travel, food and lifestyle blog

Tuesday, July 23, 2013

Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik | Cara Beli Tembikai Yang Bagus

Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik | Cara Beli Buah Tembikai Yang Elok | Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


Buah Tembikai
Buah Tembikai_ Sumber Gambar

Kata orang Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu.

Jadi petuanya, PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.


CARA YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :


CARA YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI


CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :


1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin

2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya

3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah

4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih

6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.

Maklumat tambahan mengenai Buah Tembikai: Di KELANTAN buah Tembikai dikenali sebagai Timun Cina.

.


Share:

15 comments:

  1. Wahh info sgt berguna.. Sy cuma tau yang main ketuk tu jer.. Dulu beli yang tak nak berat sgt.. Sbb timbang nanti harga makin mahal haha

    ReplyDelete
  2. sedap plak tgk buah timun ni..rasa nk p cari skang je..:)

    ReplyDelete
  3. Wahh...thanks for the tips. Aku xtau mcmm mana nak beli tembikai sebenarnya. Tapi hairan jugak knp org dok tepuk2 bila nak pilih. Aku just follow jerk tepuk2 tapi xtau apa sebab. Skrg dh tau. Terima kasih yer.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih utk info berguna...selau beli kat tesco..main bantai je balik rumah potong, belum cukup masak..kali ni beli mesti yang cun punya.....

    Tumpang iklan ya..sekiranya ada member yang berminat dengan movies,sports,news,anime,serials,dokumentari dan nak tonton ratusan saluran dunia seperti astro digital dan hd sila la lawat IPTV+IPTV ANDROID+TV WINDOWSTq

    ReplyDelete
  5. org trganu panggil timun cina gak..hihi

    ReplyDelete
  6. Terbaik!!! Terima kasihlah bgi info yg berguna mcm ni. Sampai ke sudah saya tak tahu nk pilih buah tembikai. Hihi

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsi tips ni.. berguna untuk bulan puasa nanti. hehehe..

    ReplyDelete
  8. tips bagus ni.. selama ni beli asyik tepuk2 tembikai jer.. huhuhu motip apa tak tahu.. :p

    ReplyDelete
  9. bukan org kelantan ckp timun kan madi..

    ReplyDelete
  10. ok aku tak tau pape pasal tembikai. tau makan je

    ReplyDelete
  11. Saya selalu beli buah tembikai. Biasanya saya jentik dahulu untuk mengetahui isinya merah mekar atau merah pucat.

    Terima kasih bro berkongsi tip.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive