travel, food and lifestyle blog

Followers

REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA

REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA | Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya ketika menginap di Hotel Best Western PJ yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. Hotel Best Western PJ ini merupakan sebuah hotel yang selesa untuk urusan santai dan bisnes kerana kedudukannya yang agak strategik dengan kawasan hot tertentu seperti Universiti Malaya, 30 minit daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang, dan hanya 10 minit sahaja dengan Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Malah, ada kompleks beli belah Jaya 33 Petaling Jaya yang berdekatan untuk lebih pilihan bersantai dan juga membeli-belah. Hotel ini juga merupakan sebahagian daripada kompleks yang dilengkapi dengan kedai, restoran, pejabat serta tempat untuk bersantai.


REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA

Pada hujung bulan ogos yang lepas (28-29/08/18), saya dan beberapa orang rakan blogger telah diberikan kesempatan untuk menginap di Hotel Best Western PJ ini. Secara keseluruhannya, semua kemudahan yang ada di hotel ini sangat memuaskan dan lengkap seperti Wifi percuma, kolam renang,  sauna, jakuzi dan restoran yang menyediakan hidangan enak untuk tetamu mereka.

TRAVEL RECOMMENDS : SEWA POCKET WIFI

BILIK SUPERIOR | Saya telah diberikan bilik superior dengan dua buah katil single di bahagian hujung bangunan yang memberi peluang kepada saya untuk menikmati keindahan sekitar hotel dengan cukup jelas dari jendela cermin bilik.


Walaupun ruang bilik agak kecil, bagi saya ianya cukup memadai dan selesa. Semua kemudahan asas untuk tetamu disediakan lengkap termasuklah saluran TV interaktif percuma, kemudahan mini bar dan juga kemudahan toiletries yang disediakan dalam bilik air.


Tiada masalah signal Wifi yang teruk kerana router Wifi berada betul-betul di bawah meja solek di dalam bilik. Memang seronok dapat layari internet dengan wifi yang sangat laju.

MAKAN TENGAHARI DI KEMBALI KITCHEN | Tak lengkap menginap kat sini tanpa cuba makan di Kembali Kitchen. Untuk pengetahuan korang, bermula 3 Sept 2018 yang lepas, mereka ada memperkenalkan Set Makan Tengahari Warisan dengan hanya RM15nett per set dengan COMPLIMENTARY Iced Lemon Tea. 

Set Assam Pedas Ikan Pari

Set makan tengahari tersebut hadir dengan tiga (3) pilihan iaitu :-
  • Pilihan 1 : Rendang Ekor
  • Pilihan 2 : Ayam Bakar Percik Kelantan
  • Pilihan 3 : Assam Pedas Ikan Pari

Memandangkan saya ni penggemar Asam Pedas Ikan Pari, saya tak teragak-agak untuk mencuba set pilihan tiga (3). Bagi saya, dengan harga RM15 ni ianya cukup berbaloi dengan potion makanan yang boleh dikatakan banyak dan sangat sedap. Ternyata setnya bukan semata-mata asam pedas ikan pari sahaja, ada nasi, sup kosong, acar, keropok dan sayur. Kalau korang nak lagi jimat, korang datang pada hari rabu bersama kawan anda, beli dua (2) set hanya bayar satu (1) set sahaja.


MAKAN MALAM DI SKYZ @ ROOFTOP | Untuk hidangan makan malam pula, kami mencuba hidangan Buffet BBQ yang berlansung di SKYZ@RoofTop hotel ini. Suasana makan malam yang cukup meriah berdekatan dengan kolam renang dengan pemandangan indah sekitar dari tingkat paling atas hotel ini.


Harga asal BBQ Buffet ini adalah RM110 nett ! Bermula 1 September 2018 dan seterusnya, harga diskaun adalah pada RM66 nett termasuk Cukai Perkhidmatan 6%. Harga diskaun ini tertakluk pada terma dan syarat.


JENIS BILIK DAN KEMUDAHAN HOTEL | Hotel Best Western PJ ada menyediakan 4 jenis bilik hotel dan suites, iaitu:
  • Superior room
  • Club floor superior room
  • Executive suite
  • Presidental suite

Selain dari memiliki bilik yang cukup selesa dan lengkap, Best Western Hotel PJ juga ada menyediakan beberapa kemudahan lain yang pastinya sesuai untuk menyempurnakan percutian pelanggan bersama mereka.

  • Kolam renang di bahagian bumbung hotel
  • Skyz Dine and Bar
  • Meeting room yang lengkap 
  • Ruang sauna
  • Gimnasium
  • Jakuzzi


Penginapan saya selama dua (2) hari satu (1) malam di Hotel Best Western, Petaling Jaya sudah semestinya tidak mencukupi buat saya untuk istirehat disini. Mungkin saya akan datang lagi untuk kali kedua? Insyaallah.
p/s : Untuk pengetahuan korang, Best Western adalah merupakan rangkaian hotel terbesar di dunia. Di Asia sahaja, rangkaian hotel ini boleh di dapati di 18 buah negara termasuklah China, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Best Western Petaling Jaya

Alamat: 
No. 1, Jalan 13/1,
Section 13, 46100 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

T: (+603) 7610 2222
F: (+603) 7610 2200

Email : 

Anda telah membaca artikel berkaitan REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA.
Share:

20 comments:

  1. alamak..macam best sangat ni..boleh ajak abang soleh kau..set makanan tengahari tu akak nak try ayam percik kelantan..fevret woo ayam percik

    ReplyDelete
  2. wah not bad jugak biliknya ek, cantik jugak. siap ade BBQ lagi kan bestnyer

    ReplyDelete
  3. The hotel looks comfortable and the food looks delicious. Will book this place for my friend to stay when she come to Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Bilik dia a bit kecik but just nice to fit 2 orang kan. Deco toilet dia cantikkkk. Makanan pun nampak menyelerakan. So far nampak memuaskan

    ReplyDelete
  5. Wow! This hotel looks superb! Comfy bed, nice environment, great food... super great!

    ReplyDelete
  6. Menarik. Tak tahu pula Best Western ada kat PJ. Siap ada swimming pool. Biasa pergi kat icity je.

    ReplyDelete
  7. Best Western ni jenama yang memang dikenali ramai. Memang nampak selesa walau bilik dia agak kecil tapi makanan dia pun buat saya terliur..hehe

    ReplyDelete
  8. boleh tahan cantik hotel dia.hidangan pun nampak sedap.best luangkan masa berehat dekat hotel yang selesa

    ReplyDelete
  9. bilik, toilet, swimming pool, semua lawa kat hotel ni.. makanan pun namak sedap..

    ReplyDelete
  10. Pernah duduk kat hotel Best Western jugak, makanan dan keselesaan hotel ok jugak. Saya pun suka cari hotel yg ada swimming pool, anak2 suka kan main air.

    ReplyDelete
  11. Wow siap boleh tengok pemandangan lagi. Best ni. Fasiliti semua lengkap. Ish bestnya dapat santai-santai kat hotel macam ni.

    ReplyDelete
  12. Semua tiga pilihan tu menarik Dan sedap. Dengan harga RM15 je dah dapat makan menu Yang menyelerakan .Kalau datang kl nak singgah hotel ni

    ReplyDelete
  13. Bilik selesa, ada gym dan swimming pool - memang game changer untuk Rawlins. Next time bawa Rawlins staycation please.

    ReplyDelete
  14. wahhh nampak mengangumkan sekali facilities yang terdapat di hotel ini ya. Nak jugaklah memanjakan diri sesekali menginap di hotel. Makanan yang ditawarkan di hotel ini pon nampak sedap sekali

    ReplyDelete
  15. Cantek hotelni. Bolehla rekomen kat kengkawan kalau dtg bercuti kat kl. makanan dia pun not bad, banyak pilihan menarik dan sedap2 belaka

    ReplyDelete
  16. Dekat sangat dengan rumah sis..boleh gi selalu. Aeysha suka betul swimming pool n gym dia. Sis suka asam pedas..hahaha..makan je tau kan

    ReplyDelete
  17. Hotel ni facilities dia nampak menarik gak. Bestnye dapat merasa tidur sini.

    ReplyDelete
  18. Best nya! I pernah duduk Best Western in Hong Kong je. Malaysia belum lagi, maybe one day staycation boleh cuba bring my family go for a quick-getaway!

    ReplyDelete
  19. Eh, sukalah dengan nama Kembali Kitchen tu. Unik batul, nama dia dah rasa macam nak kembali kesana.

    ReplyDelete
  20. Nama pun Best Western PJ Hotel..mmg best bmlm kat hotel ni, hidangan buffet pun semua sedap2

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive