012-7278281
En Jerry - 017-7600532
Alibaba counter - 07-2391888 
---------------------------------------------------------

T.S HOTEL (SCIENTEX) SDN BHD

17, Jalan Rusa 1,
Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia.

Dewasa :- RM33++ /seorang
Kanak-kanak :- RM18++ /seorang

Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan awal, boleh hubungi kami di talian :-
Tel: +607-2891488
Fax: +607-2899588

---------------------------------------------------------

LC CATERING SDN BHD

NO.340, Jln. Balau 1,
(Jln. Tebrau)
Taman Melodies,
80250 Johor Bahru,
Johor

Dewasa - RM42/seorang
Kanak-kanak - RM20/seorang

sebarang pertanyaan dan tempahan awal di talian :-
Tel: +607 335 7355
Fax: +607 334 8355

---------------------------------------------------------

CHILL COFFE HOUSE

No 1 Jalan Dato Onn 1,
Bandar Dato Onn, 
81100 Johor Bahru.

Dewasa - RM50nett/seorang
Kanak-kanak - RM20nett/seorang

sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian yang tertera :-
Tel : 07-360 1800

---------------------------------------------------------

BANAFEE VILLAGE

No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru, Malaysia.


Dewasa - RM39.90/seorang

Boleh hubungi nombor telefon yang tertera :-
Tel : 07-333 3377

---------------------------------------------------------

RESTORAN AL MASHUR

Beroperasi di :-
38, Jalan Serampang, 
Taman Pelangi, 
Johor Bahru, 80400, 
Johor
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 
: 07-334 1786

---------------------------------------------------------



Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive