Sunday, June 08, 2014

BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT 2014 | TEMPAT BERBUKA PUASA DI BANGI

Group Photo bersama Kelab Blogger Ben Ashaari - Foto Ben Ashaari
Group Photo bersama Kelab Blogger Ben Ashaari - Foto Ben Ashaari

BUFFET RAMANDAN BANGI GOLF RESORT 2014 | TEMPAT BUKA PUASA DI BANGI | Alhamdulillah rezeki lagi bila dijemput oleh Blogger Cik Ngah [klik] kita untuk berbuka puasa di BANGI GOLF RESORT .Terima kasih Cik Ngah.


Tak begitu jauh dari rumah MY di Sungai Chua Kajang. Dengan bantuan Waze hanya memakan masa lebih kurang 12 minit sahaja. Sapa-sapa nak ke BANGI GOLF RESORT .tak perlu risau kerana, dengan bantuan application waze di telefon mudah alih anda, ia akan bawa anda hingga ke tempt yang dituju dengan selamat hehe.

Restoran BANGI GOLF RESORT
Restoran BANGI GOLF RESORT 
Agak teruja pada malam tu bila ramai blogger-blogger yang otai hadir. Terada diri ini kerdil sangat, tambah pula nama kat kaunter registretion tak naik. *memang rasa krik krik krik je kan .hahahaha. Lebih dari 200 jenis juadah untuk berbuka disini. *pergh juling mata MY tengok makanan yang banyak tu huhuhu. Harga yang ditawarkan? Cuma RM50 untuk orang dewasa & RM25 untuk kanak-kanak. Menarik bukan!

Tapi ada sesuatu yang telah menarik perhatian MY, seawal MY jejak kaki masuk ke dalam dewan makan ni lagi. *apa dia tu special sangat kan?


Ia merupakan telur masak separa yang resepinya diterbangkan khas dari Singapura. Dipanggil Sous Vide Egg with Mushroom Espuma. *erkkk berbelit lidah village people ni sebut kan. Menurut chef yang bertugas untuk menyediakannya, di Malaysia hanya boleh dapat di Restoran Bangi Golf Resort sahaja. Sejak dari kecil lagi MY memang tidak pernah makan telur mask separa nie. Tapi semalam, resepi ni dah menjadi salah satu makanan kesukaan MY di Restoran Bangi Golf Resort ni.


dengan sos mushroom
Ianya dihidangkan dalam 2 jenis iaitu satu dengan kicap dan satu lagi dengan sos mushroon yang sangat lazat. MY lebih teruja dengan resepi dengan sos mushroom tu. Memang hanyir telur tidak ada langsung. Bila makan membuatkan kita seakan-akan nak lagi. 


Rasa yang sangat sedap- Foto Razi
Bukan MY sorang je tau suka, blogger-blogger lain pun akui gak. Tak caya cer baca entry Ben Ashaari ni ha. "Buka Puasa Di Bangi Golf Resort " [klik].

Okay kita tinggalkan bab telur yang sedap tadi, jom kita tengok juadah lain yang menanti korang di bulan ramadhan nie. 

kambing panggang
Kambing Panggang
Ok, Kambing panggang ni memang makanan wajib untuk mana-mana BUFFET RAMADHAN sekalipun. Orang kata, ianya menjadi makanan utama dan sebagai pelaris sesuatu Buffet Ramadhan tu. *betoi ke idok?.

kambing panggang
Kambing Panggang
Selain dari Kambing Panggang ni, juadah seperti sate juga memang ada di mana-mana buffet ramadhan. Tapi apa yang penting kat sini memang sedap. Selain dari itu juadah-juadah lain adalah seperti:

Chicken Roasted
Chicken Roasted
Udang Goreng Butter
Udang Goreng Butter
Sayur goreng
Sayur goreng 
Ikan Keli Masak Lemak Cili Api
Ikan Keli Masak Lemak Cili Api
Rendang dan Lemang
Rendang dan Lemang
Kuih Muih / kentang goreng
Bagi yang kononnya tak makan makanan melayu tu jangan risau. Makanan western pun turut dihidangkan kat sini. *tangan ke bahu mata ke atas #aptb.

Beef lasagne
Grilled Chicken with Creamy Mushroom Sauce
Buah-buahan
Selain dari ini, ada kerabu udang, kerabu perut dan macam -macam juadah pencuci mulut.*huh banyak sangat makanan, kalau tunjuk kat sini mau 2,3 entry ni. hahaha. Ha, amacam tergoda tak? kalau nak cuba boleh la bawak family datang cuba BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT  ni. Sangat berbaloi.

Untuk menempah , sila hubungi

Luliy Shalwani ( 016 267 8284 )
atau Siti Zawiah ( 017 316 9316 ) ,
 atau terus call 03 – 8925 3728

Alamat : 

Bangi Golf Resort ,
No 1 . Persiaran Bandar.
43650 , Bandar Baru Bangi.
Selangor Darul Ehsan.


15 comments:

  1. saya ada di gambar atas :P

    ReplyDelete
  2. main jamah2 sikit jer menu lain..perut dah kembung dgn telur separa masak tuu !! terbaik .

    salam singgah~PCL
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. calit 2 je. baru dapat merasa semua hahaha

      Delete
  3. not bad juga ni, bulan puasa dah hampir

    ReplyDelete
  4. Alaaa... apasal tak tolong tapau hari tu untok uncle...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je tapau nie. dok dalam bonet kete ekekke

      Delete
  5. Macam-macam menu ditawarkan. :-)

    ReplyDelete
  6. nak telur nak telur nak telurrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kemain suka dia dengan telur kan huhuhuhu

      Delete
  7. Org kat sini ambil gambar dengan blogger sado jer sapa lah kita ni hehehehe....

    ReplyDelete
  8. x rugi rasenye dtg buffet ramadhan..klau nak murah buat belian @ tempahan awal murah sikit, kalu walk in harga rm 65 per pax..boleh le terus call atau whatsapp 016-9645544- bangi golf restaurant

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik
    Petang ini akan berbuka di sini, semoga sedap dan menu macam entri di atas
    www.wanrokiah.blogspot.com

    ReplyDelete

Created By Sora Templates