DEBARAN AJL34 MAKIN TERASA 12 FINALIST BERENTAP PADA 9 FEBRUARI 2020


Hari yang paling dinanti-nanti Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) bakal berlangsung tak lama lagi iaitu pada 9 FEBRUARI 2020, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan membawa tema ‘Warna-Warna Suara’.

Seramai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik.

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujar penyanyi Aina Abdul yang mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti. 
Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out. Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.
Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita). Tidak ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).


Sementara itu, peminat masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.

Post a Comment

9 Comments

  1. haha baca komen atas baru perasaan ada dua tajukk lagu yang sama. SUMPAH tak perasan. tak sabar nak layan!

    ReplyDelete
  2. Ya tak sabar nak pergi esok. Siapa pilihan you? Jumpa esok ya...

    ReplyDelete
  3. Yalah..dah berdebar nak tahu lagu mana yang menang...semua hebat2 belaka..lagu pun best2

    ReplyDelete
  4. Penyanyi pujaan tak dapat masuk AJL34. Tapi finalist yang masuk hebat-hebat juga dan ada kekuatan tersendiri. Tak sabar nak tunggu esok siapa pemenangnya.

    ReplyDelete
  5. Malam ni kan? Tak sabar nak layan. I nak naim daniel menang hehe

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan juga saingannya nanti.. memang sengit tu.. sumpah tu.. saya pun perasan ada dua lagu..

    ReplyDelete
  7. dah tengok semalam.. dalam banyk banyak... lagu SUMPAH nyanyian Naim Daniel suka dengar. sedap

    ReplyDelete
  8. sengit betul peserta kali ni ye, Zul minat betul dengan nyanyian Aina Abdul, Ernie Zakri

    ReplyDelete