Kentang A.S Bekal Tenaga Atlet Negara Catat Rekod Dunia Guinness Baharu


Pada 22 November 2020 yang lepas, atlet negara Soh Wai Ching yang merupakan bekas juara larian menara Malaysia (No. 2 Dunia dan No. 1 Asia) telah melakar satu lagi kejayaan dengan mencatatkan Rekod Dunia Guinness (GWR) baharu sambil merangkul gelaran “Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam (Lelaki)” [Greatest Vertical Height Stair Climbing in One Hour (Male)], menewaskan pemegang rekod terdahulu Encik David Robles Tapia dari Sepanyol.


Percubaan mencatat rekod GWR baharu itu telah berlansung di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Soh telah memecahkan rekod dengan menaiki tangga bangunan hotel dari Tingkat Bawah ke Tingkat 66 tiga kali, ditambah satu dakian penuh dari Tingkat Bawah ke Tingkat 65 dicampur satu tingkat dengan jumlah ketinggian 1,295.95m. Jarak yang dicatatkan ialah 1,295.95m, bersamaan 399 tingkat. Rekod terdahulu yang dipegang oleh David Robles Tapia (Sepanyol) adalah pada jarak 1.227km, yang bersamaan dengan kira-kira 378 tingkat (3.25m setingkat – ketinggian standard setiap tingkat).

Soh Wai Ching
Apa yang saya faham, sebelum melakukan cabaran tersebut Soh telah mengambil makanan berasaskan Kentang A.S. untuk membekalkan tenaga. Kentang A.S dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha beliau untuk mencatatkan rekod baharu ini. Kentang terbukti merupakan makanan yang berkhasiat untuk diet / pemakanan yang menyokong aktiviti berprestasi tinggi, dan kejayaan Soh telah dipacu oleh bekalan pelbagai makanan dan minuman daripada kentang A.S. seperti Minuman Enduro U.S. Potato, Balutan Kentang A.S., Rosti Protein Kentang A.S. dan dan Kentang Baji A.S Cajun Panggang.

Minuman Enduro U.S. Potato

Rosti Protein Kentang A.S

Ini adalah kali ketiga kentang A.S. digunakan dalam diet pemakanan untuk memacu pencapaian Soh selepas dua larian sebelum ini, iaitu larian Menara KL dan Menara TM pada tahun lepas.

“Sebelum membuat percubaan memecahkan Rekod Dunia Guinness, saya makan pelbagai jenis sajian yang diperbuat daripada kentang A.S. Semasa sesi latihan berlari memanjat tangga Hotel Four Seasons, saya selalu minum Minuman Enduro Kentang A.S. pada waktu makan tengah hari. Dalam percubaan memecah GWR, saya meneguk minuman kentang A.S. sewaktu turun dari Tingkat 65 ke Tingkat Bawah sebelum meneruskan dakian seterusnya kerana minuman tersebut memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi,” jelas Soh.
Pemegang rekod baharu ini berkata, “Matlamat utama saya dalam percubaan memecahkan GWR adalah untuk menjadi inspirasi kepada ahli-ahli sukan seperjuangan lain, dan juga belia Malaysia mencapai kecemerlangan, menyerlahkan kreativiti, mengejar impian dan menjadikannya satu kenyataan. Saya memendam impian untuk mengharumkan nama negara dan meletakkan Malaysia di persada antarabangsa.”

Kentang A.S. ialah makanan semula jadi yang sihat, berkhasiat dan memberi tenaga. Kentang kaya dengan nutrien yang mudah dihadamkan, melebihi kebanyakan sayuran lain yang menjadi kegemaran ramai. Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya membekalkan 110 kalori tenaga. Kentang sememangnya pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ahli sukan dalam pelbagai acara sukan.

MAKLUMAT TAMBAHAN TENTANG KENTANG A.S. SEBAGAI MAKANAN PEMBEKAL TENAGA

Anda boleh memanfaatkan nutrien berkualiti dalam kentang A.S. untuk mengoptimumkan prestasi mental dan fizikal. 

Kentang A.S. tidak mengandungi lemak, natrium dan kolesterol, serta membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang anda perlukan untuk memberikan prestasi terbaik.

Kentang ialah karbohidrat kompleks yang kaya dengan nutrien
  • Kentang mengandungi sama banyak atau lebih banyak vitamin penting dan mineral daripada spageti, beras perang atau roti gandum lengkap (perbandingan setiap hidangan). 
  • Karbohidrat ialah pembekal tenaga utama untuk otak anda dan sumber tenaga penting untuk otot.
  • Karbohidrat penting untuk pencapaian optimum mental dan fizikal. 
  • Oleh kerana simpanan karbohidrat dalam badan kita adalah terhad dan boleh kehabisan – walaupun dalam satu sesi senaman berat dan/atau senaman berterusan – amat penting untuk menggantikan bekalannya.
  • Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya mengandungi 26 gram karbohidrat.
Kentang mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang saiz sederhana
  • Kalium ialah elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf.
  • Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya sekali mengandungi 620 miligram natrium. Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya sekali membekalkan 15% DV kalium.
Kentang membekalkan lebih banyak tenaga daripada mana-mana sayur popular lain

Kentang A.S. diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi

Ini kerana suhu penanaman yang sesuai, tanah subur, dan kepakaran pemprosesan yang diwarisi turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan Kentang A.S. yang terbaik di dunia. Di samping itu, piawaian industri A.S. yang ketat serta mematuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Ubat dan USDA, memastikan kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.

Post a Comment

0 Comments