Sunday, June 01, 2014

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food

Nasi Daun Pisang | Restaurant Maulana Banana Leaf Food | Makan di kedai Mamak ni sudah menjadi satu trend di negara kita Malaysia. *tak tahu lah kenapa Mungkin kerana restoran-restoran mamak ni senang di cari dan kebanyakannya dibuka 24 jam kot. Bukan kaum melayu je, kaum cina pun ada makan kat kedai mamak nie.*tu memang tak dinafikan lah kan.

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food
Banyak pilihan lauk
Walaupun sudah terbiasa ke kedai mamak untuk makan, tapi tak pernah terlintas untuk mencuba NASI DAUN PISANG. Tapi hari nie, MY cuba untuk makan kerana dikatakan restoran nie memang sangat popular dengan NASI DAUN PISANG dia. Tengok la,sign board diorang pun memang ada perkataan Daun Pisang tu. Sebenarnya dia macam lebih kurang Nasi Kandar [klik] biasa, cuma cara dihidangkan tu lebih menarik dan tradisi. Daun pisang digunakan untuk ganti pinggan. *waaa. sangat best tu.

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food

Ada 4 jenis sayur yang dia letak termasukkah bayam, kacang panjang, timun dan satu lagi jenis sayur yang MY lupa. *eh kbai. Kuah yang diletakkan ada 2 jenis pilihan. kari ikan atau ayam *kalau tak silap MY.

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food

Untuk pilihan lauk kita leh pilih sendirila lauk apa yang kita suka. MY macam biasa la, tak mau fikir panjang just pilih ayam goreng je.

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food

Ha, amacam? tengok la ye. MY berselera je makan hahhah. Cuma sayur bayam tu tak habis. Tapi overal memang okay, Harga pun okay, cuma RM 10 untuk seorang. Tambah air Teh o ais dan air kosong RM 12. 

NASI DAUN PISANG | Restaurant Maulana Banana Leaf Food

Overall MY boleh katakan sedap dan berpuas hati dengan kualiti makanan dan kualiti service. Restoran ni berada di area Seri Kembangan. Dah dekat dengan UPM. Kalau korang teringin nak rasa pengalaman makan atas daun pisang leh la datang cuba NASI DAUN PISANG di sini.

13 comments:

  1. Wooowwwww, model of the day sangat aku... hahaha, btw, semua info stated are correct. Sayur lagi satu is bunga kubis. Thanks for today jalan-jalan MY

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jugak weh. tanpa korang sulit sikit pergerakan aku.

      Delete
  2. Perghh lain dari yang lain ni. Kalau ena pun ena berselera nak makan. Asyik makan dalam pinggan je, bosan juga kadang kadang. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, pasni leh p tebang pokok pisang kt belakang rumah

      Delete
  3. makan dekat daun pisang memang sedap..lain rasanya

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama mencari restoran daun pisang yang mamak muslim slalu x jumpe.yg ni dkt plak tu dengan rumah.devi's corner bangsar sedap tapi bukan Islam.terima kasih atas perkongsian.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua restoren maulana itu mamak muslim

      Delete
  5. perghh bestnyee.. nak try makan camni gakk

    ReplyDelete
  6. Assalam. Ade coordinates x? ni restoran 1maulana yg kt sri serdang ke?

    ReplyDelete
  7. Bila dh tahu siapa pemilik maulana daun pisang yg sebenar termasuk pekerja2 yg ada terus jadi was2 makan disitu. Anda bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ja bro janji bukan babi

      Delete

Created By Sora Templates