travel, food and lifestyle blog

Followers

WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE



WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE
Bird Watching foto ihsan Zulhilmi Tempoyak
WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACEKUALA KUBU BHARU merupakan sebuah bandar yang bersejarah kerana ia merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang oleh Jururancang Bandar yang pertama semasa zaman British bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada zaman itu Bandar KUALA KUBU BHARU telah ditanam dengan pokok yang bernilai seperti Mahagoni dan Tembusu. Setelah hampir 84 tahun berlalu maka pokok-pokok ini telah membesar dan menjadi tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang.

WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE
Burung- foto ihsan Potia Casadelarossa
Oleh kerana itu, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) merasa bertanggungjawab dan amat berbangga untuk berkongsi kelebihan alam semulajadi di KUALA KUBU BHARU ini dengan pelancong-pelancong dan masyarakat sekitar. Oleh itu Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Program Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga pada 25 – 27 April 2014. Penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penyertaan Resorts World Genting sebagai penganjur untuk tahun kedua merangkap penaja utama bagi program ini.

WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE
Bird Watching foto ihsan Zulhilmi Tempoyak
Pusat Peranginan Genting Highlands adalah salah satu kawasan pemuliharaan dan perlindungan habitat burung yang didaftarkan di bawah Important Bird Area MY10. Ia adalah salah satu aset yang berharga bagi kami pihak Genting. Pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain yang boleh dilihat sepanjang tahun disini. Dengan penglibatan Genting Highlands sebagai salah satu lokasi pertandingan, ia juga dapat mempromosikan aktiviti memerhati burung di Pusat Peranginan Genting Highlands_Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting

WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE
Perasmian oleh Dato Musa foto ihsan Zulhilmi Tempoyak
Penganjuran kali ketiga ini masih mengekalkan kategori sekolah dan kategori terbuka untuk pertandingan mengenalpasti burung. Selain daripada itu 2 kategori telah ditambah iaitu kategori untuk pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung. Antara acara sampingan yang disediakan bagi memeriahkan lagi program adalah Mini Explorace untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE
Explorace kategori sekolah rendah foto ihsan Zulhilmi Tempoyak
Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar KUALA KUBU BHARU. Manakala bagi kategori terbuka, pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung, peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint di Bandar KUALA KUBU BHARU, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “WINGS Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta telah berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.
Berdasarkan beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak urusetia beberapa spesis yang menarik bakal ditemui oleh para peserta, Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) dan Coppersmith Barbet (Takur Tukang Besi) di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul), Red-wattled Lapwing (Burung Minta Duit) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) dan 3 jenis Munia di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan pelbagai spesis burung gunung di Genting Highlands
WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE
Pihak Media foto ihsan Zulhilmi Tempoyak
Pihak penganjur WINGS OF KKB 2014 telah menyediakan hadiah menarik bagi para pemenang. Bagi acara Birds Race, pemenang telah menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga - ketiga kategori. Bagi pemenang pertandingan fotografi burung, hadiah utama kamera Nikon D3100 menjadi rebutan setiap peserta. Pihak Resorts World Genting juga telah menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan kepada pemenang. *tahniah kepada semua pemenang





Share:

POP THE SODA | 1st Indie Soda In The Market



Pop The Soda Malaysia
POP THE SODA !
POP THE SODA | 1st Indie Soda In The Market | Mata seakan tertarik pasa sesuatu di sekitar gerai jualan di Art Sphere, Seri Kembangan tempoh hari. *apa? siapa? kenapa? huhu. Awek kah? Ternyata itu bukan jawapannya. Ia merupakan minuman didalam botol yang sangat rare untuk di temui pada zaman modern sekarang nie iaitu The First Indie SOda In The MarketPOP THE SODA

So, apa lagikan. Kami ambil peluang keemasan ni nak rasa. Untuk percubaan pertama MY ambil perisa Laici. 

Minuman POP THE SODA ini didatangkan dalam pelbagai jenis perisa buah-buah tropika – MANGGA , LAICI , DURIAN BELANDA , NENAS dan PISANG.

Pop The Soda Malaysia
Bersama-sama rakan blogger
*wow, memang indah kbar dan indah rasanya juga. Serius memang tak menyesal wa menaruh harapan yang tinggi pada pandangan pertama. *eh dah kenapa kan hahaha. Sangat klassic dan sangat old skool gitu. *tetiba rasa nak nanyi lagu saloma pulak eh kbai ahahaha.


Ini betul-betul, bukan diorang bayar pun untuk MY buat entry review nie *eh mana la tahu lpas entry ni diorang tergerak nak deal projek ngn MY ke kan eh ahahha. Kawan-kawan blogger lain pun teruja. Ada yang sampai beli kesemua perisa yang ada. Yela kan bukan senang nak dapat POP THE SODA ni.


Untuk pengetahuan korang, mereka menjalankan perniagaan secara MOBILE di mana tiada GERAI atau KIOSK yang tetap. Lebih kepada menjadi pembekal minuman dan terlibat dalam mana-mana karnival ataupun bazaar. *So kami telah kenal jenama ni di jualan bazar di Art Sphere ni.

Nak dijadikan cerita, kecoh kami di tempat kejadian dengan keenakan dan keunikan rasa POP THE SODA ni. Tetiba gerai yang sebelum ni *krik krik krik je penuh dengan orang termasuk peniaga-peniaga dari booth lain datang untuk membeli POP THE SODA ni hahahaha. *lawak pulak rasanya. Tak pasal-pasal habis stok POP THE SODA dia hahaha. Tapi MY sempat rembat perisa pisang sebelum meninggalkan stall tu huhu.

Pop The Soda Malaysia
Keterujaan dengan keunikan dan kesedapan rasa POP THE SODA ni

Korang pun harus mencubanya. Ia merupakan minuman soda yang pertama membuatkan hati MY gembira. ehehehehe. Jadi pilihan perisa laici dan pisang adalah favourite MY. *pergh hilang terus dahaga kekeringan tengkuk MY bila dapat minum POP THE SODA ni. *pergh meleleh habaq hang. Apa yang MY impikan, dapat rasa lagi tiga perisa POP THE SODA yang MY tak sempat rasa tu. *so ada yang nak taja My ker? eh huhu.

Jadi kalau korang nak tahu tentang mereka dan update terkini mereka boleh ke Facebook page popthesoda [klik] . Dan follow instagram diorang di popthesoda [klik] .

So, pada siapa-siapa pernah rasa dan akan rasa POP THE SODA ni, jangan lupa upload foto korang di instagram dan #popthesoda .

Ha tengok sini blogger Abam Pojie kau pun dah minum, *teruja katanya hahhaa.


Share:

AUSSINO Stock Clearance | Discount Up To 80 %

Aussino
Aussino
AUSSINO Jualan Penghabisan Stok | Discount Up To 80 % | 25-27 April 2014 merupakan tarikh istimewa buat semua peminat barangan berjenama AUSSINO. Mana taknya, mereka akan membuat kejutan yang cukup besar dengan mengadakan jualan penghabisan stok. Ia dikatakan akan mencecah sehingga 80% discount. * wah kena sangat la dengan tarikh kan. gaji baru masuk hehe.

Aussino is a USA brand originating from Australia. We are a leading international retailer and wholesaler of home fashion textiles with a global presence in more than 30 countries with over 8000 retail outlets and point of sales worldwide _AUSSINO

Aussino

Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk shopping cadar baru untuk Raya tak lama lagi. hehe * eh firstime dengar pasal cadar raya kan, sebelum ni langsir raya je huhu.

Aussino
Aussino Brand
Jom tengok contoh-contoh koleksi yang AUSSINO [klik] ada. *mohon sediakan tisu untuk kesat air mata korang ekekeke

Aussino Loft
Aussino Primo
Tapi jangan lupa pulak tentang Largest Clothes Buffet [klik] yang mana juga berlangsung pada hari dan  tempat yang sama. *wah comfirm meriah habis. So apa lagi lock your date now.

Share:

TERATAK RIVERVIEW RESORT | TEMPAT REKRIASI 2 NEGERI

TERATAK RIVERVIEW RESORT
Teratak Riverview Resort
TERATAK RIVERVIEW RESORT | TEMPAT REKRIASI 2 NEGERI | Kepada yang inginkan suasana percutian yang mendamaikan MY ada satu tempat menarik nak reccommand kan kat korang iaitu di TERATAK RIVERVIEW RESORT. Tempat ni MY pernah datang bersama Sahabat Media untuk trip Ulu Selangor.

Apa yang menariknya mengenai TERATAK RIVERVIEW RESORT ni, ia berada si sempadan 2 buah negeri iaitu negeri Perak dan Selangor.

TERATAK RIVERVIEW RESORT
ilustrasi kawasan Teratak Riverview resort
Bermula dari tahun 2008 sehingga kini, Teratak Bernam Riverview semakin berkembang dan maju. Kini, TERATAK RIVERVIEW RESORT menggunakan alternatif tenaga solar untuk menjana kuasa eletrik untuk kegunaan seluruh kawasan resort.

TERATAK RIVERVIEW RESORT
kenderaan khas disediakan untuk ke Teratak Riverview Resort - foto kisahtatie
Memandangkan lokasi TERATAK RIVERVIEW RESORT berada jauh ke dalam kawasan hutan, kenderaan khas seperti pick up disediakan untuk mengangkut pengunjung yang datang dengan menggunakan bas. Bagi mereka yang berkenderaan sendiri boleh terus masuk kerana laluan ini tidak muat untuk laluan bas.

TERATAK RIVERVIEW RESORT
Santai bersama Sahabat Media
KEMUDAHAN DI TERATAK RIVERVIEWTERATAK RIVERVIEW RESORT menyediakan 18 chalet berserta bilik air. Setiap unit adalah sesuai untuk 5 orang. Chalet ini terletak di sebelah kawasan Selangor.

TERATAK RIVERVIEW RESORT
Chalet yang tersedia - foto virtual malaysia
TERATAK RIVERVIEW RESORT
Permandangan dari chalet yang kami duduk - foto virtual malaysia
Mereka juga mempunyai beberapa jenis asrama dan kawasan untuk perkhemahan. Rujuk website teratakriverview [klik] untuk info lebih lanjut.


AKTIVITI-AKTIVITI DI TERATAK RIVERVIEW | Ini merupakan antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disini. Seperti Tubing, flying fox, abssiling, 4x4 water river crossing , Jungle treking / night walk dan macam-macam lagi.

Tubing/ Water Confident

TERATAK RIVERVIEW RESORT
Kelengkapan keselamatan untuk aktiviti air - foto kisahtatie
TERATAK RIVERVIEW RESORT
Tubing/ Water Confident


Flying Fox


TERATAK RIVERVIEW RESORT
Persediaan sebelum terbang
TERATAK RIVERVIEW RESORT
Flying Fox


4x4 water river crossing


TERATAK RIVERVIEW RESORT
alami situasi cemas menaiki 4x4 untuk menyeberangi sungai - foto kisahtatie
TERATAK RIVERVIEW RESORT
bersama barisan artis dan media

TERATAK RIVERVIEW RESORT
Chacha Maembong, Melia Aimielia, Rayndra Putra (kump VIP) dan
Iqwal 
- foto kisahtatie
Diorang juga turut serta bersama kami di sini.

Siap nak balik - foto kisahtatie
Okay semua dah enjoy, segala aktiviti dah setel jom balik. Kami dah datang, korang pulak bila lagi kan.

Jadi kalau teringin ke sini korang boleh cuba contact mereka di sini:

Hakim : 0135335033
Hanah : 0195115033

atau email :
teratakriverview@yahoo.com

website:

Share:

Review FILEM SNIPER | Filem MIG Bergenre Aksi

Poster FILEM SNIPER

Review FILEM SNIPER | Filem MIG Bergenre Aksi | Dah lama rasanya tak menonton filem aksi Melayu. Semalam berkesempatan memenuhi undangan dari MIG untuk pra tonton Filem terbaru mereka dibawah arahan Piere Andre . Filem ini merupakan filem ke-2 bergenre aksi yang di arah oleh beliau. FILEM SNIPER ini juga merupakan filem ke 91 terbitan MIG.

Review FILEM SNIPER
Barisan pelakon Sniper
Melalui FILEM SNIPER ini, mereka cuba menampilkan bakat baru iaitu Fadlan Hazim, Pablo Amirul, Mikail Andre dan Nina Iskandar. Turut menjayakan FILEM SNIPER ini, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.

Review FILEM SNIPER
Pablo Amirul sebagai Jim
SINOPSIS FILEM SNIPER | Ahmad (Mikail Andre) merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri. Rafi (Fadlan Hazim) pula merupakan seorang atlet penembak tepat yang telah diculik untuk satu permainan. Mereka berdua ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang diciptakan oleh seseorang yang tidak dikenali. Jim (Pablo Amirul) juga terpererangkap di dalam permainan tersebut dan secara tidak langsung telah mengakibatkan permainan itu lebih mencabar kerana tiada seorang pun yang tahu siapa dalang disebalik permainan ini. Harlina (Nina Iskandar) mengetahui yang tunangnya, Rafi telah diculik untuk permainan itu. Dia kemudiannya panik dan risau mengenai kejadian itu. Berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing. Dalam kemelut tersebut, Harlina pula telah diculik untuk dijadikan tebusan dalam permainan ini.


" Aku nak kau bunuh aku, atau Aku bunuh kau "
-------------------------------------------------------

★★★ | Bagi pendapat MY, walaupun jalan cerita yang simple, permainan watak adalah sangat penting. Dari awal MY dah boleh nilai dengan penampilan pelakon Fadlan Azim dalam filem ini, seakan ada sesuatu yang tak kena *hurmm mungkin masih baru. Tetapi bagi watak yang dipegang oleh Mikael Andre dan  Pabro Amirul bagi MY sangat-sangat perfect.

Review FILEM SNIPER
Blogger yang hadir - foto ayuejean [klik]
Keseluruhan FILEM SNIPER ini bagi pendapat MY boleh diperbaiki dengan mengolah jalan cerita supaya lebih menarik dan tidak terlalu tergantung. Aksi lagak ngeri juga perlu di kaji semula untuk mendapat impak yang lebih mendalam kepada filem ini. MY berharap pada filem yang akan datang ada lebih lagi menarik dan pemilihan pelakon juga perlu di buat dengan betol.

Apapon terima kasih kepada pihak MIG kerana memberi peluang kepada MY untuk pra tonton FILEM SNIPER. Semoga MIG terus sukses dan terus menghasilkan filem-filem terbaik untuk rakyat Malaysia khususnya.

Review FILEM SNIPER
Geng KBBA - foto ayuejean [klik]

Kepada penggemar filem aksi, FILEM SNIPER akan mula ditayangkan dipawagam pada 24 April 2014.

" Nyawa atau Nyawa "


Share:

Tandas Di SUNWAY PYRAMID MALL | Terkilan Tandas Tiada Paip


Sunway Pyramid
Sunway Pyramid - foto healthtravelexpo.com
Tandas Di SUNWAY PYRAMID MALL | Terkilan Tandas Tiada Paip | Siapa yang tak teruja bila melihat rekabentuk bangunan yang begitu gah dengan konsep yang diilhamkan dari Pyramid Mesir . Ianya memang terbukti hebat bukan sekadar di luaran sahaja, tetapi rekabentuk dalamannya juga memang sangat mengujakan pengunjung.

Salah satu daripada ciri-ciri rekabentuk yang paling mudah dicam ialah bentuk piramid berilhamkan Mesir purba dengan patung singa besar yang "menjaga" di pintu masuk. Keseluruhan bangunan dihiasi gaya monumen, dilengkapi dengan hieroglif palsu yang menghiasi muka bangunan, disertakan patung dan ukiran berupa firaun dan rakyat Mesir purba_ wikipedia [klik]

Shopping Mall yang sangat besar. "Its gross floor area of are totals 4,276,945 square feet (396,000 m²)"

*kalau ke sini jangan lupa untuk snap gambar no parking anda kat tiang, takut-takut nanti tak jumpa tempat parking bila balik nanti huhu

Apa yang mengujakan lagi adalah rekabentuk tandas di SUNWAY PYRAMID MALL nie. Sekali pandang dah macam saloon rambut pun ada. *huh memang cantik habaq hang.

Tandas Sunway Pyramid
Tandas di Sunway Pyramid
Cantik dan bersih, tandas di sini. Yang penting tandas di sini masuk tak perlu bayar. *sempat snap beberapa pic, nasib baik xde orang dalam tandas.

Tandas Sunway Pyramid
Tandas di Sunway Pyramid
Tapi cuma sikit terkilan, bila tahu yang tandas di SUNWAY PYRAMID MALL ni tak ada paip. huhu. *hurmm camne ambe nak basuh dek oii. main target-target plak dia, ingat kita ni penembak tepat ker? ekkeke

Mungkin perkara sebegini hanya dipandang remeh oleh sesetengah pihak, namun kita harus ingat bahawa Malaysia adalah negara yang agama rasminya adalah agama Islam yang menuntut kebersihan diri. MY berharap semua pihak terutama para pemilik bangunan agar lebih peka terhadap keperluan masyarakat Islam yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. 


Share:

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN | Afgan Diserbu Peminat

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
AFGAN di Malam SECRETARIES WEEK@PICC - foto PICC
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC | Afgan Diserbu Peminat | Tergesa-gesa selepas balik kerja kerana nak bersiap untuk ke Putra International Convention Center (PICC). *untuk apa ya? Malam nie dinner bersama para-para setiausaha di majlis Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC . Malam ni juga akan menampilkan AFGAN iaitu penyanyi muda dari seberang Indonesia.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Sapphire Table RM888 [klik]
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)Bermula pada tahun ini iaitu 2014, PICC telah mengambil peluang untuk mengadakan jamuan makan malam untuk meraikan Minggu Setiausaha 2014. Program ini adalah salah satu usaha berterusan PICC untuk menjadikan fasiliti dan lokasi mereka lebih aktif, bernilai komersial serta kompetetif. Acara ini juga dikatakan telah mendapat kerjasama dari Perbadanan Putrajaya.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
foto PICC
Dengan kemudahan bertaraf antarabangsa yang mereka ada,ia akan menjadikan PICC sebagi sebuah lokasi acara yang menjanjikan sesuatu kelainan dan kemeriahan yang terbaik. *jom jalan-jalan kat PICC



Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Noryn Aziz foto Todak Merah
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICCPersembahan malam semalam telah dibuka dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi, Noryn Aziz iaitu artis jemputan 'live' pada malam ini. Beliau telah menyampaikan 5 buah lagu untuk penonton yang hadir.

Lima buah lagu tersebut adalah Natural Woman, Medley (Rolling In The Deep dan Set Fire To The Rain), Tinta Putih, Cinta Sejati dan Medley ( Happy dan You To Me Are Everything). 

Penyanyi yang pernah memenangi 3 butir pingat emas di ‘World Championships of Performing Arts 2008’ (WCOPA)  di Los Angeles, Amerika Syarikat ini sangat hebat dan telah memukau penonton walaupun dia kini sedang hamil 4 bulan. *bawa handbag katanya. eh huhu.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Noryn Aziz bersama peminat foto Todak Merah
Majlis yang diacarakan oleh Kuah Jenhan itu juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah buat para hadirin. *ok fine.. nampaknya tak ada rezeki MY malam ni.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Afgan foto Todak Merah
Kemunculan AFGAN pada malam itu memang sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya. Malah ada diantara peminat fanatiknya sanggup untuk datang dari jauh semata-mata untuk bersemuka dengan artis hebat itu.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
peminat mengambil peluang untuk berselfie dengan Afgan foto Todak Merah
Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Layanan Afgan kepada peminat ketika menyampaikan lagu foto Todak Merah
Di awal kemunculan AFGAN di atas pentas telah menunjukkan satu aura yang sangat luar biasa, apabila peminat-peminat beliau mula meninggalkan meja makan dan ke hadapan pentas. Ada yang mengambil peluang untuk naik ke atas pentas dan bergambar bersama AFGAN walaupun ketika masih beliau sedang menyanyi.

Malah ada peminat yang mengambil peluang mencium pipi AFGAN selepas bergambar. *huh berpeluh-peluh, haha. fanatik..fanatik.


Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Afgan bersama kak Sofie foto Todak Merah
Pada malam itu AFGAN telah muncul dengan lima buah lagu iaitu seperti Pesan Cinta, Jodoh, Panah Asmara, Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
MY bersama Afgan foto Todak Merah
*eh menyempat kan. hahahha. Bila dia dok pusing-pusing dekat meja makan tu, apa lagi bangun mintak ambik gambar la kan. Nak jumupa AFGAN ni entah bila lagi. Satu shoot pun dah ok untuk dijadikan kenang kenangan kat Majlis Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC ni. *krik krik krik kepada peminat-peminat dia kat luar sana mohon ambik tisu kesat air mata kejelousan . eh ahahha.

Makan Malam SECRETARIES WEEK@PICC Bersama AFGAN
Sesi Autograf foto PICC
Bila dah selesai semua, sesi ambil autograf pulak kan. *MY tak ambik pun, bagi peluang kat peminat-peminat dia yang lain

Artikel Berkaitan : 


Share:

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan | Destinasi Percutian Keluarga

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Mendekati Alam Semulajadi - kredit foto FarmInTheCityMalaysia
FARM IN THE CITY, Seri Kembangan | Destinasi Percutian Keluarga | Beriadah dihujung minggu bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan. *tak tahu nak pergi mana? Okay, destinasi yang MY nak kongsikan dengan korang kali ni adalah destinasi percutian keluarga. *tapi tak bermakna yang tak ada keluarga tak boleh pergi. Korang nak pergi alone pun boleh hehe.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
pintu masuk Farm In The City
*dimana ya? Ha di tengah-tengah kesesakan kota raya. Di FARM IN THE CITY, Sri Kembangan .  *Ha korang jangan terkejut.


FARM IN THE CITY adalah satu konsep unik yang telah menggabungkan unsur-unsur hidupan liar dan alam semula jadi yang ditetapkan dalam persekitaran sebuah taman pemuliharaan. Direka untuk menyerupai suasana sebenar Kampung di Malaysia dan memberi peluang kepada golongan muda dan tua untuk mendekati dengan haiwan dan tumbuhan yang kebanyakannya kita hanya mengenalinya melalui TV atau buku.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
kaunter tiket
Berikut merupakan harga tiket yang dikenakan kepada pengunjung.
FARM IN THE CITY, Seri Kembangan

Kalau tak silap MY, diorang juga ada menyediakan tiket untuk pakage keluarga. *tapi kena double check balik huhu

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
taq yang perlu dipakai sebagai tiket untuk masuk
Kalau dah beli tiket tu, korang akan dapat taq nie. So, kena pakai kat tangan. *kalau nak pakai kat leher dikhuatiri tak muat ahhaha.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Ramai pengunjung yang datang
FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
persembahan dari burung-burung yang terlatih
Di sini juga ada show dari haiwan-haiwan terlatih seperti burung kakak tua. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bercakap dan macam-macam lagi. *huh diva semua

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Kemain dia posing
Pengunjung juga boleh memberi makan, sentuh dan bermain dengan lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dalam jarak dekat. *serius semua haiwan-haiwan kat sini tersangat lah comel.. eiii geram nak cubit-cubit pipi.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Burung-burung yang jinak - kredit foto www.fauziaryaan.com
Kelebihan di FARM IN THE CITY  ini adalah kerana ianya berkonsepkan zoo bebas sangkar, semua binatang yang ada dibenarkan untuk berkeliaran bebas di dalam kandang khas yang juga merupakan tempat laluan pengunjung. *wah memang menyeronokkan.
FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Haiwan yang mesra dengan kanak-kanak - kredit foto www.benashaari.com
Menangkap ikan merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik pengunjung ke sini especially kanak-kanak. *memang meriah betol bila tengok kanak-kanak menangkap ikan. Tetiba teringat zaman-zaman kecil kat kampung culu. huhu

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
aktiviti tangkap ikan - kredit foto www.benashaari.com
Untuk pengetahuan korang  FARM IN THE CITY  ini terletak di atas tanah yang berukuran tujuh ekar,  FARM IN THE CITY  ini ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang akan menyediakan pelbagai jenis pengalaman untuk pengunjung. 

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Tasik yang dipenuhi dengan haiwan-haiwan yang comel -  kredit foto FarmInTheCityMalaysia
Get Up Close and Personal di Turtle & Tortoise Farm, Reptiles Cavern, Bird Aviary, Savannah, Vegetable & Fruits Farm, Pet Village, Mood's Lake, Jungle Walk, Butterfly Garden, Exhibition Hall, Pelican Quay dan lain-lain lagi. *wowo, korang kena datang dan rasainya sendiri.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
World's Smallest Species of Fox - kredit foto FarmInTheCityMalaysia
Antara haiwan yang jarang untuk kita temui disini, seperti musang ni. * wah so cute. Ada banyak lagi spesies, sepeti kanggaroo dan kambing yang di import khas dari Sri Langka. *ha teruja tak? kalau nak tengok jom datang beramai-ramai ke  FARM IN THE CITY .

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Ular sawa yang boleh disentuh dan dipegang
Kemudahan seperti kedai cenderamata, tandas dan restoran ada disediakan untuk para pengunjung.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Kemudahan yang tersedia.
Selain daripada pengalaman santai yang menyeronokkan, FARM IN THE CITY juga ada melaksanakan pelbagai program pendidikan yang mengsasarkan kepada pengunjung dari semua peringkat umur yang berpusat di sekitar tema pemuliharaan dan pemeliharaan ini. Ia adalah sebahagian daripada wawasan untuk memberitahu dan mendidik orang ramai mengenai habitat, kelakuan dan taburan geografi haiwan dalam landskap global.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan
Bersama sahabat blogger 
Terima kasih kepada pihak FARM IN THE CITY dan Virtual Malaysia [klik] kerana sudi menjemput MY untuk destinasi kali ni.

----------------------------------------------------------------------------------
Description:

Farm in the City (FITC) is an unique concept that combines the elements of wildlife and nature set in a designed environment of a conservation park.
FITC plans to become a focal point for tourism in the state by providing educational and entertaining insights into the lifestyle and setting of a Malaysian village, fruit orchard and farm with its natural plants and wildlife
It is within the FITC's aim to be more than just a public farm and petting zoo. FITC have plans to execute various educational programs targeted at school-children and people of all ages on the themes of conservation and preservation.
FITC is a park that is COMPLETELY FREE OF CAGES. All animals are allowed to roam free in special enclosures which mimic as closely as possible to their natural habitat.

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Facebook page mereka di Farm In The City 城の农场 [klik] .

Jadi, jika korang datang berkunjung disini jangan lupa kongsikan gambar korang di instagram dan #farminthecity


Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive