Monday, February 10, 2020

APA YANG MENARIK DI SETIU ? KORANG KENA CUBA SEMUANYA


Setiu cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya selepas keindahan Pantai Penarik tular di dalam pembikinan filem Pulang beberapa ketika dahulu. Selain dari filem Pulang, oleh kerana keindahan yang ada di Setiu, banyak lagi filem-filem tempatan yang lain turut menjadikan Setiu sebagai lokasi penggambaran filem mereka. Antaranya seperti Hikayat Merong MahawangsaPolis Evo, Bunohan, Lagenda Budak Setan 3Cinta Bukan Malaikat dan banyak lagi.

Saya sendiri mengakui bahawa Setiu merupakan sebuah daerah yang cukup bersih dan tenang. Walaupun di kawasan perkampungan dan jeti nelayan, ianya boleh dikatakan bebas dari sampah sarap dan ianya cukup bersih.

INFO MENGENAI SETIU

Setiu merupakan sebuah daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar yang menjadikan ia 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Kedudukan Setiu ni bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.


Bandar Permaisuri pula merupakan ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah daerah ini. Bandar-bandar utama lain di Setiu adalah Sungai Tong dan Chalok.

APA YANG MENARIK DI SETIU

Tempohari, saya bersama beberapa rakan media lain berpeluang menerokai beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang ada disekitar Setiu. Kalau korang pun ada plan untuk ke daerah Setiu, bolehlah baca artikel ni sebagai rujukan.

LOKASI PENGGAMBARAN FILEM

POLIS EVO ( KAMPUNG MANGKUK)

Sepertimana yang saya ceritakan diatas, Setiu telah menjadi lokasi popular untuk penggambaran filem di Malaysia ni. Antara lokasi penggambaran filem yang saya dan kawan-kawan sempat pergi adalah Polis Evo yang menjadikan salah sebuah rumah di perkampungan nelayan di Kg Mangkuk, Setiu sebagai rumah Inspektor Sani yang dilakonkan oleh Zizan Razak .


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (TERRAPURI HERITAGE VILLAGE)

Selain dari itu, kami berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk menginap di salah sebuah lokasi penggambaran filem popular Hikayat Merong Mahawangsa iaitu di Terrapuri Heritage Village yang  diapit oleh Laut China Selatan dan sungai berpaya bakau, Setiu Wetland. Oleh kerana lokasi yang cantik dan mendamaikan, anda boleh duduk bersantai sambil melihat pemandangan indah Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Bonjol, Redang dan Pulau Bidong.


Tidak hairanlah kenapa pihak penerbit KRU Studio memilih Terrapuri Heritage Village ini untuk dijadikan lokasi utama penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsamelangkah masuk ke Terrapuri Heritage Village ni seolah kita kembali ke zaman abad ke 17, dikelilingi pohon hijau dengan struktur setiap bangunannya yang berdiri megah bercirikan rumah Terengganu lama boleh memukau hati sesiapa sahaja yang datang ke sini.


Kalau korang teringin nak tengok Rumah Terengganu Klasik dan mendalami setiap kisahnya, korang bolehlah datang dan menginap di Terrapuri Heritage Village ni kerana ia adalah satu-satunya projek pemulihan dan pemuliharaan Rumah Terengganu Klasik yang masih mengekalkan budaya, simbol dan nilai-nilai sejarahnya.




Di Terrapuri Heritage Village, mereka menyediakan pelbagai pakej untuk keselesaan anda mengikut tradisi Melayu lama. Jangan terkejut apabila anda mengetahui di sana tiada televisyen, wifi, telefon dan radio. Tapi jangan risau, ia bukanlah sampai ke tahap korang kena mandi air telaga kerana pemanas air juga disediakan. Ruang bilik juga ada dilengkapi dengan kipas dan pendigin hawa ya!!



Untuk pengetahuan korang, pantai yang ada di hadapan Terrapuri Heritage Village ni sangat cantik dihiasi dengan pokok-pokok kelapa. Pantainya bersih kerana dijaga rapi oleh pekerja Terrapuri Heritage Village . Lokasi ini sesuai untuk korang jadikan lokasi bergambar dan sangat insta-whorthy.


