travel, food and lifestyle blog

Wednesday, April 23, 2014

Review FILEM SNIPER | Filem MIG Bergenre Aksi

Poster FILEM SNIPER

Review FILEM SNIPER | Filem MIG Bergenre Aksi | Dah lama rasanya tak menonton filem aksi Melayu. Semalam berkesempatan memenuhi undangan dari MIG untuk pra tonton Filem terbaru mereka dibawah arahan Piere Andre . Filem ini merupakan filem ke-2 bergenre aksi yang di arah oleh beliau. FILEM SNIPER ini juga merupakan filem ke 91 terbitan MIG.

Review FILEM SNIPER
Barisan pelakon Sniper
Melalui FILEM SNIPER ini, mereka cuba menampilkan bakat baru iaitu Fadlan Hazim, Pablo Amirul, Mikail Andre dan Nina Iskandar. Turut menjayakan FILEM SNIPER ini, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.

Review FILEM SNIPER
Pablo Amirul sebagai Jim
SINOPSIS FILEM SNIPER | Ahmad (Mikail Andre) merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri. Rafi (Fadlan Hazim) pula merupakan seorang atlet penembak tepat yang telah diculik untuk satu permainan. Mereka berdua ditemukan dalam sebuah permainan pembunuhan yang diciptakan oleh seseorang yang tidak dikenali. Jim (Pablo Amirul) juga terpererangkap di dalam permainan tersebut dan secara tidak langsung telah mengakibatkan permainan itu lebih mencabar kerana tiada seorang pun yang tahu siapa dalang disebalik permainan ini. Harlina (Nina Iskandar) mengetahui yang tunangnya, Rafi telah diculik untuk permainan itu. Dia kemudiannya panik dan risau mengenai kejadian itu. Berbekalkan sniper dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing. Dalam kemelut tersebut, Harlina pula telah diculik untuk dijadikan tebusan dalam permainan ini.


" Aku nak kau bunuh aku, atau Aku bunuh kau "
-------------------------------------------------------

★★★ | Bagi pendapat MY, walaupun jalan cerita yang simple, permainan watak adalah sangat penting. Dari awal MY dah boleh nilai dengan penampilan pelakon Fadlan Azim dalam filem ini, seakan ada sesuatu yang tak kena *hurmm mungkin masih baru. Tetapi bagi watak yang dipegang oleh Mikael Andre dan  Pabro Amirul bagi MY sangat-sangat perfect.

Review FILEM SNIPER
Blogger yang hadir - foto ayuejean [klik]
Keseluruhan FILEM SNIPER ini bagi pendapat MY boleh diperbaiki dengan mengolah jalan cerita supaya lebih menarik dan tidak terlalu tergantung. Aksi lagak ngeri juga perlu di kaji semula untuk mendapat impak yang lebih mendalam kepada filem ini. MY berharap pada filem yang akan datang ada lebih lagi menarik dan pemilihan pelakon juga perlu di buat dengan betol.

Apapon terima kasih kepada pihak MIG kerana memberi peluang kepada MY untuk pra tonton FILEM SNIPER. Semoga MIG terus sukses dan terus menghasilkan filem-filem terbaik untuk rakyat Malaysia khususnya.

Review FILEM SNIPER
Geng KBBA - foto ayuejean [klik]

Kepada penggemar filem aksi, FILEM SNIPER akan mula ditayangkan dipawagam pada 24 April 2014.

" Nyawa atau Nyawa "


Share:

6 comments:


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive