Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak

Okay kami dah sampai ke Perkampungan Homestay Kampung Beng. Jauh dari kesesakan bandar dan kecelaruan kerja-kerja *yang mungkin boleh buat kita gila. Tanpa aircon, tanpa traffic jam, tanpa pizzahut delivery, tanpa tanpa dan tanpa lagi mungkin sesuatu pengalaman yang teringin korang lalui. *MY tak culture shock sangat sebab My pun berasal dari kampung. Dah terbiasa dengan semua nie. Kemeriahan Homestay Kampung Beng | Homestay Popular Di Negeri Perak | Pakej percutian menarik di Negeri Perak menawarkan percutian Homestay terbaik di negeri Perak dengan harga yang sangat berpatutan. *jadi kampung Beng adalah salah satu darinya. wow mesti cuba!!

Mandi air perigi pagi-pagi sebelum pergi sekolah tu dah menjadi makanan bagi MY . Bila tengok member-member dari bandar ni turut merasa pengalaman itu di Homestay Kampung Beng ni. * haha nak gelak pun ada. ekekekeke. Tapi MY pun mengigil-gigil jugak sebab *pergh beku beb. Air bukit habaq hang * kat kg MY air perigi tak sesejuk nie..ayarkkkk.
 
Terletak kira-kira 23 kilometer dari Pekan Leng­gong atau lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuala Kangsar [klik], Homestay Kampung Beng antara perkampungan tradisional di pinggir Tasik Raban.

Ia adalah gabu­ngan beberapa biji kampung iaitu Kampung Durian Lubuk, Beng Dalam, Kampung Dusun, kampung Sekolah, Kampung Durau dan Batu Ring. *kami berkampung di Kg Batu Ring selama 3 hari 2 malam

Untuk sampai ke kampung itu, kami perlu menyusuri tasik menggunakan bot tradisional kira-kira 15-20 minit dari Jeti Pengkalan Tasik Raban. *bukan speedbot, tapi bot yang boleh bawa anda bersiar-siar menikmati apa itu erti sebenar keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH SWT.

Pengunjung juga sebenarnya boleh menaiki kereta namun mengambil masa lama dan jalannya pula tidak begitu baik dan berbengkang-bengkok.

Ketika di Homestay Kampung Beng ini, ketena­ngan dan suasana desa yang permai cukup mendamaikan kami. Ikatan persaudaraan antara penduduk kampung menjadikan anda sebahagian dari keluarga besar penduduk setempat. Suasana perkampungan Homestay Kampung Beng ini juga amatlah aman damai dari sebarang jenayah atau kecurian.

Meng­inap di Home­stay Kampung Beng ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan, antaranya menyusuri tasik dengan bot atau melihat keindahan alam semulajadi, melihat panorama saat matahari terbenam di celah Gunung Piah. Pengunjung juga boleh menikmati kesejukan air terjun di  bukit dan memancing.

Mahu merasai sendiri kehidupan penduduk kampung yang kebanyakan mereka adalah penoreh getah? * inilah tempatnya

Jejaknya kaki kami ke Homestay Kampung Beng ini iaitu di Kampung Batu Ring membawa kami ke dunia realiti si penoreh getah sebenar. Hidup dikelilingi pokok-pokok getah yang banyak memberi bakti kepada penduduk tempatan.

Bila malam, hida­ngan ikan talapia bakar cicah air asam, ayam kampung goreng, ulaman kampung serta ikan pekasam cukup menyelerakan. * pergh selera pure 100% kampung. Inilah masa yang di tunggu-tunggu. Makan..makan..makan.. ahaks.Pengunjung juga boleh bermain bersama anak-anak kecil di tanah lapang berhampiran dewan serba guna.

Secara kesimpulannya. * chewah ayat skema tu. Jom tengok video yang disediakan oleh  www.rambleandwander.com [klik]


Ok cerita punya cerita lupa pulak nak perkenalkan keluarga yang menjaga kami selama 3 hari 2 malam kat Homestay Kampung Beng ni. * tadaaaaaaaaaaaa

Ha amacam syok tak? Bagi yang dok tertanya-tanya mana kami nak pergi masa entry Percutian Keretapi [klik] kami lepas. Inilah jawapannya. Kami membawa diri ke Homestay Kampung Beng.

Boleh dikatakan banyak pengalaman baru MY timba melaui program Railway Tourism ke Homestay Kampung Beng ni. Mengkaji perbezaan dan persamaan adat yang mereka ada di sekitar negeri Perak , khususnya di daerah Lenggong nie. * wow, memang best giler. 

Akhir sekali selamat tinggal untuk Homestay Kampung Beng. Insyaallah jika umur panjang dan ada rezeki lagi untuk ke sini, *kita datang lagi.. yeay. Bye..bye

p/s : ok sekarang jom kita ke Victoria Bridge [klik]

Post a Comment

15 Comments

  1. huhuu..tergelak aku tgk gmbo syak..kemain terbaring kat atas batu.. terbaekk lah boooo.. :P

    ReplyDelete
  2. Erkkk gamba miza happy semacam lol

    ReplyDelete
  3. wow... ade video rupenyer... serius video tu menggamit kenangan kat sane... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, video dokumentasi dari rambles and wanders

      Delete
  4. Cantik sekali pemandangannya begitu juga homestay di sana

    ReplyDelete
  5. bestnya ... oh Perak my hometown hehe

    ReplyDelete
  6. tang makan tu paling mengugat selera.. masakan kampung even mana2 negeri pun tetap yang terbaik

    ReplyDelete
  7. makasih ya gan untuk infonya semoga tambah sukses

    ReplyDelete
  8. makasih gan buat infonya dan salam sukses

    ReplyDelete
  9. mantap bos, semoga makin sukses aja

    ReplyDelete