Monday, June 02, 2014

PENGALAMAN DI TUNE HOTEL KLIA2 | Hotel Berdekatan KLIA2 Yang Sangat Awesome



PENGALAMAN DI TUNE HOTEL KLIA2Hotel Berdekatan KLIA2 Yang Sangat Awesome | Rezeki kali ni dijemput untuk untuk menghadiri majlis sempena pembukaan TUNE HOTEL di KLIA 2. Apa yang menariknya, kami diberi bilik untuk stay in satu malam di TUNE HOTEL KLIA2.


Perjalanan ke KLIA2 lebih mudah dengan menaiki ERL
Seperti biasa, untuk ke KLIA 2, MY lebih prefer untuk menaiki KLIA Transit dari stesyen PUTRAJAYA SENTRAL [klik]. Bagi MY perjalanan ke KLIA atau KLIA 2 lebih mudah dengan menggunakan perkhidmatan ini. Tak perlu nak fikir pasal harga parking yang mahal dan keselamatan kereta dah.

Tune Hotel yang berada betul-betul berhadapan dengan KLIA2
Kedudukan TUNE HOTEL betul-betul berhadapan dengan KLIA 2 iaitu diseberang jalan. Jika dari KLIA 2, laluan berbumbung khas disedia sepanjang perjalanan kita ke TUNE HOTEL. Maknanya tak perlu nak cross jalan dah.

Maklumat ringkas TUNE HOTEL KLIA 2

Info ringkas TUNE HOTEL KLIA 2


  • 10 minit berjalan kaki untuk ke kaunter check in di terminal airport KLIA2.
  • 1.5 km dari KLIA, boleh menggunakan perkhidmatan KLIA-Ekspres,  3 min perjalanan dengan ERL.
  • Perkhidmatan shuttle Skybus dari Tune Hotel ke KLIA main terminal hanya dengan RM2 seorang.
  • WonderKafe restaurant dan café dibuka setiap hari (opening soon).
  • 7-Eleven 24 hour (opening soon).
  • 29 km ke Putrajaya, the Federal administrative centre of Malaysia.
  • 11 km ke Sepang International Circuit.
  • 167 parking kereta available dengan bayaran RM2.00/jam untuk 3 jam pertama, dan RM3.00/jam untuk jam berikutnya. Maximum  RM36.00 untuk 24jam.
  • Waktu untuk Check in : 2:00 pm keatas
  • Waktu untuk Check out : 11:00 am
  • Skybus Transport & Travel office. For ground transport and shuttle services to KL/Klang Valley, as well as local tours and transfers. Click for more info
  • Green Building Index Certified. Click for more info

Pandangan pertama kali bila menjejakkan kaki ke dalam TUNE HOTEL KLIA 2 ni seolah-olah membuatkan MY tergaman sekejap. *dah kenapa kan? Mana tak tergamam, dekorasi dan susun atur hiasan dalaman yang sangat-sangat mengujakan. *jauh dari sangkaan awal

front desk receptionist Tune Hotel - foto www.tunehotels.com
Front Desk ni pun dah boleh menceritakan bagaimana keadaan TUNE HOTEL KLIA2 ni sebenarnya. *Bagaimana pula dengan keadaan sekeliling kan?.

Suaasana di Loby TUNE HOTEL KLIA2 - foto www.tunehotels.com
Ini keadaan sekitar Lobi TUNE HOTEL KLIA 2 nie.*amacam! apa korang rasa?. Mau tak ternganga korang tengok kemeriahannyakan.

antara ruangan lepak di loby hotel
Kemudahan seperti komputer dan internet juga korang boleh dapat di kawasan lobi TUNE HOTEL KLIA 2 nie.

kemudahan komputer dan internet di loby
Turut disediakan kiosk check in untuk AirAsia. Jadi tak perlu korang nak berlari ke KLIA 2 untuk check in. Hanya kat TUNE HOTEL ni pun boleh. Senang kerja kan. Jimat masa dan tenaga.

Turut disediakan kiosk check in untuk AirAsia
Waktu untuk Check in bermula dari pukul 2.00 petang lagi, tapi kami telah sampai di TUNE HOTEL KLIA 2 dalam pukul 5 macam tu. 

kad akses untuk masuk ke bilik
Event akan bermula pukul 6.30. Jadi sekarang masa untuk masuk dan menikmati bilik yang mereka sediakan untuk kami. Jom kita lihat bagaimana pula keadaan bilik yang mereka sediakan.


Dekorasi bilik yang simple dan sangat cantik. Bilik, apa yang MY perasan bilik ni takada almari. Tapi bilik ni tidak gagal oleh kerana ketiadaan almari kerana tempat untuk mengangtung baju masih mereka sediakan dengan hanger. *mungkin untuk menjumatkan space kot



Bilik ni dianggarkan boleh muat untuk 2 orang untuk keadaan selesa. Tapi masih boleh masuk sehingga 3 orang. Untuk pengetahuan korang, kat TUNE HOTEL 2 KLIA 2 ni ada 3 jenis bilik semuanya.



Kemudahan televisyen ni juga boleh mengelakkan korang dari bosan ketika berada di bilik.

Kemudahan peti besi untuk simpanan barang berharga
Kalau yang ada bawa barang-barang berharga tu, korang tak perlu risau kerana kemudahan peti besi untuk simpanan barang-barang berharga korang. Tak perlu risau kalau nak keluar berjalan-jalan kat KLIA2 ke atau kemana-mana.


Kemudahan meja dan tempat untuk letak ludgage dan bag korang pun ada kat dalam bilik nie. *mungkin pengganti untuk almari kot

Kemudahan Hairdryer
Keadaan toilet juga sangat-sangat memuaskan. Cuma AWAS PINTU TOILET TAKDE KUNCI haha. Romantik sangat rasanya pintu toilet takleh kunci kan. *LOL takde kaitan statement  kbai. Hair dryer pun ada, so tak perlu risau la bagi mereka yang suka keringkan rambut dengan hairdryer tu. 

Ruang tandas
Tandas di bilik ni tidaklah besar dan tidaklah terlalu kecil. Ianya sedang-sedang dan cukup selesa untuk bergerak. *sekadar nak bergelek inul pun boleh la jangan risau. ekekekeke.

Ruang bilik mandi
Tempat mandi pun boleh la nak masuk dalam 4 orang dalam satu masa. * eh motip sangat nak mandi sampai 4 orang sekali kan. kbai.

kemudahan wifi di TUNE HOTEL klia2
Kemudahan internet wifi
Kemudahan yang boleh dikatakan nyawa kepada manusia sekarang, *kalau tak ada boleh sesak nafas katanya. huhu. Jadi kat Sini memang ada kemudahan Wifi untuk sehari. password dan kata laluan berbeza mengikut bilik ya. huhu.
Jadi kami dah tak sabar nak attend event malam nie. Kat mana event tu agaknya ya? Jom kita jenguk-jenguk kawasan event tu. ehhehe.

open space di TUNE HOTEL klia2
Open space foto www.tunehotels.com
Ha amacam? mesti korang tak sa abar nak tahu event apa yang kami nak attent nanti kan. So kalau nak tahu kena tunggu next entry. Sebelum tu MY nak tinggalkan sedikit contact info untuk korang senang akses ke TUNE HOTEL KLIA 2 nie.

Address :

Tune Hotel - klia2 
Lot Pt 13, Jalan KLIA 2/2,
64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03 – 87871720

Website :

Jadi kalau korang dah ke TUNE HOTEL KLIA 2 ni jangan lupa ambil foto banyak-banyak dan share dengan #TuneHotelKlia2 .


23 comments:

  1. Huishhh cantik sungguh hotel ni. Perrrgghhhhh. Dekorasi hotel ni buat ena tergamam sejenak. Merah hitam putih. Nice

    ReplyDelete
  2. cantik merah hitam warnanya...line dia ok tak..masa nad pergi klia2 masa treasure hunt linenya tak berapa ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna U-mobile. Alhamdulillah ok

      Delete
  3. arghhhh... best gile...!!!

    cantik lak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak ajak ko. ko kan buzy p kenduri

      Delete
  4. wah..mood bercuti..pulak ttibe2 kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha everyday adalah holiday. eh kbai

      Delete
  5. cantiknya hotel tue. rasa nak design bilik sendiri jadi macam tue jugak lah. warna langsir dah sama dah tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lpasni bilik fyna leh la sewa, nnti dpt duit eh huhuhu

      Delete
  6. Macam best ja.. nak pi tidur sorang2 la nanti sebelum nek flight ke destinasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kena p skang, ada promosi katanya tu

      Delete
  7. Smart! Memang nice kan? Tilam pun best! :)

    P.S: Dah tu sapa yg mandi sekali 4 org ni? Hahaha!

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. bro bila nak try stay sini? hehehe

      Delete
  9. cantik betul lobi hotel ni, dekorasi bilik pon simple tapi menarik. :)

    ReplyDelete
  10. gambar2 ko ni skrg dh superb sangat weh,jelly aku,bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit gambar mana? gambar dalam toilet tu ker/ eh kbai huhuhu

      Delete
  11. wah.. kaler tema merah hitam tu buat teman rasa macam nak pergi sana je.. heee

    ReplyDelete
  12. wow sangan cantik dekorasinya..hitam merah..
    aku selalu juga nakmpak tune hotel ni..
    tapi x pnah la...stay kat sini..
    bilik nampak supers! bilik air dia lg ar..x berkunci kan? ha..ha

    ReplyDelete

Created By Sora Templates