Tahniah saya ucapkan kepada pemilik Terrapuri Heritage Village, iaitu Mr Alex Lee Yun Ping kerana telah menerima anugerah Penghargaan Khas Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Personaliti Pelancongan pada malam ANUGERAH PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TERENGGANU 2018/2019 .

Untuk Matlumat Lanjut
Alamat : Terrapuri , Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu, Malaysia. 
T : +(609) 6245020 +(609) 6312081 F : +(609) 6228093 E : [email protected]

RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU

Di Laguna Setiu ini, kami telah dibawa menyusuri sungai dengan menggunakan bot untuk melihat sendiri ekosistem paya bakau di sini . Antara lokasi yang kami singgah adalah seperti Pulau Telaga Tujuh dan Pulau Layak untuk menerokai flora dan fauna yang ada disana.


Di Pulau Telaga Tujuh kami telah diperkenalkan dengan kewujudan pokok unik Sarang Semut (Myrmecodia pendans) dimana pokok ini hanya tumbuh menumpang pada pokok nyireh sahaja. Walaupun ia merupakan pokok yang bersifat menumpang, ianya bukanlah parasit yang mematikan pokok induk.


Seterusnya di Pulau Layak pula, kami berpeluang melihat Pokok Berus Mata Buaya (Bruguiera hainesii) yang hidup liar di kawasan paya bakau. Untuk pengetahuan korang, Pokok Berus Mata Buaya merupakan satu jenis tanaman bakau (mangrove) yang terancam. Ianya merupakan spesies pokok bakau yang disenaraikan hampir pupus dan sukar ditemui di mana-mana hutan bakau di seluruh dunia. Jenis pohon bakau yang mempunyai bunga yang cantik dan indah ini diberi status konservasi Critically Endangered (Kritis) oleh IUCN Redlist .


Bertapa bertuahnya kami kerana kedua-dua pokok ini kami boleh temui di sekitar Setiu Wetlands. Jadi marilah kita sama-sama menjaganya supaya ianya tidak pupus begitu sahaja.


Selain itu sepanjang menyelusuri Laguna Setiu ini, ada banyak lagi aktiviti lain yang kami buat seperti singgah di sangkar ikan, mengutip lokan dan kepah. Di sangkar ikan ini juga, kami berpeluang mengutip tiram yang hidup di sekitar pelampung sangkar ikan. Menurut mereka, tiram akan hidup subur dalam air yang berkualiti bersih sahaja. Jadi ini menunjukkan air di sini mempunyai kualiti yang bagus.


Aktiviti mengutip kepah ni memerlukan kami untuk turun dari bot dan menggali tanah berpasir untuk mendapatkan kepah.

BROADWALK SETIU

Ini merupakan lokasi tarikan baru yang ada di Setiu. Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan nature. Lokasi yang cukup bersih dan mendamaikan. Saya dan kawan-kawan ke sini unntuk menjayakan Program Sayangi Setiu Wetlands Bersempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia pada 2 februari yang lepas.


Objektif program ini adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang ekosistem tanah bencah dari segi sumber bekalan air, kawalan banjir, penghalang ribut dan kawalan kepada hakisan pantai, pelancongan serta pemuliharaan biodiversiti. Menanamkan sikap dan kasih sayang terhadap alam semulajadi dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat. Juga memperkenalkan Tanah Bencah kepada para pelajar dan masyarakat serta kepentingannya kepada alam semulajadi dan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti  gotong royong, penanaman pokok, perlepasan anak tuntung dan banyak lagi.


