Tuesday, February 11, 2020

BUTIK CIRGARO APPAREL DAH ADA DI AEON KOTA BHARU !!


Sedar tak sedar dah dua (2) tahun saya menetap di Kelantan. Ini bermaksud, dah dua (2) tahun saya tak membuat persediaan di Kuala Lumpur untuk persiapan raya. Kalau sebelum ni, nak raya je mesti saya kan ke Butik Cirgaro yang berada di Plaza Shah Alam untuk beli baju raya.


Saya sendiri memilih jenama Cirgaro Apparel (CGO Apparel) ni kerana kualiti pakaian yang mereka tawarkan. Dengar khabar tahun 2020 ni diorang ada keluarkan koleksi yang lebih baik dan menarik! Mana taknya, dah lama mereka berada dalam industri ni, jadi mestilah dah faham apa kehendak dan keperluan setiap customer mereka kan. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom kita tengok serba sedikit latar belakang Cirgaro Apparel ni. Orang kata "tak kenal maka tak cinta", bila dah kenal nanti mestiakan suka. :)

MENGENAI CIRGARO APPAREL

Cirgaro Apparel  (CGO Apparel)  merupakan syarikat bumiputra yang menawarkan fesyen modest wear / moden nusantara sejak dari tahun 2016. Pada peringkat awal , mereka beroperasi hanya di atas talian (secara online) dan di pejabat urusan mereka di Seksyen 7 Shah Alam. Oleh kerana mendapat sambutan yang sangat mengalakan pada peringakt awal pengenalan CGO Apparel di pasaran online dan juga di event-event raya seperti Mood Republik, jenama CGO Apparel bergerak melangkah membuka butik pertama mereka di Tingkat 1 Plaza Shah Alam pada 2017.


Pada pertengahan tahun 2019 yang lepas, CGO Apparel menambah lagi cawangan butik mereka di tingkat 2 Aeon Kota Bharu, Kelantan. Walaupun telah mempunyai 2 cawangan butik, Cirgaro Apparel tetap aktif dalam jualan atas talian melalui website mereka www.cirgaro.com , Zalora , Lazada dan Shopee. Selain dari kurta lelaki, CGO Apparel juga menawarkan produk yang berkualiti tinggi seperti Kurta Kanak-kanak (1 hingga 12 tahun), Baju Melayu Moden, Baju Kemeja Lengan pendek, Baju Kurung Moden, Blouse, Long skirt, Tudung, Songkok, Sampin, Kain Pelikat dan Butang Baju Melayu. 

PAKAIAN LELAKI DI BUTIK CIRGARO AEON KB


Memandangkan saya ni agak cerewet dengan baju yang saya nak pakai, jadi tak menjadi saya sanggup untuk turun ke Kuala Lumpur untuk ke Butik Cirgaro. Tapi nasib saya sangat baik bila kawan-kawan bagitau Butik Cirgaro  dah ada cawangannya di AEON KB. Wah!! tak perlulah susah-susah saya ke KL untuk shopping raya tahun ni.


Lepas je dapat tahu Butik Cirgaro dah ada di AEON KB, saya tak tunggu lama sebab takut nanti apa yang saya nak kehabisan stok. Maklumla, barang-barang baik dan berkualiti tinggi ni memang selalu jadi rebutan. Hehe. Saya tak nak jadi macam tahun sebelum-sebelumnya.


Alhamdulillah, dapat juga saya grab sehelai dari koleksi tahun 2020 Cirgaro ni. Memang puas hati sangat-sangat. Bagi korang yang ada masalah saiz macam saya, korang jangan risau kerana tahun ni CGO Apparel telah mengeluarkan pakaian dari saiz S hinggalah 4 XL.

Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kelantan, bolehlah ke AEON KB kalau nak cari baju kurta atau kurung untuk hari raya nanti. Kualiti yang CGO Apparel tawarkan memang tiptop!!

KOLEKSI CIRGARO 2020


Ada beberapa koleksi terbaru 2020 yang telah CGO Apparel keluarkan, dan koleksi yang telah menarik minat untuk saya beli ialah koleksi Kurta Casildo. Untuk Kurta Casildo ni, mereka keluarkan dengan dua (2) variasi warna iaitu stripe yellow dan stripe red. Setelah mengambil berat dalam segala hal, maka saya telah memilih koleksi terbaru Kurta Casildo (stripe yellow).


KENAPA SAYA MEMILIH KURTA CASILDO?? Selain dari rekaannya yang simple dan trending pada ketika ini, material yang mereka gunakan untuk Kurta Casildo ni sangatlah bagus. Materialnya sangat selesa, tidak panas dan sesuai dengan cuaca khatulistiwa di Malaysia. Kurta Casildo ni dibuat dengan fabrik khas cotton campuran yang boleh regang (streachable). Kurta berteluk belanga dengan corak jalur-jalur menegak ini juga membuatkan golongan “sado” (plus size) seperti saya nampak kurus dan tinggi. Kurta Casildo juga dilengkapi dengan kemasan Butang besi tidak berkarat (logo CGO), Logo Besi eksklusif CGO di bahagian bawah kiri dan 2 poket tepi yang serba praktikal. Kualiti jahitan juga sangat bagus dan boleh dikatakan setaraf kualiti jahitan jenama antarabangsa. Dan apa yang paling penting harganya sangat berpatutan.


Bagi saya, rekaan Kurta Casildo ni tidak hanya sesuai untuk digayakan pada majlis tertentu sahaja. Oleh sebab itu saya fikir, pembaziran boleh dielakan kalau saya beli Kurta Casildo yang serba versatile ni.


Selain dari Kurta Casildo , mereka juga ada mengeluarkan beberapa jenis koleksi terbaru lain seperti Kurta Bangsawan, Kurta Ghassan dan Kurta Aryan. Ketiga-tiga jenis ni juga boleh didapati untuk saiz kanak-kanak berusia satu (1) hingga dua belas (12) tahun. Bagi mereka yang berbadan besar (plus size), korang tak perlu risau kerana CGO Apparel turut mengambil kira golongan sado (plus size) yang mempunyai keinginan untuk berfesyen mengikuti perkembangan trend semasa. Jadi, mereka ada menawarkan pakaian dewasa dari saiz S hinggalah 4XL.

Selain dari pakaian lelaki, cirgaro juga mempunyai pelbagai pakaian wanita dengan variasi pilihan warna dan rekaan yang pasti ianya berkualiti tinggi. Untuk pilihan pakaian raya sedondon , korang digalakan melayari website CGO Apparel di www.cirgaro.com untuk melihat pilihan sedondon yang ditawarkan. Pilihan warna untuk sedondon selalu berubah mengikut stok semasa. Atau digalakan juga untuk hadir terus ke Butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam dan Aeon Kota Bharu.

Apa yang bestnya lagi berkenaan CGO Apparel ni, kualiti mereka bukan hanya pada produk mereka sahaja. Tapi, mereka turut mengambil berat dengan menempatkan butik CGO dilokasi yang strategik di shopping mall yang memudahkan para pelanggan untuk membeli belah dengan Cirgaro.

Butik Cirgaro menawarkan kemudahan untuk membeli belah dengan selesa , kemudahan parking kereta, senang nak bawak troli anak-anak , keselamatan terjamin tanpa perlu bersesak-sesak dan paling penting kesemua butik CGO Apparel dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. 41.

Untuk tahun 2020 pihak CGO Apparel komited dengan mengeluarkan rekaan baharu sepanjang tahun. Jadi rajin-rajinlah korang melihat dan mengikuti perkembangan Cirgaro Apparel di Sosial media mereka.

Butik Cirgaro Apparel (Aeon Kota Bharu)
Lot S03, Level 2
Aeon Kota Bharu
Jalan Sultan Yahya Petra
15050 Kota Bharu, Kelantan.

Butik Cirgaro Apparel
Lot F4A, Level 1
Plaza Shah Alam
Persiaran Ampuan Zabedah
Seksyen 9,
40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp Hotline : 016-8811 430

Follow, Like & Subscribe :
Website : www.cirgaro.com
Facebook : Cirgaro
Instagram : @cirgaroapparel
Twitter : @cirgaroapparel
Youtube : Cirgaro Apparel

13 comments:

  1. wah awal shopping baju raya aihh.. lawa2 juga koleksi stripes diaaa

    ReplyDelete
  2. lawa nya baju design stripes tu ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan Mawardi, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  4. Awalnya shopping raya...tapi eloklah buat preparation awal2 nie...Design Kurta tue nampak menarik..
    Bole lah ajak husband untuk beli.

    ReplyDelete
  5. Waa cantik plak kurtanya, kalau jalur-jalur ni bagus, badan nampak kurus hehehe..
    Nanti nak tengok online, kot laa ada yang berkenan, boleh belikan untuk anak bujang Sis..

    ReplyDelete
  6. Awalnya dah beli baju raya. Sis ni lom lagi tempah apa2..nanti nak start cari baju lah..takut nanti tak sempat nak beli mcm last year

    ReplyDelete
  7. Macam banyak je design cantik butik ni pertama kali dengar. Baju belang tu pun nampak cantik dan ada ilusi kurus kan

    ReplyDelete
  8. Menarik juga pakaian di butik ni. Bolehlah cuba cari busana Raya tahun ini kat outlet Shah Alam. Mudahlah awak dah ada di Kelantan, tak pyh susah2 turun KL. Nak tengok koleksi pakaian wanita lah.

    ReplyDelete
  9. selalu nampak butik ni kat plaza shah alam..cantek2 rekaan dia kan nampak klasik + moden kan...

    ReplyDelete
  10. Tahniah Cirgaro atas pembukaan butik di Kelantan. Mudah la sekarang madi nak beli baju dah tak yah susah2 turun KL daaa

    ReplyDelete
  11. Tahun ni adik beradik lelaki kata nak pakai kurta, so boleh suruh dorang survey kat Cirgaro, yg penting dorang nak nampak kurus.. Hahhahaa

    ReplyDelete
  12. saya kat kota bharu... cantik!! boleh gi tengok nanti.. mana tau kot ada yang berkenan. sebab nampak memang cantik cantik tu haa

    ReplyDelete
  13. oo baru tau ada brand ni. cantik2 jugak design dia. siapa yang minat kurta boleh pi beli

    ReplyDelete