Saturday, June 01, 2019

AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER


AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER | Siapa kat sini tak nak rumah dan kereka dia berbau harum sentiasa kan? Nak pula bila dah nak dekat raya ni, kalau tak mampu nak beli sofa, karpet baru saya cadangkan korang guna je produk wangian dan penyegar udara keluaran Afy Haniff iaitu D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener keluaran Afy Haniff.


Dah lama saya ni menggunakan produk keluaran Afy Haniff ni. Kalau sebelum ni, mereka cukup popular dengan produk untuk halau serangga Serai Wangi, dan selepas itu mereka keluarkan produk wangian dan penyegar udara. Untuk pengetahuan korang, produk yang terbaru ni merupakan produk yang telah di naikkan kualitinya dari produk sebelumnya.



D'menc Fabric Freshener


D'menc Fabric Freshener merupakan penyegar khas untuk fabrik. Kalau dulu nama produk yang similar dengan yang ni adalah D'menc Fabric Wangi tapi sekarang dah bertukar kepada D'menc Fabric Freshener. Pembaharuan kali ni wangiannya lebih kuat dari sebelumnya. Untuk D'menc Fabric Freshener ni ada 4 pilihan wangian semuanya iaitu :
  • Calming Lavender
  • Breezy Vanilla 
  • Refreshing Lemon Tree
  • Romantic Strawberry
Selain wangiannya yang lebih kuat dari yang lama, D'menc Fabric Freshener juga diperbaharui dengan Malodour Counteractant Technology yang mampu meresap jauh ke dalam fabrik, mampu menghapuskan 99.9% bakteria serta bau yang kurang menyenangkan dan menggantikan dengan bauan yang wangi. Walaupun ia berbentuk semburan tapi jangan risau, ia takkan meninggalkan kesan kepada fabrik. Jadi tak perlu risaulah fabrik kita rosak nanti.


Cara penggunaan :
  1. Putarkan penutup semburan kepada tanda ON
  2. Sembur ke arah fabric dari jarak 20cm
  3. Keringkan fabric dengan baik selepas semburan
  4. Selepas penggunaan putarkan penutup kepada OFF
  5. Boleh digunakan berulang kali untuk kekal wangi dan segar.

D'menc Fabric Freshener ni sangat sesuai untuk disembur pada langsir, sofa, karpet, kasut, cadar, pakaian, topi keledar, kusyen kereta. Macam aku biasanya sembur di langsir dan pakaian. Saiz botol D'menc Fabric Freshener ni adalah 650ml.

D'menc Air Freshener


D'menc Air Freshener ni bau dia sangat wangi, ia juga tahan lama tau sebab kandungannya mempunyai pati haruman yang kuat. Satu botol D'menc Air Freshener ni boleh tahan hingga 60 hari (2 bulan). Sangatmenjimatkan. Kalau produk yang dulu ada hanya 4 pilihan tapi kini D'menc Air Freshener ada 8 pilihan wangian seperti :
  • Green Apple - Fresh Green
  • Tutty Fruity - Sweet Scent
  • Vanilla - Cool Air
  • Autumn - Odour Neutralizer
  • Pandan Leaves - Feel The Nature
  • Lavender - Exclusive Air
  • Sparkling Lemon - Fresh Scent
  • Honeydew - Morning Dew



Cara penggunaan :
  1. Buka penutup kayu
  2. Buka penutup keselamatan (stopper)
  3. Pasangkan semula penutup kayu
  4. Terbalikkan hingga nampak penutup kayu bertukar warna lebih gelap
  5. Ulang proses terbalikkan botol jika bau telah berkurang
D'menc Air Freshener ni sesuai untuk diletakkan di kawasan ruang makan, dapur, tandas, bilik tidur, dalam almari, dalam kereta. Ya, aku letak dalam bilik tidur, tandas dan dalam kereta. memang wangiiiii. Saiz D'menc Air Freshener ni  adalah 10ml.

Macam-macam pilihan bauan ada kan? Pilih je yang mana berkenan. Untuk D'menc Fabric Freshener,  saya lebih gemar pewangi Breezy Vanilla  dan Refreshing Lemon Tree. Bauan dia fresh je. Kalau yang lain tu bau dia agak manis sikit. Masing-masing ada citarasa tersendiri kan. Yang suka fresh boleh pilih dua wangian ni. Yang suka bau manis-manis boleh pilih wangian Romantic Strawberry tu.

Bagi mereka yang sangat titik beratkan tentang bahan-bahan yang terkandung dalam pewangi ni. Korang tak perlu risau dan was-was kerana Afy Haniff adalah produk tempatan dan mempunyai logo halal. Maknanya mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan selamat digunakan. Ha, jangan tak tau, Afy Haniff juga merupakan salah satu penaja dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Kat mana nak dapatkan produk D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener ni? Kedua-dua produk ni ada dijual di Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin, The Store, Jaya Grocer, Pasaraya Hero dan beberapa pasaraya yang lain. Ia juga boleh dibeli secara online di Lazada, Shoppe dan 11Street. Jadi apa tunggu lagi, jom kita dapatkan wangian D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener dari Afy Haniff. Info lanjut boleh rujuk di bawah ni ya :


Website :

Facebook :

Instagram :

17 comments:

  1. wah awak ni duta eh? baru-baru ni viral kan pasal afy haniff ni? rupanya dia boleh hilangkan bed bug weh yang dkt tilam. tak sia-sia pakai. berguna la afy haniff ni!

    ReplyDelete
  2. Wah manjanya model D'menc. So ni ala-ala Febreeze la kan. Untuk air freshner tu semua jenis wangian macam best nak dicuaba but utk kereta kena cari yg bau betul2 best. Bolehlah bagi sis satu nak cuba. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan dieorang ada serai wangi je. Rupanya banyak lagi bau lain. Rasanya diaorang asalnya buat penyembur serai wangi je dulu kan. Seakrang dah banyak dah barang dieorang buat

    ReplyDelete
  4. wah. ada produk baru from afy hanif lah :) bagus!
    aida memang pengguna setia afi hanif serai wangi tu.
    wajib ada kat rumah tau.
    boleh kot jengah jengah and survey yg ni plak. mydin sure dah ada ni.
    now guna jugak tapi brand lain lah.
    why not kita support afy hanif, kan :)

    ReplyDelete
  5. first time tahu pasal produk ni. nampak mcm menarik. bolehlah try nnti. nak carilah.. ;) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  6. Never heard of this brand before! This is really unique! I must try it out soon hehe thanks

    ReplyDelete
  7. Kita nak wangikan rumah juga hehehe boleh tak kasi satu tengok tu banyak sangat mana nak letak dalam rumah pewangi tu hehehehe wakakakakakaka....

    ReplyDelete
  8. ramai tengok pakai ni..banyak jenis pewangi dia ada..bolehla beli yang gantung tu letak satu..heheeh

    ReplyDelete
  9. Sis pun dah gunakan brand ni sekarang. Now dlm simpanan ada 2, lavender n Lemon. Memang wangi je rumah bila spray2 kat sofa. Dah habis nanti ingat nak beli lagi

    ReplyDelete
  10. Mat Drat pun dah lama gunakan product Afy Haniff ni terutamanya serai Afy Haniff. Ada product baru ni, boleh mat Drat try nanti

    ReplyDelete
  11. Produk lokal ini memang terkenal dengan keberkesanan dan kehebatannya. Selalu tgk org promote. Akk pernah guna yang air serai ke pencuci serai tapi mmg best bau dia

    ReplyDelete
  12. wahhh dah makin bertambah rangkaian produk dia. Dekat rumah ada jugak serai wangi tu untuk halau semut dengan lipas. Memang berkesan bila sembur. Sekarang ada air freshner pulak, boleh try nanti.

    ReplyDelete
  13. Haritu beli freshener dekat Giant tak nampak pulak freshener jenama ni. Last-last beli brand Febreze je. Tapi yang menarik brand ni, banyak betul pilihan freshener dia tu. Kalau jumpa yang sesuai untuk kereta memangs semerbak je bau.

    ReplyDelete
  14. Mak kat kampung pun selalu duk guna jenama ni jugak. Tapi tak semua rangkaian la. Ada beberapa jenis je yang dia guna. Wangii

    ReplyDelete
  15. Macam nak cuba la produk afy haniff ni. Selalu tak jumpa. Bila dah jumpa, tak terpikir pulak nak beli. Ni dah keluar produk baru, macam nak cuba je. Sebab dah ramai yang cuba dan review kan.




    ReplyDelete
  16. produk yang bagus ..ada guna jugak kat rumah ....tapi lain kegunaan lah ...pasni nak cuba yg lain kalau yang beli yang gantung tu akak letak dalam almari pun best tauu

    ReplyDelete
  17. This is my first time get to know about this brand and i quite keen to check out their air freshener.

    ReplyDelete