Sedikit info tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu yang korang perlu tahu:
  • ⚡Berkeluasan 23 hektar
  • ⚡Ianya sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu,(iaitu gabungan lembangan tanah lembap kompleks di Setiu-Chalok-Baru-Merang)
  • ⚡Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai,pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
  • ⚡Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia.
  • ⚡Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
  • ⚡Tanah Bencah Setiu bulan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yg bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
  • ⚡anya menjadi destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu, mencari ketam nipah, kepah atau lokan, memancing dan sebagainya yang juga bole dimanafaatkan oleh peduduk setempat.
Sumber: Tourism Terengganu

Bagi mereka yang nak pergi ke Setiu Boardwalk, Setiu Lagoon Cruise, Cottage Industry dan Perkampungan Nelayan ini kosnya adalah RM219/person (Min 4 orang). Durasi masa untuk kesemua tempat ini lebih kurang 3 jam termasuk pengangkutan, air mineral dan bot. Manakala untuk bajet pergi ke Jeti Gong Batu pula adalah RM80/orang/bot tanpa life jacket. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Sahabat Setiu di talian 019-904 5539.

JETI YANG INSTA-WHORTY

Kampung Fikri merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di kawasan Permaisuri dan daerah Setiu. Kat sini kami ke satu lokasi pembuatan boat kayu nelayan secara tradisional. Pembuatan boat nelayan disini kebiasannya menggunakan kayu cengal, jati dan balak yang mana kayu ini adalah sangat tinggi kualitinya dan tahan lama.


Banyak info mengenai pembuatan bot nelayan yang kami dapat di sini, antaranya jenis-jenis bot dan kegunaannya. Kalau korang perasan setiap boat nelayan mempunyai warna tertentu dan ada huruf di bahagian tepi kapal seperti A, B dan C  yang memberi maksud menentukan kedalaman dan kejauhan bot tersebut boleh pergi. Di sebelah tempat pembuatan kapal ni ada satu jeti kecil tempat berlabuhnya boat-boat nelayan ni yang mana suasananya sangat cantik untuk dijadikan lokasi photoshoot.

Selain dari lokasi jeti bot Kampung Telaga Papan ni, ada banyak lagi jeti-jeti bot sekitar yang korang boleh pergi kerana semuanya insta-whorthy. Antara contohnya jeti Kampung Mangkuk dan Kampung Fikri.

RUMAH BOTOL TOKKI/AYAHKU

Terletak tidak jauh dari Terrapuri Heritage Village, Rumah Botol ini adalah milik Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku. Mula minatnya mengumpul botol kerana ukiran dan berbentuk berbeza pada tahun 2005, kini antara koleksi botol yang dimilikinya datang dari seluruh dunia termasuk Korea, Mexico, Perancis dan banyak lagi.

Menarik di sekitar terengganu

Kini, Ayah Ku telah mengumpul lebih 7,000 botol pelbagai jenis sekali gus menarik perhatian pelajar selain pelancong untuk bertandang ke galerinya. Beliau tidak sangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga kini lebih 1,000 pengunjung direkod mengunjungi galeri itu, manakala 800 pengunjung lagi pengunjung tidak direkodkan.

SETIU WETLANDS SAVANNAH (TANAH BRIS) DI PENGKALAN GELAP

Lokasi seterusnya adalah di Tanah Bris yang terletak di Pengkalan Gelap. Lokasi ini merupakan sebuah tanah lapang yang ditumbuhi lalang kering yang berwarna kuning keemasan seakan suasana di Afrika.


Tidak hairan ramai yang menggelarkan kawasan ini sebagai Setiu Wetland Savannah kan? Lokasinya tidak terlalu susah untuk di akses kerana ianya terletak di tepi jalan besar dari Penarik ke Kuala Besut dan sangat dekat dengan Bazar Hasil Laut dan Kraf Pengkalan Gelap.


Jadi, selepas puas bergambar di Savannah Setiu ini, jangan lupa untuk singgah di Bazar Hasil Laut dan Kraf Pengkalan Gelap untuk membeli kepah, lokan dan barangan kraftangan dimana hasilnya 100% dari penduduk tempatan di situ. Harganya bagi saya sangatlah murah. Banyak jugak kami borong hasil kraf di sini. Harganya memang jauh berbeza dari tempat lain.

MR.CELUP TEPUNG STATION

Akhir sekali, sebelum kami balik ke Kuala Lumpur sempat kami singgah untuk makan tengahari di Mr. Celup Tepung Station. Tidak sah kiranya kalau datang ke Terengganu tak makan Ikan Celup Tepung (ICT) kan? 


Memang banyak sangat pilihan makanan celup tepung kat sini. Semua makanan laut dia fresh dan sedap. Cuma sos dia kalau ada pilihan bagi saya lagi okay. Selain itu korang kena cuba bubur nasi dia. Memang terangkat weh!!


Suasana kat sini pon best, banyak port menarik yang korang boleh pilih untuk menjamu selera. Ada juga meja yang diorang letak secara terbuka dengan pemandangan pantai.

Untuk Matlumat Lanjut
Alamat : Lot 4067, Kg Bukit Chalok, Jalan Penarik, Kampong Permaisuri, Terengganu, Malaysia.
T : +6019 496 1929


Terima kasih saya ucapkan kepada Mr. Alex selaku pemilik Terrapuri Heritage Village dan tidak lupa kepada pihak Pejabat Daerah Setiu & Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu kerana sudi menjemput kami. Tahniah juga saya ucapkan kerana Setiu Wetlands telah menerima penganugerahan sebagai Produk Pelancongan Berinovasi, Berpotendi & Terbaik pada pada malam ANUGERAH PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TERENGGANU 2018/2019. Semoga Setiu terus maju dan terkenal di serata dunia. 

14 comments:

  1. bangunannya sungguh klasik.

    https://evercarephysio.blogspot.com/2020/02/physiotherapy-puchong.html

    ReplyDelete
  2. Satu-persatu gigih Sis ko membaca. Tak sangka SEtiu punya keindahan yang tersembunyi yang ramai tidak tahu kan..Sis suka pemandangan dan keindahan ala Afrika tu..mesti cantik dengan pokok-pokok kering macam Madi cakap tu..

    Btw..cantik semua gambar Madi...

    ReplyDelete
  3. Klasik juga Terrapurri Heritage tu tapi macam ada unsur2 dalam cerita seram juga sebab tengok tempatnya klasik sangat. Comel anak tuntung tu. Bubur nasi kalau kat Terengganu dia panggil 'nasi air'.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat menjejak kaki dan bermalam di sini. Lama dah teringin tapi masih belum ada kesempatan dan rezki lagi. Next time ajak Rawlins ye

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!! Setiu really looks like a good place for vacation. Byk btul tempat menarik rupanya. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya macam2 ada di satu tempat je. Dah lama plan nak datang terengganu harap tahun ni jadi la

    ReplyDelete
  7. ada nampak sifu saya, Tuan Afnan Rosli sekarang berada di sana. best nampak suasana dia, ala2 kampung lama2 dulu

    ReplyDelete
  8. Aritu kat setiu pi makan celup tepung je. Hehe. Terrapuri Haritage village tu macam best je. Boleh repeat ghanu lg ni

    ReplyDelete
  9. Amboi rumah tempat lakonan Polis Evo terus jadi popular sebab satu filem tu je hehehehe wakakakak.. Tapi yang unik tu pokok Berus Mata Buaya hehehe seram dengar tengok pokok pun seram dah...

    ReplyDelete
  10. lawanya semua gamba kat sana. first time dengar nama tempat setiu ni. rumah tradisional cantik and nampak kemas je. banyak rupenya filem belakon sana.

    ReplyDelete
  11. pernah masuk ke kawasan terrapur. sangat sangat cantik. klasik habis. memang berbaloi la kalau dapat menginap kat sana

    ReplyDelete
  12. Setiu memang best ...nyaman aman damai sungguh ....suka suasana kat sana ...setiu wetlands pun sama best jugak ...akak pun ada pengalaman kutip lokan dan menyelam kat situ ambik scallop ...aishhh rindunya nak datang setiu lagi ...maybe next time menginap kat terrapuri yang cantik tuuu

    ReplyDelete
  13. Cantiknya rumah dia.. Macam rumah dulu-dulu.. Tak sangka ade tempat ni dekat Terengganu ye.. Aktiviti boat dengan boradwalk tu menarik

    ReplyDelete
  14. dalam banyak-banyak mr celup tepung tu sis dh pergi banyak kali.. kalau gi Ganu tak singgah situ tak sah! Puashati kot.. sedap!

    ReplyDelete