travel, food and lifestyle blog

Followers

BERBUKA PUASA DENGAN KACANG POOL | KACANG POOL BAZAR UNITEN

BERBUKA PUASA DENGAN KACANG POOL | KACANG POOL BAZAR UNITEN | Alhamdulillah, harini dah masuk hari kedua bulan ramadhan. Memandangkan sekarang duduk menyewa sorang, memang tak ada mood la nak masak kan. Untuk berbuka plan yang terbaik bazar ramadhan aja lah.


Add caption
Cuba cari bazar sekitar tapi tak jumpa. At last pergi ke bazar ramadhan berdekatan UNITEN serdang tu. *tak jauh mana pun. 2-3 kali pusing, macam biasa la no idea untuk beli apa. At las nampak satu gerai dia tulis kacang pool johor. Awalnya tak tertarik pun. Tapi tengok punyak tengok dan perhati punya perhati teringat plak entry Kacang Pool [klik] dari Blogger Pap Pap Pap.*ok nak try la kan.
Kacang pool boleh dikatakan popular di Johor dan Singapura, dan asal2nya makanan yang dibawa masuk oleh orang-orang Arab, lama ke lamaan telah menjadi satu makanan kebiasaan bagi penduduk setempat. Buatnya tidak lah susah dan daging kisar antara bahan terpenting selain kacang pool itu sendiri. Anda boleh pilih samada nak guna daging lembu atau daging kambing_tiffinbiru.com
Lagipon MY tak pernah rasa Kacang Pool ni. Tak salah nak mencuba kan. Memang sesuatu yang menarik jugak la bila tengok cara hidangan dia. Dengan telur goyang dan asam limau bagaikan. *pergh akhirnya MY terbeli dua eh. hhuhu.


Tapi Alhamdulillah, berbaloi baloi beli dua sebab rasa dia sangat sedap uollz. Insyaallah kalau ada rezeki dan duit berkepuk-kepuk leh la beli lagi. Harga yang MY beli ni RM 5 satu. So rasa agak mahal jugak la kan. Nasib baik sedap hehe.

Kalau tak silap, kat blog tiffinbiru.com [klik] pun ada entry resepi kacang pool ni. Jadi kalau nak resepi kacang pool johor ni, voleh la singgah ke www.tiffinbiru.com [klik].

Apapon selamat berpuasa.

Share:

BERBUKA PUASA DI PAK JOHN STEAMBOAT | MENU BARU BERBUKA PUASA MURAH



BERBUKA PUASA DI PAK JOHN STEAMBOAT | MENU BARU BERBUKA PUASA | Pernah ke korang berbuka puasa makan Steamboat? Kalau belum, agak-agak mana tempat yang sesuai nak cari eh? Tu satu hal kan. Satu hal lagi, hal halal dan haram pulak. 

PAK JOHN STEAMBOAT
Tapi jangan risau, Restoran PAK JOHN STEAMBOAT adalah jawapan untuk korang. Dengan pelbagai jenis menu Steambot yang sangat sedap , pada bulan puasa ni PAK JOHN STEAMBOAT ada menawarkan menu baru untuk berbuka puasa. Yang penting ianya halal.

Set khas Buffet Ramadhan
Pak John Steamboat & Yong Tau Foo menyediakan buffet Ramadhan pada hargaRM39++ merangkumi  7 jenis menu khas sempena ramadhan dan lebih daripada 100 jenis makanan buffet dan steamboat. *pergh RM39++ beb, ni la tempatnya kalu nak ber buffet. murah habaq hang. Untuk menu grill dan rebus pula ada daging itik panggang , abalone , daging lembu dan daging kambing dan banyak lagi.

daging itik panggang , abalone , daging lembu dan daging kambing dan banyak lagi

RENDANG AYAM
*siapa kata kat Restoran Steamboat tak ada rendang? Sempena ramadhan, mereka telah menyediakan 2 jenis masakan rendang iaitu rendang ayam dan rendang daging. hewhew. 

AYAM PERISA COKE
Ha yang ni memang lain dari yang lain. Ayam Coke. *yes memang diperap dengan air coke. Bagi yang sukakan kelainan tu, korang patut cuba lah. Kalau nak tahu rasa macam mana, kena la datang BERBUKA PUASA DI PAK JOHN STEAMBOAT.

DIM SUM SEAFOOD berintikan telur ikan.
Yang ni memang sedap, berapa biji MY bedal. Ni first time MY makan Dim Sum. jangan risau semestinya halal kerana ia merupakan Dim Sum Seafood yang berintikan telur ikan. Kalau datang ke sini, ambik banyak-banyak tau, memang takkan menyesal punya hehe. Sebab saiz dia pun bukan besar. kecil je.

PULUT SUMBAT bersama sambal XO yang dikukus dengan daun teratai
Yang ini bagi MY sangat istimewa. Katanya pemilik Restoran, menu khas dan istimewa Pulut Sumbat ni tak ada di tempat lain kecuali di BUFFET RAMADHAN RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT je. Ianya dipanggil NASI PULUT SUMBAT bersama sambal XO yang dikukus dengan daun teratai. *yang ni korang wajib try

Antara menu lain yang didatangkan khas untuk Buffet Ramadhan di RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT ni selain dari menu dia atas adalah Tempura Sayur dan Nasi Tomato yang sangat sedap. Nasi Tomato pun MY rekemen kat korang. *wajib cuba, sebab ada sesuatu yang lain dan sangat awesome.

Pelbagai jenis pilihan sup yang menyengat.
Di sini juga korang boleh memilih pelbagai jenis sup yang betol-betol menyengat. Sempena ramadhan nanti 1 sup lagi ditambah iaitu Prawn Soup. *pergh bermangkuk-magkuk MY hirup. huhu. Selain dari makanan yang banyak dan sedap, restoran ini juga sangat bersih dan yang paling penting ianya sangat murah.

PAK JOHN STEAMBOAT
Ada banyak lagi makanan yang special di RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT ni. *tak boleh cerita lebih-lebih, sebab korang kena datang dan rasa sendiri di RESTORAN PAK JOHN STEAMBOAT.


Waktu operasi :
10.00 pagi - 11.00 malam

Alamat:
Ecurve Mutiara Damansara :
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.

*mereka juga mempunyai cawangan di Wangsa Walk

Contact No:
03-7733 3913
018-386 3139
018-389 3139

Email:

Website:

Facebook:

Share:

FLORIA 2014 PUTRAJAYA | PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL



FLORIA 2014 PUTRAJAYA | PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL | Meriah nampaknya FLORIA tahun nie. FLORIA 2014 PUTRAJAYA telah membuka tirainya pada 14 Jun 2014 iaitu pada hari sabtu lepas dan akan berlangsung sehingga 22 Jun 2014. 


Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun ke 7 Putrajaya menjadi tuan rumah untuk Pameran antarabangsa bunga dan taman. Dan Perbadanan putrajaya telah memilih lokasi baru dan dikatakan ia akan menjadi tapak kekal untuk FLORIA .

Payung berwarna warni menjadi tumpuan dekat laluan keluar 
Bergambar dibawah warna warni payung 
FLORIA 2014 PUTRAJAYA kali ini mengetengahkan Bunga Begonia atau Bunga Asam Batu telah dipilih sebagai bunga tema Floria tahun ini. *kalau tak silap tahun lepas bunga kertas kot

Jom kita tengok beberapa gambar taman dan hiasan dari peserta-peserta. Memang teruja giler MY tengok. *Tak menyempat nak ambil gambar. Maklumla dah 3 tahun tak datang FLORIA.

Salah satu taman bertema yang sangat mengujakan MY
bertemakan dunia kanak-kanak lelaki
kreativiti peserta dalam menghias
Festival Bunga Dan Taman,  FLORIA 2014 PUTRAJAYA membawa tema, 'Taman Bertema' dimana menonjolkan hiasan bunga-bungaan dan taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia. *macam -macam tema lagi korang leh tengok. memang meriah habis.

Tempat untuk berehat pun ala-ala berkonsep
Kipas berwarna-warni
kipas yang berjaya menarik perhatian pengunjung termasuk MY
Serentak dengan itu Magic Of The Night Putrajaya juga diadakan pada sebelah malamnya. *serius sangat meriah dan menarik.

Persembahan Bunga api _ foto Potia Casadelarossa
Bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya. Malam Magic Of The Night FLORIA 2014 PUTRAJAYA pula bertemakan 'Colours Of Harmony' masih menyajikan tarikan utamanya iaitu persembahan hiburan cahaya dan bunyi disamping perarakan bot berhias serta disudahi dengan keindahan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni.

Alkisahnya pulak bila jumpa kawan-kawan lama masa study kat UPM dulu. *sekarang dah keje mantap-mantap dah. *MY je krik krik krik huhu

Bekas roomate Palie
Ha mai MY perkenalkan. Ni bekas roomate MY masa kat Kolej Sepuluh UPM dulu. Satu Fakulti dengan MY. tapi dia ambil course Landscape Architect. Nama dia Palie. Femes dengan Palie Everywhere. hihi

Hafizal 
Ha ni pulak Peja, ore klate jugok. Hok aloh. huhu. Satu fakulti jugak. Tapi dulu dia ni student Architect. Ha amacam? hebat tak? hebat tak kawan-kawan MY ? Hoi hoi jangan kenyit mata. *dua-dua dah berpunya. hihi. Masa MY jumpa ni pun diorang dengan pasangan masing-masing. *eh hope korang tak nanges.

Tiket masuk Floria 2014 RM3.00
Kali ini FLORIA 2014 PUTRAJAYA  tidak lagi percuma seperti tahun-tahun yang lepas. Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat - Ahad (9.00am ~ 12.00am)

Share:

The Art of Russian Luxury by Moiseikin | Perhiasan Mewah Masyarakat Russia


The Art of Russian Luxury by Moiseikin | Perhiasan Mewah Masyarakat Russia | Tahun ni merupakan tahun ke-47 hubungan dua hala Malaysia dengan Rusia. Untuk pengetahuan korang Rusia merupakan rakan perdagangan Malaysia yang ke-26 terbesar.


Dan tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-100 battle Of Penang 28 Oktober 1914, iaitu peristiwa bersejarah apabila anak kapal Rusia yang terselamat dari dibom telah diselamatkan oleh nelayan dari Pulau Pinang. Jadi, sedar tak sedar hubungan Malaysia dan Rusia ni sebenarnya sudah lama terjalin. Di Pulau Pinang, ada 13-15 orang anak kapal Rusia telah dikebumikan di sana.


Sempena sambutan Hari Kebangsaan Russia pada tahun ini, pihak kedutaan Russia di Malaysia memperkenalkan salah satu perhiasan serba mewah masyarakat Russia iaitu Moiseikin


Sejarah Moiseikin bermula apabila ayah kepada Victor Moiseikin mambawa pulang batu Malachite, sejenis batu mineral bewarna hijau dari sebatian Kuprum Karbonat Hidroksida. Sejak itu Moiseikin menanam minat terhadap perhiasan batuan ini dan mula membuka galeri kecil pada tahun 1993 dengan berkonsepkan perhiasan mewah tradisi masyarakat Russia sejak 200 tahun dahulu.


Keunikan dan kebolehan Moiseikin dalam menghasilkan perhiasan yag serba indah, telah menjadikan beliau terkenal. Perhiasan beliau turut dipakai oleh Queen Elizabeth II, Prince Michael of Kent, German Chancellor Angela Merkel, pereka terkenal Paco Rabanne, Artis Opera Russia yang terkenal Elena Obraztsova dan ramai lagi.

(L-R): En. Haned Masjak, Director General of the National Visual Arts Gallery; YBhg. Dato’ Mahadzir Lokman, Chairman, National Visual Arts Development Board; Her Excellency Lyudmila G. Vorobyeva, Ambassador of Russia to Malaysia and Viktor V. Moiseikin, Founder, Moiseikin Jewellery House.
Dengan kerjasama bersama TM Info-Media Sdn. Bhd. dan melalui rundingan dengan satu lagi internal-class organization, Kedutaan dengan berbangganya telah menganjurkan ‘The Art of Russian Luxury by Moiseikin’ di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur bermula 10-16 Jun 2014.


Kedutaan Russia telah membawa tukang emas mereka dari Yekaterinburg, Russia bersama 37 items untuk dipamerkan. Kebanyakan item tersebut belum pernah dibawa keluar dari Rusia. Antara barangan yang menjadi tumpuan ialah : Horn of Plenty dan Drop of Oil.

Horn of Plenty
Horn of Plenty” the highlight of the showcase, which is jewellery, lapidary and watch-making masterpiece. Its production took 3112 diamonds, and every detail was done manually as a separate art object. The first interpretation of the “Horn of Plenty” made ​​a huge impression on the international jewellery community. This interior clock became a symbol of the exhibition “Russian, Eastern & Oriental Fine Art Fair — London 2010”. MOISEIKIN decided to surprise the audience by introducing a brand new “Horn of Plenty”, which has never been exhibited before. Selling at a whopping USD 40,000! 

Drop of Oil
Drop of Oil” – Dolerite, which is the centre of the composition, weighs 11 kg, or 55,000 carats. It is the largest faceted crystal in the world. Due to its hardness this gem is very difficult to handle. Special equipment which has no analogues was created to make the cutting of this stone.
Terkenal dengan kemahiran dan kepakaran dalam memotong batu, Moiseikin mempersembahkan patung haiwan dan bunga yang cukup indah, yang telah diilhamkan oleh alam semula jadi dengan perincian batu permata yang sangat kemas. 


Apa yang membuat kraf ini menjadi begitu unik adalah kerana sebahagian daripada barang-barang pameran sebenarnya keping barang kemas yang digabungkan bersama-sama untuk membentuk  jewellery miniatures.




Anda mungkin perlu melihat dengan teliti item-item yang mereka cuba pamerkan ini. Anda mungkin meyangka dan keliru bahawa mungkin burung emas yang tergantung di pokok permata, tapi hakikat sebenarnya adalah pin kerongsang bersedia untuk melengkapkan melihat anda untuk hari itu. Atau mungkin buah-buahan yang boleh dimakan yang berpandangan diperbuat daripada mutiara menjuntai dari kecil ini sebenarnya sepasang anting-anting mutiara.

Jadi apa lagi. Sesungguhnya, pameran yang tidak boleh dilepaskan.

Share:

PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO | STEAMBOAT MURAH DI ECURVE DAMANSARA

PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO | STEAMBOAT MURAH DI ECURVE DAMANSARA | Bukan senang nak cari restoran stemboat murah dan sedap kat Kuala Lumpur ni. Biasanya cecah RM 40-50 ke atas untuk satu kepala. Tapi sekarang tak perlu risau, PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO adalah jawapannya.

Pak John Steamboat
Restoran PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO yang berada di eCurve Damansara yang baru sahaja beroperasi pada bulan November 2013 ini sekarang mempunyai 1 branch di Wangsa Walk. Menyediakan makanan yang berkonsepkan citarasa cina yang halal especially untuk mereka yang beragama islam.

Sekitar Restoran
Dekorasi restoran yang bertemakan Merah dan Hitam sangat cantik. Perabut yang digunakan juga sangat cantik dan selesa. Mereka juga mempunyai 2 bilik Vip untuk tempahan khas. Yang bestnya, tiada cas dikenakan untuk bilik. "First Come First Serve". Jadi bagi diorang yang datang dengan family atau untuk jamuan company, *jangan lupa untuk book bilik ni awal

Steamboat 
*dah kata Steamboat restoran kan. Untuk menu grill dan rebus menu istimewa yang ada di sini adalah daging itik  , abalone , daging lembu dan daging kambing . 

Daging kambing, abalone, daging lembu dan daging itik
Okay, ni kali pertama MY makan daging itik. Walaupun selama ni memang datang dari kampung, tapi memang tak pernah berpeluang rasa daging itik nie. Rasanya not bad. *jadi bagi yang se villagepeople ngn MY tu leh la rasa

Pelbagai pilihan sos yang sesuai dengan selera korang
Di Restoran PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO ada pelbagai jenis pilihan sos yang super delicious. Terserah pada selera dan pilihan masing-masing. Dan semalam kami telah mencuba 4 jenis sos yg popular untuk di makan bersama steamboat dan grill iaitu sos thai, Sos Hijau, Sos Tau Foo dan juga Sos Pedas. *juling mata ni tengok sos banyak sangat.

Masa untuk makan
Kalau bab rebus tu tak risau, campak je dalam mana-mana pilihan sup yang korang nak. Tapi datang bab grill ni, merah padam muka huhu. *kena ada skill tersendiri dalam bab grill ni. Kalau tak , ada yang lekat la. hangit la dan macam-macam huhu. *eh dikbee pandai ke grill tu? huhu


Bersama blogger Dikbee

Artikel Berkaitan :
BERBUKA PUASA DI PAK JOHN STEAMBOAT | MENU BARU BERBUKA PUASA MURAH [klik]
---------------------------------------

Banyak pilihan makanan yang segar
Another great feat to dine in PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO ? Their more-than-100-variety of dishes in an all-you-can-eat basis! *no I'm not kidding. Their frozen food is displayed at one corner of the restaurant, with such a wide array I was completely spoilt for choice.

