Thursday, August 15, 2019

RESTORAN HALAL DI OSAKA | NARITAYA OSAKA


Jika ke Osaka tidak sah kalau tak menjejakkan kaki ke Dotonbori. Bergambar berlatarbelakangkan papan tanda Glico Man sudah menjadi sesuatu yang wajib bagi mereka yang ingin membuktikan sudah sampai ke Osaka. Oleh sebab yang demikian papan tanda Glico Man ini telah dikenali sebagai mercu tanda Osaka.
Glico Man merupakan papan iklan raksasa dari perusahaan snek dan makanan ringan Ezaki Glico. Pada tahun 1935, perusahaan berkenaan mempromosikan produknya dengan slogan 300 Meters on a Single Piece’.
Tahukah korang bahawa Osaka cukup terkenal dengan gelaran "Tenka no daidokoro" atau "dapur negara" bagi merujuk kepada reputasinya sebagai syurga makanan. Tapi, adakah mudah untuk kita sebagai pelancong beragama islam untuk jumpa dan dapat makanan Halal di sana? Jawapannya adalah YA !!


RESTORAN HALAL NARITAYA DI OSAKA

Semasa saya berkunjung di Dotonbori pada tahun lepas, saya telah dibawa oleh seorang warga tempatan (Hero Chan) yang mana merupakan tour guide ketika kami ke Okayama untuk makan di sebuah restoran Halal yang ada berdekatan dengan Dotonbori. Pada awalnya saya menolak perlawaannya untuk belanja saya makan. Tapi, katanya beliau nak bawa saya ke sebuah restoran halal yang ada berdekatan di situ. Restoran tersebut adalah Naritaya yang merupakan sebuah restoran yang mempunyai sijil Halal. Sebenarnya, beliau sendiri tidak pernah makan di restoran ni. Oleh kerana nak belanja saya makan makanan Halal, beliau telah mendapatkan info tentang restoran Halal di Osaka dari kawan-kawannya.

makanan halal dotonbori

Memandangkan beliau pun tak pernah ke sana, kami terpaksa menggunakan maps untuk mencari restoran tersebut. Memandangkan pada ketika itu malam, maka pergerakan kami agak terbatas untuk melihat sign dan sebagainya. Kami hampir tersesat kerana hal tersebut, tapi Alhamdulillah Hero Chan cuba telefon kedai tersebut dan staff mereka datang untuk ambil kami ke kedai mereka. Rupanya sudah terlalu dekat dengan lokasi kami :).

restoran halal

Kami di sambut mesra oleh staff mereka dan ada diantara staf mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi lebih mudahlah untuk saya bertanya tentang menu-menu yang mereka ada kan. Semasa saya sampai, ada juga beberapa pelanggan mereka yang baru selesai makan yang merupakan warganegara Malaysia. Memandangkan saya ni pemalu, hanya senyuman jelah dapat saya beri kat diorang. hehe

makanan halal di osaka

Restoran Naritaya ni menawarkan Ramen, Mazesoba yang dibuat dengan Mee Homemade, Bahan Tempatan, serta original sos Naritaya dan Dashi. Untuk pengetahuan korang, menu yang paling popular di sini adalah Halal Wagyu seperti  Halal wagyu Yakiniku Bowl, Halal Wagyu Katsu dan Halal Wagyu Curry & Rice.

RESTORAN HALAL NARITAYA DI OSAKA

Tapi memandangkan Hero Chan yang belanja saya, saya minta pandangan beliau untuk menu makan malam saya ketika itu. Dari banyak-banyak menu, saya pilih untuk cuba menu Miso Ramen mereka.  Nak cuba yang spicy tak boleh sebab masih dalam pantang pedas. Tapi, walaupun ianya Miso Ramen biasa, pedas tu boleh buat saya menangis menitiskan air mata tau. Berpeluh-peluh dibuatnya. Untuk saiz pula, mereka mempunyai pilihan saiz portion menu M, L, XL. Kalau nak cuba tu boleh ambik yang M dulu. Memandangkan saya ni dah rasa lapar sangat makan saya ambil L.

RESTORAN HALAL NARITAYA DI OSAKA

Untuk ke sini korang boleh ke akses yang dekat iaitu stesen shinsaibashi. Korang juga tak perlu risau kerana ia juga dekat dengan kawasan membeli-belah di sekitar Dotonbori atau korang lapar selepas membeli-belah restoran ini sangat saya sarankan untuk korang pergi.

RESTORAN HALAL NARITAYA DI OSAKA

Restoran ni merupakan satu-satunya restoran halal yang dibuka sepanjang hari dari jam 12am hingga 10pm tanpa rehat pada hari Sabtu dan Ahad! Lazimnya restoran jepun biasa selalu berehat antara pukul 3pm hingga 6pm. Para staf mereka cukup mesra dan sangat cepat, jadi tidak perlu menunggu lama untuk menyiapkan makanan untuk disajikan pada pelanggan mereka. Walaupun menyediakan makanan Halal dan bebas dari minuman beralkohol, suasana restoran jepun itu tetap ada dan sudah semestinya akan menjadi pengalaman yang cukup baik kepada orang-orang yang pertama kali datang ke Jepun.

Selain dari menyediakan makanan Halal, Naritaya Osaka juga ada menyediakan kemudahan ruang untuk solat dan berwudhu. Selain dari Osaka, mereka juga mempunyai cawangan lain di Asakusa dan Kyoto.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk laman sesawang mereka di http://naritaya-osaka.com/en/halal-restaurant-naritaya-osaka-minami/

Alamat :
1-7-23 Higashi Shinsaibashi Chuo-ku, 
Osaka-shi, Osaka

Tel:+816-6281-0133

0 comments: