Wednesday, April 02, 2014

Rasai Keindahan Putrajaya Sambil Makan Malam Buffet BBQ di PICC | Garden BBQ@PICC


Garden BBQ@PICC - kredit foto PICC
Rasai Keindahan Putrajaya Sambil Makan Malam Buffet BBQ di PICC | Garden BBQ@PICC | Kali ni, MY berkesempatan untuk dinner di Putrajaya International Convention Center atau lebih dikenali sebagai PICC.*wah grand kan! tapi sejak bila pulak PICC ni dibuka untuk orang ramai?Itu salah satu soalan cepumas yang orang akan tanya. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni PICC sudah dibuka untuk umum. Banyak lagi yang menarik dari pihak PICC bakal di anjurkan untuk kita. Salah satunya adalah makan malam yang berkonsepkan Garden BBQ@PICC nie.

Dekorasi meja untuk pengunjung Garden BBQ@PICC
-kredit foto FizaFantagiro
Jangan risau untuk mereka yang inginkan privasi. Meja yang disediakan untuk pengunjung ada dalam berbagai jenis, dari jenis meja couple hinggalah jenis meja mesra keluarga. *nak bawa satu bas pom boleh hahahah Jadi bolehlah bawa yang tersayang untuk menikmati hidangan berkonsepkan Buffet BBQ yang hebat, disamping menikmati keindahan kota bercahaya Putrajaya ni dari PICC.

Suasana Garden Buffet BBQ@PICC- kredit foto PICC
*Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Bagi MY, pemandangan dari sudut ini adalah sangat cantik .*tersangat cantik. Itulah rasanya kelebihan yang anda boleh dapat  di PICC ni. Bandar yang bercahaya, bandar Putrajaya yang sangat cantik.

Chef yang terlibat- kredit foto PICC
Untuk Garden BBQ@PICC ni, makanan yang disediakan adalah sangat-sangat best. *Apalah BBQ kalau tidak dengan kambing goleknya?. Jadi kambing golek menjadi tumpuan utama disini.

CEO PICC bersama-sama chef - kredit foto PICC
*ha bukan kambing je ada dek non oii. Disamping menu kambing panggang tu, menu bbq seperti daging lembu, ayam, udang, dan ikan dori pun ada. *woah first time MY menjamah daging ikan dori nie. Not bad, menambah-nambah dibuatnya, especially kat udang bakar tu huhu.

Keterujaan MY tengok udang fresh-fresh-kredit foto FizaFantagiro
Makanan yang disediakan disini bukan hanya yang berkonsepkan BBQ sahaja. Pihak PICC juga menyediakan makanan seperti nasi goreng, spageti dan pelbagai jenis pencuci mulut. *kelabu mata MY nak memilih yang mana satu untuk di makan huhu.

- kredit foto MahaMahu
Ha, ada lagi. Jangan give up nak scroll ke bawah hahaha. *saja nk bagi korang rasa lapar hahahha
- kredit foto MahaMahu
*amacam tergoda tak? tergoda letew. Ni baru sebahagian, ada banyak lagi menu istimewa yang ada. Kalau korang nak tahu kena datang sendiri. haha. *Ok dah dah Tak boleh share lebih-lebih. *nanti ada yang dok meroyan gigit skrin komputer nanti ekekekeke.

Muka semua bahagia kekenyangan- kredit foto GengLepak
*ok dah tiba masa nak bagitau detail Garden BBQ@PICC nieGarden BBQ @PICC ni hanya RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Untuk booking atau info lanjut, korang boleh Call +603 8887 6000. Garden BBQ@PICC ni hanya akan berlaku sehari dalam tempoh sebulan iaitu pada hari jumaat pada hujung bulan.

- kredit foto PICC
So bagi penggemar BBQ tu, save your date dan alami suasana hebat outdoor BBQ bersama keluarga mahupun insan tersayang di Garden PICC.

CEO PICC dan barisan chef bersama Geng Blogger yang hadir 
- kredit foto PICC
Jadi kalau dah ke sana jangan lupa upload gambar makanan korang banyak-banyak dan hashtaq #bbqpicc . *jom sama-sama kita memeriahkannya. Kami dah merasainya, *korang bila lagi? untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai event yang akan berlansung di PICC korang bolehlah follow facebook mereka di www.facebook.com/piccmalaysia [klik] .

Terima kasih kepada pihak PICC especially En. Feroz dan Kumari, kerana sudi menjemput kami untuk food review Garden BBQ@PICC nie.

*Pihak PICC juga ada menerima tempahan untuk sesiapa yang ingin membuat private party


8 comments:

  1. Pergh!!! Sedapnya makanan-makanan kat sini

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,tengok ni,sekarang hang lagi dan semakin up to date pasal photography,gambar pon dah makin cun.hehe

    ReplyDelete
  3. Sronok, kalau dpt santai dan isi pereut dgn makanan mcm ni ;)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...MY,

    sedap2 hidangan di sini.. terus rasa lapar...x patut2 , mselim3 ambik bau aje...hehehe. Insaallah MY kalau ader jodoh berjumpa boleh belanja makan...pape terima kasih suka2 ayat memuji Allah .. "Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi."

    mselim3

    pls: mselim3 kalau visit blog nie .. suka tgk makan yg sedap2 blog nie...

    ReplyDelete
  5. Wah terboik gambar didalam entri. Terasa seperti berada disana.

    ReplyDelete
  6. wahh, baca entry adi, kak fiza baru semangat nk update .sobss :)

    ReplyDelete
  7. waaa, baca entry adi, baru kak fiza bersemangat nak update!

    ReplyDelete
  8. jom singgah ke portal hiburan terbaru ---> http://syokbah.com

    ReplyDelete

Created By Sora Templates