Friday, August 30, 2019

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE | LOST MALAY KINGDOM


"Land Of Palaces" atau lebih dikenali sebagai Terrapuri ("Terra" adalah tanah dalam bahasa Latin & "Puri" pula adalah istana dalam bahasa Sanskrit) merupakan sebuah projek yang memulihkan 29 rumah antik Melayu berusia antara 150-200 tahun.

Diapit oleh Laut China Selatan dan sungai bakau Setiu Wetland, resort Terrapuri  yang terletak di di Kampung Mangkuk di Setiu telah benar-benar membangkitkan rasa sebenar tentang kehilangan sebuah kerajaan Melayu lama (lost Malay kingdom). Lokasi ini terletak kira-kira 50 km dari Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini lebih mudah melalui jalan lama (Jalan Pantai).


Terbentang di atas tanah seluas 4.05 hektar, Terrapuri mempunyai 29 buah rumah kayu antik tulen yang mencerminkan seni bina Melayu Terengganu klasik dan dikatakan telah dibina dan wujud kira-kira 150 hingga 250 tahun yang lalu.


Dua puluh buah dari rumah tersebut telah dibina kembali (dipulihkan) menjadi sebagai villa untuk tetamu menginap, manakala baki sembilan buah darinya telah dijadikan sebagai reception counter, spa, bilik mesyuarat, perpustakaan dan kemudahan lain di Terrapuri, yang dibuka pada tahun 2012.

ASAL USUL RUMAH 


Encik Alex telah mengambil masa selama 18 tahun untuk mengumpul semua 29 buah rumah dan menempatkan kesemuanya di Terrapuri Heritage Village. Rumah ini kebanyakannya milik bangsawan pada zaman dahulu dan menjadi sebagai rumah pusaka. Encik Alex telah memutuskan untuk membeli dan mengumpul beberapa rumah ini untuk menjaga budaya dan sejarah hidup untuk generasi akan datang.


Berikut merupakan beberapa info ringkas yang boleh saya kongsikan berkaitan dengan rumah-rumah yang ada di sini. 
  • Rumah klasik Terengganu (Rumah Bujang & Rumah Bujang berserambi) mempunyai ciri seperti rumah Kemboja dan Thailand. 
  • Dibina sepenuhnya dari kayu Cengal (Neobalanocarpus Heimii), dinding, pintu, tingkap dan gubalan terdiri daripada panel kayu berasingan yang dipasang bersama dengan sendi kayu yang dipegang oleh pasak (kayu pasak) dari kayu penaga.
  • Hebatnya!! Tiada satu paku pun digunakan, oleh itu keseluruhan struktur boleh rombak dan disusun kembali. Rumah itu boleh dipasang dengan mudah atau dibongkar dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
  • Setiap rumah tidak pernah mempunyai ukuran yang sama. Ini adalah kerana pada zaman dahulu, rumah-rumah diukur berdasarkan panjang lengan wanita (isteri / ibu). Dari sini, mereka akan mencari pusat yang kemudiannya menempatkan "tiang seri" atau tiang utama.
  • Rumah-rumah dibina tinggi untuk mencegah daripada banjir. Tiang itu dibina tebal dan kukuh agar tidak terjatuh apabila gajah menggeselkan badannya pada tiang rumah.
  • Beberapa rumah disini ini mempunyai ukiran berhampiran serambi mereka dengan tulisan khas mengenai falsafah Melayu.
  • Jenis rumah di sini termasuk Rumah Kedai Buluh, Rumah Paloh, Rumah Belukar Titian, Rumah Tasek, Rumah Dusun, Rumah Binjai Rendah, Rumah Tembakang, Rumah Gelugor Raja, Rumah Seberang Takir, Rumah Jeram, Rumah Kubang Jela, Rumah Nibong, Rumah Pulau Musang , Rumah Pengkalan Kubu dan Rumah Sungai Mas.
  • Rumah yang diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh 

RUMAH PENGKALAN KUBU


Rumah yang saya stay di dipanggil Rumah Pengkalan Kubu. Ianya dikatakan asal dari rumah petani. Jadi hiasan dalaman dan luar juga disepadankan dengan tema lifestyle sebenar seorang petani. Setiap rumah yang dibina disini adalah berbeza antara satu sama lain.


Setiap rumah dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, kemudahan membuat kopi dan teh, kain batik, pengering rambut, sandal pandanus dan air mineral percuma. Alhamdulillah, dalam almari rumah kami juga disediakan sejadah dan senaskah Al-Quran. Walaupun rumah lama ini sudah mempunyai sistem pengudaraan yang natural dan bagus, mereka tetap meletakkan penyaman udara untuk memberi lebih keselesaan kepada mereka yang menginap di sini.


Rumah ini dilengkapkan dengan dua (2) katil single yang betul-betul klasik. Memandangkan kita berada di kampung, maka kelambu adalah harus untuk mengelakkan kita di gigit nyamuk ketika tidur. Bagi korang yang tidak sukakan kelambu, mereka juga ada sediakan ubat nyamuk elektrik.


Bilik mandinya cukup luas dan lengkap. Selain dari tab mandi kayu yang begitu klasik, mereka juga ada menyediakan air pancuran hujan. Pastikan langsir ditutup rapat untuk elak korang di intai semasa mandi. hehehe.


Walaupun rumah itu sendiri merupakan rumah tradisional, kemudahan dalamannya adalah setengah tradisional, setengah moden. Jadi hanya kerana rumah lebih dari 100 tahun tidak bermakna bahawa setiap bahagian mesti antik. Akan tetapi, medium telekomunikasi seperti TV dan telefon tidak terdapat di kampung warisan ini untuk mewujudkan suasana kampung sebenar.

Walaupun kos penginapan di Terrapuri bermula antara RM400 dan lebih tinggi untuk satu malam, ia sangat bernilai kerana pemiliknya telah menghabiskan banyak wang dan masa memulihkan rumah untuk menjadikannya tempat yang paling indah di Terengganu ni. Bukan mudah untuk menjaga sesuatu yang begitu antik 100 tahun lamanya seperti ini. Masa terbaik untuk tinggal disini adalah apabila ia berada di luar musim sibuk. Tidak terlalu ramai guest dan harga pon mungkin rendah.


Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet untuk menginap di sini, korang juga berpeluang untuk masuk dan menikmati keindahan Desa Warisan ini. Hanya dengan bayaran RM 22, korang boleh akses ke dalam resort ini selama 1 jam beserta dengan refreshment. Amacam! Murah bukan? Selain dari itu, Terrapuri turut membuka pintu resort mereka untuk photo shoot perkahwinan dengan bayaran sebanyak RM500 untuk setengah hari.

KAMPUNG MANGKUK, PENARIK

Bertentangan dengan desa warisan ini, hanya dengan berjalan kaki sahaja, korang boleh menikmati keindahan sebenar suasana kampung yang berada di persisiran pantai. Tempat yang bersih dan banyak pokok-pokok kelapa yang hidup subur tinggi melambai. Dari sini juga kita mampu untuk melihat keindahan pulau-pulau yang ada di sekitarnya seperti Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Cepu, Pulau Redang dan Bidong yang jauh di tengah laut.



Terrapuri Heritage Village
Kampung Mangkuk, Penarik, 
22120 Setiu, Terengganu

Phone : +6 09 - 6245020 / +6 09 - 6312081
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program You’ll love Terengganu..and forever! 
Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 20-24 Ogos 2019 
anjuran Tourism Terengganu dengan kerjasama pihak Gaya Travel Magazine.

16 comments:

  1. Memang cantik la Terrapuri ni kan..repeat jon

    ReplyDelete
  2. rumah terengganu ni sama macam rumah kat akademi nik rasyyidin bachok tu...

    katil tu klasik gila!

    ReplyDelete
  3. Yeay ada gambar kita! Haha. Btw lawa-lawa semua gambar! Seronok menginap kat sini sebab bukan setakat cantik, bahkan unik dengan cerita tersendiri. Kalau ada rezeki, rasa macam nak cuba menginap di rumah lain pula. :D

    ReplyDelete
  4. baru tertanya-tanya eh macam mana dia pindahkan semua rumah tu, bila baca info ooo baru tahu rupanya sebab senibinanya tidak guna paku, boleh bukak dan pasang balik. sebenarnya hebat-hebat pengetahuan orang dahulu siap boleh buat rumah boleh pasang balik, kukuh lagi tu! rumah pun cantik-cantik.. instagrammable sangat!

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!!!!!!!! This is so like Bukchon Hannok Village in Seoul. Menarik giler nampak tempat nie. Saya juga rasa nak singgah ke Terrapuri Herritage Village. So that i can promote it to my foreign friends. Mat salleh sure suka kalo dpt experience benda macam nie. Looks like Terengganu have so many interesting places to visit now. Thanx for sharing.

    ReplyDelete
  6. I am really glad for people like Encik Alex who took the time (18 years!) and effort just to sustain all these heritages. They're all so beautiful and authentic.

    ReplyDelete
  7. sharing sangat detail, view pun cantik rasa nak pergi je tenangkan diri jap dari kesibukan

    ReplyDelete
  8. waaaahhh.. cantiknya..
    serius terserlah keklasikkannya tu tau..
    memang mahal nilainya ni kan..
    erm.. seram tengok bilik mandi tu kalau terselak langsir. hahaha
    tapi seius lawa giler la bilik mandinya tu pun..
    fuhh..

    ReplyDelete
  9. Wow..unik betul la kawasan. Binaan rumah siap dengan hiasan dalaman yang membawa kita rasa zaman Melayu lama. Baru tengok gambar dah semacam..ni kalau menginap , jejak ke sana mau tak nak balik koje..hehehe

    ReplyDelete
  10. SEKALI TENGOK MACAM SERAM JER TEMPAT NI KALAU NAK BUAT CERITA SERAM DAN LAMA SINI SANGAT SESUAI HEHEHE TAPI BILA TENGOK BANYAK KALI SANGAT CANTIK DAN KAGUM DENGAN REKABENTUK RUMAH LAMA MACAM NI....

    ReplyDelete
  11. Mmg best terrapuri ni, byk sejarahh & suasana kampung yg best. Senibina melayu yg sgt unik & indah. Teringin nk tido lgi kt sini. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  12. Menarik artikel ni. Baru tahu kewujudan rumah ini. Dan paling kagum pembinaannyantak menggunakan sebarang paku. Dan teknik ukuran menggunakan wanita:ibu. Kalau ke setiu blhlah singgah

    ReplyDelete
  13. cantiklah ! and tak sangka ianya terletak di penarik je. agak dekatlah dengan kelantan. rasa nak feeling cite pulang, boleh lah visit sini.

    ReplyDelete
  14. wah, kagum baca usaha owner tempat ni, gigih dia kan. no wonder harga nak menginap di sini agak mahal. satu hari nanti nak datang sini lah

    ReplyDelete
  15. Bila owner invest byk utk beri yg terbaik, customer sanggup membyrnya. Selesa. Nyaman dan cantik.
    Lagipun maintain kayu lebih tinggi kos nyer dari batu.
    Penarik ni aida pernah singgah. Makan2 celup tepung :)

    ReplyDelete
  16. Serius cantik gila tempat ni!Klasik,versatile dan unik.Suka suasana kampung macam ni.Dalam ruangan bilik nampak cantik sangat.Boleh buat wishlist kesana nanti ni.hehehehe

    ReplyDelete