Ada waffle mee dan sebagainya
Pilihan makanan yang sudah siap masak seperti nasi goreng, mee goreng koe teow goreng dan sebagainya
Sekitar dapur
Pelbagai jenis minuman 
Ice cream
Sekitar restoran
---------------------------------------
Review dari facebook pakjohn.ytf

Waktu operasi :
 10.00 pagi - 11.00 malam

Alamat:
Ecurve Mutiara Damansara :
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.

Contact No:
03-7733 3913
018-386 3139
018-389 3139

Email:

Website:

Facebook:


Share:

TEATER PROJEK KAHWIN TERBAIK | Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA

TEATER PROJEK KAHWIN TERBAIK | Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA | Hahaha , gelak je MY semalam. *kenapa? Alkisahnya bila geng-geng bujang trang tang tang ni pergi tengok  Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA . 


Teater ini dibawah arahan Muhammad Azri Ali. Melalui teater ini mereka telah menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, penyanyi Kaka Azraff, Kilafairy, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi. Selain mempertaruhkan pelakon popular sedia ada, teater ini mengetengahkan penggiat teater indie yang cukup berbakat, seperti Sherry Alhadad, Atoi Tohet, ZulinAziz, Fazleena Hisahmuddin, Shahkimin dan Azhar Zainal.

Jiji inthe house - foto Clora Studio
Bagi pandangan MY, teater ni sangat berbaloi untuk korang tonton, bukan kerana apa. Selain pelakon-pelakonnya cukup popular dan professional, MY rasa jalan ceritanya sangat menarik dan mencuit hati. Teater PROJEK KAHWIN ni boleh dikatakan berkonsepkan TEATER MUZIKAL KOMEDI. Bukan sekadar teater biasa, ianya penuh dengan masej yang sangat berguna untuk mereka-mereka yang bakal berkahwin.

Atoi Tohet sebagai Mail  - foto Clora Studio
Jangan salah memilih tukang,
Silap-silap sakit belakang,
Kena bijak berkata-kata,
Agar tertunai hajat di dada.

Kemunculan Imam Muda Asyraf juga memberikan kelainan untuk teater seperti ini. Dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tazkirah ringkas yang sangat berguna. Sudah semestinya dakwah yang disampaikan sangat menusuk ke kalbu ni. Ditambah pula dengan gurauan dan lawak dari Imam Muda Asyraf ni buat penonton lebih mendekati dan memahami maksudnya. *eh lawak juga, Imam muda  kita ni ya

Imam Muda Asyraf  - foto Clora Studio
Watak-watak yang dipersembahkan semuanya menjadi dan berjaya, bermula dari watak utama (Izzue Islam) sehingga pelakon-pelakon tambahan lain sangat memberikan kesan tersendiri untuk pementasan teater ni. Persembahan backdrop yang boleh membuatkan borang ternganga kagum. *serius gempak, respek habis kat diorang ni.

Jalan cerita teater ini mengisahkan suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan masyarakat Melayu khususnya. Setiap watak digambarkan berdasar peribadi sebenar masyarakat Malaysia. Sempena teater itu, turut diadakan pameran pengantin ‘Projek Kahwin’ di lobi Istana Budaya bermula 11 jun 2014 lagi. Jadi Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA akan berakhir pada malam ini iaitu 14 jun 2014. 

Wefie bersama Izzue Islam- foto Geng Lepak
Jangan lupa, hari ni (14 Jun 2014) merupakan hari terakhir tanyangan, dan sudah semestinya ia kan menjanjikan satu malam yang sangat gempak. *pergh tetiba rasa nak pergi tengok lagi malam nie


Apapon , MY nak bagitau bahwa Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA ni adalah teater yang terbaik MY tengok dari sebelum ni. . Tahniah dan Syabas buat semua crew dan pelakon. Tahniah Tahniah Tahniah.

Baju Projek Kahwin
Kalau ada yang pergi tonton Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA ni jangan lupa ambil gambar dan #ProjekKahwin banyak-banyak ya. huhu. Tapi jangan ambik gambar masa diorang buat pementasan pulak. Kang kena laser annti ahhaha. Apa yang paling penting, nasihat MY, kalau nk ke Istana budaya tu, jangan lupa baca etika untuk masuk ke Istana Budaya [klik] tu. Kang balik saje je. *jom malam ni pergi tengok lagi. eh kbai.


p/s : walaupun tak dapat pergi ke kedah untuk menhadiri Kenduri Kawin Syahir. Aku cuba pujuk hati dengan Pementasan Projek Kahwin ni je. huhu.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive