PENGALAMAN BERMALAM DI PENJARA LAMA DI PERTH AUSTRALIA

Pernah tak korang terfikir untuk bermalam di dalam penjara untuk semalaman? Saya sendiri pernah merasai sendiri pengalaman bermalam di penjara pada beberapa tahun lepas. Bukan penjara di negara kita ya tapi sebuah penjara di luar negara iaitu di Perth, Australia. Amacam seram ke tidak?

hostel at fremantle

Apa yang lebih menyeramkan, penjara ni merupakan sebuah penjara lama yang berada di atas bukit  bersebelahan dengan hospital di daerah Fremantle. Dengar khabar kat kawasan ni juga ada tempat dimana hukuman pancung dilakukan pada masa dahulu. Ohoii seram!!

Penjara yang saya maksudkan tu adalah Fremantle Prison Yha yang mana ianya merupakan sebuah penjara lama yang telah diubah suai dijadikan sebagai hostel atau tempat penginapan bagi pelancong yang berkeinginan merasai pengalaman percutian yang berbeza.


PENGALAMAN BERMALAM DI FREMANTLE PRISON YHA

Tujuan saya dan kawan-kawan ke Perth adalah untuk bercuti dan review sebuah homestay milik warganegara kita yang ada di bandar Perth. Selepas dua malam kami di sana kami di cadangkan oleh pemilik homestay kami untuk bertukar lokasi penginapan iaitu ke Fremantle. Memandagkan ini peluang terbaik untuk kami bermalam di tempat berbeza masa percutian singkat ni, maka kami tak fikir panjang untuk menerima tawaran itu. Alang-alang dah sampai sini kan. Inilah peluangnya

Penginapan kami semasa di bandar Perth
Kata beliau, penginapan yang kami bakal inap nanti merupakan sebuah cottage iaitu rumah landed berbeza dari lokasi yang kami stay sekarang iaitu sebuah apartment di tengah-tengah bandar Perth. Oleh kerana terlalu excited, kami tidak banyak soal dan terus mengiyakan je.

Gerbang utama Fremantle Prison YHA
Bila dapat alamat baru kami sedar yang lokasi yang bakal kami pergi ni merupakan sebuah penjara lama. Termenung panjang juga kami dibuatnya. Tapi apa boleh dibuat, keputusan dah dibuat. Apartment yang kami stay sebelum ni pun dah ada penyewa baru. Nak tak nak kami kena teruskan jugak lah. Paling tidak dekatlah jugak dengan tempat nak shopping di Fremantle tu kan. Ceh ayat nak sedapkan hati.

Di hadapan Victorian-style guards’ cottages yang kami sewa
Bila sampai untuk check in nasib baik bilik yang ditempah bukan sel bilik penjara betul, tapi ianya adalah Victorian-style guards’ cottages yang berada di luar di sebelah kiri penjara sahaja. Lega sikit rasa kan. Untuk pengetahuan korang, selain dari pilihan untuk menginap di dalam sel bilik penjara betul mereka juga ada mempunyai tiga (3) buah Victorian-style guards’ cottages yang mempunyai dua (2) buah bilik, dapur, backyard dan sesuai untuk penginapan keluarga. Jadi cottage ni lah yang kami akan stay.


Jadi cottage yang kami stay ni merupakan tempat penginapan untuk warden penjara ni pada masa dulu rupanya. Cottage ni tidak mempunyai ruang tamu utama, kalau buka pintu terus boleh nampak lorong seperti dalam gambar ni. Dua pintu yang korang nampak tu adalah pintu bilik. Hujung tu merupakan view pintu utama cottage yang korang boleh lihat dari arah dapur. Nak masuk tak perlu buka kasut pun. Mungkin ni budaya mereka kan?


Cottage yang kami stay ni mempunyai dua (2) buah bilik iaitu master bed room yang mempunyai katil bersaiz queen dan bilik satu lagi pula mempunyai dua (2) buah katil double dacker seperti dalam gambar kat atas ni. Jadi ianya sesuai untuk enam (6) orang stay.


Memandangkan masing-masing seram sejuk malam tu, jadi kami angkut tilam hampar kat bawah dan tidur ramai-ramai. Pemanas kat bilik kurang berfungsi, jadi bersarung tangan dan alas kaki tebal la kami tidur. Sejuk dia tuhan je tahu, mengigil-gigil kami dibuatnya. Baju takpayah cerita la berapa helai kami pakai.


Kelengkapan rumah semua ada di kawasan dapur ni termasuklah pemanas, televisyen dan sebagainya. Jadi tempat ni juga merupakan tempat untuk kami berkumpul dan berborak bila ada masa terluang. Gambar ni diambil selepas kami balik dari convenience store tengah malam tu. Masing-masing duduk kat dapur panaskan badan sebab pemanas yang betul-betul berfungsi ada kat sini. Nak masuk bilik sorang-sorang memang masing-masing tak berani hahaha.


Selepas ruangan dapur korang akan jumpa ruangan ni yang bercermin telus nampak bahagian backyard. Di sebelah kanan ruangan ni pula ada tandas. Tengok pada cermin tu agak-agak korang berani ke nak ke tanda malam-malam kalau tak berteman? Kalau ya pun letak la tirai ke apa kan. Bila malam je, korang sendiri boleh bayangkanlah macamana keadaan kat sini.hahaha. kalau nak ke tandas tu rasa macam ada orang perhatikan je. hahahaha


Tandas yang berjubin putih, hati-hati bila datang sini pada musim sejuk boleh kebas tapak kaki kalau nak ke tandas malam-malam. Cari selipar ke apa takada pulak. Dah sejuk satu hal, seram pun satu hal jugak. Silap-silap kencing dalam botol la jawab dia. haha 


Jadi ni la view backyard cottage ni, cantik bukan? Kat sini ada meja untuk lepak-lepak santai sambil ambil angin petang. Kalau buat ruangan BBQ pun syok jugak ni kan? Kalau korang nak tahu tembok besar tu merupakan dinding penjara. Jadi sebelah tembok tu adalah penjara.

Suasana sekitar pada waktu malam

Bila dah malam masing-masing lapar, jadi kami keluar berjalan kaki mencari convenience store terdekat sambil menghirup udara malam di sekitar ni. Kedai tak jauh sangat, jalan kaki pun tak sampai berapa minit je.

Bergambar bersama pengawal penjara yang bertugas

Kalau korang stay di Fremantle Prison YHA ni, tak perlu risau tentang tempat makan kerana ianya sangat dekat dengan Fremantle Markets. Korang juga boleh jumpa kedai minuman sepanjang jalan Cappuccino Strip. Nak cari Fish and Chip di Perth inilah tempat dia. Tak cukup dengan tu, ia juga sangat dekat dengan pantai dan Esplanade Park.

fremantle prison yha

perth australia


shopping

fremantle

Untuk pengetahuan korang, Fremantle Prison YHA ni telah dibina pada tahun 1850-an lagi dan ia merupakan satu-satunya penginapan di Australia Barat  berstatus Warisan Dunia UNESCO. Apa yang lebih menarik, Fremantle Prison Yha ni telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah"2016 & 2017 Best Rated Large YHA Backpacker's Hostel"  dan "2017 Most Unique YHA Hostel award"tau. kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan hotel ni, korang boleh rujuk link di bawah ni.


pokemon go

Selain dari itu jika korang ni merupakan seorang pokemon hunter, maka disinilah lokasi terbaik untuk korang tangkap pokemon Kangaskhan yang hanya wujud di Negara Australia sahaja.

Harga cottage yang kami stay ni adalah $170 - $180 untuk satu malam. Nak lebih murah korang boleh daftar dan book melalui aplikasi Airbnb. Bagi mereka yang pertama kali buat tempahan dengan menggunakan akaun Airbnb yang berdaftar menggunakan link di bawah ni, korang boleh dapat diskaun sehingga RM165.



Ini merupakan penginapan paling unik yang pernah saya stay semasa travel. Insyaallah, saya akan simpan kenangan unik saya menginap di Fremantle Prison YHA ni baik-baik. Kalau diberi kesempatan ke sini lagi, teringin juga nak cuba tidur di dalam sel penjara yang sebenar kan! 

BAGAIMANA UNTUK KE FREMANTLE PRISON YHA

TRAIN | Dari East Perth Terminal Station, ambil kereta api ke pusat bandar dan kemudian beralih kepada line kereta api Fremantle.

train station

BAS | Ambil Red Cat Bas percuma ke perhentian Dataran Kings dan terus sehingga High St  ke lampu isyarat dan belok kanan iaitu kearah Parry St. Teruskan berjalan untuk 350m di Parry St, kemudian pada hujung tempat letak kereta terbuka di sebelah kiri, korang boleh teruskan perjalanan terus ke lokasi.

Bus to fremantle

AIRPORT | Ambil myAirShuttle dari Lapangan Terbang Perth ke Fremantle - boleh didapati dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. Mesti pre-book di laman web atau hubungi 0497 259 825 (9 pagi - 9 malam).

Post a Comment

22 Comments

  1. woww...serius unik gilaaa penginapan korang ni...hahahha! kagum akak oi, nak jugak lerr bawak abang ady ko gi sini..mesti dia nampak macam2 kang..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak pergi prison sini dulu. tapi sempat sampai frementle

    ReplyDelete
  3. Heyyy takutnya bermalam di penjara ni hahaha..kte cam kalo melawat tu sanggup lagi tapi bermalam tu cam kena mengaji sepanjang mlam je haha

    ReplyDelete
  4. Ishhh tak koser nak bermalam kat prison ni. Macam2 hal berlaku kat dalam tu masa dulu. Saya pernah ke Fremantle dengan family dan bandar Perth. Bagi saya bandar yang sangat tenang. Kalau memandu kat sini pun tenang juga.

    ReplyDelete
  5. Wow berani korg eh.. Akak 2 kali pi pun xpi ke fremantle prison tu.. Uncle simon tokey megabes pun ckp situ haunted oiii... Da bwak anak2 kecik.. Kang Xpsai2 anti omputih ikut blik Msia plak oii

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum bro~ Peh! Secara peribadi seronok melihat bro dapat travel sebegini. Naim tak upaya lagi utk travel luar negara. Apapun terima kasih kerana sudi berkongsi satu tempat yang menarik.

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan seram waima dah diubahsuai. Yelah, dalaman baru tapi still luaran gambaran sama . Masih penjara lama. Tapi ianya satu pengalaman yang hebat

    ReplyDelete
  8. nampak tempatnya macam cantik and kemas je. tapi bila sebut penjara sape-sape pun cuak nak duduk situ. tapi kalau ramai-ramai mungkin tak takut sgt kot kan?

    ReplyDelete
  9. Yg baca ni pun ikut seram jugak hahaha. Tapi ok lah tu kan. Pengalaman yg sgt berharga tu. Dapat menginap di tempat yg pernah dapat award. Tempat penginapan pun sgt unik

    ReplyDelete
  10. Menarik pengalaman ni.
    Bukan biasa2 bermlm di penjara lama.
    Terkenang kan citer horror omputeh.
    Mayat idup balik, etc :) hu hu takots!

    ReplyDelete
  11. best jugak. seram tapi pengalaman lah kan. murah eyh kalau booked thru airbnb. kena dftr jugaklah.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi bermalam kat penjara ni tapi stay sampai jam 1 pagi pernah la kat penjara KK ni. yang menyeramkan, selama 3 tahun 8 bulan saya setiap hari keluar masuk keluar masuk penjara...seram juga kot...bila orang or kawan jumpa kat luar jak mesti akan tanya, mana lama tak jumpa, jawapan standard adalah baru je keluar penjara tadi...huhu :(

    ReplyDelete
  13. Wowwww bila tajuk bermalam di penjara ehhh menyeramkan pulak. Atpi bila baca sampai habis perghhhhhh unik betul. Menarik pulak bila keunikan ni mampu menarik minat pelancong. Kreatif betullah siapa yang buat ni. Terbaik.

    ReplyDelete
  14. Nasib baik bukan duduk dalam penjara.. Tapi hampir tu tetap menakutkan ye.. Tapi pengalaman berharga kan.. Syok tengok..

    ReplyDelete
  15. Bestnya tidur dkt penjara. Saya mmg suka benda2 seram mcm ni. Haha teringin nk pgi Australia. In shaa Allah suatu hari nnti. :)

    ReplyDelete
  16. seram tapi at least dapat pengalaman kan. bilah lah boleh ke sini jugak. tapi tak nak lah stay sini. hahah.

    ReplyDelete
  17. Perghhh.. Sampai ke perth nak rasa pengalaman bermalam di penjara. haha.
    best juga dapat travel jauh2 ni. tapi tu lah kena plan betul2. maybe one day la ke perth pula

    ReplyDelete
  18. Thanks sharing...baru tau ada penginapan kat sini. Memang teringin nak ke Perth & explore yang mana boleh. Yang pasti nak masuk COLES!! Tak sabar nak tengok sayuran buahan segar

    ReplyDelete
  19. Amboi bestnya dapat pergi sana hehehe nanti bawa lah kita tak pernah sampai pun wakakaaka tapi nampak semua masih muda jer masa ni wakakakakak...

    ReplyDelete
  20. Baca tajuk pun dah seram. Gigih baca artikel sampai habis. Fuh...nasib baik tak tidur dalam sel penjara yang sebenar.

    ReplyDelete
  21. Pehhh... nasib baik ddk tempat warden. Kalau ddk dalam penjara rasa mengigil tak? Dalam bilik warden pun dah mengigil sejuk. Tapi bestlah pengalaman macam ni.

    ReplyDelete
  22. wahhh bestnya Maawardi ada pengalaman menginap di penjara lama nie. nampak macam best tp dalam masa yg sama agak sedikit menyeramkan. biasanya penjara2 nie ada hantu. hahahahaa

    ReplyDelete