travel, food and lifestyle blog

Tuesday, January 28, 2014

Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY


Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY | Sangat teruja bila dapat menjejakkakn kaki ke tempat yang sangat bersejarah seperti  VICTORIA BRIDGE di Kuala Kangsar [klik]. .

Jambatan atau lebih dikenali sebagai  VICTORIA BRIDGE ini adalah antara landasan kereta api atas jambatan yang  tertua di Malaysia (Tanah Melayu di ketika itu). Mula digunakan semenjak 1900 semasa perlombongan bijih timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan servisnya pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada keretapi yang lebih moden yang mana landasannya hanya terletak bersebelahannya sahaja. Bagaimanapun senibinanya masih utuh hasil rekaan juruteranya W.Fryer, divisional Engineer and C.R. Hanson.


VICTORIA BRIDGE ini menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini pada suatu ketika dahulu *sila google untuk lihat laluan keretapi baru. Walaupun sudah tidak digunakan lagi, tetapi strukturnya masih kuat dan kukuh. Malah VICTORIA BRIDGE masih berfungsi penuh di mata lensa kaki fotografi.

Kedatangan kami untuk ke VICTORIA BRIDGE ini adalah untuk MAJLIS PERASMIAN ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY 1MALAYSIA CLEAN, 1MALAYSIA GREEN PROGRAM’.

Rombongan Railway Tourism disambut dengan meriah oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz bersama Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Setiap seorang daripada kami dipakaikan kain selempang batik dan sarong bagi mewujudkan suasana sebenar kampung zaman dahulu dan diiringi Paluan Kompang oleh Kumpulan Hadrah dan Kebudayaan DUN Chenderoh.

*kain selempang merupakan aset penting untuk penduduk kampung pada masa dahulu. Kerana ia merupakan sesuatu yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan harian orang kampung dahulu kala.

Acara yang berlangsung di Majlis ‘VOLUNTOURISM VICTORIA BRIDGE GREEN DAY 1MALAYSIA CLEAN, 1MALAYSIA GREEN PROGRAM’ ini adalah seperti Memasang Bendera Malaysia di Victoria Bridge, Tiga (3) Das Tembakan oleh Wakil ‘Homeguard’ dan Gimik Menandatangani ‘Plug Victoria Bridge’.

Bunyi 3 das dentuman dari meriam yang di ulang setiap 15 minit sekali *pergh rasa nak gugur je jantung nie. Silap-silap boleh jatuh peranakan nie, eh kbai. hahahaha.

Gimik pelancaran juga tidak kurang menariknya dengan persembahan Tahun Melawat Malaysia 2014 , konvoi motor scrambler , absailing yang membawa bendera , formasi Homeguard dan banyak lagi. 

Sedikit informasi mengenai Home Guard:
Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung (bahasa Inggeris: Home Guard) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang memainkan peranan dalam mengawal keselamatan semasa keadaan darurat 1948 [klik] berlaku di Persekutuan Tanah Melayu [klik]. Mereka turut berkhidmat dengan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk mengekang pergerakan komunis, dan supaya segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis.Pasukan ini ditubuhkan British mengikut acuan Home Guard (United Kingdom) [klik].
Pasukan Pengawal Kampung ini dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia [klik] pada 1963-1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat.
Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei [klik] pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, Ikatan Relawan Rakyat [klik] (RELA) ditubuhkan.
wikipedia [klik]

Okay, orang ramai sangat, nak bergerak pun susah. So tunggu masa untuk makan. yeay. *psssttt dengar citer menu yang diorang nak hidang ni memang style kampung.

Ha ah ya, style kampung sangat kan. Duduk pun bersipuh. *dah macam anak gadis sunti di majlis peminangan dia je. eh kbai. hahaha . Masa ni, bukan kami je yang terlibat, ramai pelancong dari luar negara pun turut serta dengan kami. *baru diorang tau nak makan dengan tangan camne kan.

Kadang-kadang MY tergelak jugak tengok diorang makan dengan tangan. *kekok. sampai ke dalam hidung nasik hahah. Maklumla, diorang mana pernah makan nasi dengan tangan kan. Makan burger [klik] dengan tangan ada la.

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia [klik]. Negeri Perak [klik] terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh [klik], yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. _ wikipedia [klik]
Ikan Pekasam *wow my favourite. Habis dekat 2 pinggan kami makan huhu. Kalau korang nak tahu hebatnya ikan pekasam di perak nie, sehinggakan ia turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909.

Memang terbaiklah. Semua hidangan disaji dengan menggunakan pinggan putih yang bermotifkan bunga. *rare nie, biasa rumah-rumah lama kat kampung je ada. Ia bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kampung pada zaman-zaman dulu kala. * tradisi melayu asli katakan,truly asia.

So bagi mereka yang suka mengambil gambar tu, jangan lepaskan peluang anda untuk beraksi di sini. eh huhu. Tempat yang sangat strategik dan terbaik untuk hasilkan gambar yang meletop-letop.

Share:

18 comments:

  1. Nice la entry Adi ni berinfomasi. Suka2.

    ReplyDelete
  2. Bagus la bro Mawardi ni...sungguh berinformasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro, biasa2 aja. i try the best

      Delete
  3. Wah!! Meriah......ikan perkasam tu terliur lak tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami kt sana sampai 2,3 kali tambah huhu

      Delete
  4. pinggan antik yang saya paling suka...rare...saya ada koleksinya nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt umah saya kt kg pon rasanya ada lg huhu

      Delete
  5. wow terbaik la bro.. info padat..

    ReplyDelete
  6. perghhh..segan lak den punye entry...sobss

    ReplyDelete
  7. cantik sekali jembatannya

    ReplyDelete
  8. Rugi tak pergi ..time ni ada program dengan office huk2

    ReplyDelete
  9. nasib baik kukuh lagi..tengok ramai org naik ats jambatan..hehe

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive