travel, food and lifestyle blog

Thursday, August 13, 2015

LINDUNGI RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN SERAI WANGI AFY HANIFF

LINDUNGI RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN SERAI WANGI AFY HANIFF | MY yakin bahawa bukan MY je yang mempunyai masalah dengan serangga perosak di dalam rumah atau kediaman. *mesti ada diantara pembaca blog MY ni pun menghadapi masalah yang sama kan? Seharusnya kediaman kita harus bebas dari segala gangguan termasuklah serangga-serangga dan haiwan yang merbahaya dan membawa penyakit seperti lipas, nyamuk, tikus dan sebagainya. *tapi bagaimana? Bunuh ?

Untuk membunuh serangga dan haiwan perosak seperti ni kita memerlukan bahan kimia atau racun yang cukup kuat. 

ALERGIC PADA ASAP | Memandangkan MY ni merupakan seorang yang alergic pada asap atau bauan chemical yang kuat jadi penggunaan racun serangga seperti spray ubat nyamuk dan lingkaran ubat nyamuk khususnya memang tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan MY demam jika terhidu. *pernah demam sehingga seminggu kerana terhidu asap ubat nyamuk.

alergic asap rokok_foto www.huffingtonpost.com
Dirumah MY memilih untuk tidak menggunakan ubat nyamuk dan ridsect untuk mengelakkan dari terhidu. Oleh sebab tiada penggunaan ubat nyamuk dan ridsect ni juga MY pernah disahkan mengidap sakit denggi. Jika diberi pilihan, hanya kelambu sahaja yang boleh menjadi pilihan terakhir untuk MY guna untuk mengelakkan dari terkena gigitan nyamuk.

Tapi kelambu untuk tidur bolehla, kalau untuk buat kerja memang susah. Memandangkan MY ni jenis bekerja malam menghadap laptop di meja so ia sangat tidak sesuai. Nyamuk masih boleh datang dan mengganggu.

Teringat semasa berada pada tahun akhir first degree my di UPM dahulu, sebagai seorang pelajar Rekabentuk Perindustrian. MY telah memilih kajian dan mencipta alat untuk menghalau burung di sangkar ikan. Dan banyak pegertian dan kelebihan disebaliknya termasuk untuk kestabilan ekosistem dan alam sekitar, jadi pernah terfikir untuk mencipta sendiri bahan untuk menghalau serangga berpeyakit ni especially nyamuk yang sangat bahaya.

PRODUK SERAIWANGI AFY HANIFF | Sehinggalah MY menemui satu produk yang cukup bagus di pasaran untuk menyelesaikan masalah yang MY hadapi. Produk tersebut adalah dari keluaran Afy Haniff. *tak perlu nak cipta produk baru dah sebab yang terbaik sudah ada di pasaran. Apa yang bestnya produk ini merupakan produk yang selamat, tidak beracun dan tidak merbahaya *tetapi ia tidak bermakna ia boleh dimakan. hehe.
Produk serai wangi Afy Haniff
Banyak produk-produk yang bagus dan berkualiti keluaran Afy Hanif ni yang sudah ada di pasaran. Setiap produk mempunyai kelebihan dan cara guna yang berbeza.


MASALAH NYAMUK BERPENYAKIT | Hanya gantung di tingkap pintu dan haruman serai wangi yang tajam tu mampu menghalau dan menghalang nyamuk dan serangga lain dari memasuki bilik MY dan ada juga MY gantung di dalam almari baju dan bilik air untuk menghalau lipas. Apa yang boleh MY katakan ia terbukti berkesan dan MY boleh buat kerja pada malam hari tanpa diganggu oleh nyamuk. Insyallah MY akan keep use this produk untuk menjaga kediaman dan bilik dari nyamuk dan lipas.



MASALAH TIKUS DI SYILING RUMAH KAMPUNG | Jika bercerita mengenai tikus, ia cukup sinonim dengan haiwan yang membawa penyakit merbahaya. Selain dari itu tikus juga selalu mendatangkan masalah dengan merosakkan barang-barang peribadi kita termasuk koleksi buku di almari rumah. Rumah di kampung MY juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang paling jelas, tikus juga suka pada tempat yang sunyi dan gelap. Bila waktu malam, akan kedengaran tikus berlari-lari di atas syiling rumah.


Apa yang MY boleh buat ialah mencari sesuatu untuk menghalau tikus-tikus ni dari terus stay di bahagian syiling tu. Jika diberi racun di khuatiri tikus-tikus tersebut akan mati dan bangkai mereka akan busuk di atas syiling. Alhamdulillah, dengan hanya diletakkan pada beberapa tempat, masalah tikus di syiling dapat diselesaikan.

Apa yang bestnya, produk ini juga boleh digunakan di luar rumah untuk menjaga tanaman dari diganggu dan dirosakkan oleh serangga dan haiwan perosak.

MASALAH LALAT SEMASA HIDANGAN MAKANAN | Kita cukup tahu dengan akibat jika makanan kita di hinggap oleh serangga kotor seperti lalat. Masalah lalat di kampung memang tidak boleh dielakkan. Apa yang paling bermasalah ialah semasa hidangan makanan buffet kenduri atau rumah terbuka. Lalat sangat tertarik pada makanan yang dihidangkan.


Lalat bukan sahaja kotor dan merbahaya pada manusia, tetapi ia juga boleh mengganggu persekitaran majlis. masalah ini dapat diatasi dengan Serai Wangi Pelita yang produk keluaran Afy Haniff ini. Ia bukan sekadar dapat menghalau lalat, tetapi dari segi fizikal rekabentuknya boleh juga dijadikan sebagai lilin/ pelita hiasan .

Berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh MY sendiri beserta cara dan produk terpilih untuk meyelesaikan masalah yang telah MY hadapi di rumah dan di kampung MY sendiri. Alhamdulillah pilihan produk ini sangat membantu dalam meyelesaikan masalah yang seperti dinyatakan.

KELEBIHAN AFY HANIFF | Antara kelebihan produk dari Afy Haniff ini yang menarik perhatian MY untuk dicuba ialah seperti berikut:

>>Selamat untuk persekitaran
>>Berasaskan dari tumbuhan semulajadi
>>Tidak memberi kesan bahaya jika terkena kulit
>>Tidak megandungi bauan kimia merbahaya.

Bagi korang yang ingin mendapatkan produk-produk dari Afy Haniff ni bolehlah rujuk di store atau outlet seperti dinyatakan dibawah:

Store jualan Afy Haniff
1) Giant
2) Mydin
3) Tesco
4) Jaya Grocer
5) Econsave
6) Family Store
7) Kipmart
8) Songmart
9) Mercato
10) Sam's Groceria

Dan banyak lagi outlet dengan total dekat 980 outlet seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Afy Haniff ni korang boleh rujuk

Share:

8 comments:

  1. Salam,
    nampak macam bagus jer produk ni...nanti bunda nak cari lah...kat rumah bunda banyak semut dan nyamuk..

    Bingkai2 pintu pulak habis rosak kena makan anai2... untuk bunuh anai2 ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, boleh beli yang spray tu. insyaallah xde lagi gangguan anai2

      Delete
  2. haah bagus serai wangi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, lagi bagus bila dh di permudahkan macam ni

      Delete
  3. so far product Serai wangi memang bagus kan....

    ReplyDelete
  4. Mesti rumah berbau wangi semulajadi sebab guna serai wangi kan MY?

    ReplyDelete
  5. Biasa guna lilin serai wangi Afy Haniff utk halau lalat , sangat membantu terutama bila kenduri..

    ReplyDelete
  6. Guna yg hanging mcm mne ye tonggeng mula tu..lps dh ilng bau kne tonggeng lg ke?

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive