travel, food and lifestyle blog

Followers

Lagu PENCURI Mark Adam Versi English | MARK ADAM - Thief / Pencuri


Lagu PENCURI Mark Adam Versi English | MARK ADAM - Thief / Pencuri | Jom layan lagu PENCURI dari Mark Adam Versi English. Terbaiklah. kalau ada sapa-sapa ada lirik Lagu PENCURI ni dalam bahasa English ni leh la share ngn MY. tq






Share:

School On The Wall | Street Art Laman Seni Shah Alam


Street Art Laman Seni Shah Alam

School On The Wall | Street Art Laman Seni Shah Alam | Teringin ke sekolah kembali? *kalaulah boleh kan!  Eh boleh la.. siapa kata tak bileh? kalau teringin jom ikut kami. Ha tengok sini. *Ikut ke mana ya? Street Art Laman Seni Seksyen 2, Shah Alam *Jangan risau tiada yuran kemasukan. free of charge.Hehehhe

Street Art Laman Seni Shah Alam

Okeyh ni dah kenapa belum bunyi loceng masuk kelas dah kena denda? Hahahahaha. *agaknya paling nakal la kot hehehehe.

Street Art Laman Seni Shah Alam

Ha yang ni pulak kenapa? Dia pengawas perpustakaan *psss baju biru ekekeke. Kesdalahan berat salah guna kuasa hahaha. Curi surat khabar library buat balut buku sekolah hahaha. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Street Art Laman Seni Shah Alam

Oiii kasut sapa nie? *patut la bau seadanya je dalam kelas nie. Nasib baik kelas takda dinding dan bumbungkan. Kalau tak dah meruap hahahha.

Street Art Laman Seni Shah Alam

Okeyh cikgu mesyuarat, yeay. *apa lagi main la. Kelebihan bila ketua kelas adalah paling nakal. Maka dia akan mendidik anak buahnya ke arah lebih aktiv ahhaaha. *matilah kena keji.

Street Art Laman Seni Shah Alam

Eh eh ada penampakan disitu. 

Street Art Laman Seni Shah Alam

*Kringggggggggggggggggggggggg.. Okeyh loceng dah bunyi. Jom balik. *tang tang tun gedebush (baling bag kat bucu bilik)


Street Art Laman Seni Shah Alam

Eh eh siapa diorang nie? Lorh geng-geng pembuli  sekolah merangkap kak yong dan ayahnda kawasan eh hahahah.


Street Art Laman Seni Shah Alam

So apa tunggu lagi? kami dah sampai, korang bila lagi? Bila ke sini memang menggamit memori silam. Memori zaman budak-budak dulu. Budak-budak yang masih belum matang huhu. Kalau nak datang jangan lupa pakai uniform sekolah tau. Kami takpe akak dan abang kawasan kat sini. ekekekke.

Foto ehsan www.dikbee.com [klik]



Share:

Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY


Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY | Sangat teruja bila dapat menjejakkakn kaki ke tempat yang sangat bersejarah seperti  VICTORIA BRIDGE di Kuala Kangsar [klik]. .

Jambatan atau lebih dikenali sebagai  VICTORIA BRIDGE ini adalah antara landasan kereta api atas jambatan yang  tertua di Malaysia (Tanah Melayu di ketika itu). Mula digunakan semenjak 1900 semasa perlombongan bijih timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan servisnya pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada keretapi yang lebih moden yang mana landasannya hanya terletak bersebelahannya sahaja. Bagaimanapun senibinanya masih utuh hasil rekaan juruteranya W.Fryer, divisional Engineer and C.R. Hanson.


VICTORIA BRIDGE ini menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini pada suatu ketika dahulu *sila google untuk lihat laluan keretapi baru. Walaupun sudah tidak digunakan lagi, tetapi strukturnya masih kuat dan kukuh. Malah VICTORIA BRIDGE masih berfungsi penuh di mata lensa kaki fotografi.

Kedatangan kami untuk ke VICTORIA BRIDGE ini adalah untuk MAJLIS PERASMIAN ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY 1MALAYSIA CLEAN, 1MALAYSIA GREEN PROGRAM’.

Rombongan Railway Tourism disambut dengan meriah oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz bersama Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Setiap seorang daripada kami dipakaikan kain selempang batik dan sarong bagi mewujudkan suasana sebenar kampung zaman dahulu dan diiringi Paluan Kompang oleh Kumpulan Hadrah dan Kebudayaan DUN Chenderoh.

*kain selempang merupakan aset penting untuk penduduk kampung pada masa dahulu. Kerana ia merupakan sesuatu yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan harian orang kampung dahulu kala.

Acara yang berlangsung di Majlis ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY 1MALAYSIA CLEAN, 1MALAYSIA GREEN PROGRAM’ ini adalah seperti Memasang Bendera Malaysia di Victoria Bridge, Tiga (3) Das Tembakan oleh Wakil ‘Homeguard’ dan Gimik Menandatangani ‘Plug Victoria Bridge’.

Bunyi 3 das dentuman dari meriam yang di ulang setiap 15 minit sekali *pergh rasa nak gugur je jantung nie. Silap-silap boleh jatuh peranakan nie, eh kbai. hahahaha.

Gimik pelancaran juga tidak kurang menariknya dengan persembahan Tahun Melawat Malaysia 2014 , konvoi motor scrambler , absailing yang membawa bendera , formasi Homeguard dan banyak lagi. 

Sedikit informasi mengenai Home Guard:
Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung (bahasa Inggeris: Home Guard) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang memainkan peranan dalam mengawal keselamatan semasa keadaan darurat 1948 [klik] berlaku di Persekutuan Tanah Melayu [klik]. Mereka turut berkhidmat dengan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk mengekang pergerakan komunis, dan supaya segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis.Pasukan ini ditubuhkan British mengikut acuan Home Guard (United Kingdom) [klik].
Pasukan Pengawal Kampung ini dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia [klik] pada 1963-1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat.
Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei [klik] pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, Ikatan Relawan Rakyat [klik] (RELA) ditubuhkan.
wikipedia [klik]

Okay, orang ramai sangat, nak bergerak pun susah. So tunggu masa untuk makan. yeay. *psssttt dengar citer menu yang diorang nak hidang ni memang style kampung.

Ha ah ya, style kampung sangat kan. Duduk pun bersipuh. *dah macam anak gadis sunti di majlis peminangan dia je. eh kbai. hahaha . Masa ni, bukan kami je yang terlibat, ramai pelancong dari luar negara pun turut serta dengan kami. *baru diorang tau nak makan dengan tangan camne kan.

Kadang-kadang MY tergelak jugak tengok diorang makan dengan tangan. *kekok. sampai ke dalam hidung nasik hahah. Maklumla, diorang mana pernah makan nasi dengan tangan kan. Makan burger [klik] dengan tangan ada la.

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia [klik]. Negeri Perak [klik] terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh [klik], yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. _ wikipedia [klik]
Ikan Pekasam *wow my favourite. Habis dekat 2 pinggan kami makan huhu. Kalau korang nak tahu hebatnya ikan pekasam di perak nie, sehinggakan ia turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909.

Memang terbaiklah. Semua hidangan disaji dengan menggunakan pinggan putih yang bermotifkan bunga. *rare nie, biasa rumah-rumah lama kat kampung je ada. Ia bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kampung pada zaman-zaman dulu kala. * tradisi melayu asli katakan,truly asia.

So bagi mereka yang suka mengambil gambar tu, jangan lepaskan peluang anda untuk beraksi di sini. eh huhu. Tempat yang sangat strategik dan terbaik untuk hasilkan gambar yang meletop-letop.

Share:

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Tarikan utama di Homestay Kampung Beng
Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak | Pakej percutian menarik di Negeri Perak menawarkan percutian Homestay terbaik di negeri Perak dengan harga yang sangat berpatutan. *jadi kampung Beng adalah salah satu darinya. wow mesti cuba!!

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Pakej pelancongan Homestay Kampung Beng
Okay kami dah sampai ke Perkampungan Homestay Kampung Beng. Jauh dari kesesakan bandar dan kecelaruan kerja-kerja *yang mungkin boleh buat kita gila. Tanpa aircon, tanpa traffic jam, tanpa pizzahut delivery, tanpa tanpa dan tanpa lagi mungkin sesuatu pengalaman yang teringin korang lalui. *MY tak culture shock sangat sebab My pun berasal dari kampung. Dah terbiasa dengan semua nie. 

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Salam sebuah rumah tradisional yang dijadikan homestay di kampung Beng
Mandi air perigi pagi-pagi sebelum pergi sekolah tu dah menjadi makanan bagi MY . Bila tengok member-member dari bandar ni turut merasa pengalaman itu di Homestay Kampung Beng ni. * haha nak gelak pun ada. ekekekeke. Tapi MY pun mengigil-gigil jugak sebab *pergh beku beb. Air bukit habaq hang * kat kg MY air perigi tak sesejuk nie..ayarkkkk

Terletak kira-kira 23 kilometer dari Pekan Leng­gong atau lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuala Kangsar [klik], Homestay Kampung Beng antara perkampungan tradisional di pinggir Tasik Raban.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Menaiki bot menyusuri Tasik Raban 
Ia adalah gabu­ngan beberapa biji kampung iaitu Kampung Durian Lubuk, Beng Dalam, Kampung Dusun, kampung Sekolah, Kampung Durau dan Batu Ring. *kami berkampung di Kg Batu Ring selama 3 hari 2 malam

Untuk sampai ke kampung itu, kami perlu menyusuri tasik menggunakan bot tradisional kira-kira 15-20 minit dari Jeti Pengkalan Tasik Raban. *bukan speedbot, tapi bot yang boleh bawa anda bersiar-siar menikmati apa itu erti sebenar keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH SWT.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Boleh dikatakan setiap rumah yang ada di Kampung Beng mempunyai sampan mereka sendiri .
Pengunjung juga sebenarnya boleh menaiki kereta namun mengambil masa lama dan jalannya pula tidak begitu baik dan berbengkang-bengkok. 

Ketika di Homestay Kampung Beng ini, ketena­ngan dan suasana desa yang permai cukup mendamaikan kami. Ikatan persaudaraan antara penduduk kampung menjadikan anda sebahagian dari keluarga besar penduduk setempat. Suasana perkampungan Homestay Kampung Beng ini juga amatlah aman damai dari sebarang jenayah atau kecurian.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Pengalaman diorang masuk hutan untuk menjejaki air terjun hehe.
Meng­inap di Home­stay Kampung Beng ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan, antaranya menyusuri tasik dengan bot atau melihat keindahan alam semulajadi, melihat panorama saat matahari terbenam di celah Gunung Piah. Pengunjung juga boleh menikmati kesejukan air terjun di  bukit dan memancing.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Yeay mandi air terjun. Sejuk wooooooo
Mahu merasai sendiri kehidupan penduduk kampung yang kebanyakan mereka adalah penoreh getah? * inilah tempatnya

Jejaknya kaki kami ke Homestay Kampung Beng ini iaitu di Kampung Batu Ring membawa kami ke dunia realiti si penoreh getah sebenar. Hidup dikelilingi pokok-pokok getah yang banyak memberi bakti kepada penduduk tempatan.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Kelihatan kanak-kanak di Homestay Kampung Beng ini sedang bermain permainan tradisi gasing.
Pengunjung juga boleh bermain bersama anak-anak kecil di tanah lapang berhampiran dewan serba guna.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak
Makanan tradisi masyarakat setempat yang korang pun patut cuba.
Bila malam, hida­ngan ikan talapia bakar cicah air asam, ayam kampung goreng, ulaman kampung serta ikan pekasam cukup menyelerakan. * pergh selera pure 100% kampung. Inilah masa yang di tunggu-tunggu. Makan..makan..makan.. ahaks.

Secara kesimpulannya. * chewah ayat skema tu. Jom tengok video yang disediakan oleh  www.rambleandwander.com [klik]


Ok cerita punya cerita lupa pulak nak perkenalkan keluarga yang menjaga kami selama 3 hari 2 malam kat Homestay Kampung Beng ni. * tadaaaaaaaaaaaa


Bersama keluarga angkat
Ha amacam syok tak? Bagi yang dok tertanya-tanya mana kami nak pergi masa entry Percutian Keretapi [klik] kami lepas. Inilah jawapannya. Kami membawa diri ke Homestay Kampung Beng.

Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak

Boleh dikatakan banyak pengalaman baru MY timba melaui program Railway Tourism ke Homestay Kampung Beng ni. Mengkaji perbezaan dan persamaan adat yang mereka ada di sekitar negeri Perak , khususnya di daerah Lenggong nie. * wow, memang best giler. 

Akhir sekali selamat tinggal untuk Homestay Kampung Beng. Insyaallah jika umur panjang dan ada rezeki lagi untuk ke sini, *kita datang lagi.. yeay. Bye..bye

p/s : ok sekarang jom kita ke Victoria Bridge [klik]

Foto ehsan dari 

Share:

Kombinasi Lukisan dengan Objek dan Makanan | Lukisan Kreatif Victor Nunes



Kombinasi Lukisan dengan Objek dan Makanan | Lukisan Kreatif Victor Nunes | Lukisan yang sangat simple dan bersahaja, tetapi dapat menarik minat beribu orang di laman sosial Facebook untuk berkongsi dengan teman-teman mereka. 

Ia bukanlah satu lukisan yang biasa, hasil tangan dan idea kreatif Victor Nunes ini adalah lukisan dan gabungan kreativiti kombinasi bersama makanan dan objek di sekeliling kita. * wow tersangat menarik



Share:

Takut Nak Derma Darah | Pengsan Selepas Menderma Darah



Takut Nak Derma Darah | Pengsan Selepas Menderma Darah | Hari ni ada yang cuba mencuit hati MY, bila syok-syok dok check keyword kat mawardiyunus.com ni, ada stu keyword yang memang kelakar habis.


Hahahha. *takut bebeno nampaknya dia nak derma darah. Sampaikan cari cara nak pengsan masa derma darah  ekekeke. Mentang-mentang la semua ada di hujung jari kan. hahahaha. *tak habis lagi wa nak gelak.

 Dulu pernah MY buat entry tentang Derma Darah nie. *akisahnya pensan lepas derma darah [klik].


Share:

Ramai Rakyat United States Ke Blog Aku | Top Pageview


Ramai Rakyat United States Ke Blog Aku | Top Pageview | Huh baru ku sedar, blog aku ni menjadi kegemaran rakyat United States. *haha perasan lebih. Tapi kalau ikutkan pageview kat stats blog MY memang macam tula.

Ramai Rakyat United States Ke Blog Aku | Top Pageview

Apa la yang diorang cari kat blog aku ya. huhu. Musykil seribu bahasa. Nak kata blog aku dalam bahasa Inggeris, tak pulak. *Bahasa klate ada la ekekek. Malaysia pun jatuh tempat kedua. hahahaha. Ayooo orang France pon ada la, hahaah. Eh kbai.


Share:

Percutian Homestay Mengujakan Menaiki Keretapi | MAJLIS PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI


Percutian Homestay Mengujakan Menaiki Keretapi | MAJLIS PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI | Event pembuka tahun baru 2014 iaitu tahun melawat Malaysia MY adalah bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) [klik] dengan kerjasama Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) [klik]. 

Program tersebut adalah berkaitan dengan MAJLIS PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI SEMPENA ‘TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014’. *wow kemana la agaknya kami akan pergi?


Majlis bermula di Stesyen KL sentral untuk PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN KERETAPI SEMPENA ‘TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014’ OLEH MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA iaitu YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz.

Okeyh dah setel semua, *apa lagi yang di tunggu? Moh la kite ke Perak. Yehaaaa naik keretapi kau. Electronic Train System (ETS). * ha apa yang bestnya ETS nie?


Maklumla pertama kali naik  Electronic Train System (ETS) ni. Tambah pulak nak jalan jauh nie, *nak gi IPOH kau hahaha

"The Electric Train Service (ETS) is an intercity train service that currently operates   between the cities of Kuala Lumpur and Ipoh in Malaysia. Originally, the train line continued south of KL Sentral railway station to Seremban but is currently out of operation as of October 2012. The trains travel up to 140 km/h on an electrified line and are operated by ETS Sendirian Berhad, a fully owned subsidiary of Keretapi Tanah Melayu Berhad."_ Wikpedia [klik]

*Ha amacam tak terasa nak naik ker hehehe. Untuk pengetahuan korang  kelajuan Electronic Train System (ETS) boleh mencapai kelajuan maksimum 140km sejam. * wow, memang laju jugak la kan


Perjalanan kami ke Ipoh ditemani oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri. Beliau sempat ke setiap koc untuk beramah mesra bersama kami dari media dan peserta yang turut serta dalam program ni.


Ok dah sampai Ipoh dah. Perjalanan memakan masa selama 2jam lebih gitu. Sedar-tak sedarkan, tak terasa pun perjalanan jauh kami. Mana taknya dok melalak je sorang-sorang dalam ETS tu.

Pose jap ekekekke


Ha jangan main-main dengan Electronic Train System (ETS) nie. *Siap ada stewardess la gi kau . Perkenalkan stewardess Electronic Train System (ETS).


*Eh meriah pulak depa ni pakai baju, nak pergi IPOH je pon kan. Eh penari Kebudayaan Istana Budaya rupanya ekekeke. Tula over sangat pakaiannya pun, kan MY dah salah sangka ekekeke. eh kbai.


*Menci betol, nak ambil gambar pun susah kan. Ni adalah acara SAMBUTAN KETIBAAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA DI STESYEN KERETAPI IPOH OLEH MENTERI BESAR PERAK .Tetamu  Disambut Dengan Acara Silat dan Kompang * kami letew eh hahah

Selepas selesai, tetamu Diiringi Ke Khemah Untuk Jamuan Makan Malam (Set Menu) * pergh makan besar habaq hang.


Program disambung dengan MAJLIS PERASMIAN BROSUR PELANCONGAN KERETAPI SEMPENA ‘TAHUN MELAWAT MALAYSIA’ OLEH MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA – YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. ABD AZIZ & MENTERI BESAR PERAK – YAB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN PELANCONGAN KERETAPI MALAYSIA (Menandatangani Cover Page Brochure Railway Tourism) 

       
Dan diteruskan lagi dengan Konsert Railway Tourism oleh Artis-Artis Tempatan iaitu Sheeda Dangdut, Najwa Latiff , Mus Kumpulan May, Ronnie Hyperact , Cherish 2000 (Unplugged Band 3 Orang).

Ok stop pasal event nie dulu kita cerita pulak mengenai pakej-pakej percutian dengan keretapi sepertimana brosur yg telah dilancarkan oleh YB Menteri boleh ke malaysiarailwaytourism [klik] untuk ushar2 pakej yg disediakan.




"EXPERIENCE MALAYSIAN HOMESTAY BY RAIL"

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com


p/s: *jom ke entry seterusnya mengenai pengalaman kami di Homestay Kampung Beng [klik].

Share:

Burger Bakar Best Sedap Popular | Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Burger Bakar Best Sedap PopularRestoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront | Beberapa hari yang lepas MY dijemput untuk membuat review ke sebuah Restoran Burger Bakar yang terletak di Ampang Waterfront. *korang mesti pernah dengar nama Burger Bakar Kaw-Kaw? Kini Burger Bakar Kaw-Kaw telah berevolusi dengan memperkenalkan Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik]. Kaw’D merupakan konsep restoran yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.

Memlalui penjelasan Chef Tengku Mohd Norfizam yang kami temu ramah pada malam tersebut "Konsep Burger Bakar Kaw’D [klik] ini adalah lebih kepada overseas style, cuma diolah kepada selera Malaysia". Jadi pengunjung jangan takut untuk datang dan merasa sendiri hidangan Burger Bakar yang semestinya menjanjikan suatu kelainan dari yang biasa.

Chicken PERMAISURI, menjadi salah satu daya tarikan di  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik], Ampang Waterfront nie. Memang tak tipu, tengok je gambar dah tahu kan. 

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Pilihan gabungan daging dan telur seperti seakan-akan burger biasa tetapi memberi rasa yang luar biasa di  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] ni.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Pilihan Burger Kambing juga tidak tercicir dari senarai menu untuk pengunjung.
Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Gabungan dagin salai dan daging lembu ditambah pula dengan lapisan keju yang *umph terbaik lah.
Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
*Ha yang ni tak sabar MY nak ceritakan. Bukan hidangan makanan je yang sedap-sedap, tengok gambar minuman kat atas ni pun dah tak perlu cerita panjang dah.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Memang special lah, minuman hasil dari Nutella sebagai bahan utama dalam minuman nie. 

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Minuman ni MY tak pasti, tapi yang comfirmnya bahannya ada mix Oreo macam tu.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Restorant Burger Bakar Kaw'D di Ampang Waterfront nie memang cukup high class la bagi MY . Dari segi cara hiasan dan konsep dalaman dan luar restoran sangat-sangat santai dan menarik. *tengok betapa sportingnya abang tu bila minta nak snap gambar dia

Okeyh kita kembali bercerita tentang menu-menu yang ada kat  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] di Ampang Waterfront nie.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Ha jangan ingat Burger Bakar je ada kat sini. Ni special Kaw'D Meatball bersama Homemade Cream sauce dan  Lingon Berry Sauce. *nyummy nyummy

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Anda minat spaghetti ? Pun ada.. JOM cuba! spaghetti KAW KAW!

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Amboi tetiba cetoit biskut menyelit kat atas tu? amendela ni kan. Ha kalau nak tahu kena la pergi sendiri di  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] ni.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Ha yang ni makanan yang wa order malam tu, Beef mix with lamb, *wow sos dia.. sos dia memang menggoda betol bila dipadankan.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Ha ni apa pulak? *sempat je dia letak buah tomato atas tu hahahaha.  Ni special jugak bagi MY kenapa? French fries dia best * cenggini habaq hang . Memang sedap, tak macam french fries yang pernah MY  makan sebelum-sebelum ni.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Yang ni MY tak berani cakap apa-apa, sebab perut dah penuh, memang tak leh isi dah. So tengok jelah ambil bau je huhu

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront
Ni makanan last yang sampai, tak tahu sape order kan huhu. Kentang goreng. Walau pun perut dah tegang semacam je, jari ni dok gatal-gatal lagi merangkak nak mencuit kan. * hmmm, not bad sedap .

So secara peribadinya, makanan yang disediakan oleh pihak  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] ni untuk pengunjung memang berkualiti dan memang sedap. Tengok sendiri dari segi rupa bentuk nya, dan yang paling nampak kesegaran rotinya yang gebu dan nampak seolah-olah frsh gitew ha . huhu

"Cuma satu benda nak complain , signboard dah besar. Tapi tak attract pengunjung untuk ke sini. Sampaikan kami yang memang bertujuan ke sini pun sampai 2,3 kali lalu di area tu pun tak nampak kedai disitu hahaha".

Tapi walaupun masalahnya bagi kami disitu,  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] pada malam tu penuh jugak kot huhu.

Restoran Burger Bakar Kaw’D Ampang Waterfront

Tapi untuk service, makanan, kebersihan dan susun atur restoran, berbintang-bintang  MY bagi untuk review Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] untuk kali nie. *yeah memang best.

Jom kita tengok apa kata Jalan-jalan Cari Makan mengenai  Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik].


Wow, amacam tergoda tak, tergoda tak, aumm..aumm. ha kepada sesiapa ingin ke Restoran Burger Bakar Kaw’D [klik] ni. 



Dan waktu operasi mereka adalah dari jam 6 petang sehingga jam 2 pagi.

Photo by Beki Mustaffa





Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive