travel, food and lifestyle blog

Sunday, April 13, 2014

TEMERLOH | Bandar Ikan Patin

TEMERLOH | Bandar Ikan Patin

TEMERLOH | BANDAR IKAN PATIN | Masih teringat lagi buat kali pertamanya menjejakan kaki di bumi Temerloh ketika wa menjalani latihan industri di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur. Lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh memberi pengenalan awal buat wa tentang keistimewaan bumi Temerloh.

*Apa yang orang cari agaknya di Temerloh nie? Apa yang biasa orang luar cuba kaitkan dengan Temerloh nie?

Temerloh adalah sebuah bandar yang terletak ditengah-tengah negara kita Malaysia. Temerloh memang terkenal dengan sinonim ikan patin-nya sejak dulu lagi. Bagi mereka yang baru berkunjung ke Temerloh atau pun dalam perjalanan ke Kuantan atau Ke Kuala Lumpur, jangan ketinggalan menikmati keenakan masakan patin tempoyak yang begitu terkenal disekitar bandar Temerloh. Terdapat beberapa buah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba waktu sarapan tengahari. Terdapat beberapa buah gerai di sepanjang tepi Sungai Pahang berhampiran Petronas dan ada juga beberapa buah restoran yang menyajikan masakan ikan patin tempoyak di tengah bandar Temerloh. Dengan harganya yang berpatutan dan dengan keenakan rasa masakan kampungnya menjadikan Temerloh sebuah pusat tumpuan masyarakat tempatan dan juga pengunjung asing untuk mendapatkan sajian asam pedas ikan patin.

TEMERLOH | Bandar Ikan Patin
Pekerja kedai sedang menyediakan Ikan Pain Tempoyak untuk hidagan pengunjung

Ya tak lain tak bukan sudah semestinya keenakan masakan IKAN PATIN tempoyak yang ada di sini. Pergh begitu special dan murah kalau pandai memilih tempat. 

TEMERLOH | Bandar Ikan Patin
Ikan Patin Tempoyak ,tambah pulak budu dan ulaman pergh meleleh

Rasa rindu akan keenakan masakan IKAN PATIN tempoyak nya membawa wa sekali lagi ke Temerloh ni. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh mengambil masa dalam 1jam 30 minit lebih tidak terasa kerana perasaan tak sabar-sabar untuk menjamu selera  IKAN PATIN tempoyak yang * pergh terbaik habaq hang

TEMERLOH | Bandar Ikan Patin
Nah sekor satu, alang-alang dah datang jauh makan biar puas kan

Agak-agak bahagian badan IKAN PATIN mana menjadi pilihan utama pengunjung? Kalau orang tua-tua kata bahagian kepala IKAN PATIN la kan. *dah kenapa pulak bahagian kepala jadi pilihan, ada isi ker? Tapi memang betol la, bahagian kepala ikan patin ni istimewa. Tambah pula di bahagian bawah dekat perut tu *Pergh.. menggigil kalau dapat . Ouch.

TEMERLOH | Bandar Ikan Patin

Korang patut ke Temerloh dan rasai sendiri keenakan masakan patin tempoyak di sana. Tapi kena pandai cari tempat lah. Terdapat beberapa buah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba waktu sarapan tengahari. Terdapat beberapa buah gerai di sepanjang tepi Sungai Pahang berhampiran Petronas dan ada juga beberapa buah restoran yang menyajikan masakan IKAN PATIN tempoyak. Kedai yang basa wa singgah untuk makan IKAN PATIN ni harganya memang murah. Hanya RM 10.00 untuk bahagian kepala dan ekor. Biasanya kalau di tempat lain lebih mahal dari tu, tambah pula bahagian kepala.

Kalau nak selamat cari kedai yang ramai orang. Tu cara terbaik untuk mendapatkan tekaan awal tentang kesedapan masakan gerai tersebut. Kalau tak nak beratur panjang dan makan kat atas lantai elakkan pergi ketika waktu lunch office hour. Pergh beratur sampai ke luar keda la jawab dia . hahha.

Jadi kalau nak balik tu boleh la oder bungkus IKAN PATIN, boleh la bawak balik kat yang tersayang ker, bar dia rasa sikit macamana keenakan masakan patin tempoyak di Temerloh nie. eh ahahah.


Share:

11 comments:

  1. baru je buat masak tempoyak ikan patin tengahari tadi.. cik suami nak makan. tapi tidaklah sesedap masak tempoyak ikan patin dari temerloh ni :)

    ReplyDelete
  2. Dr Kuching ke Temerloh panjang citer ... :S

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing. nmpk gmbr maknn tu mmg mcm best jer... lapar...

    ReplyDelete
  4. Lauk macam nie makan dengan ulam memang best.....

    ReplyDelete
  5. Haaa, kedai ni la yang hubby kak fiza terngigau ngigau tu :p sedapp

    ReplyDelete
  6. Alahaiiii...sakit2 ni tengok gulai ikan patin tu jadi teringin le pulak..huhuhu

    Nampak sedap je...

    ReplyDelete
  7. oih baca ni tgh2 mlm, skrg aku lapar sudah! hahaah

    ReplyDelete
  8. ala.. ceq xmakan tempoyak :D
    singgah sini.. moga tuan blog ni dimurahkan rezekii.. aamiiin

    ReplyDelete
  9. Untunglah bagi yang suka makan ikan. Masakan tempoyak ikan patin sukar dilepaskan.

    ReplyDelete
  10. Untunglah bagi mereka yang gemar makan ikan.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive